Berapa je duit boleh kumpul kat EPF lepas kita bersara nanti..

Salam guys,

Korang pernah terfikir tak berapa banyak duit EPF korang lepas bersara nanti? Tiap2 bulan 11% gaji kena tolak masuk dalam EPF. Tapi kita sedar ke berapa banyak duit yang akan terkumpul lepas kita bersara nanti.

telegraph.co

Kalau korang nak cek akaun kwsp ada berapa sekarang ni actually senang je. Pergi ke bank2 yang ada sediakan mesin kwsp punya statement tu, lepas tu print je kat situ. Nanti nampak la akaun 1 dan akaun 2 korang berapa. Takpun boleh mohon epf i-akaun online. Yang ni aku pun tak terbuat lagi. Kalau ikutkan cek online lagi senang.. tapi tu la... malas betul nak pergi register kat kaunter EPF.


KALAU MALAS JUGAK BUAT JE LA MACAM NI...

Kalau korang malas nak pergi bank dan malas jugak nak pergi EPF, then korang boleh la guna kalkulator persaraan (Retirement caculator) dan kalkulator simpanan EPF (EPF saving calculator) untuk anggarkan amaun duit yang dah terkumpul sama ada cukup atau tak untuk menyara hidup lepas retirement nanti...

Bawah ni video cara-cara nak gunakan calculator EPF:


Dalam video atas ni sebagai contoh sahaja.

Umur jangkaan bersara = 56 tahun
Anggaran pendapatan bulanan diperlukan setelah bersara = RM 2,000
Anggaran jangka hayat = 70 tahun
Anggaran kadar inflasi = 2%

Maka...
Jumlah anggaran simpanan yang diperlukan sewaktu bersara sehingga umur 70 tahun adalah RM 707,600.


KENAPA BANYAK SANGAT PERBELANJAAN DI HARI TUA?

Fuhh.. banyak jugak kan simpanan (saving) diperlukan lepas dah bersara nanti?
Kat atas ni aku letak amaun RM 2,000 sebulan perbelanjaan di hari tua sebab aku andaikan ada lagi hutang rumah bulan2 yang masih belum settle.
Bayangkan kalau beli rumah umur 28 tahun. Buat pembiayaan perumahan untuk tempoh 35 tahun. Tak ke sampai umur 63 tahun nanti masih kena bayar installment rumah lagi.
Sebab tu orang cakap hutang rumah ni sampai ke tua. So kena study betul2 sebelum buat keputusan beli rumah.

So andaikan RM 1,000 installment rumah, lagi RM 1,000 adalah perbelanjaan bulanan di hari tua nanti.
Dengan perbelanjaan macam ni kita kena ready sediakan simpanan terkumpul sebanyak RM 707,600. Boleh ke?


GAJI FRESH GRAD MACAM MANA NAK CUKUP?

Ok the next part dalam video atas adalah anggaran jumlah simpanan yang akan kita ada dengan gaji kita sekarang.

Andaikan fresh grad baru kerja gaji starting RM 2,500. Umur 25 tahun.
Jumlah simpanan dalam akaun EPF baru boleh cecah RM 603,600.
Lebih rendah berbanding anggaran perbelanjaan diperlukan di hari tua tadi.
So nak buat macam mana?
Senang je..
Mati awal la. Haha... gurau2..

Kalau dengan anggaran ni kita dah boleh nampak macam tak cukup je duit saving untuk hari2 tua, maka bolehlah dari sekarang:

1. Cari jalan tambah pendapatan bulanan.
2. Cari jalan dapatkan gaji yang lebih baik.
3. Invest dalam mana2 pelaburan yang kita yakin boleh berlipat ganda keuntungan.
4. Invest dalam skim takaful yang ada plan saving.
5. Pastikan duit tambahan dari perkara 1-4 di atas dimasukkan ke dalam skim persaraan seperti EPF.


CUBA KELUAR DARI COMFORT ZONE..

Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.
Aku share ni supaya kita tak terlalu selesa sentiasa berada di comfort zone.
Benda ni peringatan untuk aku jugak yang jenis susah nak buat something out of comfort zone.
Salah satu bentuk motivasi untuk kita usaha lebih lagi untuk lebih berjaya.
Supaya tak menyusakan orang lain pada masa akan datang.

So bila buat kira-kira macam ni barulah aku tahu kenapa orang2 insurans asyik tanya soalan "Apa yang paling anda risaukan? 1) Simpanan hari tua; 2) Kesihatan 3)Bla..bla..bla.." Rupanya ada possibility dah tua2 nanti kita tak cukup duit...

Kesimpulan dari entri ini adalah semua orang kena jadi millionaire. Simple. Huhu..
Korang ada yang dah millionaire ke? Cuba mengaku sikit kat bawah ni. ^_^



Baca lagi:



10 ulasan:

  1. i wish! amin insyaAllah hari jutawan sedunia tu akan muncul. mau haru jugak kalau semua kaya...

    tulah, aku ni 20 tahun memeruk dekat bangku sekolah tak lepas2 lagi nih, entah berapa ciput sgtlah epf terkumpul. keluar dr comfort zone tu dah habis cara jugak buat, dah macam yg dikejar tak dpt yg dikendung berciciran pun ada...haila, dunia dunia...

    tapi percaya satu benda je yg buat aku masih rasa nk teruskan hidup kat dunia ni...Tuhan. tadak tuhan maybe dah lama aku hara kiri...hahahaha

    BalasPadam
  2. Sama2 la kita doa dapat jadi jutawan tu..

    Takpe sofie. Yg penting ada usaha nak keluar comfort zone tu. Aku pun sama duk try2 stay gak kat tempat sama. Mungkin belum sampai masa agaknya. Hmm..

    Betul setuju. Yg penting percaya pada Allah. Mesti ada sebab semua benda jadi. Btw hara kiri tu maksud dia apa? Maaflah tak reti aku bahasa foreigner ni hahaha..

    BalasPadam
  3. Hara kiri = bahasa Jepun bermaksud bunuh diri dengan cara bermaruah

    BalasPadam
  4. Untuk hari tua, cari kaedah mendapat duit cara berterusan. Cadangan saya 1) simpan dalam akaun semasa. Jadik kita makan duit interest jer. Atau simpan dalam ASB dalam RM240K dari duit EPF. Maka deviden tiap tahun dapat RM24K. Disiplinkan diri guna hanya RM2K setiap bulan dari dividen RM24K selama 12 bulan. Modal asas RM240K jangan usik. Tapi jangan lupa bayar zakat dan sedekah. Juga jangan bagi tahu anak kita ada duit banyak tu dalam ASB. Kalau tak, anak mintak. Kita pun kesian.
    2) Kerja keras semasa muda, belilah 2 bijik rumah. Lagi banyak rumah lagi bagus. Rumah pertama kita duduk, rumah kedua kita sewakan. Tapi pastikan rumah yang nak disewakan ni berada di tengah bandar sebab nak sewa tinggi dan senang dapat penyewa. Duit sewa boleh guna bayar loan rumah. Bila kita dah tua, loan rumah pun dah habis. Maka kita dapat duit sewa berterusan selagi rumah sewa tu ada.
    Sekian :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks bro tips yang berguna ni untuk anak2 muda. Thumbs up !

      1. Akaun semasa. Kalau akaun semasa(current account) ni aku tak rasa ada banyak mana pun interest/faedah. Lagipun as a muslim, aku prefer islamic punya product. So pendapat aku lebih baik masukkan duit dalam akaun M2U savers-i. Patuh syariah dan setiap bulan kau boleh nampak duit hibah tu masuk...(percentage 2% -2.2%)

      2. ASB memang boleh buat duit. Tapi sama jugak aku tak prefer ASB sebab ada unsur syubhah. Maybe alternatif yang ni boleh invest pada AHB yang memang dah patuh syariah. Cuma aku tgk jarang bank promote benda ni.

      3) Kerja keras waktu muda. Aku setuju. Masa muda dan kurang komitmen la kita kena byk cari side income. Cuma nak dapatkan motivation utk sentiasa buat byk kerja ni agak susah sikit. Lagi2 masih single dan takde urgency utk cari duit lebih bagi nafkah kat keluarga.

      Betul beli rumah antara investment yang bagus. Tapi ilmu hartanah memang kena betul2 power dulu bab ni baru tak rugi. Dan nak beli rumah mesti kena ada 10% + 5% simpanan dulu. Bukanlah sesuatu yang sgt mudah nak simpan duit byk tu. Lagi2 kalau ada priority nak kahwin dulu before beli rumah.

      Bab sewakan tu aku setuju. Kalau rumah tu hot area, mudah2 je nak dapat duit sewa, then boleh cover loan bulan2. Kalau mcm ni bijak. Tapi kalau beli rumah just nak ikut2 orang je tanpa ilmu yg betul boleh jd rugi tu....Btw, kiraan aku kat atas ni jika kita beli rumah duduk sendiri. So duit bulan2 still akan kena bayar sampai ke tua.

      Apa2 pun thanks bro bagi cadangan dan tips untuk simpanan hari tua. :)

      Padam
  5. aku kira nak setelkan loan kete & loan PTPTN je dulu. beli rumah masih memikir lagi sbb bila kira2 nmpk dah mcm tak cukup duit di hari tua :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ptptn tu yg jadi kacau tu kan? Nasib hutang belajar aku dah settle. Takpe2 slow2 nanti kau naik pangkat settle la. Kau senior kot kat tempat keje kau. Tak lama lg naik la tu. Huhu..

      Padam
  6. aku sampai rasa nak kluarkan KWSP utk setelkan PTPTN tu baru tenang rasa hidup tapi tu lah org kata duit KWSP tu hold la utk beli rumah hermm tapi aku mcm rasa nak kuarkan jugak utk setelkan PTPTN :P


    aku senior sebab dah keje 9 tahun je kerja ni tapi utk kenaikan pangkat mmg takde dalam kerja ni sbb dah termaktub dalam T&C bahawasanya kerja ni tiada OT,Elaun, mahupun sebarang kenaikan pangkat.

    jadi utk kenaikan pangkat sila mimpi sajelah kalau masih kerja di sini huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius la keje kau takde ot, elaun n kenaikan pangkat tu? Adumakk susah gak tu tak berapa nak ada personal growth kalau maintain kat level yg sama je. Tapi kalau kau happy, its up to you. Cuma kalau kau rasa nak develop lagi career kena cari peluang lain la..

      Duit kwsp tu simpan je la dulu. Kwsp more on long term investment. Kalau nak guna utk beli rumah pun ok kalau memang rumah tu berbaloi utk dibeli. Kalau tak cuba simpan duit lain dulu utk beli rumah nanti. Kalau boleh jgn kacau kwsp. Kau settlekan ptptn tu mcm biasa je la. Duit lebih ada kau try invest kat tmpat lain dulu. Ada duit lebih nanti baru buat settlekan ptptn.. kwsp ni kalau kau dah keluarkan makin sikit la simpanan hari tua kau nanti...

      Padam
  7. Kalau korang betul nak setel kan hutang ptptn, ni aku bagi cara aku.

    Bulan2 kita bayar anauran hutang, and then daily kita guna jompay dan berapa sen yg ada dlm akaun kita, kita bayar kat ptptn.

    Contohla, dlm Bank hari ni ada RM2356.34. 34 tu kita bayar hutang ptptn.

    And then kat rumah kita ambik 1 tin. Semua syiling kita kumpulkan... Kumpul je sampai banyak. Bila dah penuh, kita pi bayar ptptn.

    Finally,bila kita buat extra job, contoh foodpanda secara part time, bila kita ambik gaji kita, tak kesah la brape, tapi kita set la, 10% utk ptptn.
    Kalo gaji kita rm50 je utk minggu tu, rm5 la jawabnya...
    Mmg kita rasa, "ala, apa guna bayar rm5?"

    Tapi kita nak bagi pokok tu je kurang...

    Ni la yang aku buat, dan I'm proud to say ptptn aku dah setel.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...