Bismillahirrahmanirrahim.
Perasaan yang aku rasa sekarang ni
mungkin korang jugak pernah rasa. Nak tau perasaan apa? Perasaan bosan bila dah
tak tau nak buat apa. Biasanya Student yang tengah cuti sem atau budak-budak
sekolah yang baru lepas habis spm akan rasa benda ni.
Sekarang aku tengah cuti sem...memang dah tak tau la nak buat apa. Punya la tak tau nak buat apa, aku google la aktiviti2 sesuai di lakukan pada masa lapang. Tup2...aku terjumpa satu website yang aku rasa idea mamat tu bernas untuk habiskan masa lapang. Idea dia ada kat sini. Antara idea dia ; mengembara, bekerja, baca buku, dan lain2.
Mengembara atau jalan2. Hrm...benda ni aku dah plan dgn member2 aku tapi nak perginya lagi tiga minggu. Nak tunggu 3 minggu tu apa aku nak buat? Takkan nak jalan tempat lain dulu...duit pun bukannya berkepuk nak merayau sana sini.
Tengok pulak second
suggestion...bekerja? Aku baru je lepas habis practical training yang tersangat
la seksanya. Hidup dah macam robot pulak aku rasa...dari pagi sampai ke malam
dekat ofis je...tiap2 hari pikir pasal kerja sampai kadang2 aku terfikir apa
tujuan aku hidup kat dunia ni. Takkan la 24jam masa aku habiskan untuk bos aku
je.... Dah la bos tak appreciate staff dia. Haishh...pengalaman camni la buat
aku rasa malas nak kerja time cuti sem ni.
Next...membaca! Ok jugak idea ni,
lepas aku terbaca idea ni barulah aku start belek2 buku-buku kt dalam almari.
Banyak jugak buku-buku yg parents aku beli rupanya...aku je yg selama ni malas
nak membaca. Bagus baca buku ni...boleh baca dan fikir apa yg penulis tu ingin
sampaikan dan tahu cara penulis berfikir. Kadang2 bila baca buku2 yg
berunsurkan pengajaran ni boleh buat kita sedar dan insaf akan kesalahan yang
kita tak perasan pun selama ni. So, start la membaca bila ada masa lapang.
Insyaallah...banyak manfaatnya.
Aku dah start membaca tapi aku rasa
macam nak buat benda lain untuk penuhkan masa lapang yang banyak sangat ni.
Tiba2 terlintas kat kepala otak aku ni nak cuba buat blog tapi first entry pun
tak tau nak tulis apa. So, disebabkan aku takde lagi idea nak share benda2 yang
berguna, aku rasa tulis macam mana aku boleh terpanggil untuk buat blog ni pun
ok la kot...Ye la... you have to start from somewhere la kan...Harap2 siapa yang
baca blog ni dapat la manfaatnya.
Sekian.
Baca lagi:
- Aku betul, orang lain salah
- Kita senang bersedekah tapi susah berbuat baik
- Perkara yang kita lakukan tapi jarang kita faham
- Dunia ini aku punya
Semoga pembaca mendapat manfaat membaca blog ini.
BalasPadamwahhh ini first entry bro ley :)
BalasPadam"mengembara, bekerja, baca buku, dan lain2"
1.Mengembara : aku suka jugak. tp bknla 'mengembara' sangat tu. dari zmn skolah dedulu, aku teringin nk travel pegi sesuatu tempat. tp skg ni bila dah kerja, aku hanya mampu set kan setiap bulan mesti aku ada pegi 1 tmpat baru atau negeri baru. setakat ni tercapai la jugak sbb dah kerja & ada saving sikit #TabungTravel tapi tu pun aku travel dlm negara je la. mak aku belom approve utk aku travel obersea =D
2.Bekerja : yes alhamdulillah aku dah bekerja. walaupon smtimes aku rasa gak yg Bosses skrg ni tak berapa nak appriciate sgt pon staff. compare previous Boss (mmg sporting habes & supportive towards the staffs )
3. Baca Buku : aku ni antara manusia yg kurang rajin membaca buku. eh sorry. aku baca gak la buku tp bkn jenis buku yg tebal2. but now aku lbih byk membaca online je =D
4. Dan lain2 : part ni pada aku lebih terbuka. apa yg 'terbuka' nye entah cmna nak describe entah =D yelah up to ourselves la nak buat apa kan ? salah 1 nya : Blogging la kot hehehe
ehh sori Bro Ley. TERpanjang pulak komen kat sini hehe =D
wah....siap baca first entry aku lagi....jarang ada orang nak baca dan komen panjang2 kat first entry ni. Ye la....ni masa mula2 buat blog ni...marketing x buat lagi, sape je nak baca...thanks baca dan komen kat first entry.
Padamwah best jugak ek ada tabung travel, pastu tiap bulan pergi tempat baru..bagus2...rilek la...nanti2 ada la tu rezeki nak travel oversea maybe dgn someone special ke kan.hehe....
bekerja? masa aku tulis entri ni aku dalam mood memang x nak bekerja sebab aku rasa penat sangat dan nak gunakan 3 bulan cuti aku tu utk aku rehat dan mengecas semula cas positif kat badan aku... :)
baca buku tu aku baca la sikit2...tapi aku sama gak la....x rajin sangat nak baca buku. Tapi kalau online aku boleh baca banyak benda compare dengan baca buku fizikal. Maybe sebab aku minat dengan gadget2 ni kot buat aku rajin membaca online.
Yang lain2 tu la aku terfikir nak buat blog dan x sangka sampai sekarang masih wujud dan aku tetiba aktif blogging pulak. Awal2 dulu main taip je entri publish dgn harapan ada org baca...hahaha..memang x la kan....yg baca tu memang aku sendiri la jawabnya.....alhamdulillah la sekarang sampai jugak kepada pembaca apa yg aku tilis. :)
i felt that bro...
BalasPadamtime cuti sem mmg agak membunuh. cara nak bunuh balik bosan tu aku lebih suka layan movie. tak pun stalk orang. hahahahahha...eh, macam sekarang ni...tapi aku takdelah stalk sini...aku usha2 je...T_T
lagipun blog ni okay what untuk lepak lelama...
Kan? Cuti kalau x tahu nak buat apa memang bosan dan boleh rasa depressed. Lol.exagerrated gila..haha..
PadamLayan movie pun ok gak kan nak hilang bosan tu. Kalau skrg tengah kerja ni, layan movie ni mcm utk dpt ketenangan pulak...susah nk ada free time...
So, macam mana hasil kau stalk aku? Dah boleh buat biodata aku belum? Haha..
Thanks komen kat First entry aku..