Hikmah wujudnya seorang spammer

Lepas baca tajuk entri ni mesti korang akan tertanya-tanya kan apa hikmahnya wujud seorang spammer dalam hidup korang. Ada ke faedahnya spammer ni? Aku agak mesti korang rasa spammer ni tak perlu wujud pun kat dunia ni kan. Kalau korang rasa macam tu korang tak bersependapat dengan aku sebab aku rasa ada pentingya kewujudan spammer ni. Aku pasti ramai yang dah tahu apa itu spammer. Spammer merupakan individu yang selalu memenuhkan ruangan komen dengan komen2 yang sama berulang kali untuk mendapatkan keuntungan peribadi. Definasi aku ni khusus untuk spammer kat blog2, kalau kat email ke, tempat lain ke, tu korang cari la definisinya sendiri.


Jadi, apa dia hikmah wujudnya spammer ni? Ok...Aku akan senaraikan beberapa kepentingan wujudnya spammer kepada aku. Berikut merupakan hikmah2 wujudnya seorang spammer:

1.  Mengajar erti kerajinan dan komitmen
Kalau korang tengok spammer ni, diorang ni sangat la rajin dan bila dia dah melekat kat satu2  blog tu kalau boleh diorang nak beri komen dalam setiap entri(tapi dalam bentuk spam la). Nampak tak betapa komited dan rajinnya diorang ni sanggup buka satu2 entri dan letakkan komen diorang. Bukannya senang tu, sedangkan blogger2 sendiri pun kadang2 tak larat nak buka satu2 entri blog lain, cuma sempat tinggalkan jejak kat chatbox je kadang2. Jadi, gaya spammer ni serba sedikit mengajar aku yang aku perlu komited dalam setiap apa yang aku buat. Diorang ni memberi inspirasi bahawa komited tu sangat penting untuk mencapai sesuatu objektif.


2. Menjadikan aku lebih menyayangi agama Islam
Ok...yang ini lebih kepada spammer2  tertentu yang biasanya memberi komen spam yang mempermainkan agama Islam. Jadi,macam mana caranya aku boleh lebih menyayangi agama aku sendiri iaitu Islam dengan komen2 macam ni. Begini caranya....apabila spammer ni beri komen yang  mempermainkan Islam, aku rasa agak geram dan marah tetapi aku tak tunjukkan. Aku hanya geram dalam hati aku je. Sebab aku tahu tak berkesan pun kalau aku balas komen diorang sebab spammer tak kisah pun...yang diorang kisahkan hanyalah keuntungan peribadi diorang. Ini contoh komen tersebut:


Jadi, aku rasa cukup la aku geram dan benci dalam hati sebab itu sahaja la satu2nya cara terbaik untuk aku mempertahankan agama Islam dalam situasi ini. Sekurang-kurangnya aku membenci perbuatan dia yang mempermainkan Islam ni dalam hati walaupun itu selemah-lemah iman. Dalam Islam kita tak boleh nak redha je kalau melihat sesuatu penghinaan terhadap Islam. Kalau tak mampu cegah dengan tangan, cegah dengan lisan. Kalau tak mampu cegah dengan lisan, cegah la dengan hati macam yang aku buat sekarang. Jadi, dengan perasaan geram di dalam hati aku ni sedikit sebanyak membuatkan aku lebih menyayangi Islam.


3. Meningkatkan trafik blog
Yang ni la yang paling penting sekali kenapa aku rasa pentingnya kewujudan seorang spammer. Nak tahu macam mana spammer boleh meningkatkan trafik pada blog aku? Macam ni caranya... Spammer selalunya akan beri komen pada blog yang popular. Jadi, sebagai contoh aku selalu baca Blog Serius dan spammer ni pun selalu ada kat situ. Bila spammer ni spam kat blog tersebut, aku akan balas balik komen dia dengan ayat2 yang pada aku menarik dan boleh bawa pelawat lain tertarik untuk menekan link2 pada komen aku tu... dan seterusnya membawa diorang ke blog aku. Nampak tak macam mana aku mempergunakan spammer sama seperti spammer menggunakan blog2 untuk kepentingan diorang. Jadi, win-win situation di sini. Berikut merupakan contoh komen aku terhadap spammer:

1)
Zoom in:

2)
Zoom in:

4. Memberi semangat kepada aku untuk serius berblogging
Apabila spammer ni datang ke blog aku dan beri komen berbentuk spam pada entri2 aku mesti la aku geram kan…bohong la kalau tak menyampah, tapi tak ada la sampai geram teruk2 pun. Macam biasa la…geram dalam hati je. Disebabkan perasaan geram aku membuatkan aku nak tahu macam mana caranya nak block spammer ni dari melawat blog aku. Jadi, aku pun search la dan baca satu entri dari blog Buasir Otak ni cara2 nak block seseorang dari melawat blog kita. Disebabkan ini jugak la aku mula daftar blog aku dengan statcounter.com. Bagus jugak website ni, boleh tahu secara terperinci aktiviti2 yang berlaku pada blog aku termasuk la tahu ip address bagi spammer yang datang ke blog aku.

Oleh kerana spammer ni agak pandai, dia punya ip address akan bertukar setiap kali melawat blog aku. Jadi, tak ada gunanya aku block ip address spammer ni. Aku pun rasa dah malas nak layan dengan spammer ni, maka aku biarkan je la kalau dia nak komen kat sini pun. Apa susah, sekarang Google dah membolehkan semua komen berada pada satu tempat dan jadi senang nak kawal. Jadi, aku hanya perlu tick komen tersebut sebagai spam sahaja, hilang la komen tu kat blog aku.

Walaupun aku tak dapat nak block spammer ni, tetapi disebabkan spammer ni jugak la aku tahu pasal statcounter yang memang bagus untuk monitor aktiviti2 di blog aku. Dengan statistik yang lebih terperinci dan lebih tepat daripada statcounter ni menyebabkan aku rasa lebih bersemangat untuk berblogging ni. Aku boleh tahu dari mana pelawat blog ni datang dan aktiviti2 diorang semasa melawat blog ni. Jadi, aku dapat monitor dengan lebih baik dan dapat tahu apa entri2 di blog aku yang menarik minat pelawat seterusnya menaikkan semangat aku untuk terus berblogging.




Demikian la hikmah2 kewujudan seorang spammer yang dapat aku kongsikan. Haa…macam mana? Korang pernah tak tefikir pasal kebaikan spammer ni pada korang? Setiap yang ada kat dunia ni mesti ada hikmahnya, cuma kita je yang kadang2 tak perasan. Nak cari hikmah di sebalik sesuatu ni kita kena la berfikiran positif dulu baru la boleh jumpa hikmahnya. Disebabkan spammer ni merupakan orang pertama yang komen di blog aku dan juga telah bantu aku secara tak langsung untuk menarik trafik ke blog ini, aku sengaja simpan satu komen dia kat blog aku sebagai penghargaan. Ini komen spam dia pada entri harga minya naik lagi:




Jadi, korang rasa nak benci spammer lagi tak selepas aku dah berikan hikmah2 kewujudan spammer ni? Kalau korang masih menyampah lagi terpulang la kepada korang. Aku cuma kongsikan ni supaya korang sedar tak semua benda yang korang benci tu tak ada manfaatnya, kadang2 ada kebaikannya cuma kita je tak perasan kerana terlalu mengikutkan perasaan. Sekian sahaja perkongsian aku kali ini. Aku harap korang semua termasuk la spammer2 seronok baca entri aku. ^_^

Sumber gambar: Google images

14 ulasan:

  1. ada juga fungsi makhluk tu.hahaha

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-beranak-lagi.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...annoying2 pun tetap jugak ada gunanya makhluk ni. Hidup ni kena jadi opportunist. :)

      Padam
  2. Ada baik dan buruknya, Rasanya kalo nak blog dapat trafik yang byk, ini juga satu cara yg baik tuk mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi spammer sekor ni bukan ada blog pun, cuma ada akaun google je. Sebenarnya kita yg boleh naikkan trafik blog kalau pandai ambil kesempatan kat diorang ni. Macam mana pun setuju dgn statement yg ada baik dan buruknya makhluk ni. :)

      Padam
  3. memang dengan kerajinan diorang ni trafik naik tapi bengang jugak la sebab yang di spam nya pasal benda2 yang tak elok tu , siap permainkan agama lagi . sabor je la time nak removekan komen diorang tu -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar2... buat apa yg termampu dan yg dirasakan bijak sahaja. Sekurang-kurangnya rasa menyampah sbb makhluk ni mempermainkan agama Islam pun dah ok dah.

      Padam
  4. kadang-kadang spammers ni ada yang baik dan ada yang buruk..ambil yang buruk tu untuk tukar jadi yang baik :) :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..setuju. Nampak je macam x berguna spammers ni. Tp kalau kita berfikiran positif, yg buruk tu memang boleh jd something yg valuable. :)

      Padam
  5. Walah2 bapak bakhtiar kok main nombor ekor hahaha.

    komen spam ade masa jadi penghibur. Kelakau bace.

    * pernah kena komen spam pasal viagra kat post pasal solat. gilo apo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kadang2 tu lawak la jugak komen spam ni tp yg x bestnya bila mempermainkan islam. Kalau balas komen marah2/ bagi nasihat pun bukan ada gunanya. Geram dlm hati je la...

      Padam
  6. ingatkan kwujudan dorang cuma mcm lalat bunyi bising memekak sana sini haha kejam tak. rupanya ada makna dia wujud, so lalat pun ada makna wujud haha ok thanks cas positif :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...setiap yg wujud ni pasti ada hikmah dia. Yg penting kena berfikiran positif. :)

      Padam
  7. masing-masing ada fungsinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2...setiap manusia diciptakan ada fungsinya. Kadang kita je belum perasan lagi. Hehe...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...