Memaparkan catatan dengan label zakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zakat. Papar semua catatan

Tak Perlu Bayar Cukai Kalau Dah Bayar zakat?

Salam, guys

Disebabkan dah nak hujung tahun ni, kebiasaannya umat Islam akan bayar zakat pendapatan untuk tahun semasa atau tahun 2018. Kenapa kena hujung tahun ni jugak?
Kalau bayar zakat tahun depan tak boleh ke?



Jawapannya... BOLEH
Tetapi... ada sebab kenapa kebiasaanya orang akan bayar zakat ni dalam tahun semasa (tahun 2018) jugak, bukan awal tahun depan walaupun biasanya filing tax akan dibuat pada awal tahun depan.

Sebabnya, rebat cukai bagi pembayaran zakat hanya akan diberikan mengikut tarikh bayaran resit zakat pada tahun tersebut. Jadi...

Jika anda bayar zakat RM400 pada tahun 2018 (bagi haul 2018),
Maka, keseluruhan jumlah ini boleh ditolak daripada jumlah cukai pendapatan yang dikenakan.

Contohnya:
Kiraan cukai pendapatan bagi Tahun 2018  
Amaun cukai pendapatan yang dikenakan = RM400
(-Tolak )Bayaran zakat pendapatan = RM400
Jumlah cukai perlu dibayar = Tiada
*Pastikan anda membuat bayaran zakat tersebut pada tahun 2018 dan resit bertarikh tahun 2018 untuk melayakkan anda mendapat rebat zakat. 

Jika bayaran zakat hanya dibuat pada awal tahun 2019, maka rebat bayaran zakat hanya akan boleh ditolak untuk pengiraan cukai pada tahun 2020 nanti. Jadi, rugilah nanti tak dapat nak tolak rebat zakat semasa korang filing tax awal tahun depan.

Sebab tu ramai yang akan bayar zakat pendapatan ni hujung tahun ni jugak supaya tahun depan boleh masukkan amaun zakat sebagai rebat semasa filing tax.

Untuk lebih faham dan lihat lebih banyak contoh, sila klik button di bawah




Lagi satu jangan lupa simpan resit bayaran zakat korang. LHDN pun akan cek resit ni untuk pastikan amaun yang betul diletakkan pada rebat zakat. Sekarang bayar zakat secara online pun dah boleh. Jadi, jangan lupa simpan segala bukti pembayaran zakat korang sama ada bayaran secara online ataupun bayaran secara terus di pusat zakat supaya senang nanti kalau2 LHDN mintak bukti bayaran.

Ni contoh rekod bayaran secara online:



Jangan lupa bayar zakat guys. Sebab bayar zakat ni wajib ke atas semua umat islam. Boleh ke pusat2 zakat berhampiran kalau korang tak tahu cara nak kira zakat pendapatan.

Sekian.


Anda juga mungkin meminati:



Kalkulator dan 'The Accountant'

Kalkulator dengan seorang accountant memang sangat familiar. Tak normal kalau accountant takde kalkulator.


Hari tu aku tengok movie 'The Accountant' lakonan Ben Affleck. Best jugak cerita ni. Cerita pasal si Ben Affleck ni ada penyakit dari kecik tapi bapak dia pandai develop dia punya keistimewaan tu. So, dia jadi gempak gila mengira dan tak perlu pun kalkulator untuk kira 356,183 x 383.
Dia terus jawab je.
Aku rasa kagum dengan dia boleh buat macam tu.
Tapi sebab dia tak normal kan... so takde la pelik sangat dan aku pun tak jadi nak jealous.
Haha...

Btw, sebelum ni aku ada post pasal coding dan programming yang basic macam kat entri cara nak buat website guna notepad. Dah lama aku tak try buat2 coding sampai la awal tahun hari tu aku cuba buat satu projek simple. Disebabkan hari tu aku ada post pasal zakat pendapatan kat sini, so aku decide la nak buat satu kalkulator zakat simple untuk kira zakat pendapatan.

Basically aku boleh buat benda ni pun selepas aku pergi satu kelas selama dua hari pada tahun lepas. Kelas tu free je dan dia ajar language html,css dan php. Benda yang aku baru belajar basicnya pada hari tu ialah php. Dan dengan language php ni la aku boleh siapkan satu kalkulator zakat sendiri.

Actually masa diorang ajar hari tu pun diorang suruh buat kalkulator jugak. Cuma kalkulator yang aku buat dengan diorang hari tu adalah kalkulator basic yang boleh tambah tolak darab bahagi tu. So lain dengan kalkulator zakat pendapatan yang aku cuba buat ni. Walaupun dia punya basic dan coding lebih kurang je tapi bila dah jadi nampak lain kot..So bangga dan puas kejap bila dapat siapkan kalkulator sendiri. Haha..



Kalkulator yang aku buat masa belajar hari tu.
So kalau korang nak cuba guna kalkulator yang baru aku buat tu boleh buka link bawah ni:

broley.esy.es

Yup url dia tak best langsung kan. Sebab hosting dan subdomain adalah free dari hostinger, so terpaksa la bagi korang link yang tak sedap namanya. Asalkan korang boleh akses dan projek aku masih function bagaimana sepatutnya.

kalkulator zakat
Kalkulator zakat yang aku cuba buat. Lebih kurang je kan?? Tapi function lain..
Kalkulator ni sangatlah basic pada aku. Tapi at least dapat jugak aku siapkan something from the scratch yang mungkin ada potensi digunakan satu hari nanti.

Kalau aku banyak masa nanti maybe aku akan post cara buat projek ni macam sebelum ni yang aku post pasal cara buat website guna notepad. Sebab lebih senang aku nak ingat bila aku ajar semula apa yang aku dah buat walaupun entah berapa orang je yang baca pun. Haha..

Btw, sejak aku masuk kelas hari tu aku terus selesa guna atom dan mamp berbanding notepad biasa. Lagipun takde la berat mana software tu. Yang bagusnya laptop aku boleh jadi server dan nak buat coding pun lebih mudah sebab dia ada colour2 dia. Serius rasa macam programmer yang power bila pakai software tu. Haha..

Aku tak tahu berguna ke tak untuk korang apa yang aku buat ni, tapi kalau dah kena bayar zakat tu bayar la ya... Rukun islam tu.
Ok ada idea apa aku patut buat lagi untuk projek coding yang lain?


Duit gaji kita ada hak orang lain.

Salam guys.

Amacam tahun lepas? Ada dapat bonus ke? Untung la kalau korang dapat bonus. Sepanjang aku bekerja belum lagi pernah merasa dapat bonus. Hopefully tahun ni boleh dapat la walaupun aku taklah heran sangat orang lain dapat. Sebab dah biasa tak dapat kan.. Haha..






Tapi tak dapat bonus pun dah kena bayar zakat. Korang dah bayar zakat belum untuk tahun lepas punya? Aku pun belum lagi.. Tak sempat pulak nak buat kira2. Kalau korang pun belum jugak, ni aku nak bagitahu ni...
Actually lambat gak la post pasal ni awal tahun.

Sebab zakat ni kira rukun islam yang ke empat, so wajiblah kita tunaikan bila dah mampu. Sebelum next goal untuk pergi haji, zakat ni kena bayar dulu.

Nak kira zakat kena bayar senang je. Just pergi website lembaga zakat selangor. Guna kalkulator dia. Then kita just masukkan je amaun yang diminta. Nanti dia calculatekan.

Oh ya..
Ni untuk selangor. Kalau negeri lain boleh pergi website diorang yang ada kalkulator sendiri. Setiap negeri ada beza nisab (threshold income) dia. Kalau selangor nisab dia rm13,568. Negeri lain ada yang lagi rendah. Had kifayah(relief) pun ada beza sikit. Macam selangor ikut kalkulator dia takde tolak takaful. Tapi kalau melaka boleh tolak takaful. So korang kena check kat negeri masing2 la macam mana pengiraan dia.

Kalau setahun punya pendapatan dah lebih RM 13,568, then wajib bayar zakat 2.5% atas amaun pendapatan tahunan kita tu. Biasanya kalau gaji RM2k ke atas lepas tolak epf dah kena bayar zakat.


Secara ringkasnya pengiraan dia macam ni:

Penggajian/Upah tahunan                       27,600 (assume gaji RM2,300 sebulan)
Hasil bebas/professional

(-) Tolak had kifayah
Personal:                                                (10,750)
Isteri:
Anak:

(-) Tolakan lain
Caruman KWSP pekerja                         (3,036)
Pendapatan dikenakan zakat                   13,814 (melebihi nisab di Selangor iaitu RM13,568)
2.5% zakat perlu dibayar                         345.35


*Isteri dan anak aku biar kosong sebab dia depend on situation. Korang boleh guna kalkulator zakat untuk tahu korang layak releif yang mana. Nanti boleh pilih anak sorang ke dua ke..isteri dua ke tiga ke... Haha..

Lepas masukkan amaun semua, kiralah guna kalkulator tu sama ada korang perlu bayar zakat atau tak.  Macam pengiraan aku kat atas tu kena bayar RM345.

Kalau korang dah kira sendiri dan kena bayar, boleh la pergi bayar kat kaunter pungutan zakat negeri korang. Takpun bayar online je. Tapi kalau ada banyak masa boleh pergi pusat zakat tu print dulu kiraan yang korang buat guna kalkulator. Minta diorang semakkan dulu pengiraan betul ke tak before bayar zakat.

Btw, amaun zakat yang dah dibayar boleh ditolakkan dari amaun income tax perlu bayar. Contoh kalau kena income tax RM 500, zakat dah bayar tahun tu pula ialah RM 500, boleh tolak terus 100%. So kira just bayar zakat je dan tak payah bayar income tax lagi... Yang penting kena ada resit bayar zakat kalau nak claim releif income tax tu..

So macam tu la lebih kurang cara nak bayar zakat. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. So bayar la zakat. Semoga rezeki yang kita dapat tu penuh keberkatan. Kalau rezeki tu berkat, hati pun lebih tenang. Pasal agihan tu biarlah pusat pungutan zakat yang bertanggungjawab. Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita dulu dengan membayar zakat.
Kalau complain je tapi tanggungjawab sendiri abaikan pun tak guna jugak kan?

Link ke kalkulator zakat:

Kalkulator zakat Selangor
Kalkulator zakat Negeri Sembilan
Kalkulator zakat Melaka
Kalkulator zakat Kedah (tak jumpa kalkulatornya. Link ni je aku jumpa)
Kalkulator zakat Penang
Kalkulator zakat Johor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...