Overdose Membaca

Bagus kalau kita banyak membaca ni. Ilmu pun banyak. Senang kita nak berkongsi ilmu dengan orang lain.




Antara salah satu dari 3 perkara yang pahalanya mengalir sekalipun kita dah meninggal adalah ilmu yang bermanfaat.

Tapi bila kita dah belajar banyak ilmu, bila kita dah tahu banyak perkara, bukanlah lesen untuk kita berbangga-bangga. Bukanlah lesen untuk kita pandang rendah pada orang lain.

Kena ada adab dengan ilmu ni. Kalau kita pandai dan tahu banyak perkara sekalipun, tetapi kurang adab, orang lain tetap akan rasa menyampah dengan kita.

Ya tahu kita rasa teruja nak berkongsi ilmu baru yang kita dapat. Tapi cara penyampaian kena betul juga.

Orang lain boleh nampak cara kita sampaikan sesuatu. Sama ada kita betul-betul nak berkongsi ilmu tu atau kita cuma nak tunjuk kita lebih pandai dari dia. Takde orang suka bila dipandang rendah.

Once diorang rasa dipandang rendah, kau kongsi la ilmu bagus macam mana sekalipun, memang susah orang lain nak terima. Sebab dah timbul rasa menyampah terhadap orang yang acah ‘good-good’ ni.

Jadi, terlalu banyak membaca tak salah. Yang salahnya bila lupa nak belajar bab ‘adab dengan ilmu’ sekali...

Salam.

10 ulasan:

  1. setuju!takde sape pun yg suke dipandang rendah. amalan mambaca tak salah yg salah attitude dan moral individu tu sendiri,, hummm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn.. actually orang suka je berkawan dengan orang yg banyak membaca dan banyak ilmu ni. Tapi kena yang rendah diri la. Yang rasa dia tahu semuanya dan rasa lebih bijak dari orang lain tu yg ramai tak suka...

      Padam
  2. Betul tu amalam membaca tu memang bagus lagi banyak lagi wow! tapi kalau dah acah-acah bagus, pastu prejudice sana sini situ dengan orang yang pada mata depa tak membaca sangatlah annoying.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Mrs A. Kalau kita banyak membaca dan tahu banyak perkara pun, sepatutnya kita lagi rendah diri dan sedar makin banyak kita tak tahu lagi. Patutnya gaya cakap tu kena lah nampak rendah diri dan ikhlas sikit bila nak berkongsi ilmu.

      Bila rasa kita lebih bagus dari orang lain tu yg orang menyampah..

      Padam
  3. makin banyak tahu selalunya makin merendah diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul setuju tu Raz. Makin banyak membaca, makin sedar kita banyak tak tahu, makin rendah dirii. Tu yg sepatutnya. Tapi kalau dah awal2 niat membaca pun hanya utk bangga2 dengan orang, macam mana nak jadi rendah dirinya...

      Padam
  4. yeah...mustahil orang berilmu tidak beradab. resmi padi dah susah nak jangka sangat. Tin kosong pun dah semakin berlambak. Konsep baca pun dah meluas. Even hanya dgn baca twitter orang dah rasa dia khatam ilmu....senyum ajalah...iya tidak, tidak pun tidak. Semua boleh baca, tp nk convert benda yang dibaca jadi amali...aku sendiri pun masih bertatih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul nak praktikkan apa yg kita belajar dan baca tu la part yg susah.

      sepatutnya macam tu lah. Bila makin berilmu makin beradab. Cuma ada segelintir yg jenis bila dia tahu sesuatu, cara dia nak sampaikan kat seseorang seolah-olah dia nak tunjuk pandai dan anggap orang lain lebih bodoh dari dia...

      Bila orang lain start malas nak layan dia, dia rasa pelik. Padahal cara dia menyampaikan sesuatu tu lah yg mungkin buat orang menyampah..orang2 macam ni yg aku maksudkan yg perlu belajar adab dalam mencari dan menyampaikan ilmu..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...