Jenis-jenis orang yang aku tak suka....

Salam.

Setiap orang ada benda yang dia tak suka dan benda yang dia suka. Begitu juga dengan aku. Ada beberapa perkara yang aku tak suka dan suka dalam hidup aku. Jadi kali ni aku nak luah perasaan sikit.....aku dah lama simpan benda ni....aku rasa aku terpaksa luahkan jugak....

Korang dah baca tajuk entri kan? tak perlu aku terangkan lagi.... Agak negatif....dan....obviously against with my blog's nature. Aku nak share sesuatu yang mengganggu fikiran aku sejak kebelakangan ini mengenai tingkah laku makhluk yang berkaki dua ni. Maaf! Aku terpaksa. Aku tak boleh tahan lagi.... Aku terpaksa luahkan jugak kali ni. So, kat bawah ni aku akan listkan jenis2 orang yang aku tak suka..... 

Harap korang dapat berhati2 dengan 'mereka' selepas ini. Aku akan bagi details sikit pasal diorang supaya korang boleh kenal dan berhati2 bila berjumpa atau berkenalan dengan 'mereka2' ni....Jangan jadi macam aku. Nasi dah jadi bubur....

Here the list goes....

1) Orang ni jenis yang suka makan aiskrim. Jangan tanya kenapa orang yang suka makan aiskrim yang nampak macam comel pun masuk dalam list ni...suka hati aku la....korang baca je nanti korang tahu la sebab apa. Kalau datang blog orang pulak biasanya kalau boleh dia nak komen banyak2 sekaligus. Ya...sekali datang terus nak komen banyak sekaligus. Kalau boleh nak nama dia je keluar kat semua entri. lepas tu canang2 ayat "silence speaks when words can't". Hmmm...silence apenya kalau dah komen banyak2..

Nasib baik aku ada link untuk korang tahu lebih lanjut pasal orang ni. Ni ha:


2) This content is currently unavailable.

Mangsa ke- 2.

3) Jenis yang ketiga ni pulak lain sikit. Perempuan....tapi agak kasar bila berkomunikasi dengan dia. Jarang sekali kalau nak dapat berkomunikasi ber"saya awak" dengan orang ni. Lu gua je memanjang....Orang ni dah la agak kasar, lepas tu ada trust issue.....Susah nak percaya orang yang baca blog dia tu manusia. Anggap yang baca tu robot. Lepas tu kurang bertanggungjawab sebab dia suka canang2 ayat "read at your own risk!". Rasa tak secure langsung kalau tersinggah blog dia. Memang patut la kan masuk dalam list ni....

Aku share jugak link manusia yang ada trust issue ni. Ni ha:


4) Ni lagi satu...orang ni jenis yang sukakan gula2. Haaa.....aku ni dah kenapa? orang suka gula2 pun masalah ke? Eh....suka hati aku la. Kalau korang nak tahu apa masalahnya korang kena baca sampai habis dulu.
Nak jumpa orang yang camni korang boleh pergi kawasan yang selalu ada formula 1 atau kat Sepang la senang cerita. Biasanya dia akan canang2 ayat "perkara yang lepas hanya kenangan". Kalau macam ternampak ayat camni, be careful. Sebab tu maknanya dia berada di persekitaran korang.

Kalau korang tak pasti lagi apa salah dia, korang boleh usha2 link ni. Ni ha:


5) Yang jenis kelima ni pulak jenis yang dah berumah tangga dan dah ada anak. Tapi yang masalahnya dia ni jenis yang suka gelarkan diri dia dengan satu huruf vokal. Payah sikit nak kenal dia sebab berlambak2 tekaan boleh dibuat untuk tahu nama sebenar dia disebabkan penggunaan huruf vokal tersebut sangat meluas di kalangan nama2 manusia. So, kalau korang ternampak nickname dengan satu huruf vokal, hati2 lah! Itu mungkin dia.

Nak tahu apa bahayanya dia ni, boleh klik kat link bawah ni. Ni ha:


6) Jenis keenam. Orang ni jenis yang suka menggunakan ayat memandang rendah kat orang lain. To be specific, orang ni suka canang2 ayat "bila budak menaip". Ayat seakan-akan memperlekehkan orang yang berkebolehan menaip. Lepas tu suka mengugut bila dipaksa lakukan sesuatu dan lagak gaya seakan seorang pengganas. Suka guna ayat "Jangan paksa aku do something yang aku taknak or I will blown up!!". sikit2 nak letup. Merbahaya!.

Nak tahu siapa dia ni boleh klik link yang aku share kat bawah ni. Ni ha:


7) Kalau tadi seakan pengganas, yang ni pulak sama bahayanya. Orang ni jenis yang menghasut secara tersembunyi. Ramai tak perasan yang dia telah menghasut ramai orang untuk melakukan sesuatu yang illegal. Perhimpunan Bersih hari tu dia ni la yang menghasut ramai orang secara senyap2. Pasti korang terkejut. Dengan menyebarkan karakter kartun lelaki berbaju kuning banyak membantu dia dalam kerja2 menghasut. Dia bijak merahsiakan aktiviti dia dengan menggunakan ayat yang innocent macam "Namaku xxxx....Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..". Ramai orang percaya dia innocent dengan ayat ni.

Kalau korang nak tahu siapa dia ni boleh klik link di bawah. Ni ha:


8)  Jenis yang terakhir ni pulak agak berlagak orangnya...Memperkenalkan diri dengan menggunakan ayat "I am generous, simple & fun loving person". Bagi menampakkan dirinya seperti seorang yang innocent pulak, satu lagi ayat digunakan iaitu " I am not a quick learner but I work hard and try to do my homework right". Korang boleh jumpa dia ni di luar semenanjung. So, hati2 la bila keluar dari semenanjung Malaysia.

Korang boleh investigate dia ni dengan klik link kat bawah ni. Ni ha:'


Ok..tu je la senarai jenis-jenis orang yang aku tak suka....
Walaupun cuma ada lapan je yang aku boleh share kat entri ni,
Cukup la untuk korang sentiasa berwaspada dengan tingkah laku manusia di persekitaran korang.
Dan aku mintak maaf jika entri ini mengguris hati sesiapa sahaja terutama sekali 'mereka2' yang terlibat dalam entri aku kat atas ni. 
Maaf...aku tak dapat kawal lagi perasaan ini.

Aku tahu mungkin ramai yang masih lagi rasa konfius kenapa manusia jenis2 ni aku tak suka. Takpe...Aku faham. Aku still akan cuba jugak buat korang faham. Oleh itu, aku dah prepare satu button yang sangat magic di mana korang baca je terus faham. Aku harap dengan menekan magic button di bawah ni mampu memuaskan hati semua pembaca dan juga 'mereka2' yang terlibat di atas ni mampu memaafkan aku.

Awas!
JANGAN klik button kat bawah ni sekiranya korang masih belum baca entri ini dari awal!
Korang akan rasa sangat MENYESAL jika klik button ni dulu sebelum baca dari awal entri.
Sebab korang akan kehilangan satu nikmat dunia iaitu nikmat membaca sebuah entri kerana ini adalah magic button.
Trust me.




56 ulasan:

  1. Kalau camtu aku x suka nombor 3 and 7 la hehe. Drama kau ni mcm ada unsur saspen tp akhirnya org tu hanya bermimpi. Ciss! Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...bagus2 aku ingat aku sorang je tak suka, rupanya kau pun sama. nice2. So, spread the hatred. kahkah..

      Kira suspen la tu drama ni sebab bila kau tau ending dia, baru kau sedar kau tengah bermimpi. Boleh jadi kalau kau tekan button tu kau jadi lagi senget ke....mana la tau.... hahaha...

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih banyak2...Harap entri ini menghiburkan.

      Padam
  3. Balasan
    1. aduh...kira tak saspen la ni....
      hmm....sedihnya....
      hahaha...
      Thanks sudi baca entri ni.

      Padam
  4. Balasan
    1. Tak perlu kata apa2 pun cpe....Tapi bintang mana bintang? takkan nak kena ketuk kepala dulu kot baru boleh dapat bintang. hahaha

      Padam
  5. "silence apenya kalau dah komen banyak2" kahkahkah memang budak suka mkn eskrem tu jenis drop komen belambak. kemain lagi dia tu. nanti aku suggest kat dia xyah nak canang2 silence sangatla hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa.. tu la. Aku dok perhati je gelagat budak tu. Bukan main lagi dia. Cakap tak serupa bikin betul. Kau jangan lupa pulak cakap kat dia. Amanah ni. hahaha...

      Padam
    2. aku dah sampaikan dah Amanah ko tu kat dia hahaha

      Padam
  6. "nora bagi 4 bintang!" . mekaseh sebab mention budak 'silence' tu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramainya kawan kau...budak silence, budak suka mkn aiskrim, nora. Dah tiga org dah tu. Paling baik sekali nora la sebab bg bintang. Kau punya bintang mana kau punya bintang? hahaha.....

      Welcome. nasib baik kau baik sikit la sebab cakapkan thanks bg pihak budak silence tu. hehehe....

      Padam
    2. budak tu mmg ramai kawan dia. mcm2 nama ada. tu baru sikit je dia kuarkan tu. nanti2 tengokla ada lagi tu yg lain dtg. aku punya bintang paling special aku kasi dalam kotak siap wrapping + ada ribbon. mau ka?

      terima kaseh haruslah kena ucap. sbb budak tu dah Mangsa Pertama kat situ. hehehehe

      Padam
    3. psstt~ aku dah tukar 'tudung' lama yg kaler putih tu. bukan sebab tudung tu haprak. tudung tu ada sentimental value tinggi. pastu disbbkan aku nak mengikut trend terkini, mulanya aku nak pakai tudung bawal cenggini tpi aku rasa nti kurangla kecomelan aku. so aku decide la guna tudung plus karakter comel camtu. hahahaha
      [img]http://4.bp.blogspot.com/-JFJNv_zR98o/U7zRJBw2voI/AAAAAAAAO5E/YhQ0JO8lPjI/s1600/tudung+bawal+terkini.jpg[/img]

      Padam
    4. @ana

      Hmmm macam menarik je wrapping bintang siap ribbon. Tapi xpe la...aku rasa kau poslaju honey star pun dah cukup la...mengidam lak. Kah3.

      Padam
    5. konfemla menarik kalo wrapping bintang siap ribbon tu.
      alah setakat honey star apela sangat. ngidam? huhhhh.
      bape bulan dah tu kndungan? hahaha

      Padam
    6. @ana

      Rasanya x cukup bulan kot...aku tiap2 hari duk tengok, tak membesar-besar pun...risau pulak...haha..

      Padam
    7. tak cukup bulan? hang jgn memacam hahahaha

      Padam
    8. nahh aku bagi BINTANG. kalo tak cukup, habaq lain kikiki
      [img]http://1.bp.blogspot.com/-jkwoMLiXVY0/TdU8zuxPdsI/AAAAAAAABlk/NKFHkkb68Lo/s400/1169466440_4ddedcbf83.jpg[/img]

      Padam
    9. @ana

      Thanks, tapi bintang ni tak sesedap honey star. still mengidam ni.haha..

      Padam
    10. nak honey star tak habeh2 lagi? sat aku bagi. nahhh amek semangkuk hehehe
      [img]http://farm6.static.flickr.com/5142/5729561115_82e2f9670c.jpg[/img]

      Padam
    11. Terbaik la..cenggini baru best. Haha..

      Padam
  7. Balasan
    1. Thanks bro. Tapi... kira x saspen la drama ni kat kau..aduhh!!!!..Kenapa la kau dah agak? Kenapa??? Kenapa???

      [img]http://janetsplanet.ca/wp-content/uploads/2012/01/scream-300x300.png[/img]

      Padam
  8. Bhahahahahh!! Tergelak besar weh bila baca description lu terhadap gua :)))

    Lagi nak tergelak bila baca description cEro, kahkahkah bersih? Kahkahkha tak dinafikan cEro mmg pandai menggoda kahkahkah gua pun hampir terpedaya kahkah :)))

    Thanks Bro, i take this 'hatred' as compliments ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...kalau lu tergelak besar, gua pulak menangis2 sambil gelak jahat masa taip entri ni...kehkeh..

      Tu la...gua pun selama ni dah terpedaya dengan cEro. Nasib baik gua ada bakat sebagai Detektif Konon, sempat gak bongkar mamat ni punya rahsia tersembunyi sebelum terlambat. kahkahkah...

      [img]http://rs1064.pbsrc.com/albums/u378/nanonanopudding4/tumblr_mj792grBJr1r3ifxzo1_500_zps1fcc4516.gif~c200[/img]

      Padam
    2. Dia 'Bersih'kan aku pulak sebab pakai baju kuning??
      Hahahhaha

      Padam
    3. @cEro

      Ahh..kau ni cEro x abis2 nak guna ayat innocent. Dah2 la.....mengaku je la yg kau buat kerja2 x senonoh tu. Kahkahkah...

      Padam
  9. best betul drama ni, naseb bace sampai habis, haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...Thanks2...kalau x puas baca sekali, boleh baca lagi. Jangan risau.... drama ni byk ulangan dia. ekekekeee...

      Padam
  10. tak sangka bro ley seorg yg sangat dramatic!! haha hampir hampir percaya lololol T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur la sya x percaya bulat2 drama ni.....kalau x habis la saya, dipandang serong oleh masyarakat la jawabnya. Btw, tahniah sebab berjaya mengelakkan diri dari terpercaya..hahahakks

      Padam
  11. orang yg ko x suka tu semua aku baca blog dia..

    drama ko x cukup punchline... hahahahaha boleh gitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la.... aku ni tak suka tak suka pun aku jadi bengong gak pergi baca blog diorang. bukan best pun...hahaha...

      laa..x cukup punchline ke. Meh aku tambah sikit...

      [img]http://rs1110.pbsrc.com/albums/h458/jpivot1/pivot/punching.gif~c200[/img]

      Padam
  12. kdg kdg tak leh nak lari dr sifat membenci... especially kalau dgn org yg suka sakitkan hati kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak baik la benci kat orang lain. Biar la dia selalu sakitan hati kita pun... tapi kalau boleh jangan benci org tu, tapi benci perangai buruk dia. Doakan dia berubah jadi lebih baik dan tak sakitkan hati org lain lagi lepas ni lebih bagus.

      Padam
  13. Ala, dari awal aku dah tahu kau memang suka sangat dengan aku.
    Nasib baik aku ni lelaki je, kalau perempuan mesti dah tangkap cintan kan? kan? kan?

    Nah! Hadiah.
    Tarian meraikan Detektif Konon...Hehehe

    [img]http://2.bp.blogspot.com/-NK4jj-HGEPc/VdxQS1KRJ8I/AAAAAAAAGbo/gktxUjV1wlk/s0/cero_400.gif[/img]

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau suka perasan kan?...kalau aku perempuan mestilah aku nak yg berbadan tegap, sasa, macho, putih gebu. Tapi obviously semua tu xde kat kau. Ada kat aku je ciri2 tu. Kahkah...

      Kau memang x serik kan sebarkan risalah illegal kau ni.,.Dah2 la....bersih dah lepas lama la bro..hahahahaks

      Padam
  14. banyak sgt jenis2 nya.. susah nak hadam..hahaha

    Sumijelly.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan gelojoh sgt...hadam satu2. Baca bismillah, pastu telan dan hadam satu2. Hahaha...

      Padam
  15. hhhahahaha..kan gua dah kata..ni mesti nak promote blog kan..hohoohohhoh...cara penyampaian sgt kreatif..i like it! saya suka zyra rox!blog dia dae to bak -DAEBAK!cntik sgt!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ek eleh lu dah agak lak...takkan la, gua x caya la...hahaha...

      Thanks.

      Apaal kau suka zyra roxx pulak? Aku buat entri ni kan suruh korang benci...asal kau suka?? Arghh!!!!

      Kahkahkah...

      Padam
  16. hahahha....mmg saspen....mula2 baca tajuk mcm gerun jer...gigih tau baca smpai habis....sy bg 10 bintang laaa...kalau xcukup bgtau yerrr....hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...akhirnya ada gak orang mengaku yg drama ni betul2 saspen. Thanks sebab baca sampai habis.

      10 dah byk tu....Tapi, kalau boleh bagi honey star hantar rumah la.... Baru la cukup bintang utk saya. Hahaha...

      Padam
  17. Gigih aku baca sampai habis and bila sampai mangsa ke-6 tu memang nak meletup betul2 jugak dengan feeling 'pehal mamat ni cari pasal dengan aku ?' T.T .
    hahahaha , saspen namatey tau tak . bila scroll sampai bawah memang tepuk dahi la sambil gelak . bagus2 , unsur saspen membara tu wujud . aku kasi 10 bintang weyh !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woww...tak sangka pulak ada jugak yg betul2 percaya aku punya feeling awal2 entri tu. Haha...kau ni serius sgt ni..baca sikit je terus nak judge. Rilek2...cool2...

      Sorry2 kalau ada ayat yg mengguris hati. Please jgn meletup kat sini. Aku sayang weh blog aku. Kesian dia...umur baru setahun lebih.

      Btw, rasa happy pulak bila baca komen kau. Sebab dpt tahu memang ada org baca entri ni dgn feeling yg saspen. Rasa macam dah berjaya hasilkan drama. Haha...

      Padam
  18. Apa??? I hate you too..
    Mangsa ke lima tu Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!
    Terbaikkkk... entry nih! penuh dengan suspen dan curiosity sehinggakan Mrs. A click semua mangsa-mangsa yang disenaraikan.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..sorry kalau entri ni mengguris hati sesiapa. Please don't hate me. Thanks sebab baca sampai habis dan klik kesemua mangsa2 yang bernasib malang tu. hehe....

      Padam
  19. baru hari ni dibukakan pintu hati untuk baca dari mula sampai abis...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...