Introvert susah dapat kerja ?

Sesiapa yang pernah baca blog aku mesti tahu kan yang aku pernah kongsikan ciri2 seorang introvert. Dan aku juga pernah kongsikan yang aku juga mempunyai sebahagian daripada ciri2 seorang introvert. Walaupun aku ada cirir2 tersebut, aku bukan la seorang introvert, tetapi ambivert. Kali ni aku nak buat entri lagi pasal introvert ni. Kali ni berkaitan dengan masa depan seorang introvert.


Entah kenapa tiba2 aku tergerak hati nak baca confession2 yang dibuat oleh pelajar2 ipt ni. Walaupun aku tahu yang confess tu bukannya semuanya pelajar ipt tersebut, tetapi kadang2 terhibur jugak baca confession2 diorang. Contoh confession bukan dari pelajar ipt:


Kalau korang biasa baca blog Buasir Otak, korang memang tahu la siapa Prince of Noob ni. Sorry Prince of Noob, aku dah terbaca confession kau dan aku rasa nak kongsikan sebagai contoh buat pembaca semua.

Kalau korang nak tahu memang banyak fb page confession pelajar2 ipt ni. Kalau korang nak tahu apa fb page confession ni korang boleh baca entri dari blog Buasir Otak: menilai tahap pemikiran mahasiswa. Confession diorang ni kadang2 lawak, kadang2 merapu, kadang2 bangang, kadang2 sedih yang amat sampai aku pun boleh keluar air mata. Tapi yang aku nak kongsikan kali ni adalah berkenaan dengan confession seseorang mengenai sifat introvert beliau. Dah alang2 aku pernah buat entri pasal ni memang aku syok la dapat baca confession pasal introvert ni. Maklum la…sejiwa la katakan.

Jadi, confession dia macam ni :



Lepas tu ada pulak orang lain confess membalas confession dia. Aku yakin yang balas ni pun introvert jugak berdasarkan gaya penulisan dia la… Ini confession dia:



Jadi, betul ke introvert ni susah nak dapat kerja? Disebabkan aku pun mempunyai sebahagian ciri2 introvert walaupun aku ambivert, aku rasakan memang susah sebenarnya nak dapat kerja kalau mempunyai sifat introvert ni. Tapi bukan bermaksud orang yang bersifat introvert ni takkan dapat kerja langsung, cuma mungkin agak sedikit peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Biasanya orang yang berperangai macam ni jarang bergaul dan tak berapa hebat dalam bab2 komunikasi ni termasuk la aku sekali. Jadi, ini memang satu kelemahan untuk orang2 yang bersifat introvert. Disebabkan kebanyakan majikan akan menilai tahap keupayaan seseorang untuk berkomunikasi, maka memang agak susah la untuk seseorang introvert mendapatkan pekerjaan.



Walaubagaimanapun, ada jugak pekerjaan yang memerlukan bakat, kepandaian, kreativiti dan kebijaksanaan individu itu sendiri macam la yang dikatakan oleh confessor di atas. Rezeki tu kan Allah yang bagi, tapi kita kena usaha la. Tetapi macam mana pun perangai kita, respect itu penting, tak perlulah merendah-rendahkan orang lain.  Aku tahu bukan senang seorang introvert nak jadi macam extrovert ni, nak ada confident cakap depan orang ramai memang agak sukar tapi kena usaha la. Aku pun tengah usaha jugak ni, cuba setakat yang termampu je. Senang cerita, korang bila jumpa dengan orang lain korang cuba la untuk ikhlas berkawan dengan dia. Kalau tak kawan pun, cuba la ikhlas buat baik dengan seeorang yang korang jumpa. Nanti lama2 dah biasa bergaul dengan orang ramai ni, naik la confident tu sikit.


Apa yang paling penting ialah korang kena confident dengan keupayaan korang dan rasa selesa untuk jadi diri sendiri, tak perlu dengar sangat benda2 negatif ni…. tapi mana yang korang rasa memang betul kelemahan tu, memang kena baiki la. Takkan nak biarkan je diri sendiri tak ada peningkatan kan, kena la juga berfikiran positif dalam hidup ni. Aku harap individu2 yang berperangai introvert ni dapat la pekerjaan yang sesuai dengan sifat korang nanti.  Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah dalam hidup ini. Sekian.

Sumber gambar: Googel images

28 ulasan:

  1. salam,

    bila dah baca tang introvert ni, bru sy faham, mungkin sy pun salah seorg introvert sewaktu zaman sekolah dahulu. setiap mlm sy menangis, kerana tidak mempunyai kawan. Tetapi sekarang dah berubah, bila umur dah cecah 30 tahun, dah tiba masa kaki ini melangkah ke surau. Sy ingat, sy boleh bersendirian di surau. Rupa-rupanya, di surau la, sy dpt bnyk kwn. Kehidupan sy berubah daripada seorg yg selalu bersendirian, tidak pandai berkomunikasi dan sensitif kepada seorg yg peramah, selalu mengambil berat dan murah senyuman. Tahu tak? Sembahyang berjemaah ini memberikan banyak kebaikan? Berdiri, dan rapatkan saf = Merapatkan silaturrahim antara muslim/muslimah. Mengikut gerakan Imam = Melatih kita memahami arahan ketua dan cara menghormati org lain. Selesai wirid dan doa, bersalam-salaman = Inilah aktiviti y paling sy suka, sambil bersalaman, kami bermaafan, mengucapkan tahniah atau apa-apa perkataan y baik dgn senyuman y mesra. Walaubagaimanapun, sy masih seorg introvert, di tempat kerja, di shopping komplex, atau dimana-mana tempat selain masjid/surau. Daripada seorg introvert y muram kepada introvert y senang hatinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas nasihat dan tips2 yg dikongsikan. Setuju yg berjemaah di surau/masjid memang dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama manusia. Mungkin ini cara paling berkat utk berubah ke arah yg lebih baik. :)

      Padam
  2. Sorry Bro Ley tak perasan entry ni huhu. Btw pasal personaliti2 ni, introvert extrovert etc saya pernah tulis kat sini - "Memahami personaliti dengan ujian Myers Briggs". Jemput baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh...thanks for sharing. Dah baca dah... memang lagi detail explanationnya. Dah buat jugak test tu. Resultnya: ISFJ: (I):Introversion , (S):Sensing , (F):Feeling , (J):Judging .

      This means: loyalty. Puts service above self and is dedicated and dutiful in most aspects of life. Quiet, content to work quietly alone. Becomes wrapped up in servicing others.

      Not bad la...agak accurate gak test ni.. :)

      Padam
  3. Bila saya baca kat atas ni, macam hati sya pun ada rasa susah hati juga..huhuhu tapi inshaallah.. saya pun bukanlah introvert sangat. Anything boleh berubah kalo kita sendiri yang pandai berfikir untuk mencari rezeki.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup...rezeki tu ada kat mana2, yg penting kena usaha. Memang kebanyakan interviewer akan menilai based on communication skill kita. Tp kalau boleh tunjukkan kelebihan yg kita ada dr side yg lain, x mustahil ada je company nak ambil kita bekerja. Insyaallah rezeki tu Allah boleh bg kalau kita berusaha. :)

      Padam
  4. TENGOK KANAN TENGOK KIRI.. SEOLAH OLAH MASUK KEDUNIA LAIN DISINI.. BANYAK BENDA BARU HEHEHE :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca komen atas baca komen bawah, komen ni nampak macam marah.Hehe...

      Welcome to my world! Thanks singgah. Jangan lupa off caps lock lepas ni bila komen. :)

      Padam
  5. yeah setuju. be yourself. ade sesetengah bidang tak memerlukan pun peramah semua ni. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup....jadi diri sendiri jugak yg terbaik. Setiap orang ada bakat tersendiri. Cuma perlu diasah dan dipertonjolkan je...insyaallah ada la nanti rezeki pekerjaan tu. :)

      Padam
  6. Sokong sangat.. Jadilah diri sendiri... itu yang terbaikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Bila jadi diri sendiri lebih senang nak buat apa2 pekerjaan mengikut gaya tersendiri.

      Padam
  7. nice entry

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/bihun-goreng-special.html

    BalasPadam
  8. pernah baca entry bro ley yg pasal ambivert tu dan saya rasa saya pun ambivert jugak. introvert pun ada jgk, lack of confidence tu ada jgk ;_; nak nangis pun ada jgk tp it's okla rezeki kat tangan Allah kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Relax2.....x payah nangis. Ramai je orang kat Malaysia ni yg bersifat introvert. Yg penting jgn anti sosial sgt sebab dlm islam pun kita disuruh berbaik2 sesama saudara seislam. Just be yourself. :)

      Padam
  9. sy ingat sy je yang duk pikir pasal macam mana nak kerja kalau perangai macam ni kan.kadang tu semangat je lebih nak join macam-macam.dalam otak ni dah plan conversation smpai.alih-alih,sepatah haram tak keluar.haha.sedih kan.tak reti nak approach masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la tu...kadang2 tu memang dah plan nak join macam2 utk bergaul, tp masa dah join tiba2 x fun pulak dan tiba2 je blank mcm culture shock. Xpe kalau x reti sgt approach masyarakat yg penting usaha and always be nice to others. :)

      Padam
  10. Introvert yang jenius akan menciptakan lapangan kerja sendiri, tanpa bergantung pada orang lain. Sebenarnya saya juga seorang introvert, tidak suka ngobrol lama2 dengan orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup...betul tu. Introvert ni kadang2 suka buat kerja bersendirian dan self-motivated.

      Padam
  11. banyak persaingan skrg ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bro...memang byk competition la nak cari kerja ni..

      Padam
  12. HAHAHA sama. Selalu baca confession dorang. Latest, layan UTHM Troll.

    Hmm depends jugak pada kerja. Benda yang tak melibat communication dengan orang maybe sesuai lah kot. Macam programmer. Hadap komputer je. Tapi ada je yang kena selalu jumpa client.

    Tapi sekarang pon orang pandang on skills, kalau fresh grad orang pandang kat pointer. Kalau power, kira 70%, senang nak dapat kerja. Tapi kena tahu la sikit nak buat secara praktikal bukan teori semata.


    Marah betul yang introvert kedua tu. HAHAHA.
    Takpe boleh je jadi introvert. Tapi kengkadang, some situations, kena keluar jap dari kepompong. Berlakon kejap, acah-acah mesra. Senang-senang, jadi ambivert la.HAHAHAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu mostly programmer memang kerja ngadap laptop je. Tapi sekali-sekala kena jumpa klien takut develop software x sama mcm yg klien nak.

      Dua2 pun penting. soft skills ada memang nampak meyakinkan interviewer. kalau plus dgn pointer yg baik, nampak la candidate tu jenis yg x main2 belajar. so, buat kerja pun dia akan usaha yg terbaik.

      Memang jadi ambivert senang. sekali-sekala mingle dgn orang sekeliling. acah2 mesra. xde masalah kot sebab cuma sekali-sekala kan. lagipun bagus kenal2 sikit dgn org ramai ni.

      Padam
  13. bukan senang nak jadi introvert, seorang introvert juga bercita cita menjadi extrovert ataupun ambivert sebenarnya. hukhuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually seorang intorvert bukan nk sgt jd extrovert. Dia cuma nak some of extrovert's character utk berhadapan dgn beberapa situasi je mcm presentation utk dpt confident. Lepas settle benda tu, dia akan happy utk jd introvert semula dan byk buat hal sendiri2.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...