Tips cari kerja sesuai dengan diri sendiri

Salam.

Sebelum ni aku pernah bagitahu yang kerja aku sekarang ni macam mimpi yang benar2 menjadi kenyataan. Jadi, aku masih selesa dan tak ada apa masalah pun dengan kerja aku sekarang. Aku pun tak adalah tercari-cari sangat kerja baru. Tapi, tiba2 pulak ada situasi yang berlaku dalam hidup aku yang membuatkan aku terpaksa berfikir semula untuk bertukar ke tempat kerja yang baru. Persoalannya, macam mana nak tahu kerja baru tu sesuai dengan diri kita?




Jadi, aku pergi buat beberapa career assessment untuk diri sendiri. Tak jauh pun aku pergi buat. Aku buat dari rumah je...  Zaman sekarang ni segalanya di hujung jari. Jadi, dengan kemudahan teknologi yang canggih, aku google dan buat career assessment free kat website je...hahaha...

First assessment yang aku buat, aku buat kat website My Next Move.  Kat sini lebih kepada ujian untuk mengetahui minat korang dalam sesuatu bidang pekerjaan secara general. Aku tak boleh nak yakinkan korang yang benda ni 100% betul, tapi at least you get some insight on what field you shoud be involved in. Haa..dah tetiba ter'speaking' pulak aku....

Kat bawah ni keputusan ujian yang aku buat. Setelah ditambah semua, markah keseluruhan aku dapat 144. Jadi, apa makna markah keseluruhan 144 ni? Haaaa..takde makna apa pun...hahaha. Skor tu kena tengok satu2 baru ada makna...Jadi, korang tatap je la gambar2 kat bawah ni...

Keputusan keseluruhan:


Top 3 interest:



Kalau tengok 3 teratas ni, macam pelik pulak yang conventional dan artistic tu. Yang conventional, "They like working with clear rules" manakala yang artistic tu "They like work that can be done without following a set of rules". Hahaha...macam nak bergaduh pulak aku tengok...Entah apa2 je pasal aku pun boleh jadi gaduh..haha...

Tapi rasanya betul jugak result tu. Sebab kalau bab kerja, aku dah terbiasa ikut rules sebab aku kerja dalam bidang akaun. Jadi, aku rasa normal kot kerja2 akaun ni kena ikut guideline dan rules. Yang artistic tu pulak aku rasa lebih kepada hobi aku berblogging ni. Takkan berblog di blog sendiri pun nak kena orang yang arahkan aku pulak kan....haha...

Kau bayangkan la kalau tulis blog nak kena ikut format. Dah la nak kena ada pendahuluan, isi2 penting, penanda wacana, dan penutup. Lepas tu entri pulak perlulah tidak kurang daripada 3000 patah perkataan dan tidak lebih dari 3500 patah perkataan. Kalau takde idea memang aku ulang2 je la isi penting yang sama sampai cecah 3000 patah perkataan. Hahaha...

Bottom 3 interest:




Untuk bottom 3 interest ni aku tak ada apa nak ulas. Korang fahamkan sendiri la ye...

Kat bawah ni pulak aku share aptitude test. Soalan2 macam kat bawah ni selalu jugak ditanya kalau nak apply kerja. So, korang boleh la try jawab...


Soalan1:


Jawapan soalan 1

Soalan 2:

Jawapan soalan 2

Soalan 3:

Paper Folding: Square is folded once, then hole punched, then unfolded. Select pattern of holes & write Letter as shown on first item.

Sebuah segi empat sama dilipat, kemudian dilubangkan, kemudian dibuka lipatan tersebut. Pilih paten lubang tersebut dengan memilih huruf dibawah.


Jawapan soalan 3

Soalan 4:


Jawapan soalan 4

Soalan 5:


Jawapan soalan 5


Kalau korang ingat, yang no 4 tu aku dah pernah test kat korang kat entri INI dan INI.  Yang lain2 je aku tak pernah test korang lagi.

Buat ujian2 macam ni bagus jugak bila korang nak tahu apa sebenarnya minat korang dan kerja apa yang korang suka untuk buat. Jadi, bila nak mintak kerja, korang tahu la nak apply job yang sesuai dengan diri korang. Selain itu, buat ujian2 macam ni pun boleh membantu semasa interview. Sekurang-kurangnya korang boleh la bagitahu masa interview tu korang jenis yang macam mana dan minat apa... So, interviewer tu pun senang je nak faham korang jenis yang macam mana...

So, korang pun boleh la buat career assessment ni kat website My Next Move. Nak tahu jugak result korang pulak macam mana...Hehe...

Harap korang beroleh manfaat dari entri ini. Salam.

*Antara 5 soalan yang korang jawab, berapa banyak yang betul?


19 ulasan:

  1. Semua soalan tu aku jawab betul, sbb aku dah banyak kali buat soalan dgn konsep yang sama...hehehe

    Tapi yang lagi menarik minat aku ialah...
    Macam mana kau buat yang boleh click to reveal/hide tu?
    Ajar aku please....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..kau ingat aku nak caya la kau jawab semua betul. Soalan no 5 betul x ? Haha...

      Mak aiihh...punya la byk sebelum ni aku buat entri dgn konsep yg sama. Tp entri ni je yg kau tiba2 minat nk tahu pasal click to show/hide tu...haha..bezanya sebelum ni aku buat button, tp kali ni aku buat link.

      Sebenarnya aku mmg nk buat entri pasal benda ni, x sempat lagi. Sebabnya, aku pun kadang2 lupa, so aku sendiri boleh refer kt entri blog ni nanti. Tp tu la... entri tutorial ni lama sikit kalau nk buat. Buat ala kadar nt org x faham. Kalau nk ajar dlm komen lg la x boleh..

      Padam
  2. menarik gila website nih...lagi2 saya nih yg akan grad dalam masa setaun lagi..wahhh!akauntan..huuuuu....saya bakal banker..haiiiiiiiii!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius la menarik? Pada aku biasa je...haha..

      La..kau muda lagi rupanya. Pergi belajar betul2 sampai grad sgn cemerlang. Kau jgn duk keluar dgn awek je..hahaha...

      Aku x kisah kau nk jadi banker. Tp kau jgn paksa aku masuk asb sudah bila dh kerja bank nanti. Aku nk settlekan urusan lain pun susah, asyik paksa aku masuk asb je...haha..

      Padam
  3. oklah aku try click link tu sebentar lagi.. aku pon mcm x taw aku minat pa.. hahaha.. harap tak terlambat lagilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...kau x payah la..kau stay je jd system analyst tu.. Best apa... Kalau boleh aku nk kerja mcm kau, tp aku xde expertise dlm bidang kau tu...so, kau je la yg hadap klien dan bos yg merepek tu...hahaha...

      Padam
  4. dah bookmark link tu..
    berguna utk masa depan!
    terima kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks. Bagus2 bookmark terus. Tak semestinya nk kena tgu masa depan. Sekarang pun boleh cuba...So, boleh fokus nk mahirkan kat bahagian mana.

      Padam
  5. yg part nombor tu sy surrender hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa? Dongibap...haha takpe la, memang ada org yg x minat number, kalau sy, memang suka number2 ni.

      Padam
    2. kak anies!!! ana pon tak suka nombor2 hehe

      Padam
  6. Oh tidak kenapa Mrs. A kureng berminat dengan semua ni.
    Mungkin Mrs. A dah terlalu tua untuk ini huhuuuuuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..Mrs A dah kira fasa nak settle down. Nak focus lebih pada family n anak2. So, x pelik la kalau x minat pasal tukar2 kerja, cari carreer ni. Huhu..

      Lain la sy yg x stable lg ni. Kena la byk try n error.

      Padam
  7. frankly said i think u better stay..anggap je apa kesusahan yg datang tu as a challenge..yang mungkin kita lemah dalam sesuatu bahagian tu and we have to improve our self on that..blog ni nama pun cas positive kn..so be positive..tapi apa pun u can do istigharah dulu...then u decide..thats the best way..sorry menyebok dalam ruang komen ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya xde isu pun dgn kerja skrg ni. Bos baik, kerja pun xde pressure yg teruk2. Mcm yg sy tulis kat atas ni, sy masih selesa dan x tercari2 pun kerja lain.

      Tp kadang2 ada situasi yg buat kita terpaksa berfikir balik utk tukar kerja. So, itu la sebabnya.

      Apapun istikharah memang paling penting utk buat decision yg susah mcm bertukar kerja ni.

      Padam
  8. boleh la try buat untuk sekadar suka2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat la...memang rasa suka yg teramat masa aku buat hari tu. Hahaha...

      Padam
  9. aku dan kerja aku yg skrg ni pon sbnrnye takde ape mslh sgt. cumanya, kdg tu aku terasa mcm i need a new environment with new people around. bukanlah tak bersyukur ke hape dgn kerja skrg, cumanya, terasa mcm nak berhijrah kot..

    woahhh, aku nak try test gak lah jap lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la...kadang2 kena jugak berhijrah cari pengalaman baru, suasana baru..baru dpt belajar byk benda. Aku pun sama bersyukur je dgn kerja aku, tp apakan daya, Allah jua sebaik2 perancang.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...