Tips Memilih Fesyen Baju Kasual Lelaki ke Pejabat


Salam.

Memandangkan dah start tahun baru, aku ingin ucapkan selamat tahun baru terlebih dahulu kepada korang semua. So, macam biasa la… dah awal tahun ni, budak sekolah malas nak naik sekolah. Orang yang kerja pulak malas nak masuk kerja semula lepas dah habiskan cuti korang tu. Ingat aku tak tahu? Haha… Ishh2… ingat! Kerja korang kira amanah korang tu. Jangan asyik nak cuti je…


So, aku bagi korang tips la untuk bagi bersemangat sikit bila naik kerja ni. Disebabkan aku lelaki, tips ni lebih sesuai untuk lelaki. Yang perempuan, boleh jugak baca lepas tu sampaikan kepada pasangan korang atau family korang yang berjantina lelaki. Unless korang berjiwa lelaki, boleh la try tips ni. Wahaha…


Ok, tak payah banyak cerita, aku bagi tips terus. Nak bagi bersemangat sikit masa naik kerja, cuba hadirkan kelainan. Maksud aku, cuba buat perubahan sikit macam beli baju baru ke biar rasa happy baju bau kedai masa ke pejabat tu. Haha… Untung jadi lelaki ni, fesyen baju kasual lelaki untuk ke pejabat pun senang je nak pilih berbanding pilihan pakaian wanita.

Tapi, bukanlah maksud aku korang yang lelaki ni boleh sesuka hati je pakai apa sahaja jenis pakaian ke pejabat. Takkan nak pakai pakaian kasual yang terlalu ‘hipster’ seperti singlet, seluar pendek dan track suits pulak untuk digayakan ke pejabat kan?  Buang tabiat pulak office mate kata nanti. So, apa dia fesyen baju kasual lelaki ke pejabat yang paling sesuai untuk digayakan?

Kat bawah ni aku share tips memilih fesyen baju kasual lelaki yang sesuai untuk ke pejabat:

1. Kemeja kasual dan Khakis pants


Salah satu fesyen baju kasual yang paling sesuai digayakan ke pejabat oleh seorang lelaki adalah padanan kemeja kasual dan khakis pants seperti di atas. Ia menjadikan si pemakai tampak lebih ‘smart’ dan pada yang sama masih kelihatan santai.  Aku selalu pakai macam ni, cuma seluar tu aku jarang pakai khakis sebab aku biasa pakai seluar slack. So, selalu aku nampak diri aku ‘smart’ masa tengok cermin. Buktinya ada kat gambar atas tu. ‘Smart’ bukan? Kahkah…

2. Chino Pants dan T-shirt (Outerwear: Jacket/Blazer)



Fesyen kasual yang kedua adalah dengan pemakaian chino pants bersama t-shirt serta penggayaan jacket atau blazer sebagai outerwear. Penggayaan outerwear di sini amat penting untuk memberikan keseimbangan kepada pemakaian t-shirt agar tidak kelihatan terlalu kasual. Ye la… kalau pakai t-shirt berkolar bulat tu je, nampak tak professional pulak semasa jumpa klien nanti.

3. Kemeja+Jacket dan Jeans


Masih tak cukup santai? Kalau korang nak nampak lebih santai tapi professional, korang boleh juga cuba bergaya dengan koleksi jeans dan menggayakannya dengan pemakaian kemeja dan jacket seperti di atas. Ingat, kena bijak pilih rekaan kemeja yang bersesuaian. Elakkan daripada memakai kemeja yang bermotif terlalu menonjol atau berwarna terang. Nampak pelik nanti. Pilih warna kemeja yang lebih ‘common’ macam putih/hitam untuk dipadankan dengan jeans dan jacket korang.

4. Jeans dan Long Sleeve Plain T-Shirt


Masih jugak tak berkenan? Mungkin korang jenis yang sangat simple kot. Untuk itu, korang boleh cuba gaya yang paling ringkas ni tetapi sesuai untuk digayakan ke pejabat. Iaitu kombinasi jeans dan t-shirt kosong berlengan panjang. Yang ni memang ringkas. Tak payah ‘tie in’ baju pun dah nampak ‘smart’. Jimat masa pulak tu, tinggal sarung je semuanya dan terus ke pejabat. Hehe…

.............................................................

Kepada yang kena pakai uniform tu, boleh jugak kalau nak cuba fesyen2 di atas ni. Tapi, bukan hari kerja la. Korang pakai hari kerja, jangan salahkan aku pulak bos marah korang tak pakai uniform. Pakai la time weekend ataupun sewaktu ke majlis formal ke. Fesyen kat atas ni pun semua sesuai je untuk buat jalan2.  

Ok la… Sekian saja tips fesyen terkini dari aku. Kalau korang cuba tips aku ni, serius nampak macho aku cakap. Tengok je la gambar yang aku share tu, nampak bergaya dan sangat confident kan? Even kau baru kerja sebulan pun, orang dah nampak kau berkaliber untuk jadi CEO sebab kemas, bergaya dan sangat macho. Haha….

Alright guys. Happy New Year! Aku akhiri entri ini dengan tiga rangkap pantun:

Tahun dah baru,
Baju takkan tak nak baru,
Huhuhu…   :D


17 ulasan:

  1. Aku percaya yg lelaki kurang hensem terus jadi super hensem bila berpakaian kemas dan wangi. Kemas di sini bukan baju iron straight skema, kemas well kemas sedap mata memandang, muehehe.

    Ala belanja ah baju selai :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm...macam biasa perempuan. Tak hensem xpe, janji sedap mata memandang. Padahal maksud sama je nk yg hensem. Tak iron straight xpe, janji sedap mata memandang. Padahal maksud sama je nk yg reti iron baju. Heh!.. Hahaha...

      Cehh..org tu, buat senyap je kan masa tu shopping. La ni dan2 je nak mintak belanja pulak.. #Kakikikis
      Hahaha...

      Padam
  2. Kalau gi kerja, dulu aku selalu pakai macam nombor 3 sbb aku travel.
    Rasanya tahun banyak pakai style no.1 kot sebab banyak kerja dalam plak.

    Tak kira aku pakai mana, tetap aku rasa aku kacak.
    **kena baling batu**

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la tu.. Kalau jenis yg travel atau byk kerja luar, memang sesuai la pakai no 2-4 tu.. Tapi gila cool kau pakai no 3 tu, aku hari x kerja pun x pakai mcm no 3 tu. Dah x minat jeans sgt. Haha..

      Ye cEro kau memang kacak. Aku percaya kata2 mak kau tu...
      ** £_£ **

      Padam
  3. Bagi una kasual tu mcm simple but nice and trendy,yang penting kita sendiri selesa bila pakai..tak perlu beli barang mahal2 sangat pun utk bergaya,just kena pandai mix and match kan colour..dan yang paling penting jugak,menutup aurat dan pilih warna yang kita kena dengan jiwa kita untuk hari tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa..lebih kurg la maksud kasual macam tu. Yg penting kemas dan x nampak selekeh je. Zaman skrg org boleh je terima pergi kerja tanpa nmpak terlalu formal.

      Setuju. Kena pandai2 la cari warna sesuai dgn diri sendiri. Asalkan x nampak pelik dan mcm alien tu ok dah...

      Padam
    2. aah betul...tempat una intern hari tu staff pergi kerja pakai t-shirt and jeans je...tapi t-shirt berkolar la...lagi best kan mcm tu..kita yg tengok pun nampak lebih relax je pemandangan n org yg pakai pun rasa lebih santai je...

      Padam
  4. aku suka gaya nombor 3. untunglah kerja boleh pakai gitu. haha.

    aku hari hari pakai baju kurung, terasa keayuan di situ kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh.. Kau suka cEro ke? Cakap je la kau suka dia, ni kias2 cakap suka gaya nombor 3 pulak. Haishh.. Haha....

      Tu la..untung jadi lelaki ni. Semua senang. X caya kau try jadi lelaki. Kau akan rasa byk masa kau dh terbuang sbgai seorg perempuan. Kahkah...

      Bagus la pakai baju kurung, nampak melayu. Takkan nak biarkan UMNO je yg support melayu. Haha....

      Padam
  5. Kalau kat office Mrs. A gaya fesyen macam nih! semua boleh pakai.
    Tapi Mrs. A prefer lelaki pakai slack gi office dari pakai khakis or jeans.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk dah company yg ok dgn style mcam ni. Depends la dgn diorg kan selesa nak pakai camne. Kalau pakai slack tu memang akan nampak lebih professional la nak kerja. Tapi pkai mana2 pun ok asalkan x menyalahi rules kerja...

      Padam
  6. wow.., maskulin.,
    pakai la ape pun., jgn berbogel jer dah., senang kn jdi cm aku.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah..senang betul jadi cam kau. company memang xde rules pakaian la kan. Cuma x bagi bogel je...senangnya..wuuuhu

      Padam
  7. semua nampak kemas tp aku suka yg 2 & 3 tu. kasual + smart = cairrrrrrrrrrrrr =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa ramai suka 2&3 ni.... Ke kau suka modelnya?Huhu.. Trendy betul taste korang..

      Padam
  8. Kemeja kasual dan Khakis pants more casual. Bebas bergerak dan melakuakan apa jua aktiviti. Yang nie sesuai untuk yg banyak keje site project.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes bro tak semestinya pergi site je sesuai. Kerja office pun sesuai. Jalan2 kat mall pun sesuai. Kira paling universal style kemeja kasual + khakis pants tu..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...