Susah jugak nak move on ni rupanya...

Sebelum ni aku pernah post entri cara aku move on bila ditinggalkan. Tapi yang tu lebih kepada hiburan kat blog ni. Tapi kali ni real story yang aku nak cite. Cerita tentang susahnya nak move on.

Psych2Go
Kalau korang ada baca entri tentang kenapa aku tak suka tengok cerita hantu dari barat dan entri kenapa aku rasa aku seorang ‘auditory digital’, korang mungkin dah tahu perangai aku macam mana. So, cerita yang aku nak cite ni ada kena mengena dengan dua entri tu.

THE STORY

Aku ada berkenalan dengan seorang perempuan sebelum ni. Kira pengalaman aku yang pertama la. Dalam perkenalan ni aku cuba untuk jaga perhubungan mengikut apa yang islam anjurkan semampu mungkin.

Pada awalnya semuanya nampak ok je. Sampai ke tahap aku dah kenal dengan parents dan adik beradik dia dah lah... Dan aku dah cuba ambil hati parents dia sehinggakan aku rasa aku dah mula boleh diterima. Dan yang paling penting aku dah makin yakin yang aku suka kat dia.

REJECTION

Tapi, hati dan perasaan manusia tak boleh nak paksa. Kalau aku je yang suka tapi dia tak betul2 suka kat aku pun tak guna. Keadaan sekeliling yang terjadi dan apa yang dia dah lakukan selama ni membuatkan aku rasa dia dah suka kat aku. Tetapi aku silap. Dia tak betul2 suka kat aku pun. Semuanya tu pada dia kategori ‘proses berkenalan’ sahaja.

Disebabkan aku dominan ‘auditory digital’ dan berperangai ‘introvert/ambivert’, komunikasi jadi isu. Ditambah lagi dengan aku yang sentiasa cuba limitkan communication supaya tak melampaui batas pergaulan. So dia nampak ini sebagai satu isu dan tanda ketidak serasian.

RedBubble

TAK SEFAHAMAN


Pada dia isu komunikasi ni susah nak settle even after dah kahwin.
Tapi pada aku isu komunikasi ni boleh develop selepas kahwin sebab aku percaya bila dah duduk serumah barulah betul2 boleh saling kenal-mengenali dan faham-memahami.

So, akhirnya putus gak lepas aku dan dia dah buat istikharah. Aku ada cite sebelum ni apa bagusnya buat istikharah ni. Kita akan lebih bergantung pada Allah berbanding mengharap pada manusia. Boleh baca kat sini.

Tapi dah nama pun manusia tetap lemah. Lepas aku dan dia decide untuk stop contact, malam tu susah jugak aku nak tidur. Asyik fikirkan betul ke keputusan yang aku dah buat. Fikirkan macam mana nak lupakan dia terus. Fikirkan kenapa hanya disebabkan isu ini je semuanya terus tak menjadi. Macam2 lagi la aku fikir...

SUSAH JUGAK NAK MOVE ON..

Baru aku tahu susah jugak nak move on ni rupanya... mungkin dengan hanya berkenalan dengan orang lain baru boleh betul2 move on sepenuhnya. Korang yang dah ada pengalaman macam aku mesti faham kot. Kan??? Kadang2 rasa macam tak dihargai pun ada. Kadang2 tengah duduk sorang2, teringat lak.. aaisssh..

Quote Ambition

Aku tak tahu kenapa tapi masa tu aku selalu layan lagu Akim- Rampas ni. Boleh la layan perasaan jap.. Tapi Akim lagi sedih sebab lagu ni Stacy buat untuk motivate Akim balik lepas dia kehilangan ibu dia...



Tapi feeling macam ni bila kita layan, lagi susah kita nak move on. Memang kena banyakkan buat aktiviti yang boleh lupakan dia dan banyak dengar motivational talk.

So cara aku untuk pastikan aku boleh move on:

  • Aku start dengar ceramah2 agama kat youtube yang berkaitan dengan move on
  • Aku dengar youtube, speaker bagi motivational talk cara2 nak bagi hidup produktif
  • Aku banyak study cara2 berkomunikasi
  • Aku rajin dengar ceramah agama kat surau supaya tak banyak masa terluang. Bila banyak masa terluang ni yang buat kita asik teringat2 dan susah nak move on
  • Aku start buat something yang jarang aku buat sebelum ni.

Dan aku ada dengar satu ceramah yang aku rasa sangat best dengar hari tu. Kat bawah ni ceramah dia:


Point utama dalam video atas ni:

Hikmah ditinggalkan:

  • Allah nak kita rasa lagi nikmatnya bertaaruf (berkenalan).
  • Allah nak bagi kita yang lebih baik walaupun kita dah rasa yang sekarang ni terbaik.
  • Allah bagi kita peluang untuk belajar lagi cara untuk mencari yang lebih baik.
  • Allah nak bagi yang terbaik untuk kita tu sesuai dengan waktunya.
  • Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita inginkan tapi Allah bagi apa yang kita perlukan sebab Allah kabulkan apa yang kita perlukan , bukan apa yang kita inginkan.

Cara doa dikabulkan:

  1. Jika apa yang kita inginkan sesuai dengan apa yang kita perlukan. Maka segera dikabulkan
  2. Jika ada yang kita inginkan tapi kita belum sanggup untuk menerimanya. Maka, akan dikabulkan waktu kita sanggup untuk terimanya nanti

Boleh la tengok video ni. Best gak cara penyampaian dia.

Aku tulis entri ni pun menandakan aku tak move on sepenuhnya lagi. Tapi sebab aku rasa benda ni kena luahkan jugak. So, aku luahkan kat sini. Dan aku rasa cerita ni kena jugak aku simpan sebagai kenangan supaya aku dapat reflect diri aku sendriri apa yang aku dah buat selama ni. Harap2 lepas publish entri ni hidup aku semakin produktif la..

Korang pernah ke rasa kena tinggal? Atau pun ada pengalaman meninggalkan orang lain? Cer cite sikit best tak perasaan tu.. huhu..




Baca lagi:


17 ulasan:

  1. kau bagitau tak niat kau kurangkan komunikasi tu?

    Sabar ye, it may sound cliche, tapi betul apa kau cakap tu, akan jumpa yang lebih baik. Mungkin orang yang sama tapi dalam versi dua2 bertambah baik akhlaknya, versi dua2 dah ready for marriage.

    ditinggalkan memang sakit. but the pain will eventually heal. put trust in Allah and keep striving to be better. All the best Bro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. fulamakkk kau memang power la. haha.. patut kau buat buku pasal relationship.

      Aku bgtau dah semua kenapa aku kurangkan komunikasi semua tu. Cuma bila salah seorang dah rasa macam tak ngam, dia tak jadi apa jugak..

      Btw thanks for your kind words. kau macam dah selalu lak rasa. haha..

      Padam
  2. senang cerita sebenarnya TAK MUDAH NAK MOVE ON ni. tapi kau kira bagus gak la sebab rajin divert kan diri kau ke arah positif compared to people yang selalunya akan buat benda-benda negatif sesaje bila putus cinta ape smua ni.

    and yes memang sakit bila ditinggalkan tapi sebenarnya orang yang meninggalkan tu lebih sakit (sekiranya dia memang ada feeling pada kita & meninggalkan tu bkn kerelaan dia).

    tapi kalau mmg dia rela & pilih utk putus, dia takde ape-ape. yang kena tinggal lah serupa hape je lagi dah~

    ish panjang plak dah~ hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. macam ada experience lak komen panjang2... Tula masalahnya aku yg kena tinggal tu. Tapi alhamduilah la aku masih ada rupa lagi haha..

      Padam
  3. nope! nope and nope! aku tak suka dowh perasaan kena tinggal ke ditinggalkan or meninggalkan. dia mcm athazagoraphobia...tp takdelah teruk..sbb tu aku tak suka commit dalam mana2 hubungan. kalau boleh elak, aku elak. aku pilih utk solo lagi bagus. so, selamat dr semua rasa nak move on, healing process dan segala rasa yg buat aku rasa diri murah giler nak mati....

    macam ego pulak kan? entahlah...aku tak tahu bila nak ready...sekarang ni pun aku masih belajar utk commit dgn org. itu pun aku bg byk giler restriction. rindu, doa. simpan dalam doa lagi kukuh. plus, nak jauh dr menghampiri zina tu lagi susah dr move on.....zina hati. naudzubillah min dzalik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm.. kind of ego jugak la pada aku kalau kau pikir camtu. Tapi kalau kau memang tak ready, cara kau tu mungkin antara yg terbaik utk elakkan byk hati yg kecewa. Cuma aku kurang setuju dgn ramai sgt perempun skrg mcm terlalu nak tunjukkan diorg lagi happy solo walaupun secara fitrahnya perempuan dan lelaki dah diciptakan berpasangan..

      Btw betul aku setuju nak jauhkan diri dari zina tu agak susah especially zina hati tu la... Naudzubillah min dzalik.. Ada ustaz pun cakap kalau suka someone jgn letak dalam hati tapi genggam kat tangan je rasa tu. Supaya kalau kecewa pun tak teruk sgt rasanya. Sbb still Allah yg akan tentukan kita ada jodoh atau tak dgn bakal pasangan kita tu....

      Padam
  4. I feel you. Lagi lagi musim covid 19 ni yang cuti panjang kat rumah peh rosak moveon sebelanga. Tetiba terstalk ehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tu lah tu.. siapa2 yg susah n tak boleh move on memang akan jd camtu lah. Tapi aku dah move on dah. Cuma nak cite susahnya nak moveone je hari tu.

      Padam
  5. Masih dalam peringkat hendak move on. Susah sangat. Mencari cara untuk move on, walau cuba sibukkan diri, tetap tidak berkesan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I feel you, bro. Aku pun dlm proses moving on ni.. Semua buat pun tak jadi apa... Suffer nya rasa.. Cuma iman je tinggal skrg ni... Rasa nak bunuh diri pun ada... Gilanya!

      Padam
    2. @Awanama 1

      Takpe slow2 move on. Ada sebab kenapa kena berpisah tu. Kalau awak sendiri yakin awak ada value, org still akan nampak dan akan tertarik dgn awak. Org yg tinggalkan awak tu tak nampak, biarkan dia.. mungkin org yg lebih baik utk awak akan dtg cuma lambat sikit je...

      So saya pun takde cara. Tapi saya boleh suggest tgk video2 mathew hussey pasal relationship ni. Biar confident kat diri sndiri datang. Biar kita tak buang masa fikirkan org2 yg tak worth kita invest time utk dia pun..

      Padam
    3. @unknown

      Jangan sampai fikir nak bunuh diri. Alhamdulillah masih ada iman dalam diri tu. Simple je. Dalam dunia ni takde apa milik kita pun. So pasangan kita pun bukan milik kita, cuma pinjaman sahaja sebagai nikmat utk kita.. lebih elok rasanya Allah dah tunjuk awal2 perangai pasangan. Kalau dah berkeluarga dan beranak pinak baru tahu perangai buruk pasangan tu, kan lagi siksa tu..

      So tak payah buang masa fikirkan someone yg tak bernilai utk kita pun. Maintain je jadi org yg beri manfaat kpd org lain, mana tahu rezeki jumpa pasangan yg lebih jauh lebih elok perangai dan lebih sedap mata memandang nanti😊

      Padam
  6. Smpai skrg die tak mengaku ada perempuan lain sedang kan terang2 tak balik rumah, jumpa kondom Dan ubat kuat dlm kete. Ya Allah.. Hnya Allah je tau.. Sape2, tolg lah aku.. Jom lah lepak2 Dan Isi masa lapang.. Nak tambah kawan.. Nak move on... Tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh dah kahwin ke? Ni bukan move on sbb putus cinta lah ni? Ni kira nak move on sebab dah putus ikatan?

      Maaf lah ye..aku boleh jadi kawan alam maya mcm ni je. Tak dpt nak lepak2. Mungkin ada sesiapa yg lain kat sini boleh lepak dgn sahabat kita ni boleh lah roger2 ye..

      Try tambah kawan kat tempat2 baik mcm majlis ilmu dan sebagainya..

      Padam
  7. Btw, aku seorg yg introvert Dan antisocial. Nk try berubah skrg ni.. Fb, twitter smua takde. Tolg aku buat smua tu.. Push aku.. Aku tak nk terus hidup mcm ni.. Jom lepak2.. Ajar aku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Introvert tak semesinya tak boleh ada fb,twitter etc.. boleh je buat fb dan follow org2 positif yg selalu post2 benda yg buat kan kita semangat.. mungkin jugak boleh jumpa kawan baik2 dalam golongan tersebut..

      Macam aku ckp kat atas tu. Boleh tgk video mathew hussey kalau2 apa yg dia sampaikan tu boleh bg confident kat kau balik

      Padam
  8. Aku ambil keputusan utk tinggalkn someone ,sbb aku nak elak dari zina hati yg berpanjangan (sorry kalau cliche��). Dan serius aku ckp, keputusan ni berat sgt2 utk aku, sebab aku masih ada perasaan & sayang kt dia . Even sekarang ni pun aku masih tak move on lagi ,sebab tu aku boleh sampai kt blog ni haha. Cuma aku tak terus terang alasan aku putus dengan dia .Aku cuma bagitau yang aku nak fokus kat family dulu. It hurts so much act .But I'm trying my best to heal. ��

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...