Kenapa aku rasa aku seorang 'auditory digital' ?

Salam guys,
Sebelum ni aku ada tulis entri pasal diri aku yang selalu fikirkan logiknya akan sesuatu kat sini. Disebabkan itu jugak aku rasa aku kurang empati dalam diri aku.


SUSAHNYA NAK EXPRESS FEELING...

Sebab selagi aku tak rasa pengalaman sebenar seperti yang orang lain rasa tu, aku akan susah nak express dan mendalami feeling orang tersebut. Orang yang macam aku ni boleh la dikategorikan sebagai seorang yang dominan 'auditory digital'  bila berkomunikasi.

Adaugio Solution


Macam mana nak kenal orang yang dominan 'auditory digital' ni? 

  • Biasanya diorang ni jenis yang sukakan kerja2 yang deal dengan fakta, nombor dan penyelesaian masalah. Contohnya, akauntan, engineer, programmer dan scientists.
  • Tertarik dengan logik dan sebab berlakunya sesuatu.
  • Lebih suka gaya yang formal dan konservatif.
  • Selalu kurang mempamerkan expresi wajah dan gerak badan.

MACAM NERD JEE..

  • Selalu menulis email yang panjang untuk backup point2 yang nak disampaikan.
  • Suara yang jenis monotone (satu tone) kebiasaannya.
  • Bercakap pada kadar perlahan dan kurang kuat.
  • Bercakap-cakap sendiri dalam minda diorang mengenai sesuatu
  • Kurang spontan melakukan sesuatu
Bila korang baca karakter seorang 'auditory digital' ni, korang boleh bayangkan kot perasaan bila communicate dengan diorang...

Contohnya bila korang cerita pasal korang tengah stress kerja ke... putus cinta ke... kemungkinan besar diorang akan respond 'mengangguk2 je', tak pun.. 'ohh', 'sabarlah..', 'lupakan je dia', dan dalam kepala otak diorang akan berfikir "macam mana la problem kecik macam ni member aku boleh depress sampai macam ni sekali??.." Macam tak guna kan cite problem kat orang macam ni. Haha...

SERIUS TAK FUNCTION. BAIK TAK PAYAH SEMBANG. HAHA..


Jennianjody

Berdasarkan list karakter yang aku tulis kat atas ni, memang kebanyakannya macam kena je dengan aku.

  • Aku akauntan. Kira suka gak la kat nombor. Aku jugak pernah cite yang aku sukakan programming dan sistem sebelum ni. Kerja aku sebenar pun memang related dengan akaun dan sistem.
  • Aku lebih tertarik dengan logik sesuatu. Macam entri aku pasal kenapa aku tak suka tengok cerita hantu dari barat.
  • Memang tiap2 hari aku pergi kerja gaya formal walaupun aku boleh je nak pakai apa2..

BETUL KE AKU TAKDE PERASAAN ?
  • Member aku pernah cakap aku 'takde perasaan'. Sebab bila cite apa2 kat aku, aku kurang nak respond. Sebab aku memang lambat nak feel apa orang rasa masa diorang cite tu. Haha.. tapi aku boleh bagi nasihat yang logik dan bernas insyallah... :)
  • Selalu aku tulis email aku pastikan ayat tu tak buat orang terasa dan pastikan point sampai, Kadang2 memang akan jadi panjang..lepas tu aku akan baca berulang kali email tu.. buang masa kan?..
  • Dengan orang yang aku tak rapat biasa aku guna suara monotone je. Kalau dah rapat baru aku boleh variasikan sikit...

TAK BOLEH CAKAP KUAT SIKIT KE ?
  • Dengan orang tak rapat pun suara aku cakap tak kuat dan pada kelajuan yang perlahan. Tapi bila dengan orang yang aku dah biasa, aku cakap laju sikit. Tapi bila tengah tak puas hati, tak kira dengan orang tak rapat pun aku cakap laju sampai tersasul-sasul. spoil betul bila jadi camtu....
 Ok nampak macam takde kelebihan sangat pun kan perangai seorang 'auditory digital' ni?
Takpe aku cite pasal kemahiran diorang pulak:


OHH..ADE KEMAHIRAN KE??
  • Kemahiran membuat persiapan & perancangan (Preparation skills)
  • Kemahiran menyiapkan sesuatu mengikut perancangan (Follow through skills)
  • Kemahiran menganalisis sesuatu (Analysis)
  • Kemahiran melakukan sesuatu dengan tersusun dan rapi (Very organized)
  • Boleh digantung harap melakukan sesuatu seorang diri (Dependable )
HAA... GEMPAK KAN??


Kelemahan
  • Kerap stuck untuk buat keputusan bila terlalu banyak pilihan (paralysis by over-analysis)
  • Terlalu berhati-hati
  • Susah puas hati disebabkan sifat perfectionist
  • Jika membentangkan mengenai bisnes, selalu explain terlalu banyak details yang tak diperlukan oleh kebanyakan orang

Cuma kelemahan no 3 tu macam tak kena dengan aku. Sebab aku senang puas hati dengan something...
Mungkin bergantung pada individu tu jugak. Tapi kebanyakannya macam point yang aku nyatakan kat atas ni la.


AYAT-AYAT KLISE DIORANG...


Kata2 yang sering digunakan dan berkaitan:

  • "Ya, aku tahu.."
  • "Aaa..make sense"
  • "ok...logik2..."
  • "Bagi aku fikir jap.."
  • "Cuba kau fikir..."
  • "Kau kena study dulu benda ni..."
  • "Kau kena research sikit..."

Dengan orang2 macam ni diorang lebih suka documentation berbanding communication.
Kalau nak bagi diorang senang faham bila explain something, kena bagi figure, step by step, proses yang berkaitan, justifikasi dan maklumat terperinci yang boleh diorang analyse dan fikir logik perkara tersebut.


SEMUA ORANG PUN SUKA KENA PUJI...


Selain tu, diorang lebih suka dipuji mengenai kecekapan dan keberkesanan mereka melakukan sesuatu proses dan prosedur. Contohnya, programmer lebih suka dengar orang cakap sistem/ app yang dibuat best, function, berkesan dan menarik minat ramai orang.

Bila buat keputusan, diorang akan berdasarkan logik sesuatu berbanding emosi dan gerak hati.

michaellosierspeaker

HAA... KORANG YANG MANA??


Auditory digital ni berbeza dengan:

Visual Person:
Orang yang mengingat sesuatu berdasarkan gambar. Kurang suka dengan perkataan yang panjang, Mudah faham sesuatu berdasarkan gambar, Bercakap dengan laju dan lebih pentingkan gaya pakaian yang menarik. Keywords: "cuba bayangkan...", "nampak macam..."

Auditory Person:
Senang distracted dengan sebab bunyi. Mudah faham dengan kata2 dan instruction, Mudah ingat kata2 seseorang, Suka dengar audio, gemar bercakap dalam phone dan mudah tangkap lirik sesebuah lagu. Keywords: "Dengar macam menarik..", "Ok kau dengar ni, aku..."

Kinesthetic Person:
Mengingat sesuatu melalui pengalaman, latihan dan sesuatu yang praktikal. Sangat mahir dan cekap melakukan sesuatu dengan tangan, Kadang2 dianggap lembap dalam pembelajaran, tetapi diorang sebenarnya sangat bijak dan kreatif bila buat sesuatu yang praktikal. Buat sesuatu mengikut gerak hati. Keywords: "Kau boleh handle kan?..", "Kau dapat tangkap tak apa aku cakap?.."

Yang visual, auditory dan kinesthetic ni aku explain sikit je la so korang nampak la sikit2 apa perbezaan antara setiap satu. Kalau aku rajin baru aku tulis in details yang lain2 tu...

quotemaster

JANGAN RISAU... HIDUP NI UNTUK KITA ADAPTASI...

Tapi auditory digital tak semestinya akan purely jadi auditory digital selamanya tapi benda ni boleh adapt. Bila kita faham orang tu jenis yang macam mana, kita akan cuba adapt dengan perangai dan gaya komunikasi dia. Ini hanyalah preference seseorang bila berkomunikasi sahaja. 

So complicated kan manusia ni?
Tu belum lagi beza perangai lelaki dan perempuan,
Belum lagi beza seorang listener, looker, talker dan toucher,
Belum lagi beza seorang introvert, ambivert dan extrovert.
Makin complicated jadinya. Haha...
Sekian sahaja. Panjang benor aku taip ni. Moga2 bermanfaat.

5 ulasan:

  1. tudia panjang berjela ha explanation. dalam dunia ni banyak jenis manusia kan sbnrnye & orang sekeliling je perlu sama-sama adapt barulah takkan ade yang terase berbeza drpd org lain.

    ehh ade kena mengena tak? hahaha~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha rajin kau membaca.. betul memang byk jenis manusia. Tapi kalau kita nak faham orang lain kita kena faham diri kita sendiri jenis yg macam mana dulu. Then faham org lain pulak jenis macam mana..

      Aku rasa menarik aku kongsi je walaupun org lain rasa tak menarik haha...

      Boleh la kena mengena gak komen kau. Tak baca la tu kan €_€

      Padam
  2. tak fokus pulak aku baca sambil dgr ceramah kau dkt entri susah nak move on tu. hahaha
    bagusla ko banyak share benda2 macam ni. benda yg buat kita kenal diri lebih dalam. kalau kita tak kenal diri sendiri, macam mana nak kasi org kenal kita an?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. takpe dengar ceramah tu lagi bagus dan pahalanya dari baca benda aku merepek ni.. lagi satu memang entri ni bosan. Kau cakap je la tak fokus sebab bosan, aku ok. Hahah..

      Betul2 kita kena paham diri sendiri dulu la pastu baru kita paham org lain punya perangai pulak macam mana..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...