Kalkulator dan 'The Accountant'

Kalkulator dengan seorang accountant memang sangat familiar. Tak normal kalau accountant takde kalkulator.


Hari tu aku tengok movie 'The Accountant' lakonan Ben Affleck. Best jugak cerita ni. Cerita pasal si Ben Affleck ni ada penyakit dari kecik tapi bapak dia pandai develop dia punya keistimewaan tu. So, dia jadi gempak gila mengira dan tak perlu pun kalkulator untuk kira 356,183 x 383.
Dia terus jawab je.
Aku rasa kagum dengan dia boleh buat macam tu.
Tapi sebab dia tak normal kan... so takde la pelik sangat dan aku pun tak jadi nak jealous.
Haha...

Btw, sebelum ni aku ada post pasal coding dan programming yang basic macam kat entri cara nak buat website guna notepad. Dah lama aku tak try buat2 coding sampai la awal tahun hari tu aku cuba buat satu projek simple. Disebabkan hari tu aku ada post pasal zakat pendapatan kat sini, so aku decide la nak buat satu kalkulator zakat simple untuk kira zakat pendapatan.

Basically aku boleh buat benda ni pun selepas aku pergi satu kelas selama dua hari pada tahun lepas. Kelas tu free je dan dia ajar language html,css dan php. Benda yang aku baru belajar basicnya pada hari tu ialah php. Dan dengan language php ni la aku boleh siapkan satu kalkulator zakat sendiri.

Actually masa diorang ajar hari tu pun diorang suruh buat kalkulator jugak. Cuma kalkulator yang aku buat dengan diorang hari tu adalah kalkulator basic yang boleh tambah tolak darab bahagi tu. So lain dengan kalkulator zakat pendapatan yang aku cuba buat ni. Walaupun dia punya basic dan coding lebih kurang je tapi bila dah jadi nampak lain kot..So bangga dan puas kejap bila dapat siapkan kalkulator sendiri. Haha..



Kalkulator yang aku buat masa belajar hari tu.
So kalau korang nak cuba guna kalkulator yang baru aku buat tu boleh buka link bawah ni:

broley.esy.es

Yup url dia tak best langsung kan. Sebab hosting dan subdomain adalah free dari hostinger, so terpaksa la bagi korang link yang tak sedap namanya. Asalkan korang boleh akses dan projek aku masih function bagaimana sepatutnya.

kalkulator zakat
Kalkulator zakat yang aku cuba buat. Lebih kurang je kan?? Tapi function lain..
Kalkulator ni sangatlah basic pada aku. Tapi at least dapat jugak aku siapkan something from the scratch yang mungkin ada potensi digunakan satu hari nanti.

Kalau aku banyak masa nanti maybe aku akan post cara buat projek ni macam sebelum ni yang aku post pasal cara buat website guna notepad. Sebab lebih senang aku nak ingat bila aku ajar semula apa yang aku dah buat walaupun entah berapa orang je yang baca pun. Haha..

Btw, sejak aku masuk kelas hari tu aku terus selesa guna atom dan mamp berbanding notepad biasa. Lagipun takde la berat mana software tu. Yang bagusnya laptop aku boleh jadi server dan nak buat coding pun lebih mudah sebab dia ada colour2 dia. Serius rasa macam programmer yang power bila pakai software tu. Haha..

Aku tak tahu berguna ke tak untuk korang apa yang aku buat ni, tapi kalau dah kena bayar zakat tu bayar la ya... Rukun islam tu.
Ok ada idea apa aku patut buat lagi untuk projek coding yang lain?


11 ulasan:

  1. wow! hebat r! kagum sekejap...

    what? the accountant...blom tengok lagi...pasni r tengok...maybe one day aku akan patah balik kat entry ni untuk kira bape kena bayar zakat...maybe time tu dah kerja ke apa kan...
    so, awal-awal aku ucap terima kasih untuk kalkulator yang kau cipta!

    BalasPadam
    Balasan
    1. The accountant kira best gak la pada aku. Cerita action yg menarik plus mamat tu psycho sikit. Jadi lagi menarik.

      Haa baguslah ada pemikiran camtu. Semoga kau dpt kerja yg baik2 shj. Btw kalkutor ni tak complete sgt pun lagi..
      Welcome.

      Padam
  2. Bagusnya kau. Belajar dua hari je dah dapat buat kalkulator zakat camtu. Kalau aku, belajar satu sem pun belum tentu dapat buat lagi hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha ni sebab minat cero. So aku paksakan diri jugak sampai jadi.
      Kalau aku belajar melukis dua hari pun belum tentu reti lukis org tak nampak cacat.

      Padam
  3. Balasan
    1. Kalau ikutkan nak jadi expert tu kena byk belajar lagi n byk buat projek lagi. Tapi apa2 pun aku aminkan je la. Haha... Semoga betul terjadi. Aminn :)

      Padam
  4. weh syabas weh syabas. kau manusia yg apply ilmu kau. sumpah aku kagum dan berterima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tak payah nak kagum sgt la nad. Benda tak power mana pun. Aku test buat benda ni takut nanti terus lupa aku belajar je..

      Tu la aku tak jumpa dh browse byk kali. Takde pulak perak. Org perak jarang bayar zakat agaknya. Huhu..

      Padam
  5. dah tgk mmg best.. citer ni kuar tahun lepas kan.. agak menarik la cite dia..memula nak tgk sebab ade anna kendrick..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah memang best citer the accountant tu. Penuh dgn action. Apa yg bestnya anna kendrick? Biasa je dia dlm citer ni. Kalau dlm citer pitch perfect tu best la jugak...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...