Kecewa di hari Merdeka

Salam.

Selamat menyambut hari kemerdekaan guys!

Sempena 31 Ogos ni macam2 cara orang ramai buat nak sambut merdeka. Ada yang behimpun di dataran, ada yang bersilat beramai2, ada yang berarak, ada yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0, ada yang duduk depan tv je layan cerita sempena merdeka.....hmmmm.....dan ada jugak yang pergi tengok bola kat mamak sambil menyaksikan bunga api kecil-kecilan di hadapan kedai mamak, iaitu AKU.....Huhu...

Sumber gambar

Pertama kalinya dalam sejarah aku berasa kecewa pada malam merdeka. Walaupun dapat melihat bunga api yang berdentam-dentum diselangi dengan percikan biru, merah, hijau, kuning, oren, pink dan #FF8080, masih lagi tidak dapat menghilangkan rasa kecewa aku. Mana tidaknya, dah la game Manchester United malam merdeka tu hambar, lepas tu kalah pulak tu, penat aku bersusah payah ke kedai mamak. Haishhh...kecewa sungguh aku...Huhu.... :(

So, sekarang siapa tahu apa maksud 'Huhu'? Aku pun konfius bila sepatutnya aku gunakan this 'H' word. Huhu.....

Ok la...aku dah merepek......Sebenarnya aku buat entri ni sebab tertanya-tanya la kan....Kenapa kita agak susah nak mendoakan yang baik2 untuk orang Islam yang lain. Aku tak la menentang atau menyokong perhimpunan Bersih ni. Kira aku ni lalang la..... 

Tapi apa salahnya kalau orang ramai buat jugak satu perhimpunan yang dihadiri oleh orang Islam terutamanya, lepas tu buat solat hajat beramai-ramai dan berdoa supaya pemimpin2 di Malaysia ni dilembutkan hatinya dan diberi kesedaran yang sebaiknya tentang agama Islam.

Sumber gambar
Mana tahu satu hari nanti doa beramai2 tersebut dimakbulkan dan pemimpin kita di Malaysia ni dapat memerintah dengan sistem pemerintahan Islam dan of course memerintah dengan bijak. Mana tahu la kan....Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Aku tahu banyak rakyat yang tak puas hati dengan kepimpinan di Malaysia sekarang. Tapi cuba korang bayangkan, kalau tiba2 ada satu pehimpunan yang mendoakan pemimpin kita supaya menjadi seorang muslim yang lebih baik dan sentiasa memerintah berdasarkan landasan Al-quran dan Sunnah. Tak ke bila diorang dapat tahu, diorang terharu.... Jadi, tak ada la nak diharamkan pun perhimpunan tersebut.

Paling2 pun pemimpin rasa macam diperli dengan keadaan sebegitu. Tapi, kalau la ada seorang manusia yang apabila orang ramai mendoakan kebaikan untuk dirinya, tetapi dia menganggap itu satu perbuatan perli kepadanya, aku rasa ni jenis manusia yang sombong. Tapi, aku rasa susah nak ada pun manusia macam ni.....

Sumber gambar
So, aku hanya mampu berharap ada la perhimpunan buat solat hajat beramai2 ni di mana orang ramai berdoa dengan ikhlas supaya pemimpin di Malaysia ni dipermudahkan urusan, dapat memerintah berlandaskan ajaran Islam, dan memerintah dengan bijaksana semata2 untuk kebaikan negara dan rakyatnya. Kalau tak boleh buat perhimpunan pun, doalah sendiri2 yang baik2 untuk pemimpin. Tak guna pun kalau selalu sangat nak mengutuk dan menghina orang lain.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Sebenarnya, bukan dalam situasi rakyat dan pemerintah je yang kita jarang nak doakan kebaikan Muslim yang lain. Tapi, kita selalu susah nak doakan kebaikan orang lain terutama sekali sewaktu kita teraniaya. Biasanya kita nak orang yang aniaya kita itu ditimpa musibah, biar dia rasa balasannya.

Sumber gambar
Tapi, pada aku lebih baik doakan dia berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan sedar untuk sentiasa mentaati Allah daripada doakan dia ditimpa musibah. Cuba bayangkan kalau semua umat Islam mampu buat macam tu, aku rasa dunia ni akan lebih aman daripada keadaan sekarang. Biarlah doa yang baik2 je, kalau hanya dengan musibah yang mampu menyedarkan penganiaya tersebut pun, biarlah Allah yang uruskan. Kita doa yang baik2 je....
"Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : “Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.(H.R. Bukhari dan Muslim)
Aku tahu bukan senang pun nak doakan kebaikan orang yang aniaya kita tu. Manusia ni ada perasaan. Aku sembang kat entri ni nampak macam mudah, tapi bila melibatkan hati dan perasaan, ianya tak mudah. Biasanya bila tak dapat kawal emosi kita akan memaki hamun, menghina dan mendoakan perkara tidak baik kepada orang yang menganiaya tersebut. Jadi, aku cuma mampu berharap yang aku dan korang semua mampu buat apa yang aku cuba sampaikan pada entri ini.....

Hmm....dah panjang dah entri ni.

Tapi.....
Ada benda lagi aku nak taip....

Entri panjang2 pun bukan ramai yang rajin nak baca.....

Hmmmm.....

Nak taip ke tak ni ek?

Ok la.... disebabkan aku mengamalkan demokrasi kat blog aku...Makanya korang bebas membuat pilihan. Sila buat pilihan yang bijak..... Pilihan ini akan memberi kesan kepada masa depan korang terutamanya masa korang. Huhu.....



Kepada yang tak klik button di atas, anggap la entri ni berakhir di sini. Semoga entri ini bermanfaat kepada kalian.
Salam.



27 ulasan:

  1. Boo MU boooo! Hahahaha

    Aku klik button tu dgn harapan ada tulisan panjang berjela tapi apesal sikit aje??

    Aku pun keceea pada hari merdeka. Kecewa dgn rakyat malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rakyat Malaysia dan aku sgt terasa dgn komen kau...haha..

      Maaf la x dapat nak memenuhi harapan kau. Tujuan aku buat button tu bukan sebab memang nak tulis panjang berjela pun...tapi lebih kepada nak bagi entri nampak lebih pendek. Cukup la panjang tu je...panjang2 lagi karang x masuk dalam kepala pun...

      Biar la apa org nak cakap pun, MU kalah ke...player MU teruk ke.....MU x tepati janji ke...MU tetap di hati. Ayat mcm macai MU pulak. Hahaha..

      Padam
  2. Boo MU boooo! Hahahaha

    Aku klik button tu dgn harapan ada tulisan panjang berjela tapi apesal sikit aje??

    Aku pun keceea pada hari merdeka. Kecewa dgn rakyat malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecewa sgt kau n sampai keluar 3 komen terus....tukar handphone la..xpun tukar plan internet yg ada 4g...

      Rare pulak balas komen kau dengan ber"aku kau " ni...haha..

      Padam
  3. Boo MU boooo! Hahahaha

    Aku klik button tu dgn harapan ada tulisan panjang berjela tapi apesal sikit aje??

    Aku pun keceea pada hari merdeka. Kecewa dgn rakyat malaysia.

    BalasPadam
  4. Aku tak menyokong Bersih, juga tak membantah.
    Pada aku, buatlah perhimpunan lama mana pun asalkan jangan menyusahkan orang lain.
    Para penguasa, peniaga, orang yg terlibat dgn raptai merdeka, rasa2 apa perasaan mereka bila perlu terlibat sama tanpa rela?
    Aku tahu sbb abah aku polis yang menjaga Bersih tu.
    48 jam kena berjaga kurang makan kurang tidur semata2 nak puaskan hati mereka.
    Hasilnya? 4 kali dah bersih tapi satu hape pun tak berubah.
    Pemimpin tetap sama. Negara makin rosak.
    Cuba next Bersih 5.0 cari pendekatan lain sikit supaya apa yg dituntut tu boleh dipandang, bukan sekadar seronok2 pakai suit Spiderman kuning turun padang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la tu cero...aku tengok perhimpunan2 ni memang orang ramai join macam event pergi konsert je....nak memeriahkan event. Bukan semua tahu pun apa yg diperjuangkan dengan berhimpun tu....

      Baru aku tahu abah kau polis yg kena jaga Bersih tu... Confirm la abah kau x rela kan nak jaga 48 jam rakyat yg berhimpun tu semata2 mematuhi arahan pihak atasan tanpa rela disebabkan kelakuan rakyat. Aku simpati dgn abah kau..

      Betul2..next Bersih kena buat pendekatan lain sikit. Kalau guna idea yg aku utarakan kat entri ni pun kira pendekatan lain gak ni. Tinggal applicable x applicable je idea aku.....hmmm..

      Padam
  5. negara kita ni agama resminya agama islam walaupun negara kita bukan negara islam. melayu adalah penduduk pribumi kat sini di mana definisi melayu mestilah islam. tapi tu lah, kita just islam atas keturunan, atas kad pengenalan. dari setinggi-tinggi manusia sampailah serendah-rendah manusia, itulah resamnya sekarang. islam is our root, tapi kita tak bajakan akar kita dengan ilmu dan amal, tu yang root kita makin lemah. masalah berleluasa, bencana alam tak henti tiba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la tu nadia...eh beron..eh...aku pun x tahu apesal nama kau pelik sgt.

      Rakyat Malaysia rata-ratanya Muslim ni memang kebanyakannya islam pada ic je...bila tgk kelakuan seharian adakalanya lebih teruk dari perangai non Muslim.

      Tu la...islam x diajar sebaiknya dari kecik, mungkin parent boleh dipersalahkan dalam hal ni. Bila cetek ilmu agama, perbuatan pun jadi x selari dgn ajaran islam...

      Semoga rakyat Malaysia terutamanya Muslim berubah menjadi lebih baik dan lebih dekat dgn Allah.

      Padam
  6. Salam perkenalan..

    Malaysia Cemerlang Gemilang Terbilang..
    Zaman U dulu kalau nyanyi lagu tu meremang bulu roma, punya semangat..punya sayang Malaysia..
    Zaman sekarang nak nyanyi pun dah x ingat lirik...krik krik krik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam balas.

      Memang sekarang nak nyanyi lagu merdeka pun dah x semangat...Tapi Malaysia cemerlang gemilang terbilang tu lagu apa?. X pernah dengar pulak....

      My favourite song" keranamu malaysia". Lagu ni best dan bersemangat je kalau nyanyi time dulu. Sekarang?. Hmmmm.krik..krik..krik jugak.

      Padam
  7. aku dah taip punya berjela komen.sekali tekan publish--aku belum sign in google account. demmmmmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha....aku tau perasaan dia camne...kalau aku memang akan copy dulu la sebelum publish. Sebab internet aku ni macam biskut. Kadang ada line kadang xde....bertabahlah.

      Padam
    2. selalunya memang aku copy dulu tiap kali lps taip karangan komen tu. tah cemane boleh lupa plak. cisssek sungguh la rasa dia.

      Padam
  8. aku tak suka perhimpunan yg sampai menyusahkan org lain ni. bukannye ada ubah apa2 pon. buang tenaga apa segala p berhimpun. tak tawu lah apa agenda dlm kepala depa ni semua. kalau berkumpul utk solat hajat beramai2 mcm yg hang suggest tu aku rasa ok la gak. kalo yg tu pon pemimpin nak perambat rakyat, memang dasar manusia sombonglah gayanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun x berapa suka sgt perhimpunan2 ni. Dah la kena siap awal pagi, beratur panjang2 pastu dengar cikgu membebel. Yang paling x best bila ada check rambut rasa seram sejuk je sebab selalu x pass. Hahaha....

      Kalau perhimpunan bersih ni aku tak la bencikan orang yg join perhimpunan2 ni. Masing2 ada cara sendiri nak fight utk Malaysia. Cuma kalau menyusahkan org tu memang aku terpaksa benci la...

      Tu la...kalau boleh buat macam idea kat entri atas ni maybe lebih baik. Ni je yg mampu aku lakukan.

      Padam
    2. sapa suruh simpan sidebern (cmi ke spelling dia tah) panjang dlm songkok. mmg kantoi la nti hahaha

      Padam
  9. tmnung jap pas baca ko punya entri ni.,
    eerrr.. suara kita hanya smpai takat ni jer ., doa jer la yng trbaik kn
    bersangka baik ngn blapng dada jer la bro., tu jer nk buat ati ni rasa lega

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la tu....suara rakyat biasa mcm kita ni memang payah nak sampai ke individu yg sepatutnya. Moga2 dengan entri ni dapat la jugak sampai kepada rakyat utk sentiasa berdoa utk malaysia yg tercinta ni.

      Padam
  10. itulah aku rasa kutuk2 dan mengutuk ni tak ada endingnya.. kesan pon makin negatif je.. keluh kesah pon x dapat mengubah apa2..

    entri ni sgt menarik dan lain drpd yg lain

    tq!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome.

      Ye kan...kutuk megutuk ni buat dosa je. Xde banyak benefit pun. Baiklah doakan kebaikan untuk Malaysia, pemimpin dan rakyatnya. Untuk kebaikan bersama jugak benda ni...

      Padam
  11. Memang kecewa bila MU kalah...


    jemput singgah ke blogshop kami.
    kami menjual blouse, maxi dress & jubah yang cantik-cantik.
    kami turut menjual perfume original (tester & miniature).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la...kecewa sgt2 dah ni. Rasa nak tukar favourite team jek...hehe..

      Padam
  12. bro leyyyyyy!mohon jd wakil rakyat lepas nih..............u are awesome!I tak nak cmpur hal ehwal politik..i nak tgok je..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan request mcm2 or else..u will be hate by him

      Padam
    2. jangan request mcm2 or else..u will be hate by him

      Padam
  13. mcm lebih kurang.... if for you it is kecewa di hari merdeka, for me, kecewa di hari Malaysia

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...