Kalau aku cakap statement "Perempuan sekarang kena ada income sendiri, untuk menjamin hidup kalau dapat lelaki tak berguna" ni statement yang salah, mesti korang yang perempuan tak puas hati kan?
Pada aku idea untuk perempuan ada income sendiri tu tak salah.
Tapi aku tak setuju dengan ayat seterusnya.
Kenapa dah letak dalam mindset sesuatu perkara buruk yang belum tentu jadi lagi?
Kenapa nak kena ada pemikiran negatif juga dalam ayat tersebut?
KENAPA PERLU ADA MINDSET NEGATIF?
Takde masalah pun kalau perempuan nak bekerja untuk cari income sendiri.
Takde masalah pun kalau perempuan nak bekerja untuk cari income sendiri.
Tapi bila dalam kepala dah ada mindset yang "Aku bekerja ni sebagai backup, takut-takut aku kena tinggal nanti..", membuatkan kepercayaan korang terhadap pasangan tu makin rendah.
Menunjukkan juga korang tak percaya sepenuhnya pada rezeki.
Eh, kenapa tak percaya pada rezeki pulak kan?
Ye la.. ayat tersebut menampakkan seolah-olah korang terlalu percaya dengan asbab korang bekerjalah korang boleh survive di kemudian hari nanti. Padahal rezeki Allah yang beri.
Rezeki kesihatan Allah bagi.
Rezeki kebahagiaan Allah bagi.
Rezeki cukup makan dan pakaian Allah bagi.
Rezeki pekerjaan Allah bagi.
Percayalah... rezeki korang, pasangan, anak2, dan keluarga korang semua Allah dah tentukan. Tinggal kita usaha dan doa yang baik2 sahaja.
Pada aku tak adil untuk ada fikiran negatif terhadap pasangan yang dia akan tinggalkan korang suatu hari nanti padahal dia tak pernah lagi buat masalah sepanjang korang kenal dia.
YANG PENTING NIAT...
Tak salah untuk perempuan bekerja atau ada income sendiri. Tapi niatkan lah cari income tu atas perkara2 macam ni:
1. Niat nak bantu keluarga
2. Niat nak berkhidmat kepada orang lain
3. Niat nak kongsi pengetahuan dan kemahiran
4. Niat mengelakkan masa lapang terbuang dengan sia2 kalau tak bekerja.
5. Niat mencari ilmu dan pengalaman
6. Niat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari
*kalau korang isteri still kena minta izin suami dulu kalau nak bekerja. Kalau suami tak izinkan, tapi korang nak jana pendapatan sendiri jugak, silalah buat bisnes online.
Apa-apapun, macam mana sibuknya korang menjana pendapatan dan mengumpul harta sekalipun, janganlah sampai jadi terlalu berdikari bila dah bersuami macam ayat kat bawah ni:
KENAPA PEREMPUAN TAK BOLEH INDEPENDENT SANGAT BILA DAH BERKAHWIN?
Bila korang rasa korang boleh buat semua benda, korang akan mula rasa tak perlukan siapa2. Korang akan mula pandang rendah pada pasangan. Korang akan mula lupa Tuhan yang selama ni bagi rezeki kat korang. Korang rasa apa yang korang ada ni adalah usaha korang semata-mata. Kena ingat apa yang korang ada sekarang ni Allah boleh tarik bila2 masa je dia nak.
Kalau korang dah ada rumah sendiri, Allah boleh tarik je dengan berlakunya kebakaran rumah.
Kalau korang sedang ada income yang masyuk, Allah boleh tarik je dengan ujian kesakitan sehingga tak mampu bekerja. So elakkan dari jadi terlalu independent sampai ke tahap ini.
Akhir sekali, cuba banyakkan berfikir positif terhadap sesuatu berbanding terpengaruh dengan fikiran negatif ramai orang zaman sekarang ni. Bila kita berfikir positif, kita akan menarik benda2 positif je dalam hidup kita. Hidup pun akan lebih tenang. Serius.
Ok ada perempuan yang triggered ke dengan post aku ni? @_@
Ok ada perempuan yang triggered ke dengan post aku ni? @_@
Salam Ramadhan guys!
Baca lagi:
sekarang ni perempuan kena ada duit bukan takut kena tinggal, tapi sebab keadaan memang memerlukan 2 pihak bekerja.. atas sebab2 ekonomi. tapi ni golongan middle class la.. kalau kau dapat suami jutawan MLM atau CEO Bank ke, Oil and a ke.. bolehla goyang kaki di rumah hehehhehehee
BalasPadam*oil and gas
Padamhahaha dpt laki kaya mcm tu nak keje apa lagi. keje habiskan duit suami je la...
PadamBetul memang byk yg skrg keje sbb nak bantu suami dan family. Ni tak salah. Yg aku tak berapa setuju tu jenis yg memang awal2 dah tak berapa percaya suami dan asik ada fikiran negatif je yg laki dia akan tinggalkan dia atau buat hal...
Bila ramai yg pikir camni perempuan ramai start jd too independent dan mulalah start fikir nak hidup sorg je sampai bila2...
betul tu.. awal2 dah fikir negatif.. x elok
Padamnah...bagi aku ada income sendiri just untuk kepuasan diri dan more kepada backup dalam menjana legasi impian masa kecik2 dulu. bab takut kena tinggal laki or whatsoever...aku pun jenis tak percaya pada perhubungan...so benda tu makan masa...hahahaha so jgn risau, post kau tak bagi kesan apa2...
BalasPadamhahaha kau tak rasa macam nak kecam2 aku ke? haha.. takpe aku tujukan post ni kat orang yg berfikiran negatif pada orang lain sebenarnya. Takut pada benda yg tak pasti lagi...
PadamKalau macam kau jenis yg ada goals dan impian sendiri dari kecik takpe la. Buat untuk kepuasan diri. Bukan buat something atas sebab takut pada benda yg tak pasti lagi...
takpe aku duk tepi je baca takde nak kecam ape2 hahaha ! pada aku, aku nak ada income sendiri lebih pada utk kepuasan dan utk bantu keluarga sbb aku memang dah sejak azali pesen tak boleh tgk family aku susah. selagi terdaya mmg aku akan usaha tolong.
BalasPadamFuuhhh ana’ mithali betul la. Haha.. bagus2. Aku takde masalah dengan perempun bekerja untuk membantu ni. Yang aku tak setuju dengan jenis yang sebarkan pemikiran negatif kat sosial media ni. Dia punya ayat tu kadang2 menunjukkan semua lelaki takleh pakai tu...
Padam