11 perkara mengenai seorang 'Ambivert'

Ok…sebelum ni aku dah tulis tentang bagaimana personaliti seorang ‘Introvert’. Dan aku rasa aku tergolong dalam golongan tersebut. Untuk mendapatkan kepastian, aku pun jawab satu personality test ni dari website danpink.com dan keputusannya menunjukkan bahawa aku bukanlah seorang ‘Introvert’ atau ‘Extrovert’. Nak tahu apa dia? Aku seorang ‘Ambivert’. Ambivert? Apakah yang dimaksudkan dengan Ambivert ni? Oleh kerana aku tak tahu, aku pun search pasal Ambivert ni dan dapat la jawapannya kat artikel buzzfeed bagaimana personality seorang ‘Ambivert’.

Gambar ni merupakan keputusan aku setelah mengambil personality test ni:

 Di bawah ni pulak, aku hanya kongsikan semula apa yang artikel buzzfeed mengenai personaliti seorang ‘Ambivert’. Berikut merupakan ciri2 seorang “Ambivert’:

1. Apabila berada di luar, korang selalunya mungkin tidak akan memulakan sesuatu perbualan dengan orang yang tak dikenali.

2. Secara kebiasaannya, korang berasa gembira berjumpa dengan kenalan baru, tetapi mungkin akan berasa tidak selesa jika korang terpaksa berinteraksi dengan orang baru tanpa ada kawan korang.


3. Apabila sesuatu topik yang menarik minat korang dibincangkan, korang akan berasa seronok dan semangat untuk bercerita tentang topik berkenaan secara lebih terperinci.


4. Tetapi, setelah selesai berbual tentang perkara tersebut, korang lebih selesa untuk berdiam diri dan mendengar sahaja perbualan tersebut tanpa mengeluarkan sebarang kata2.


5. Meluangkan masa terlalu lama di khalayak awam memenatkan korang.

6. Korang boleh keluar bergembira di luar, tetapi pada sesuatu masa tenaga korang akan lemah dan apa yang korang nak hanyalah pulang ke rumah.


7. Kadang2 korang perlukan masa weekend untuk bersendirian.

8. Terlalau banyak masa bersendirian menyebabkan korang merasa agak kesunyian dan korang akan tiba2 merasakan yang korang tak produktif.

9. Berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kata2 bukanlah masalah untuk korang pada kebiasaannya. Walaubagaimanapun, kadang2 korang terkeluar juga kata2 yang merepek dan tak masuk akal.

10. Korang mempunyai perasaan untuk mengimbangkan keadaaan berdasarkan dengan siapa korang berinteraksi. Jika korang bersama dengan seseorang yang suka bercakap, korang akan jadi pendiam. Tetapi jika korang bersama orang yang pendiam, korang akan cuba untuk memulakan perbualan dan menjadi orang yang lebih banyak bercakap.

11. Secara logiknya, korang sukakan perhatian, tetapi selalunya korang tak suka kalau korang terlalu popular dan semua orang tahu pasal korang. Korang cuma nak rasa dihargai dan wujud dalam komuniti sahaja.


Sebenarnya, ada banyak lagi personaliti seorang ambivert ni, tapi aku kongsikan sebahagian je la. Nak tau apa lagi, boleh baca kat sini. Jadi, boleh dikatakan kebanyakan personaliti seorang 'Ambivert ada pada aku. Oleh kerana aku dah jawab test tu, aku anggap seorang ambivert. Kalau korang nak buat boleh tekan kat link yang aku bagi kat atas tu. Korang dialu-alukan untuk berkongsi keputusan personality test korang.

Sumber gambar: Google imagesbuzzfeed

26 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. You're welcome. Terima kasih singgah blog ni. :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Tahniah! Ini bermaksud anda seorang yang unik macam saya. Hehe... :)

      Padam
  4. Saya da buat test...hehehe...rupanya kita geng,saya pun ambivert..x la terlalu introvert :D

    BalasPadam
  5. wahhh.. saya Ambivert . hahaha. seriously , point 1 , 3, 4 and 8 tu mmg kena la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh..good to know. Kalau saya pula bole dikatakan semua point kat atas ni kena la dgn saya. :)

      Padam
  6. number 5 sampai 11 tu betul! jd, saya ambivert ke tak? hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin la awak ni ambivert....sebab majoriti point kt atas ni kena dgn awak. Kalau nak confirmkan buat la test kat test tu. Link saya dah bg kat atas. :)

      Padam
  7. rasa mcm.. saya seorang ambivert. ceh sesuka hti je rasa ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rasa point2 kt atas kena dgn diri sendiri, kemungkinan besar awak seorang ambivert. Buat la personality test utk confirmkan.

      Padam
  8. Rasanya Cik Candy pun Ambivert. Ciri2 kat atas tue ada pada Cik Candy :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau camtu Cik Candy kira Ambivert la..Tahniah2 ...Welcome to my club :)
      Buat la personality test tu confirmkan.

      Padam
  9. Balasan
    1. Great. Another new member. Welcome to Ambivert World. :)

      Padam
  10. una ambivert jugak la...kakakkakkaka...tapi ade yg btl ade yg x btl la una tgk td description die

    BalasPadam
    Balasan
    1. la...nak jugak tu masuk geng ambivert. Ye la una....welcome to ambivert world. :)

      Padam
  11. Balasan
    1. boleh buat test utk kepastian. kalau memang ambivert, aku ucapkan 'wlecome to ambivert world'. :)

      Padam
  12. sama. dapat ambivert jugak. okay lah tu seimbang. just naiss .HAHHAHAH

    BalasPadam
  13. selama ni ingat introvert , rupa-rupanya ambivert hahahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...