Kalau nak ikutkan, zaman belajar kat universti/kolej la antara zaman paling best bagi kebanyakan orang. Lagi best bila korang berjaya dapat 4 flat dalam satu2 sem tu. Fuhhh..happy tak terkata. Aku nak tanya la, korang pernah dapat 4 flat tak sepanjang zaman belajar? Tahu macam mana cara paling berkesan nak dapat 4 flat? Kalau nak tahu jom kita baca tips2 dari penulis mengenai cara berkesan mendapatkan 4 flat sewaktu zaman belajar. Fuhh..rasa macam riak pun ada bila tulis entri dengan tajuk yang macam ni. Haha...
So, macam mana nak dapat 4 flat? Kena belajar 24/7 ke? Hmmm...tak semestinya. Aku bukan nak riak ke apa tapi aku cuma nak share la tips yang aku buat sepanjang menghadapi musim peperiksaan masa kat universiti dulu. Korang yang masih belajar tu mesti teringin kan nak dapat 4 flat. At least sekali pun jadi la kan sepanjang study bertahun-tahun tu. Jadi, kalau teringin sangat nak dapat 4 flat, boleh la cuba tips aku ni.....
Tips semasa minggu ulangkaji (revision week)
- Check exam timetable dan make sure korang mark date betul2 subjek2 yang korang ambil.
- Pastikan exam slip atau segala dokumen penting untuk jawab final exam korang prepare siap2. (biar tak kelam-kabut masa hari nak exam, takut tak dapat nak masuk examination hall je.
- Plan tarikh untuk buat revision bagi setiap subjek.
- Masa revision week ni la patutnya korang study subjek yang korang amik tu. Tapi biasanya time ni la student nak have fun, hang out dan main game sampai ke pagi. ishh ishh ishh (macam aku tak buat pulak. haha..)
- Kalau revison week tu lama, spend masa 2 hari revision untuk setiap subjek.
- Dua hari bagi setiap satu subjek berkesan untuk korang cover hampir semua chapter.
- Kalau tak sempat jugak, spend lebih masa ulangkaji/revision untuk subjek yang hardcore. Yang subjek biasa2 tu buat rilek je. Sehari je ke tak pun satu malam je korang study, hehe..
- Malam exam tu study setakat yang korang mampu je. Agak2 dah penat rehat kejap.
- Lepas dah baca beberapa chapter, reward diri korang dengan main game, makan burger atau tengok semut bertegur sapa. Ni nak bagi release tension. haha...
- Jangan lama2 tengok semut tu, nanti
jealous tengok kawan2 semut yang friendly tutak habis pulak study. - Dah lewat malam tidur je. Tak payah nak stay up sangat. Esok kalau tak bangun naya je...
- Kalau tidur lewat pun, takut tak berapa fresh je masa nak jawab exam pagi tu nanti.
- Bila otak tak fresh, haa...korang tenung je la kertas soalan tu esok sebab apa yang korang study bagai nak rak tu bukan main susah lagi nak 'recall' masa jawab exam nanti.
- Bangun pagi awal sikit dan prepare apa yang patut biar tak kelam-kabut nak pergi examination hall.
- Start kereta awal, biar panas sikit enjin. Takut tetiba2 kereta buat hal pun susah jugak nak pergi jawab exam.
- Baca doa naik kenderaan dan mulakan segalanya dengan bismillah.
- Drive kereta elok2 dan langgar segala lubang yang ada. Kalau boleh, setiap kali jumpa lubang besar, langgar setiap satu dengan tayar yang berlainan pada kelajuan yang maksima.
- Kalau semua tips di atas ni korang ikut, insyaallah korang akan berjaya dapat 4 flat.
- Ya...tak susah pun nak dapat 4 flat. Ikut je tips ni. Kalau korang ikut satu2 memang berjaya la dapat 4 flat. Tayar kereta korang pun confirm akan pancit keempat-empatnya. So, berjaya la korang dapat 4 flat tyres. Hahaha...
Itu je la sedikit tips2 yang aku boleh bagi. Semoga ada manfaat daripada entri ini. Harap dapat dipraktikkan tips2 di atas. Hehe....
Entri ni ada sambungan dia....
Sambungan
sambungan nanti kena masuk aspek rohani sikit hahahha
BalasPadamHaha...Aspek rohani macam mana tu??Baca doa, solat sunat macam tu ke? kalau yg tu xpe la ramai dah tahu. Saya bagi tips yg x ramai org tahu je...haha..
Padamkalau dapat ku undur waktu...mesti aku pun 4 flat. hahaha sekadar ayat orang yg x dpt 4 flat
BalasPadambarang yg lepas jgn dikenang,
Padamgunung daik bercabang tiga,
nasib begitu bukan kau sorang,
aku pun sama.
haha...btw, guys aku x dapat 4 flat pun. Sila baca entri betul2.
mula2 aku baca dah bagus dah.. tiba2 part kena langgar semua lubang tu buat aku confuse dah.. keh3..
BalasPadamx pernah dpt 4flat.. dapat 3.67 pon rasa macam nak celebrate sebulan.. hr2 nak makan kfc
Eh,..jangan confuse2...follow je tips ni dengan tertib. Aku dah letak nombor kan...haha..
PadamPeh...3.67 tu pun dah byk weh...aku nak dpt camtu memang merangkak-rangkak la...
i would like to take a pass to this entry. im too old for this, hahahaha!
BalasPadamapesal kau tak buat entri ni sepuluh tahun dulu woi?!
Ala...baca la, penat aku taip. Baca la....boleh kongsi sikit kak zyra punya teknik nak jadi cemerlang. huhu...
PadamMasalahnya, kalau taip sepuluh tahun dulu....perkataan '4 flat' dan 'blog' ni aku x tahu apa pun time tu...aku duk ingat flat kat taman dan blok a,b,c,d kat flat tu....
Btw, saja je taip entri ni...sebab nak buat entri bersambung-sambung...hehe...
Aku dah baca ni. Dan entah kenapa tiba2 aku rasa macam nak seligi kelapa engko. Kahkahkah jahanam betoll tips nak flatkan tayar keta takyah bagi tips lah jahanemm, kahkahakhakha
PadamTp i feel you bro. Jelas sgt org tak baca entri kita kan? Aku pun rasa cm nk sepak je makhluk yg komen xde kaitan dgn entri, nampak sgt depa tak baca! Hmph!!
Sbb tu aku suka buat entri pendek je sekrg. I iz sad.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSeligi tu macam sekeh kelapa ke? Haha..please buat..boleh gak minum air kelapa nanti. Kah2.
PadamTu la...aku duk rasa dgn cero2 sekali x baca betul2 ni. Biasa dia perform bab2 membaca ni. Hahaha...
Mybe betul kot sebab panjang sgt. Tak pun sebab tulisan kt blog aku ni mcm x menyenangkan. Hmmm..tgk la nt aku review balik.
Nak buat entri pendek, kadang2 mesej x sampai pulak. Hmmm...
wuuuuu....sebab result gempak la ade orang tanye rahsia....cube kalau result biase2...xde kene tanye rahsia punye....daebak....
BalasPadamhaha.....masalahnya xde orang yg tanya pun. Saja je berlagak macam ada orang pernah tanya soalan tu...padahal result biasa je...Tajuk entri tu sengaja saya buat macam tu bagi menarik perhatian sikit..hehe...
Padamwell anyway thank for all those info...
PadamWelcome.
PadamKalau aku baca entri ni masa study dulu, rasanya aku tetap tak dapat 4 flat kot...
BalasPadamSbb aku malas orangnya...Whahahahahahahaha
Haha...Masalahnya kalau kau baca entri ni masa kau study dulu pun aku rasa kau x dapat 4 flat gak....sebab aku sendiri yg bagi tips pun x dapat 4 flat tu, apatah lagi org yg g follow tips aku. haha......Jap, apsal macam ramai je orang x baca betul2 entri aku ni atau aku sebenarnya yg x dapat detect sarcasm? huhu...
Padamtips revision week tu, memang hampir sama dgn apa yang aku buat. cuma yg utk exam week tu, subject yg payah, memang x tdo langsung (kalau exam pagi la). lepas exam balik2 terus tdo.
BalasPadamHaa..kan aku dah agak dah mesti ada yg sama. Tapi kau punya yg tips yg no10,11,12 tu sama x dgn aku punya?
PadamTips2 akhir tu yg penting nak menentukan dpt 4 flat atau x...haha..
wah... kalau entri ni ada masa saya belajar dulu, sure 4 flat gak.. hehehe er... nak tanya... kalau lecturer tak suka kita, ada can tak dapat 4 flat juga? heehehhe
BalasPadamIkut tips kat atas ni sure dpt 4 flat. Tak berapa baik dgn lecturer, x pergi kelas, x amik exam pun still akan dpt gak. Hahaha...
Padamtudia hamek tips. nak 4 flat cenggini la caranya. ada lagi cara yg lebih mudah kan. cer tanya ahmad maslan hahahaha
BalasPadampsst~ nah kalini aku bagi bintang bertaburan pulak untuk entry bro ley yang ni kehkehkeh
[img]http://quotespictures.com/wp-content/uploads/2013/05/a-single-dream-is-more-powerful-than-a-thousand-realities-life-quote.jpg[/img]
Sila jangan mencarut. Haha...
PadamThanks weh bg bintang byk2 ni...Haaa.. Kalau dah byk bintang ni aku rasa dah cukup kot utk beberapa tahun x mintak lagi. So, aku ingat nak buat entri hambar2 je lepas ni sbb x abis 7 keturunan bintang ni. Kahkah...
uittt~ sumpah aku tak mencarut langsung hahaha.
Padamhamboi kemain nak buat entri hambar. takyah nak hambar sgtla Bro Ley. hehe
thanks for the tips. tetiba teringat mimpi buruk menghadapi SPM T_T dah la ada kucing ni pergi masuk dalam dewan peperiksaan. rasa mcm distracting pulak tgk kecomelan kucing tu, wakaka. Nasib sempat habis jawab paper tu
BalasPadamWelcome. Haha..please jgn ikut tips ni..
PadamLaa..ada kucing pun distract ke? Dia tgh doakan student2 dpt jawab exam dgn baik tu...lagipun kan tenang dpt tgk kucing yg comel. Patut lagi senang skor. Huhu...
kemon hapdet la Bro kehkehkeh
BalasPadamDah update.
Padameh. mcm ko tertinggal je satu tips ni... xpe2 meh aku add :
BalasPadam49. bawak toyol..
hahaha
Haha...bawak toyol tu kalau betul2 nk dpt 4 flat je...Tapi tips aku ni cara nak dpt 4 flat secara pura2... Haha...
PadamHaha Yang nie paling berkesan. Wuhuuuuuu
Padam@kakak tiri ciderella
PadamBerkesan utk short term.. Utk long term better jgn bwak toyol.. Baik ikut tips aku, lagi berkesan...hahaha
walaupun belum masuk alam u, teringin sgt nak flying colors dlm spm hahahahha *tetiba dak spm keluar*.ok nexy year actually. cuma masalahnya skrg satu je, tak reti nak disiplinkan diri...... :<
BalasPadamTakde hal la nak flying colors tu...boleh punya. Good luck la jwb exam tahun depan.
PadamMy advice, sila jgn ikut tips ni secara membabi buta. Haha....
Nak disiplinkan diri belajar ke? Biasa la kebanyakan Student ada masalah tu. Belajar agak2 rasa dah puas hati tu ok la...Tak payah push sgt, nanti stress lg teruk.
kos apa bro?daebakk lahh
BalasPadamdaebak apanya bro?? aku x dpt 4 flat pun....kos aku rahsia...haha
PadamWeeeeeeeewww... 4 Flat tuu untuk U and kolej jer eyh?... Tak masuk U.. Macam mana nak dapat 4 Flat? Hahaha
BalasPadamTips paling utama nak 4 Flat, sila masuk U.
Kalau nak dpt 4 flat dlm akademik memang tips plg utama kena masuk U atau kolej dulu la...
PadamTapi kalau follow tips kat atas ni, x payah masuk U pun boleh 4 flat, x caya cuba..hahaha..
itulah harapan dan impian setiap kali nak masuk sem baru...
BalasPadamtapi bila dah habis, sampai ke sudah tak dapat2...T_T
teringin gak nak rasa 4 flat tu camne...sebab slama ni dok kondo je...
Boleh je nak dpt 4flat slain kolej n u ...Tryla STPM hahahx aku (2015/16)
BalasPadam