Salam
sejahtera readers sekalian. Amacam? Sihat ke? Aku rasa macam dah lama je tak update
blog ni. Tapi tak ada la lama mana pun, baru nak dekat 2 minggu. Biasa
la....tipikal punya alasan, aku busy sikit sekarang ni. Bukan busy apa pun,
cuma sebab………..hmmm…….korang nak tahu ke? Baca je la entri ni dulu sebab
sekarang ni aku tengah ada semangat nak mengarang entri ni. Nanti idea hilang
pulak.
Sumber gambar |
Jadi, berkaitan
dengan tajuk entri, kali ni aku nak kongsikan cara2 untuk merealisasikan impian
korang menjadi kenyataan. Pertama, korang kena la menetapkan impian yang realistik
dan mampu dicapai mengikut kemampuan korang. Kedua, emmmm………macam tak best je
aku nak cerita cara2 merealisasikan impian menjadi kenyataan ni. Aku tukar
cerita la….biar aku cerita macam mana impian mustahil aku jadi kenyataan tanpa
aku sangka-sangkakan.
Ok….masa aku
dah nak habis belajar dulu aku ada la impikan untuk dapat kerja yang sesuai
dengan aku, kerja yang aku suka, pergi kerja balik kerja tak jam, dapat bos
yang menghargai pekerja, flexible hours dan gaji yang berpatutan. Ini merupakan
impian aku la yang aku rasa agak susah untuk terjadinya situasi ini.
Sebelum aku
cerita pasal impian aku yang mustahil tu, aku nak bagi tahu korang yang aku
tulis blog ni sebenarnya nak mengisi masa lapang aku je sementara mendapatkan
pekerjaan. Alhamdulillah setelah 3 bulan menganggur, dapat jugak kerja. Jadi,
lepas dah dapat kerja ni memang aku jarang nak update blog ni.
Sumber gambar |
Ye la…balik
kerja dah penat, nak cari idea tulis entri pun dah tak larat. Jadi, mungkin
lepas ni aku tak lagi kerap update entri macam sebelum ni lebih kurang 2-3
entri seminggu. Mungkin lepas ni aku cuma mampu buat 2 minggu satu entri atau
kurang lagi.
Untuk pengetahuan korang, sebelum aku
dapat pekerjaan aku yang sekarang ni, banyak jugak la interview yang dah aku
pergi tapi kebanyakannya aku tak lepas pun. Huhu….sedih kan? Ada interview
tanya soalan2 tipikal yang korang boleh google atau tengok kat youtube macam “How
do you see yourself in 5 years?” dan ada jugak interview yang tanya soalan2
teknikal.
Sumber gambar |
Soalan
general ke soalan teknikal ke dua2 aku jawab setakat yang aku mampu je. Dengan
menjawab setakat yang aku mampu je, membolehkan aku untuk terus menganggur. Huk…huk….Ye
la…communication skill aku ni masih belum cukup bagus lagi, lagi2 kalau
speaking english….nak fluent tu memang payah la. Susah la jugak nak tunjuk
confident tu bila speaking. Ini la antara sebabnya kenapa aku rasa seorang introvert susah dapat kerja seperti mana aku tulis dalam entri aku sebelum ni. Kebanyakan
recruiter memang akan menilai berdasarkan communication skill kita.
Jadi, macam
mana aku boleh dapat kerja aku yang sekarang ni? Jeng jeng jeng……….bersambung
pada bahagian 2.
To be continued.....
Kihkih…….acah2
best je aku entri ni siap nak bersambung2 pulak. Ni kira aku tunjukkan kat
korang sekali la tips untuk memperbanyakkan entri pada blog korang. Korang cuma
perlu pendekkan entri korang dan pecahkan kepada part2 yang pendek macam aku
buat sekarang. Hahaha…..
Ok, sebelum
aku berhenti menaip, aku nak bagi tahu la berapa umur aku yang sebenar.
Sebabnya ada la insan ni tanya berapa umur aku. Tak tahu la apa yang specialnya
kalau tahu umur aku pun. Disebabkan kesian aku bagi tahu la. Tapi aku bagi tahu
ni secara tersirat. Kehkehkeh……Nak tahu umur aku kan? Jawab soalan kat bawah ni
dulu:
2, 5, 50, 169, 13, 16, 160, 576, ___, 27
Umur sebenar
aku yang kat ruang kosong tu. Kalau korang tahu nak jawab soalan ni, korang akan
tahu la berapa umur aku.
(Hint: Baca
entri: Bila tiada merungut, bila ada disia-siakan)
Good luck
and have a nice day. Salam.
bro ley lepas ni boleh lah buat entry tips dan jawapan ssuai untuk typical soalan interview...huhu that would be vr informative...lg 1,awk x ley ckp awk x boleh jwb soalan sb awk introvert...of course,awk kene tunjukkn awk yakin,,sb awk kn kne buat yg dorg akan ambik awk keje...sy still x dpt jwb umur awk bape...sob sob...susahnye.....
BalasPadamRasa mcm x layak je nak buat entri psal soalan2 interview. Una, semua org pun akan cuba tunjuk confident masa interview. Tp, kadang2 tu soalan unexpected jd blur kejap. Saya masih cuba improve lg. So, kalau nak buat entri pasal tips interview, mungkin sy copy paste je nanti.
PadamBtw, soalan kat atas tu antara soalan online assessment sebelum dipanggil interview. Try la dulu. Ramai je org boleh jawab.
24 ke umur anda. main teka je ni.hijhi
BalasPadamala...jangan la main teka je. Cuba la jawab betul2. :)
Padamaku baca dari atas sampai abis kot. pastu aku tak tau nak komen apa.. yg aku nampak die suh teka umur.. dah sah sah lah umur ko 32.. nape dorg nak tny lagi..
BalasPadam(ini dinamakan konfiden..! ekekkee)
Kahkah...aku suka kau punya level of confident tu. Dengan selamba je kau tembak 32. Do i write like a 32 years old guy? Aku nak tau jugak part mana yg menyebabkan kau rasa umur aku 32 tu.
PadamBtw, thanks baca sampai habis.