Naik flight masa hujan tak kena petir ke?

Salam guys,

Aku cerita pasal sejarah sikit.

Pada tahun 1963, Penerbangan 214 milik syarikat penerbangan Pan Am telah terhempas di Elkton, Maryland, di Amerika Syarikat. Penerbangan pesawat jenis Boeing 707 ini telah mengorbankan kesemua 81 penumpang dan anak kapal.
Hasil siasatan mendapati nahas adalah berpunca daripada sambaran kilat yang terkena pada tangki minyak sebelah kiri pesawat, menyebabkan kebakaran yang dahsyat. Ia juga menghilangkan fungsi kawalan penerbangan oleh juruterbang.
Sumber: Root Of Science 


Beberapa minggu yang lepas aku ada naik flight. Kadang2 kerja aku memang perlukan aku untuk travel. Mudah jugak naik flight ni kalau nak bandingkan dengan travel naik kereta. Biasa aku naik flight ni kalau travel balik hari je. Naik kereta memang akan penat drive je la nanti.

So korang tahu la kan sekarang ni musim hujan. Petang tu lepas dah settle keje aku, aku pun amik la grab ke airport. Sampai airport aku lepak jap sebab tiket aku lambat lagi. Aku pulak acah2 rajin beli tiket lambat2 dengan harapan boleh buat kerja dulu kat tempat aku meeting tu. Sekali hari tu satu office diorang ada event pulak sampai takde orang kat office dah. Haha.. Terpaksa la aku gerak ke airport terus.

Tu yang lama aku terpaksa stay kat airport tu. Lepas tu dah nak sampai masa untuk flight aku, tiba2..
ada orang announce flight delay. Aduh...memang timing tak cantik betul aku hari tu. Lepas tu, lepas 30 minit, lagi sekali announcement delay. Aduhh mengeluh lagi aku...


Masa tu memang cuaca tengah mendung. Nasib baik la takde announcement delay yang ketiga. So, akhirnya dapat la aku naik flight tu. Mula2 perjalanan semua ok je sebab masa awal2 aku naik tu cuaca cuma mendung je. Tapi....

Bila dah nak sampai destinasi (ETA lagi 30 minit), aku yang tengah sedap2 tidur dalam flight tu pun terbangun. Pilot suruh pakai seatbelt sebab dia kata dah nak mendarat. Sebab normally memang kena pakai seatbelt semasa nak berlepas dan semasa mendarat. Masa flight dah kat atas tu ikut korang la nak pakai ke tak. Pada aku masa kat atas tu sama macam naik bas je. Tapi bas yang boleh terbang la. Haha..


Jadi, semua orang pun pakai la seatbelt dan tak sabar nak tiba ke destinasi. Masa ni memang aku tengok kat luar tengah hujan. So, kapal terpaksa jugak redah awan2 yang penuh air hujan ni. Bila masuk dalam awan ni memang akan rasa bergegar-gegar. Perasaan dia sama macam bas langgar bonggol dan lalu jalan tak rata biasanya.

Tapi kali ni lain macam. Langgar satu awan memang bergegar. Lepas tu boleh pulak tiba2 kapal terbang tu ke bawah sendiri weh.. Pehhh... Perasaan dia sama macam korang naik roller coster daripada atas tiba2 laju je turun. Dada korang akan rasa semacam terkejut kan? Haa macam tu la aku rasa.. Kalau sekali je tak apa lagi. Ni beberapa kali aku hadapi situasi macam ni. Setiap kali langgar awan je benda ni jadi.


Muka semua orang memang dah start nampak risau. Tapi belum ada yang panik lagi. Ye la mana la tak risau, sebab pilot kata dah nak sampai, tapi kapal masih kat atas lagi dan terus menerus redah awan tebal yang macam roller coaster ni. Sepatutnya 30 minit dah mendarat, tapi ni aku dapat rasakan kapal terbang masih lagi berpusing2 kat atas cari jalan yang clear untuk mendarat. Dekat 40 minit jugak kapal tu berlegar2 kat atas je. Aku pun dah start risau dan baca la doa & zikir yang aku tahu.

Sebab asyik langgar awan tebal, kapal pun asyik bergegar dan turun naik je. Lepas tu tiba2 pilot bawak laju, then slow balik. Fuh.. lama2 pening jugak kepala aku dan nak termuntah aku rasa. Dia punya gegaran tu lagi kuat rasa sebab aku naik flight Malindo Air yang kecik tu je. So bila langgar awan sikit, impact dia kuat la.

Lepas dah 40 minit kat pusing2 kat atas tu, baru la aku start nampak clear sikit kat luar. Hujan pun dah tak berapa lebat. So, kapal dah boleh start nak mendarat. Bila mendarat je, semua orang terus tepuk tangan bila pilot announce dah safely landing. Fuhh.. first time aku nampak situasi macam ni depan mata. Memang bersyukur sangat sampai dengan selamat. Semua orang pun muka start gembira dan tersenyum balik bila pandang antara satu sama lain.

Then, pilot tu pun minta maaf sebab tak sempat announce apa2 kata atas tadi sebab dia busy handle kapal. Aku rasa bukan tak sempat announce, dia just tak nak penumpang panik je kat atas tu. Memang terbaik pilot tu. Patut la gaji pilot mahal, disebabkan risiko2 macam ni yang diorang kena hadap hari2. So, macam tu la pengalaman aku naik flight yang mendebarkan.

Apa jadi kalau kapal terbang disambar petir?

Korang tahu tak apa akan jadi kalau kapal terbang disambar petir? Adakah terus terbakar dan innalillah semua penumpang dalam tu?


  1. Kapal terbang sekarang dah dilengkapi dengan ciri-ciri moden yang menekankan keselamatan penumpang dan jugak kapal terbang tu sendiri. 
  2.  Bahagian luar kapal terbang tu diperbuat daripada aluminium (bahan konduktor yang bagus untuk mengalirkan elektrik)
  3. Bila kapal disambar petir, aliran elektrik daripada 'entry point' tadi akan mengalir ke seluruh badan kapal terbang sehingga keluar semula ke 'exit point' tanpa melencong masuk bahagian dalam kapal terbang.
  4. 'Entry point' biasanya pada hidung atau depan kapal terbang dan 'exit point' biasanya pada sayap kapal terbang.
  5.  Dua perkara yang akan melindungi kapal terbang daripada kemalangan apabila disambar petir ialah : (i) Akal seorang pilot dan juga pasukannya; (ii) 'Static wick' yang ada pada design kapal terbang
  6.  Pilot dan team tak akan berlepas (take off) jika terdapat assumption yang ribut kuat sedang berlaku. Sebab tu bila hujan flight selalu delay.
  7. Static wick (static discharger) ni la yang akan mengeluarkan semula elektrik dari panahan petir tadi kembali ke ruangan udara.


Sumber:
Physlink
news.com.au
telegraph.co.uk
iluminasi.com

Korang pernah ke rasa pengalaman macam ni semasa naik flight? Ke aku je rasa yang lebih2 rasa benda ni menyeramkan padahal normal je bagi semua orang?haha.. Kongsikan la pengalaman korang naik flight kat bawah ni.

Sekian.


11 ulasan:

  1. pernah jadi sekali kat aku dlu. tapi takde la sampai bertepuk tangan. cuma masing2 tunjuk muka lega. bab kapal terbang berlegar2 tu biasa la kena. mostly time hujan. berlegar2 sebab queue tunggu turn nak landing. maybe sblm tu cuaca tak sesuai nak mendarat. bila dah sesuai, banyak pulak flight dah sampai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh biasa jadi la ni flight bergegar2 ni. Haha.. maybe sbb first time aku rasa kot. So rasa mcam rare sgt. Tapi risau kot bila jadi mcm ni. Lagi2 bila skrg ni byk kes2 pasal flight ni..

      Padam
  2. belum pernah experience lagi..tapi tau juga pasal structure kapal terbang..macam mana architecture dia untuk prevent effect petir bila hujan.Antara sebab lain kenapa flight delay bila ada kemungkinan ribut adalah sebab nanti akan ada signal interference jadi susah la untuk kapal tu dapat signal yg berterusan untuk keep the flight on track..ni yg sy faham masa study kat uni la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh make sense jugak tu sebab diorang delay flight. Yela dah cuaca teruk ni, kat atas udara ke, kat darat ke, still bahaya.. Power laa boleh ingat pelajaran masa study dulu..

      Padam
    2. kita cuba la untuk belajar not for the sake of exam..bila sy dah jejakkan sebelah kaki kat bidang education ni sy lebih menghargai ilmu,hargai semua pensyarah..even sesapa saja yang mengajar sy..gitu..sebab walaupun sy cuma seorang tutor,sy macam boleh rasa apa yang lecturer sy rasa terhadap student-student dia..bila student sy tau something lepas sy ajar..and dapat aplikasikan ilmu tu..i feel so appreciated..tak perlu bg hadiah and what not..

      Padam
  3. ala....ni je ke last entry kau bagi tahun 2018...kemonla bro please la aktif tahun 2019 ni. aku dok baca entry yang sama je setiap hari. dah penat stalk blog kau. harapnya ada update. tapi tadak.

    oh, aku kind of frequent flyer gak la dulu. rasa mcm ni, aku biasa bawak tido(buat2 tido). part macam naik roller coaster tu sumpah beliang(istilah sarawak bagi perasaan jantung bagai nak terkeluar) jugaklah hati.

    So salam tahun masihi 2019 bro ley!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... kau nak lebih lagi ke? Aku ingat dah byk dah entri utk bulan ni haha... Ok2 kau dah bg aku satu list utk letak dalam list azam 2019. Lepas ni aku cuba lebih aktif post entri lagi. :)

      Aku frequent jugak. Tapi time2 macam ni aku yg tengah tido pun terbangun weh. Dia punya gegar tu lain macam. Nak buat2 tido pun takleh.

      Salam tahun 2019 jugak sofie.

      Padam
  4. aku tak pernah ada pengalaman naik flight sbb mak aku kata selagi kakak belum ada suami tak payah nak naik flight. kalau dah ada suami nti dah lepas tggjwb mak, takpe nak pegi mana pun pegilah. ok bye~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhh sedih la gitu, tak dapat la kau nak bercuti oversea n post kat insta berbangga2 weh. Tak up to date la camni. Haha..

      So sila la cari suami sampai jumpa ya. Mak kau bagi hint je tu. Tak paham2 lak kau ni haha...

      Padam
    2. aku peduli ape tak dapat nak post berbangga2 kat insta hahahaha.

      mak aku bg hint lama dah tapi dalam masa yg sama hati dia berat nak lepaskan anak dara dia ni & itu salah satu sebab jugak knp jodoh blm sampai huhuhu

      Padam
    3. Hahah kau perempuan ke tak ni? Perempuan biasa mesti nak show off skit kat insta. Kau pelik la haha..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...