Korang pernah tak terlambat pergi solat jumaat? Patut ke berlari-lari nak kejar solat jumaat punya pasal bila dah terlambat ni? Haa..
Kalau kita dah selalu sangat terlambat ni eloklah tahun 2019 ni kita azam untuk datang awal sikit lepas ni.
ELOK KE LARI-LARI NAK KEJAR BERJEMAAH?
Ok, so elok ke berlari-lari nak kejar solat jumaat ni? Nampak macam kurang beradab bukan bila kita berlari2 nak masuk masjid tu?
Tapi...
..untuk solat jumaat ni kalau kita terlambat memang kita disarankan untuk cepat2 dan segera kejar solat jumaat tu. Termasuk la kita berikhtiar dengan berlari supaya sempat dapat solat jumaat bersama imam.
Cuma untuk solat fardhu yang lain kita tak disarankan berlari2 sebab kurang beradab. Solat jumaat sahaja yang kita yang disarankan bersegera ni.
KENAPA SOLAT JUMAAT JE YANG KITA BOLEH BERLARI-LARI?
Sebab solat jumaat ni kena berjemaah. Dan bagi orang lelaki wajib untuk dia tunaikan solat jumaat. Untuk sah solat jumaat kena la berjemaah. Ni ayat quran yang bagitahu kita kena segera mengingati Allah pada waktu solat jumaat:
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9Ayat ni aku share je dengan korang sebagai dalil yang digunakan oleh ustaz yang aku pernah dengar ceramah dia. Explanation detail boleh refer dengan ustaz masing2 ya..
OK
Adakah kalau kita sempat tahiyat akhir bersama imam dikira dapat solat jumaat?
Jawapannya TIDAK.
Sebab untuk dikira dapat solat jumaat mestilah sekurang-kurangnya sempat satu rakaat bersama imam.
Jadi kalau kita masuk jemaah selepas imam dah rukuk di rakaat kedua solat jumaat, kira dah tak dapat satu pun rakaat solat jumaat la..
So kena sambung solat 4 rakaat solat zohor.
Walaubagaimanapun, niat semasa ikut imam tu niat solat jumaat, cuma selepas itu kena solat zohor pulak.
Jadi, jika imam masih di rakaat pertama tak perlulah kita berlari-lari untuk kejar berjemaah bersama imam.
Tapi kalau imam dah rakaat kedua, sila bersegera untuk masuk dalam jemaah bersama-sama imam supaya sempat dapat sekurang-kurangnya satu rakaat solat jumaat bersama imam
Sekian sahaja. Perkongsian ini adalah berdasarkan ceramah ustaz yang aku dengar dan jugak rujukan pada laman web seperti laman web rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan.
Salam jumaat..
Sumber: laman web mufti wilayah, jabatan agama islam perak, olahan sendiri dari ceramah ustaz
Baca lagi:
- Mengaku introvert dah jadi trend
- Kenapa aku tak suka tengok cerita hantu dari barat?
- Pakej Unlimited hotspot dan Unlimited Wifi mana paling berbaloi?
- Istikharah Cinta
- Gaji sikit macam mana nak cukup?
- Hikmah wujudnya seorang spammer
Alhamdulillah syukur sejuk mata bila tiap kali Solat Jumaat penuh lelaki pergi solat jumaat & semoga semua para lelaki gagah perkasa sentiasa diberi kesihatan sentiasa utk Solat Jumaat. Nice sharinglah Bro Ley !
BalasPadamAlhamdulillah ni la tanda2 lelaki baik2 masih ramai. Haha..
Padamalhamdulillah...sejuk hati baca entri ni.
BalasPadamalhamdulillah... tak sangka pulak entri ni menyejukkan semua orang :)
Padam