Mungkin kurang orang berdendam jika tahu perkara ini

Salam guys...
Kadang2 ada yang sampai berdendam kawan tak jemput pergi majlis kahwin. So dia pun balas balik dengan tak jemput kawan tersebut ke majlis dia pulak. Jadi la gaduh dua orang member. Apa manfaat buat camni? Tiada...

RevengeOfTheFans

Kalau kita faham 6 hak muslim ke atas muslim lain ni, mungkin kurang rasa kita nak berdendam dengan orang lepas ni. Sebab islam ajar untuk eratkan silaturrahim. Bukan putuskan silaturrahim.

So, apa dia 6 hak ke atas muslim yang lain tu?

  1. Bila bertemu dengannya, ucapkanlah salam
  2. Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya
  3. Bila dia minta nasihat, berilah nasihat
  4. Bila dia bersin dan mengucapkan tahmid, doakanlah dia beroleh rahmat
  5. Bila dia sakit, ziarahilah dia
  6. Bila dia meninggal, ikutlah menghantar jenazahnya ke kubur

utm

Beri salam tu maksudnya kita nak bagitahu orang tu kita tak beri mudarat kepada dia dan segalanya insyallah aman dan sejahtera dengan kita.

Next. Memenuhi undangan. Cuba kalau semua orang rasa bertanggungjawab untuk penuhi hak muslim yang ini. Takde la lagi nak gaduh2 kerana tak dijemput. Kalau tak dijemput fikirlah positif pasti ada sebab musababnya. Kalau dijemput pula, cubalah penuhi undangannya walaupun dia tak pergi pun majlis yang kita jemput sebelum ni.

Nasihat menasihati. Manusia ni special sebab dia ada tugas amar makruf nahi munkar kat dunia ni. Beri nasihat tergolong dalam perkara ni.

Bersin. Bila member kita bersin dan dia sebut alhamdulillah. Doakanlah rahmat untuk dia. Yang ni rasanya ramai yng dah sedar dan dah buat.

Ziarah orang sakit. Jika ada kenalan kita sakit, ziarah la dia. Boleh reflect diri kita semula untuk ingat Allah, ingat mati, dan bersimpati atas ujian. Kalau semua orang letak islam paling atas dalam hidup, sekalipun pernah bergaduh sebelum ni pasti dia akan tunaikan jugak hak menziarahi yang sakit ni.

Menghantar jenazah ke kubur. Jika ada kelapangan solatkanlah jenazah dan ikutlah hantar jenazahnya ke kubur. Ini dapat mengingatkan kita dengan kematian jugak.

Kesemua hak muslim ni kalau kita buat, insyallah kita akan kurang nak berdendam dengan orang lain. Kita akan lebih banyak reflect diri sendiri dan kita akan lebih pentingkan kehidupan di alam lain nanti selepas kematian kita di dunia ini. Bukan buat sesuatu mengikut emosi semata-mata.

Sekian. Salam jumaat.


Baca lagi:



7 ulasan:

  1. terima kasih atas ingatan.. good post!

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome raz. peringatan untuk aku jugak ni. bila nak update blog? huhu..

      Padam
    2. dah update dah tu sket2.. ahahaha

      Padam
  2. sekarang ni aku rasa aku banyak buat yang no 1 and no 3 je. hoho. need to improve myself

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe slow2 la improve. aku pun kadang2 tak terbuat semuanya jugak

      Padam
  3. alhamdulillah setakat aku kerja dalam kampung sendiri ni masih dapat buat lagilah enam-enam perkara tu semua tapi tak tahulah kalau nanti dah kena bekerja ke tempat lain cemane gayanye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus kau mampu buat keenam2 ni. Aku pun kadang tak mampu nak buat semua. Kalau keje tempat lain takpe la ada alasan ‘jauh’ lepas ni kalau tak mampu nak buat. Hehe..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...