Ada diantara korang yang baru ditimpa ujian yang berat? Sehingga rasa macam tak mampu? Setiap orang pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Ujian semasa kat dunia ni la yang akan menentukan sama ada kita benar-benar beriman atau tidak.
applewoodacademy |
Seperti yang dinyatakan dalam ayat quran:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."Jadi jika kita diuji, cubalah sebaik mungkin kawal diri dan uruskan segala masalah tersebut dengan baik tanpa memudaratkan orang lain, diri sendiri dan sekeliling kita.
(Al-Ankabut: 2-3)
Kalau kita diuji, itu adalah peluang untuk kita mantapkan lagi iman kita. Supaya semakin banyak kita diuji semakin kuat iman kita. Dan semakin dekat kita dengan Allah swt.
Kekayaan juga satu ujian
Kemiskinan juga satu ujian.
Kalau kekayaan membuatkan kita semakin sombong, jauh dari Allah, terlalu mengejarkan harta.. kita dah kalah dalam ujian tersebut.
Kalau kemiskinan membuatkan kita tak mampu redha dengan ketentuan Allah, terdesak sehingga mencuri.. maka kita juga dah kalah dalam ujian tersebut.
Tapi...
Kalau dengan kekayaan kita semakin bermurah hati, lebih banyak menolong orang.. kita dah hampir2 berjaya hadapi ujian kekayaan...
Dan kalau dengan kemiskinan kita semakin banyak berdoa, mampu redha dengan ketentuan, sentiasa sabar.. maka kita juga hampir berjaya menghadapi ujian kemiskinan tersebut..
laboursolutions |
Aku doakan korang semua dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan yang dihadapi insyallah. Amin...
Salam jumaat! :)
Baca lagi:
- Naik flight masa hujan tak kena petir ke?
- Marah pun bagus ke?
- Macam pernah je...
- Cara-cara kembali positif walaupun anda seorang 'loser'
Alhamdulillah dan terima kasih untuk peringatan. semoga aku dpt serap segala info dan jadikan ilmu utk diamalkan.
BalasPadamAmin insyallah. Org2 pandai mcm kau mesti mudah je la nak serap mcam span..
Padamterima kasih di atas perkongsian :)
BalasPadamwelcome kisha aimi. thanks sudi baca entri kat blog ni :)
Padamyes, betul tu. ujian is about we manage it. sentiasa la berdoa diberikan sebaik-baik petunjuk dan kesabaran untuk setiap ujian yang datang.
BalasPadamkan.. semuanya bergantung kepada macam mana kita manage sesuatu perkara. Kalau bos kadang2 hanya tgk result je tanpa amik kira usaha pekerja. Tapi Allah akan amik kira effort kita dalam setiap apa pun kita buat..
Padamlain orang lain ujiannya. kadang2 kita tgk syoknya dia tu bahagia je duit byk pulak tu pd hal kita tak tawu ujian apa yg dia hadapi. bersyukur apa adanya.
BalasPadamYes this is the truth. Org biasa tunjuk yg happy2, yg dah berjaya. Padahal strugglenya dia tu kita tak nampak. Entah2 kita pun tak mampu. So fokus utk majukan hidup sendiri je la tak perlu jealous2 sgt.... semua org ada hala tuju hidup yg berbeza...
Padam