Bahaya bawa motor

Aku tak reti sangat bawak motor. Masa kecik2 dulu pun kat rumah aku cuma ada motor vespa yang dah lama. Vespa ni berat sikit  dan ada clutch. Lagi membuatkan aku malas nak cuba2 bawak sebab pada aku macam susah. Parents aku pulak jenis overprotective dan kalau boleh tak nak bagi aku bawak motor.


Tapi sekarang disebabkan kerja kat kl ni jam dia sangat teruk, maka motor adalah salah satu kenderaan yang paling sesuai dan mudah untuk aku bawak pergi kerja. Destinasi yang boleh sampai dalam masa 20 minit, tapi bila aku drive kereta boleh jadi sejam beb sebab jam dia.

Lepas aku start bawak motor ni baru aku sedar dan dapat rasakan betapa banyak cost yang aku boleh jimatkan dengan menunggang motorsikal terutama minyak dan parking. Kat Kl ni faham2 je lah mana ada yang free. Semua jenis parking sama ada yang berbumbung, yang tanah merah, yang berbatu2 pun kena bayar. Nasib baik ada motor boleh jugak kurangkan beban aku di saat harga minyak naik, dan segala benda lain turut sama naik ni...

Sepanjang aku naik motor ni ada sekali aku hampir accident, sekali aku betul2 accident dan 2 kali aku buat something yang careless.


Masa kejadian hampir2 accident tu sebabnya aku tak tengok side mirror betul2. Aku tengok gitu2 je side mirror terus masuk lane belah kiri sekali. Sebab time tu tengah jam, so aku tak perasan sangat ada motor lain laju sebenarnya belakang aku. Nasib baik brother belakang tu cekap dia sempat elak aku dan bagi hon dengan pandangan tak puas hati kat aku. Haha...

Dan aku??
Aku buat muka innocent sambil angkat tangan sikit yang masih pegang handle meminta maaf.  Lepas pada tu baru aku tahu tengok side mirror je tak cukup, kena toleh kepala ke belakang jugak kalau nak masuk lane lain.

Kejadian seterusnya, masa aku accident betul2. Kejadian itu adalah accident pertama aku bawak motor sendiri. Selama ni aku tak pernah accident motor pun. Ni la first time aku accident motor. Awesome tak aku? Haha...Nampak sangat aku tak berapa nak bawak motor sebelum2 ni. Accident biasa je jatuh time corner sebab jalan licin baru lepas hujan. Nasib baik pakai baju hujan mahal rasa protected sikit.

Ok yang 2 kali aku cuai tu aku rasa bahaya betul benda yang aku buat tu.. Lebih bahaya daripada aku jatuh tadi.
Tahu apa aku buat?

First time aku buat kecuaian tu masa aku pergi lhdn nak bayar tax sebab aku dah kaya sangat, rasa rugi tak bayar tax kat kerajaan Malaysia. Hoho... Memang tak la, gaji tak seberapa. Aku bayar tax untuk company punya staff je.

Masa pergi bayar tu macam biasa la ambil nombor dan bayar. Tapi masa balik pergi ke motor aku tu, terkejut aku sebab baru aku perasan yang aku tertinggal kunci kat tempat start motor rupanya. Nasib baik tak ada orang perasan dan rembat motor tu. Kalau tak, sia2 je aku kena jalan kaki balik ke office.

Tu yang first time la.. Disebabkan buat sekali aku tak puas, so aku buat lagi sekali kecuaian yang sama. Haha... Masa tu aku nak pergi beli nasi lemak naik motor. Jadi, aku singgah la kejap order tapi kunci motor lagi sekali aku tak perasan tertinggal kat motor aku. Budak2 motor ada je lepak2 kat situ2 nasib takde siapa perasan. Kalau tak senang2 je motor aku kena bawa lari. Alhamdulillah tak berlaku benda macam tu. Mungkin sebab motor aku biasa dan tak menarik, so selamat la tak kena target sangat.

Ok.. Aku naik motor apa? (tak pasal2..)

8 ulasan:

  1. Saya dah banyak kali hampir accident. Tapi alhamdulillah Allah lindung. Mujur area Kuala Nerus ni tak sesak =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Allah masih lindungi. Hati2 bawa motor lepas ni. Hampir2 accident tu pun dah bahaya dah tu...

      Padam
  2. ko bwk skuter kot...sbb tu xde org rasa nak ambik...kot..ye ke? hahahha

    bahaya bawak moto mmg tinggi lagi2 kalau cuai...so be careful...sbb bahaya tak nmpk malang tak berbau..eh eh..

    sib baik baju hujan mahalkan...<---terhibur pulak aku baca part ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah betul la tu bawa skuter je. Tu yg tak menarik kot.

      Memang bawa mototr lagi tinggi risiko dia. Kalau tengah menunggang memang aku fokus biasanya. Sampai ada org cakap serius je aku bawa motor. Haha...

      Tulah nasib baik ada baju hujan mahal dan tebal. Luka pun tak la teruk.

      Padam
  3. lepas ni sangkut kunci dekat tengkuk. so nak bangun tengkuk akan tertarik so sedar kunci tak cabut lagi haha.

    always b safe rider!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha bagus idea kau ni tapi bahaya weii buat camtu. Kalau terjatuh motor tu dah terbelit2 leher aku.

      Thanks.

      Padam
  4. dulu time study di shah alam selalu ulang alik dari selayang naik motor. semua jalan dan di redah. sesat adalah sekali. Alhamdulillah tak pernah eksiden lagi. Kena ragut sekali jer. haha. Pengalaman semua tue.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wuisshh jauh tu dari selayang ke shah alam naik motor je. Berapa minit baru nak sampai tu... Power2..

      Sesat tu biasa la. At least semua org kena rasa sesat sekali seumur hidup. Hehe..

      Yang ragut tu tak pernah pulak kena. Bahaya betul la sampai kena ragut. Ni mesti bawak handbag mahal ni....Haha..
      apa2 pun hati2 la kalau bawak motor lepas ni..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...