Kali ni aku nak cerita pasal bisnes. Wuhuuu.. Come on guys semangat sikit. Aku nak cerita pasal bisnes ni Sure best punya... Haha..
Ramai dah sekarang orang reti berbisnes aku tengok. Student2 pun dah ramai aku tengok berjaya jadi usahawan muda. Tak macam aku zaman study dulu. Tak reti pun nak buat duit sendiri. Kerja aku enjoy je masa student life dulu. Takde pun pikir gila2 pasal masa depan. Follow the flow je.. Hebat gak la budak2 zaman sekarang ni.
Tapi yang lagi hebatnya budak2 baru masuk sekolah menengah dah ada jugak start berbisnes. Serius talk beb. Tajuk dah pasal dropship kan.. Ni nak citer pasal dropship la ni.. Awal tahun ni aku ada la join beberapa dropship. Saja la cari duit lebih walaupun aku bukan dalam keadaan desperate sangat nak pakai duit.
Tapi disebabkan macam azam tahun baru kot agaknya.. Aku plan untuk dapatkan RM 100 sebulan. Seratus sebulan sebenarnya sikit je. Kalau aku buat grabcar dah confirm boleh punya. Tapi sebab aku memang dah full time kerja, aku plan la buat dropship je. So, takde la banyak sangat masa aku nak kena guna kalau buat dropship je.
Target RM100 sebulan tu pun just nak make sure aku akan buat apa yang aku plan je. Kalau letak tinggi2 nanti, takut sampai sekarang aku tak start2 buat dropship pulak..
Yang penting pada aku istiqamah atau konsisten.
Haa... berbalik kepada cerita join dropship tadi. Aku memang saja cari banyak supplier yang ada open dropship, so lebih banyak produk nak dimarketkan dan lebih banyak stok yang available. Tak sangka pulak aku ada jugak dalam group dropship tu umur 16, 17, 14. Aku macam... "Wow... serius la? Korang esok sekolah kot... PT3 pun ada yang belum amik dah duk pikir pasal bisnes.. Gelabah apa weh....." Tapi bagus sebenarnya diorang ni. Kecik2 dah ada awareness yang tinggi pasal bisnes.
Apa benda la aku merepek ni.
Isi untuk tajuk pun aku tak start cerita lagi.
Ni yang aku nak cerita sebenarnya ni.
Orang cakap join dropship ni boleh buat duit.
Tapi kan...
Aku rasa...
Join dropship ni boleh buat kau marah je sebenarnya. Haha...
Aku tak pasti la supplier2 yang open dropship ni serius ke tak sebenarnya. Kebanyakan servis supplier sangat la teruk.
Sebab - sebab dropship jadi tak best
1. Lambat Respon.
Flow sales dropship macam ni. Customer tanya aku colour yang dia nak ada tak, Then, aku pulak kena tanya supplier colour tu available tak, then supplier balas kat aku, lepas tu barulah aku boleh balas kat customer.
Cuba bayangkan supplier lambat balas message kau.
So, kau pun akan lambat balas kepada customer
Hasilnya, customer tak interested untuk beli lagi sebab dapat jawapan setelah 12 jam.
So, hilanglah minat seorang customer untuk beli barang online lagi.
Maka, rosaklah market jual beli online . Jadi, tak pelik kenapa ada customer yang dah tak start tak suka beli barang secara online disebabkan servis yang teruk macam ni.
2) Tak jujur sepenuhnya.
Kau tanya kalau bayar hari ni akan pos hari ni ke?
Supplier mengiyakan dengan jawab benda yang sama " bayar hari ni pos hari ni"
Tapi hakikatnya, pos buat hari esoknya.
Masalahnya, kau dah cakap kat customer akan pos hari ni.
Tak ke rasa macam bangang je kau dah terbohong customer disebabkan kau pun kena bohong dengan supplier.
Bila tanya pasal slip tracking no poslaju kenapa letak tarikh esoknya, boleh pulak supplier cakap tersilap tulis tarikh. Tapi cek dalam sistem memang diorang start pos esoknya pun.
Tak faham aku kenapa masih nak bohong sedangkan benda yang dia buat tu dah terang2 suspicious.
Servis delivery yang teruk ni pun sama akan membuatkan customer kecewa dan start tak suka beli barang secara online. So, market jual beli online akan makin teruk sekali lagi.
3) Tak dapat tengok barang depan mata
Benda tak ada depan mata memang susah sikit nak jual dan explain kat customer. Bila jawab ala kadar je customer pun tak berapa interested nak beli. So, terpaksa explain apa yang kita tahu je.
Nak explain lebih2 kena la tanya supplier dulu yang lambat gila nak balas tu.
Yang ni takde masalah dengan market jual beli online. Just benda ni tak berapa best bila jadi seorang dropship. Kalau stok ada depan mata lagi puas sebab boleh terangkan secara detail kat customer.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haa. cukup la tiga tu je yang aku nak cerita pasal tak bestnya bila jadi dropship. Join dropship still satu benda yang bagus bila korang baru nak start buat bisnes. At least nampak sikit flow dunia bisnes macam mana. Cuma kalau dapat supplier yang tiptop memang sangat2 best buat dropship.
So, kesimpulannya....disebabkan 3 perkara tak best yang berlaku kat atas ni, aku rasa aku perlu start jadi supplier untuk betulkan masalah yang berlaku sekrang ni supaya dunia ini lebih aman. Hahaha...
Thanks for reading guys. :)
tapi kalau kena dengan gayanya, boleh je dapat income :)
BalasPadamMemang dah merasa income tu tapi rasa tak puas hati bila tak dapat bg servis yg terbaik ke customer sbb servis supplier yg lambat.. Alhamdulillah skrg dah jumpa yg lebih bagus :)
Padamdropship boleh dikatakan umpama starter kit dalam dunia bisnes. bila dah ada untung lebih sket, boleh guna sebagai modal pulak utk beli stok sendiri.
BalasPadamBetul tu bro. Aku kalau buat dropship ni nanti mampu dpt berKK maybe aku akan try amik stok sendiri nanti insyaallah. Tapi plan kena power la. Ni dgn dah kerjanya , mahu serabut hidup wehh.. kalau plan main2
Padammula2 nk meniaga cmtu la.,
BalasPadamnk bes kena ada product sndri la.,
Tu la bro.. Mula2 buat je la dropship ni. Nanti dh masyuk ke nk jugak try jadi supplier. Baru puas hati
PadamBetullah tu kalau dah lambat reply customer mana yang suka. Banyak lagi pilihan lain.
BalasPadamMrs. A pernah beli barang online tapi supplier salah hantar barang . Kena pulangkan balik kos poslaju sendiri bayar.
Tapi yang bagusnya mereka tu (supplier/dropship) tak tunggu pun sampai barang tu sampai baru bagi yang betul in between tu mereka dah post barang yang betul siap-siap oklah cenggitu.
Anggaplah kos poslaju bukan rezeki kita.
Setuju tu mrs a. Kalau cust nak kena tunggu respond yg lambat mmg jadi x interested terus. Rasa x puas je menjual bg servis x bagus..
PadamOhh kalau supplier salah hantar brg sepatutnya supplier la yg kena tanggung kos postage. Kalau kita yg tersalah order baru lah kita tanggung. Apa la supplier tu. Tak nak tanggung risiko rugi berbisnes takyah bisnes la camtu.. Huhu..
Teringin jugak jadi dropshippers, nice entry pasai dapat tahu la jugak realiti jadi dropshippers ni. Tapi serius la bebudak pon jadi dropshippers jugak? Kagummmm betul la kat dorang, kecik-kecik pandai cari duit.
BalasPadamBoleh je kalau nak join dropship. Serius tak rugi pun. Semua expereience tu.Tapi hati kena kental la layan supplier, customer. Tak semua benda kita boleh agak nak jadi. Kena chill sikit.
PadamBetul serius aku pun terkejut bebudak dah join dropship. Tapi tak tahu la performance diorg camne
jadi dropship saya,inshaaAllah best..dan aman je rasa..nak cari tutor pn contact saya ye.. nurulhusna728123@gmail.com
BalasPadamHaha serius la una. Sempat gak eh promote. Nanti2 lah kalau perlu.. Semoga murah rezeki berbisnes
PadamJd dropship ape tu cik una? Boleh sy tau
PadamHai Bro Ley.
BalasPadamYe aku setuju 3 point utama kau tulis tu. Aku pernah jugak terdetik nak join dropship tp disbbkan point LAMBAT RESPON tu, aku terus batalkan je niat aku.
Aku jenis letak diri aku sbg pembeli. Kalo aku tak suka seller tu respon lambat, so aku assume konfem potential buyer yg nk beli drpd aku pon mesti cenggitu.
Konklusinya, (wahh mcm buat karangan pulak hahaha). Jadilah supplier. Barang ada dpn mata kita & kita tahu bila kita akan post out. Nak jwb pon senang hehehe
*Maaf lama aku tak dtg. Aku masih mencari mood daripada awal Januari dulu sampailah skrg. Hari demi hari yg makin mcm2 perkara aku terpaksa tempuh membuatkan mood blogging aku makin hilang :(
Hai ana.
PadamLama betul baru wujud. Haha... Asal tak try dulu dropship. Ok je. Boleh ajar kita cara nak settlekan masalah jugak. Tapi memang betul bila fikir pasal lambat respon tu memang jadi turn off sikit la..
Takpe weh cari dulu mood tu. Takde mood nak blogging pun x stok gak nanti nak menaip. Entah apa2 je cerita yg keluar nanti. Rasa happy berblogging pun kurg nanti
Im back after5 months comment here haha.
PadamLama betul ambik mood. ekceli bknlah aku tak on langsung. aku ade je log in+jenguk2 dashboard tapi SEMANGAT menulis tu belum dtg.
byk benda berlaku. byk reason yg buat jadi mood tu hilang.
tapi arghhh bkn sape pedulik pon ye dak hahaha =P
Ooohhh, gini rupanya gaya dropship.
BalasPadamAku selalu nampak iklan dropship diperlukan, ingatkan dia bagi barang kat kita suruh jadi penghantar ke pej pos je bila dia bagi order, rupanya salah konsep.
KAlau macam tu macam susah je nak dapat duit dropship ni sbb jual barang takde dalam tangan. Hm....ikut hukum islam okey ke?
Haha kalau dia bagi barang suruh hantar g pejabat pos tu org panggil 'runner'. Kalau amik stok terus pegang kat tangan n bayar deposit dulu kat supplier sementara pegang stok utk kita jual tu org panggil 'consignment'.
PadamTapi kalau just buat marketing, cari customer tapi barang n pos suplier yg handle tu baru dropship. Yg macam aku buat la. Takpe masa aku tak join bisnes pun x berapa faham konsep semua ni. Ni baru paham sikit2 hehe..
Kalau dalam islam sefaham aku boleh la. Macam konsep promoter kat kedai baju la. Tolong cari customer n deal dgn customer tapi barang bukan diorg punya pun. Owner punya. Tapi dia yg buat sales. As long dah ada persepakatan cukup la. Cenggitu je la aku faham. Wallahualam. So far tak pernah pulak dgr ustaz kecam konsep dropship ni. So aku yakin ianya halal lah.
Aku jenis tak reti nak meriah meriah tarik cust so boleh tengok jelah kawan kawan semua jadi dropshipper. Tapi bisnes printing kecil kecilan aku kira masyuk gak la. Kene pandai ambik kesempatan di atas kesempitan org lain. Ceh takdelah
BalasPadamFuhh ada bisnes printing kira masyuk gak tu. Rezeki masing2 kan.. Ayat last tu betul dah haha.. Tapi lagi betul ayat kalau camni: kena pandai cari solution utk masalah org lain. Haa baru la tak nampak jahat sgt haha..
Padamnak start buat dropshipper gak laa. tp modal xde. nk start xtaw camne. mohon bantuan nasihat sape2 kt sini.....
BalasPadamNak start buat dropship ada yg tak perlukan modal wang pun. Kena pandai cari. Cuma dropship ni kena pandai manage masa. Start2 maybe susah sikit sbb baru.
PadamFirst sekali just cari la kat fb atau insta mana2 seller yg open dropship. Search la guna keyword 'dropship'. Tanya diorg n join. Takpe cari byk supplier/seller awal2 ni sbb kena tahu mana satu yg reliable.
Dah join tu nanti seller biasa akan bg tips jugak macam mana nak buat sales, mcm mana nk handle fb/insta. So join dulu insyaallah ada ilmu baru nanti.
Kalau nk tahu tips2 dropship/bisnes boleh je follow kingafiq tu. Kadang2 dia share benda bagus. Follow la insta dia ke, telegram ke, byk sharing kat situ..
Dia yg penting start dulu. Selagi tak start selagi tu kita tak dapat nampak clear picture how dropship is. Semoga murah rezeki bos. Sekian. :)
hai..hai...dik. jika berminat nak menjadi dropship /agen bagi produk bantal 7 bintang DAG Das abdul global yang viral nih..boleh hubungi saya admin 0166371460 untuk berdaftar..
Padamkami ada macam macam panduan dan kelas dan award untuk agen semua..lepas masuk kelas mest bolehla niaga tu..mudah aje..
Boleh mula menjual di rumah mahupun di dalam kereta seperti yang anda nampak di jalan jalan tu...laris dan mudah aje menjual bantal kerana ramai manusia memang perlukan bantal kan?
jangan tunggu lama jom sertai DAG dan menjana income sehingga RM 10 K sebulan..malah lebih lagi..
terus daftar di sini (sign up as agen) tak de perlukan modal pun nanti pihak HQ akan hubungi dan guide awak sebaiknya.. www.dasabdulglobal.com
tumpang tanya..dropship ni dari segi islam macam mana?....halal atau haram?.....kalau pakai supplier dari aliexpress macam mana?
BalasPadammacam kita jual barang bukan milik kita
rujukan hukum agent jualkan brg
PadamMacam jawapan aku ada balas kat atas reply komen cEro. Aku faham yg supplier dh bagi green light utk kita jualkan brg diorg. So kita just marketing agent atau sebagai promoter. Jadi kita bekerja utk buat marketing dan close sales je. Upah tak tetap n kita tentukan sendiri dgn letakkan harga markup dari kos yg supplier bagi.
BalasPadamYg penting barang tu memang ada baru boleh jual. Sama je mcm kita jual baju dan berpartner dgn lg sorg kawan. Dua2 buat marketing tp sorg je simpan stok dan buat postage. Lagi sorg still boleh je jual walaupun xde stok kt tgn sbb dh setuju..
So aliexpress dropship pun konsepnya lebih kurang sama la sefaham aku. Wallahualam.. Btw, so far takde dgr lagi ustaz ckp dropship haram. Kalau tak mesti dah viral n dh ramai org tak buat dropship.
Best buat dropship.. Tpi insyallah nti da ada modal ble up jdi agen or stokis pla.. Insyallah
BalasPadamYa best buat dropship kalau supplier ok. Kalau supplier byk sgt problem, tu yg rasa malas. Rasa nak jadi supplier terus je
PadamJom join Automated dropship system di hudjannah.com (international products) atau hudjannah.my (malaysia).
BalasPadamHanya select dan sync product ke marketplace. Sangat mudah tak perlu risau tentang stok dan harga sebab semuanya syncronized.
Good luck on your business :)
Padamkadang yang lambat respond tu bukan apa, sebap kadang yang acah2 supplier tu pun sebenarnya agent stokis jugak.. dorang pun makan gaji jugak..tapi dorang di lantik untuk mencari downline mereka sendiri menggunakan system pyramid untuk mengiklan Kan barangan bos dorang.. tapi sure la barang ada dekat dorang tapi dorang cuma tukang jual Cari promoter je untuk dpt commission jualan dari promoter jawaban mereka..
BalasPadamBetul tu. Memang ada situasi yang macam ni. Bos atas bos. Itulah yang membuatkan tak bestnya respond lambat ni. Sebab bila kita tanya dia, dia sendiri pun tak boleh nak respond dgn cepat sebab perlukan confirmation bos diorang dulu. Last2 jadi penat menunggu...
PadamPernah jadi ds sebelum ni..Tapi tak de org beli pon T.T
BalasPadamInsyallah kalau usaha lebih sikit lagi akan ada orang beli. Cari ilmu marketing dan praktiskan. Mula2 memang susah nak dapat first customer. Once dah dapat nanti senang dah nak buat marketing. Jangan putus asa...
PadamAku tgk dorang punya feed back... Gamba duit apa smua geram je...lagi2 remaja mcm kitorang ni haihh...nk beli kasut ke apa ke xkan smua mak bapak
BalasPadamBoleh bro cuba dulu join mana2 dropship. Mungkin rasa geram tu adalah motivation utk bro start berbisnes. Belum cuba belum tahu. Mana tahu boleh buat untung juga. Tak perlu lah harap mak bapak sgt lepas ni..
PadamSaya br join. Masalah saya pulak, saya ada family member n kawan2 yang berminat brg sy jual. Tp as a dropshipper kita kene jual je harga yang dorang bagi. Kalau saya nak jual kat sedara mara dorang mintak hantar je by hand bila jumpa or dorang dtg tumah. Barang tu sure kita kene beli pakai duit sndiri with postage charge. Then nak jual harga retail without postage dekat member tu? Takkan nak charge cod harga 10ringgit contohnya nakcover postage? Tak masuk akal kan. So mcm rugi je.
BalasPadamSy pelik sikit situasi awak ni. Biasa kalau dropship, supplier akan bg harga murah sikit tolak kat kita. So kita lah pandai2 nak jual harga berapa. Contohnys seller tolak kat kita hrga barang tu rm50 exclude postage. Postage rm10. So bila jual awak terus naikkan harga jual jadi rm70 barang tu. So awak ada untung rm10... jangan bagitahu org harga modal brg tu, cuma bagitahu harga yg awak nak jual je...
PadamUntuk yg family member awak tu. Awak charge je sekali rm10 utk cover postage. Kalau dia family member yg betul2 nak support, dia akan bayar je. Tapi kalau dia jenis asik nak minta kurang je. Boleh la bagi utk awal2 ni. Lepas2 ni elok promote kat stranger je lebih mudah. Takde lah stranger ni nak minta diskaun mengarut-ngarut... lagi satu bagitahu lah kat family yg awak just dropship je. Takde kuasa sgt nak tentukan harga barang...
Saya dah tanya. Dorang kata hq tak allow markup. So saya stop buat.
PadamSaya stop mcm tak berbaloi. Lagi satu setiap barang tu sy untung seringgit je
Padam@Tanpa Nama
PadamAiii... tak boleh markup lepas tu setiap barang cuma untung seringgit je??
Memang eloklah stop. Buat penat je jual satu barang untung seringgit. Baik jual aiskirim malaysia. Buat sendiri, untung sendiri, stok pun diri sendri control.
Nampak macam supplier awak nak mempergunakan ajen dropship je tu. Barang apa tu yang untung cuma seringgit?
Jual cookies.Katanya kalau jadi agent boleh dpt beli brg lg murah, n maybe untung dpt lebih sikit.plus boleh simpan stock.
PadamOhh cookies ke. Kalau mcm tu better jd agent lah berbanding dropship. Rasa sikit sgt rm1 untung utk buat satu jualan.
PadamSaya tringin nk try buat dropship ni tapi nk tanya mcamna kalau cust nk beli, then diorang bayar kat kita ke camna?
BalasPadamYe betul. Cust bayar kat kita harga yg dah termasuk untung kita. Contoh:
PadamSupplier letak harga kat kita rm50
Kita jual pada customer harga rm65
So untung rm15 kita dapat.
Customer akan bayar harga total rm65 tu kat kita.
Rm50 nanti kita transfer pulak kat supplier. So untung rm15 tu kekal dalam akaun bank kita.
Siapa2 pun boleh je but dropship ni. Selamat berjuang!
Dropship utk masa skg cuba2 bolela..nk dpt duit byk jgn harapla..supplier sendiri pun jual kt online..mcm mna dropship nk jual saing hage ngn supplier...kakakak
BalasPadamMemang dropship tak dapat byk sgt. Tapi bagus utk start sebagai proses belajar dalam dunia bisnes. Lagipun dropship ni lebih kepada part time.. nak untung lebih skit boleh jadi agent. Takpun jadi supplier terus hehe..
PadamTapi untuk supplier yg jual harga lebih murah kat shopee siap lebih murah dari kos yg dia letak kat kita tu memang tak patut... sbb sistem dropship dia sndiri akan collapse sndiri nanti.. sepatutnya kalau dah buka agent atau dropship supplier kena pandai jaga harga produk jgn smpai ada yg buang harga..
Ada problem ke kalo join lebih daripada satu dropship?
BalasPadamhai..hai..akak selit sikit.. jika berminat nak menjadi dropship /agen bagi produk bantal 7 bintang DAG Das abdul global yang viral nih..boleh hubungi saya admin 0166371460 untuk berdaftar..
BalasPadamkami ada macam macam panduan dan kelas dan award untuk agen semua..lepas masuk kelas mest bolehla niaga tu..mudah aje..
Boleh mula menjual di rumah mahupun di dalam kereta seperti yang anda nampak di jalan jalan tu...laris dan mudah aje menjual bantal kerana ramai manusia memang perlukan bantal kan?
jangan tunggu lama jom sertai DAG dan menjana income sehingga RM 10 K sebulan..malah lebih lagi..
terus daftar di sini (sign up as agen) tak de perlukan modal pun nanti pihak HQ akan hubungi dan guide awak sebaiknya.. www.dasabdulglobal.com