Salam.
Memandangkan dah start tahun baru,
aku ingin ucapkan selamat tahun baru terlebih dahulu kepada korang semua. So,
macam biasa la… dah awal tahun ni, budak sekolah malas nak naik sekolah. Orang
yang kerja pulak malas nak masuk kerja semula lepas dah habiskan cuti korang
tu. Ingat aku tak tahu? Haha… Ishh2… ingat! Kerja korang kira amanah korang tu.
Jangan asyik nak cuti je…
Ok, tak payah banyak cerita, aku bagi
tips terus. Nak bagi bersemangat sikit masa naik kerja, cuba hadirkan kelainan.
Maksud aku, cuba buat perubahan sikit macam beli baju baru ke biar rasa happy
baju bau kedai masa ke pejabat tu. Haha… Untung jadi lelaki ni, fesyen baju
kasual lelaki untuk ke pejabat pun senang je nak pilih berbanding pilihan
pakaian wanita.
Tapi, bukanlah maksud aku korang yang
lelaki ni boleh sesuka hati je pakai apa sahaja jenis pakaian ke pejabat. Takkan
nak pakai pakaian kasual yang terlalu ‘hipster’ seperti singlet, seluar pendek
dan track suits pulak untuk digayakan ke pejabat kan? Buang tabiat pulak office mate kata nanti. So,
apa dia fesyen baju kasual lelaki ke pejabat yang paling
sesuai untuk digayakan?
Kat bawah ni aku share tips memilih
fesyen baju kasual lelaki yang sesuai untuk ke pejabat:
Salah satu fesyen baju kasual yang paling sesuai digayakan ke
pejabat oleh seorang lelaki adalah padanan kemeja kasual dan khakis pants
seperti di atas. Ia menjadikan si pemakai tampak lebih ‘smart’ dan pada yang
sama masih kelihatan santai. Aku selalu
pakai macam ni, cuma seluar tu aku jarang pakai khakis sebab aku biasa pakai
seluar slack. So, selalu aku nampak diri aku ‘smart’ masa tengok cermin.
Buktinya ada kat gambar atas tu. ‘Smart’ bukan? Kahkah…
Fesyen kasual yang kedua adalah dengan pemakaian chino pants
bersama t-shirt serta penggayaan jacket atau blazer sebagai outerwear. Penggayaan
outerwear di sini amat penting untuk memberikan keseimbangan kepada pemakaian
t-shirt agar tidak kelihatan terlalu kasual. Ye la… kalau pakai t-shirt berkolar
bulat tu je, nampak tak professional pulak semasa jumpa klien nanti.
Masih tak cukup santai? Kalau korang nak nampak lebih santai
tapi professional, korang boleh juga cuba bergaya dengan koleksi jeans dan menggayakannya
dengan pemakaian kemeja dan jacket seperti di atas. Ingat, kena bijak pilih rekaan
kemeja yang bersesuaian. Elakkan daripada memakai kemeja yang bermotif terlalu
menonjol atau berwarna terang. Nampak pelik nanti. Pilih warna kemeja yang lebih
‘common’ macam putih/hitam untuk dipadankan dengan jeans dan jacket korang.
Masih jugak tak berkenan? Mungkin korang jenis yang sangat
simple kot. Untuk itu, korang boleh cuba gaya yang paling ringkas ni tetapi
sesuai untuk digayakan ke pejabat. Iaitu kombinasi jeans dan t-shirt kosong
berlengan panjang. Yang ni memang ringkas. Tak payah ‘tie in’ baju pun dah
nampak ‘smart’. Jimat masa pulak tu, tinggal sarung je semuanya dan terus ke
pejabat. Hehe…
.............................................................
Kepada yang kena pakai uniform tu, boleh jugak kalau nak cuba
fesyen2 di atas ni. Tapi, bukan hari kerja la. Korang pakai hari kerja, jangan
salahkan aku pulak bos marah korang tak pakai uniform. Pakai la time weekend
ataupun sewaktu ke majlis formal ke. Fesyen kat atas ni pun semua sesuai je
untuk buat jalan2.
Ok la… Sekian saja tips fesyen terkini dari aku. Kalau korang
cuba tips aku ni, serius nampak macho aku cakap. Tengok je la gambar yang aku
share tu, nampak bergaya dan sangat confident kan? Even kau baru kerja sebulan
pun, orang dah nampak kau berkaliber untuk jadi CEO sebab kemas, bergaya dan
sangat macho. Haha….
Alright guys. Happy New Year! Aku akhiri entri ini dengan
tiga rangkap pantun:
Tahun dah baru,
Baju takkan tak nak baru,
Huhuhu… :D
Aku percaya yg lelaki kurang hensem terus jadi super hensem bila berpakaian kemas dan wangi. Kemas di sini bukan baju iron straight skema, kemas well kemas sedap mata memandang, muehehe.
BalasPadamAla belanja ah baju selai :p
Hmmm...macam biasa perempuan. Tak hensem xpe, janji sedap mata memandang. Padahal maksud sama je nk yg hensem. Tak iron straight xpe, janji sedap mata memandang. Padahal maksud sama je nk yg reti iron baju. Heh!.. Hahaha...
PadamCehh..org tu, buat senyap je kan masa tu shopping. La ni dan2 je nak mintak belanja pulak.. #Kakikikis
Hahaha...
Kalau gi kerja, dulu aku selalu pakai macam nombor 3 sbb aku travel.
BalasPadamRasanya tahun banyak pakai style no.1 kot sebab banyak kerja dalam plak.
Tak kira aku pakai mana, tetap aku rasa aku kacak.
**kena baling batu**
Ye la tu.. Kalau jenis yg travel atau byk kerja luar, memang sesuai la pakai no 2-4 tu.. Tapi gila cool kau pakai no 3 tu, aku hari x kerja pun x pakai mcm no 3 tu. Dah x minat jeans sgt. Haha..
PadamYe cEro kau memang kacak. Aku percaya kata2 mak kau tu...
** £_£ **
Bagi una kasual tu mcm simple but nice and trendy,yang penting kita sendiri selesa bila pakai..tak perlu beli barang mahal2 sangat pun utk bergaya,just kena pandai mix and match kan colour..dan yang paling penting jugak,menutup aurat dan pilih warna yang kita kena dengan jiwa kita untuk hari tu..
BalasPadamHaa..lebih kurg la maksud kasual macam tu. Yg penting kemas dan x nampak selekeh je. Zaman skrg org boleh je terima pergi kerja tanpa nmpak terlalu formal.
PadamSetuju. Kena pandai2 la cari warna sesuai dgn diri sendiri. Asalkan x nampak pelik dan mcm alien tu ok dah...
aah betul...tempat una intern hari tu staff pergi kerja pakai t-shirt and jeans je...tapi t-shirt berkolar la...lagi best kan mcm tu..kita yg tengok pun nampak lebih relax je pemandangan n org yg pakai pun rasa lebih santai je...
Padamaku suka gaya nombor 3. untunglah kerja boleh pakai gitu. haha.
BalasPadamaku hari hari pakai baju kurung, terasa keayuan di situ kah kah kah
Ohhh.. Kau suka cEro ke? Cakap je la kau suka dia, ni kias2 cakap suka gaya nombor 3 pulak. Haishh.. Haha....
PadamTu la..untung jadi lelaki ni. Semua senang. X caya kau try jadi lelaki. Kau akan rasa byk masa kau dh terbuang sbgai seorg perempuan. Kahkah...
Bagus la pakai baju kurung, nampak melayu. Takkan nak biarkan UMNO je yg support melayu. Haha....
Kalau kat office Mrs. A gaya fesyen macam nih! semua boleh pakai.
BalasPadamTapi Mrs. A prefer lelaki pakai slack gi office dari pakai khakis or jeans.
Byk dah company yg ok dgn style mcam ni. Depends la dgn diorg kan selesa nak pakai camne. Kalau pakai slack tu memang akan nampak lebih professional la nak kerja. Tapi pkai mana2 pun ok asalkan x menyalahi rules kerja...
Padamwow.., maskulin.,
BalasPadampakai la ape pun., jgn berbogel jer dah., senang kn jdi cm aku.,
Haah..senang betul jadi cam kau. company memang xde rules pakaian la kan. Cuma x bagi bogel je...senangnya..wuuuhu
Padamsemua nampak kemas tp aku suka yg 2 & 3 tu. kasual + smart = cairrrrrrrrrrrrr =P
BalasPadamKenapa ramai suka 2&3 ni.... Ke kau suka modelnya?Huhu.. Trendy betul taste korang..
PadamKemeja kasual dan Khakis pants more casual. Bebas bergerak dan melakuakan apa jua aktiviti. Yang nie sesuai untuk yg banyak keje site project.
BalasPadamYes bro tak semestinya pergi site je sesuai. Kerja office pun sesuai. Jalan2 kat mall pun sesuai. Kira paling universal style kemeja kasual + khakis pants tu..
Padam