4 jenis personaliti plus seseorang

Selalunya kita tahu tentang personaliti introvert, ambivert dan extrovert seseorang. Hari ini aku kongsikan lebih detail lagi tentang 4 (empat) jenis personaliti. Seseorang mungkin boleh mempunyai dua jenis personaliti tetapi pasti ada satu jenis personaliti dominan. Personaliti ini ada pada diri seseorang disebabkan cara dia dibesarkan dan jenis persekitaran.

Bawah ini adalah 4 jenis personaliti plus tersebut:


1) Sanguine (extrovert)
123rf.com
Seorang yang bersikap optimistik. Gemar bergaul dengan orang ramai dan mencari keseronokan. Mereka lebih gemar untuk bersosial, buat kawan baru dan sejenis yang suka memeriahkan suasana.Kadangkala mereka agak kreatif dan suka berangan-angan. Ada sebahagiannya jenis yang sensitif, romantik dan ada belas kasihan. Sukar mengikut undang-undang dan lebih suka melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Kadangkala orang lain merasakan mereka ini tidak serius dan sering sahaja bergembira.

Sekiranya punyai minat atau hobi terhadap sesuatu, mereka akan cepat bosan dan meninggalkan hobi tersebut apabila pada mereka rasakan ianya tidak lagi menarik. Kelebihan mereka adalah senang bergaul dengan orang lain. Suka bersembang dan tidak malu. Mereka sangat yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Secara keseluruhan, mereka ini adalah seorang yang periang, barhati baik, mudah didekati dan optimistik dalam kehidupan.

2) Choleric (extrovert)
dreamstime.com
Seorang yang sangat bersungguh. Mereka ini secara semulajadi nya memang mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Selalunya mereka dilantik sebagai ketua. Apabila melakukan sesuatu, mereka akan usaha sampai capai cita-cita mereka tercapai. Mereka seorang yang agresif, bertenaga, bersemangat dan inginkan orang lain turut sama ada perangai sedemikian.

Mereka sangat efisyen dalam melakukan sesuatu tugas. Tidak suka bertangguh dan selalunya mengamalkan konsep 'Do Now'. Mereka mampu mempengaruhi dan membantu personaliti lain seperti 'phlegmatic' untuk jadi lebih bersungguh. Tetapi sekiranya mereka terlalu bangga dengan sifat dalam diri, boleh menjadikan mereka seorang yang zalim dan sangat 'bossy'.

Mereka suka mempunyai kuasa atau autoriti dan sangat bijak dalam merancang kerana perancangan mereka seringkali dapat menyelesaikan masalah. Kelemahan adalah mereka cepat murung atau 'down' saat mereka gagal dalam melakukan sesuatu perkara.

3) Melancholic (introvert)
lovethelittlethings
Seorang yang pendiam tetapi sangat bertimbang rasa. Mereka sering kali mencari masa untuk bersendirian dan sentiasa berfikir terlalu banyak. Mereka sangat berhati-hati dan sering mengikut jadual. Disebabkan perangai mereka yang suka bersendirian dan berfikir, mereka boleh jadi sangat kreatif dalam bab kesenian seperti melukis, menulis, dan sebagainya.

Mereka juga seorang yang sensitif. Sering sahaja memikirkan masalah yang kadangkala tidak terlalu berkait rapat dengan diri. Maka, mereka mudah berasa resah apabila terlalu memikirkan akan sesuatu. Mereka juga seorang yang 'perfectionist'. Sangat pentingkan kesempurnaan dalam menyelesaikan sesuatu.

Melankolic juga merupakan seorang introvert dan mampu untuk bekerja sendiri. Sangat inginkan untuk cemerlang dalam bidang yang diceburi. Antara perkara negatif adalah apabila mereka terlalu banyak dan fokus memikirkan sesuatu, mereka senang lupa perkara yang lain. Sifat mereka yang berhati-hati membantu mengelakkan mereka dari terlibat dalam banyak masalah tetapi sifat ini juga yang menyebabkan mereka bertangguh untuk bertindak kerana sentiasa dalam fasa merancang.

Mereka tidak sukakan perhatian dan lebih gembira sekiranya kerja mereka dihargai walaupun hanya duduk di belakang tabir.

4) Phlegmatic (introvert)
123rf.com
Seorang yang bersikap 'tidak apa' pada kebanyakan perkara. Seorang yang sangat mengamalkan konsep 'give and take' dan sangat bertoleransi. Mereka juga biasanya berperangai introvert dan lebih relaks orangnya. Mereka kadangakala berasa sangat tenang dan terlalu selesa dengan keadaan sedia ada dan berkemungkinan juga boleh membawa kepada sifat malas.

Sentiasa rasa cukup, konsisten dan baik hati. Yang paling penting pada mereka adalah ketenangan dan keamanan. Dan sebolehnya mereka akan cuba menyelesaikan sebarang konflik dan cuba mengelak dari berlaku sebarang perbalahan. Sikap bertoleransi menjadikan mereka seorang yang mudah menerima dan bersikap penyayang serta mudah mendapat kawan.

Mereka sangat berkebolehan menjadi pendamai kerana objektif dalam hidup mereka adalah mencapai ketenangan dan keamanan serta jarang menghakimi perangai seseorang. Mereka lebih suka memerhati keadaan. Disebabkan mereka seorang introvert, mereka juga mungkin seorang yang pemalu dan lebih gemar kestabilan hidup daripada melakukan sesuatu yang terlalu berisiko. Sikap ini juga boleh jadi negatif apabila mereka tidak mahukan perubahan yang lebih baik dalam hidup.

Mereka mampu menjadi pentadbir atau pendamai yang baik disebabkan perangai mereka yang konsisten, tenang, rasional, memerhati dan perasaan ingin tahu yang tinggi. Mereka lebih banyak bersifat pasif berbanding agresit. Tetapi masih mampu menjadi agresif sekiranya mempunyai matlamat yang jelas dan dikelilingi orang yang agresif.

.
.
.
.
.
Aku dah pernah juga tulis pasal ni sebelum ni kat entri ni. Cuma kali ni aku tulis lebih detail lagi mengenai keempat-empat jenis personaliti ini.

So korang boleh relate dengan yang mana?


Rujukan website: 
1. Psychologia.co
2. Learningmind.com

Rujukan buku: Personality Plus by Florence Littauer

Quiz personality plus: gotoquiz.com




9 ulasan:

  1. yg selalu dgr introvert & extrovert je. yg lain2 tu baru ni tawu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul orang dah biasa sangat dan ramai dah tahu introvert & extrovert ni. Yg tak ramai tahu ada penjelasan lebih dalam lagi dalam kedua-kedua personaliti tu..

      Padam
    2. September dah weyh. Entry baru mana? =P

      Padam
    3. @anamizu

      Haha... entry baru lambat sikit sebab kena buat research dulu...

      Padam
  2. detail explanation. bagus r kau ni kasi terang sikit dunia personaliti. rasanya ada lagi kan yang lain2? nnti ko share pulak yang tu. selain dari mbti, yg ni pun aku dah buat. cuma ada lagi yang nombor apa benda tah, yg tu aku blom buat lagi. tunggu ko explain baru aku buat. hahahaha

    seronok rasa bila dapat kenal pasti personaliti sendiri, pastu kita dpt faham jugak personaliti orang. dan buat kita lebih bersikap terbuka dalam bermasyarakat. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ada banyak lagi. Yang mbti tu lagi details. Cuma mbti tu kadang2 kena baca jugak explanation dia. Ada yang kena dan ada yang tak kena pulak masa aku buat test hari tu. So, aku tulis personality test yang paling accurate untuk diri aku dulu. Maybe mbti test atau test2 yang lain tu lebih sesuai untuk orang lain.

      Padam
  3. Balasan
    1. Haha gitu je eh senang. Introvert ni dah terlalu ramai orang mengaku. So aku bagi yg details sikit supaya lebih kenal kita ni introvert yang macam mana.... Btw test atas ni boleh jadi combination of personality result dia. Cumanya kita akan ada satu karakter dominan berdasarkan apa yg aku tulis kat atas ni.

      Padam
  4. Permisi admin

    numpang promo yah bos
    Berjudi di dewalotto menang terus dengan jackpot jutaan rupiah setiap hari
    bagi yang bingung main judi kalah terus yuk di coba d sini :

    www.dewalotto.club

    sillahkan di coba Keberuntungan nya bos dalam bermain di dewalotto.club
    Dengan min DP 20rb & WD 20rb bos bisa memenangkan permainan Chip Rupiah Asli loh !

    Untuk Info selengkapnya Hubungi kami di :

    WHATSAPP : ( +855 69312579 ) 24 JAM ONLINE

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...