Kenapa ada sebahagian orang sangat tinggi common sense dan sebahagian lagi macam takde langsung common sense? Kenapa ada orang berperangai sangat kejam dan ada pulak yang sangat baik hati? Kenapa ada orang yang selalu sangat buat maksiat dan ada orang yang selalu beribadat?
maravipost.com |
Sebabnya kesemua perangai manusia kat atas ni bergantung kepada macam mana kita jaga tiga (3) perkara ni:
1. Hati
2. Akal Fikiran
3. Nafsu
Hati
Hati ni umpama bateri dalam badan seseorang. Kalau hati dijaga elok, maka seluruh kelakuan kita juga akan elok. Bayangkan kereta control yang bateri rosak, dia akan hilang fungsi sebenar dia. Macam tu jugak hati, kalau dah rosak, habis rosak jugaklah individu tersebut. Sebab tu kita kena jaga hati kita sebaik mungkin. Elakkan dari terlalu mengikut kata hati yang negatif seperti dengki, sombong, berasa diri sentiasa betul dan sebagainya..
Akal fikiran
Akal fikiran ni pun kita kena jaga dengan baik. Gunakan akal fikiran kita untuk mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Elakkan dari memikirkan perkara yang sia2 dan perkara yang bukan2. Kalau dah selalu sangat kita memikirkan perkara2 maksiat contohnya maka kelakuan kita juga akan cenderung untuk melakukan maksiat.
Nafsu
Tak salah ada nafsu. Memang sifat manusia bernafsu untuk makan, minum, tidur, bermain, berkahwin dan sebagainya. Tapi nafsu ni perlu dikawal. Ada nafsu makan itu bagus tetapi kalau terlalu mengikut nafsu sampai makan berlebihan akan jadi tak bagus dan boleh merosakkan kesihatan. Tak salah ada perasaan marah. Tetapi marah itu perlu dikawal dan dilepaskan pada tempat dan keadaan yang sepatutnya. Bukanlah kita sesuka hati marah orang lain yang takde kena mengena atau marah pada keadaan yang tak sepatutnya...
HIDUP INI KENA PANDAI MENGAWAL..
Kesimpulannya, manusia kena kawal ketiga2 perkara kat atas ni. Kena jaga hati supaya bersih dari sifat mazmumah, jaga akal dari memikirkan perkara yang tidak bermanfaat dan kawal nafsu dari melakukan sesuatu yang dilarang.
Kalau ketiga2 ni semua di antara kita mampu jaga, insyallah Malaysia akan jadi negara yang sangat bertamadun. Takde dah sampah orang buang merata-rata atau buang di tepi tingkap. Takde dah orang parking kat petak OKU. Orang pergi beratur beli tiket bola lepas ni pun dah takde dah merusuh2. Semua beratur elok je.. dan semua redha je tak dapat tiket walaupun tahu kena bohong sebenarnya...hmm... ^_^
Baca lagi:
- Gaji sikit macam mana nak cukup?
- Menyesal ada anak
- Semut yang smooth
- Cara aku move on bila ditinggalkan
- Kenapa aku buat blog?
- Tiket bola final puluh ribu hanya 'gimmick' sahaja
Akhirnya, baru betul hari jumaat. Salam jumaat broley!
BalasPadamsebut pasal hati tu, teringat hadis pasal, "...idza salahat salaha jasada kulluhu...." zaman hafal sekolah dedulu..
betapa tingginya peranan hati sebagai manusia nih.
musim bola dah ea?...doesn't bother la...isu toilet lagi haru.
Akhirnya kau baca entri aku perfet timing. Congrats!!
PadamHebat kau ingat lagi hadis tu. Hati ni yang affect semua kelakuan kita. Orang kalau hati baik ni orang buat jahat kat dia pun dia mampu balas dgn kebaikan lagi..
Haha takde musim bola sangat pun. Aku saje je selitkan isu bola dalam entri. Isu toilet isu apa eh? Malaysia dah tak cukup toilet mcm kat india ke?
so true bro
BalasPadam3 perkara ni berkait antara satu sama lain..
BalasPadamKalau salah pertimbangan memang boleh sesat.
Jadi netullah apa yang Bro Ley kongsi di sini kena jaga 3 perkara ni..
Yup betul tu. Sama2 la kita jaga perkara ni..
Padamtudia sgguh bro ley. TIGA tu bila salah satu takde je mmg mcm S#%$! menyampah dgn manusia yg tak reti guna TIGA perkara tu herghh~
BalasPadamRileks2.. jangan maki2.. haha. Betul la kan bila ketiga2 tu tak jaga memang menyetan sikit perangai nanti.
Padamaku dah jd followers blog hang ni lama tapi pasaipa tetiba harini terjadi masih blm jd follower? hishh mmg mendengki betul button follower nih~
BalasPadamYeke? Agaknya sebab kena mengena dengan google plus tu kot. Kan diorg dah hentikan google plus hari tu. Mungkin ni effect dia.
Padamaha mungkin disbbkan itu sbb aku amat yakin bahawasanya aku dah menjadi follower blog hang ni lama dah kikiki
PadamHahaha confirm la aku percaya kalau kau ckp dah lama follow blog aku. Kau antara yg setia baca dan komen apa yg aku tulis walaupun ada yg entah apa2 je aku post... patut la kau boleh setia keje yg sama sembilan tahun. Haha...
Padam