Dashboard epf i akaun online |
Korang mesti ada yang masih tak buat lagi kan i akaun epf online ni? Takyah tipu la... padahal dah bertahun2 kerja sampai simpanan dalam epf pun tak tahu sebab tak tahu update terkini. Sebab tu kena ada i akaun epf online ni. Senang nak check. Nak buat urusan apa2 pun senang. Biasa kalau nak beli rumah atau nak buat pinjaman ke memang statement epf ni antara benda penting yang akan diminta la...
Contoh summary epf statement. Dividen kosong sebab ini summary tahun 2019 |
So ni aku bagitahu cara paling mudah nak register i akaun epf online tanpa perlu pergi kiosk atau kaunter epf.
CARA MUDAH REGISTER I-AKAUN EPF ONLINE
- Korang pergi cimb terdekat yang ada epf machine tu. Then masukkan ic korang.
- Lepas tu nanti buat thumbprint dan register no phone korang. Lepas tu settle.
- Nanti machine akan print satu kertas mention i-akaun epf online korang dah register dan password sementara akan terus masuk dalam sms kat phone.
- So kalau korang nak print statement epf direct, korang masukkan je lagi sekali ic. Then pilih nak print statement tahun bila.
- Thumbprint lagi sekali then print je. Settle. Dah ada statement hardcopy epf.
- Ok lepas tu korang pergi balik rumah bukak laptop/pc korang.
- Pergi website i akaun epf ahli dan masukkan id dan password sementara.
- Biasanya id adalah no ahli kwsp korang. Password sementara pulak tadi dia dah hantar sms kat phone.
- So korang masukkan je id dan password tu. Nanti akan kena tukar password baru jugak. Id pun boleh tukar mengikut citarasa korang.
- Done. So korang dah boleh check statement online dah lepas ni. Just pergi website epf je dan pilih i-akaun ahli.
- Statement epf boleh tengok, calculator nak kira berapa anggaran simpanan korang di hari tua pun ada.
- Korang boleh tengok berapa dividen tahun lepas. Boleh jugak tengok akaun epf korang jenis konvensional atau jenis shariah.
- Yang aku suka interface epf dah makin lawa pulak hari ni. Makin moden.
KALKULATOR SIMPANAN PERSARAAN
Contoh caculator retirement. Tengok aku punya basic saving tu pun tak cecah lagi. So kira gaji aku tak cukup lagi untuk dapat simpanan persaraan yang ideal. |
STATUS SIMPANAN EPF SHARIAH ATAU KONVENSIONAL
Boleh pergi kaunter EPF untuk apply simpanan EPF shariah |
LAIN-LAIN PERKHIDMATAN EPF SECARA ONLINE
Ada beberapa lagi perkhidmatan lain yang korang boleh buat online je.. |
JUMLAH PENGELUARAN EPF YANG LAYAK DIGUNAKAN
Boleh guna duit EPF untuk tujuan seperti perkara2 di atas. Amaun yang layak digunakan pun ada. Cuma untuk haji tu boleh keluarkan untuk cover belanja asas sahaja. |
So tu je lah aku nak share. Mungkin korang ada yang dah tahu kot pasal ni. Tapi aku rasa macam benda baru untuk aku, so aku share. Sebab sebelum ni machine epf tu yang aku tahu cuma boleh print statement je. Rupa- rupanya dah boleh register untuk i akaun epf online sekali sekarang. Padahal pagi semalam tu aku dah plan nak call epf dah untuk register. Siap buat alarm lagi. Haha... Tak sangka Allah mudahkan urusan aku dapat settlekan benda ni kat bank je. Alhamdulillah...
Selamat menyambut nuzul quran guys!
Salam Ramadhan..
* Rasa macam simpanan epf aku tak banyak pulak. Korang rasa benda yang sama ke eh?
Baca lagi:
- Kenapa seorang Peaceful Phlegmatic susah ngam dengan Powerful Choleric?
- Mengaku introvert dah jadi trend?
- Susah jugak nak move on ni rupanya..
- Apa nak buat bila air tumpah pada keyboard laptop?
- Pakej Unlimited Hotspot dan Unlimited Wifi mana paling berbaloi?
- Istikharah Cinta
haah aku pon tak register lagi =P sebabnye kena pegi kat KWSP Cawangan Teluk Intan baru boleh buat. jauh plak tu dengan rumah aku hermm
BalasPadamTak payah pergi cawangan pun takpe kalau kat bank2 sekitar kau ada machine kwsp tu(atau kiosk kot orang panggil). Register kat situ je. Nanti dapat la password sementara melalui sms
PadamTerimakasih...terbaca disini..nk buat jugalah..terimakasih lagi sekali bagi jalan yg mudah.. bukan kebetulan tp allah dh susunkan😍
BalasPadamSama2. Sila2 buat. Moga2 bermanfaat entri ini
PadamSy tinggal kat Sungai besar, selangor... Kat situ bank mana boleh buka
BalasPadamMaaf saya kurang mahir area situ. Biasanya memang cimb yang ada kiosk epf ni
Padam