Perlu ke doa panjang umur?

Salam,
Korang rasa perlu ke kita doa panjang umur?
Umur yang panjang belum tentu menguntungkan.
Umur yang panjang boleh jadi untung, boleh jadi rugi.
Kalau umur makin panjang, tapi perkara maksiat pun makin banyak dilakukan, maka rugilah kita minta panjang umur hanya sebab nak menambah dosa dan maksiat.

Kalau umur makin panjang, tapi amalan soleh makin banyak, maka beruntunglah seseorang itu dikurnianakan umur panjang kerana makin banyak pahala yang diganjarkan.


UMUR ADALAH MODAL KEHIDUPAN

Umur ni boleh dikira sebagai modal.
Modal ni kau nak guna ke arah kebaikan atau ke arah keburukan?

Kalau guna ke arah kebaikan memang berbaloi la investment  yang dibuat dan hasilnya dapat dilihat saat kita meninggal nanti apabila kita dapat merasai nikmat syurga nanti.

Kalau guna ke arah keburukan memang akan menyesal la kita kerana mensia-siakan peluang yang telah diberikan. Rasa penyesalan akan lebih tinggi sesudah meninggal nanti kerana takde apa lagi yang boleh kita buat untuk patah balik ke masa lampau. 

Jadi, berdoalah supaya jika dipanjangkan umur kita, umur tersebut akan dipenuhi dengan manfaat dan kebaikan. Dan dijauhi daripada dosa dan maksiat.


NAK DOA MACAM MANA MASA BIRTHDAY?

Selalu Kadang2 kalau aku wish birthday pun (kalau aku rajin) aku akan doakan seseorang itu supaya dikurniakan umur yang bermanfaat sebab pada aku doakan 'semoga panjang umur' sahaja terlalu general dan masih ada possibility untuk umur yang panjang itu tak memberi kebaikan pada dia.

Salam jumaat.





Baca lagi:

10 ulasan:

  1. aku selalu doakan parents aku umur panjang.. aku umur pendek xpe.. mcm selfish plak.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah. kadang sllu detik mcm tu. tp bila fikir kos kematian tu, Allah..terasa membebankan mereka pulak dengan kematian.
      Jadinya, aku plan utk tempah segala barang utk mati dulu...
      tapi, kita dikira cinta dunia jugak ke bila fikir nak mewahkan kematian? ke kira macam manusia yg tanpa sedar ada penyakit alwahan?

      ni dikira selfish gak ke ek? huhuhuh

      eh banyak pulak persoalan...

      Padam
    2. @raz

      Awat lak selfish kalau camtu? Kau utamakan org tua kau lagi kot dari diri kau sendiri. Pada aku tak selfish. Cuma lepas ni kau doa je la utk diri sendiri n parents kau sekali dikurniakan umur yg bermanfaat.

      Padam
    3. @sofieadie

      Itu tak macam mewahkan kematian pun. Cuma kau aware la ada kos2 kematian nanti. Bagus la mcm tu. Tapi biasa org meninggal ni kalau dia ada masuk khairat kematian dah senang sikit. Kos2 byk dah dicover. So sama la... apsal korg rasa mcm selfish pulak bila fikir camtu? Aku rasa pikir mcm tu bukan la level selfish lagi..

      Padam
  2. kadang tu, doa panjang umur hanya teringat pada hr jadi seseorang je. macam kau tulis. lain pada tu, doa utk diri sendiri. tapi tu pun sebab rasa mcm hidup ni byk sgt gali dosa instead of pahala. jadi mohon dekat tuhan walau tak dapat extra life, tp diberi extra time utk peluang ke level yang Dia rindukan.

    tapikan...kalau nak doa untuk dipendekkan umur tu demi tak nak timbulkan sebarang kerosakan pada masa hadapan kira mcm mana plak?

    p/s: biasalah komen 3 4 pagi isu dia kupas mcm tak relevan utk kehidupan siang hari...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha aduhh.. banyak pulak persoalan kat entri ni eh? Aku share sikit je. Bukan ustaz pulak aku ni nak jawab soalan advance mcm ni..

      Memang yg byk kita doa utk diri sendiri la. Kadang mesti la kita rasa byk dosa dan sentiasa berdoa utk diri kita. Kalau specific person ni aku pun sama masa birthday diorg baru la aku ada doakan.. aku selalu doa supaya segala amalan dan taubat diterima sblm Allah tarik nyawa aku.

      Pada aku mcm tak elok pulak doa nak pendek umur walaupun niat kau baik. Sbb lagi panjang umur lagi byk peluang nak tambah amalan dan bertaubat. Cuma kena sentiasa doa kita tak terlalai dgn dunia la dgn umur yg panjang. Kalau mcm kau doa mintak meninggal kat tanah suci ke, hari jumaat ke make sense jugak la..

      Padam
  3. aku pun semenjak terfikir cenggitu, aku wish "moga sentiasa sihat ceria bahagia & dimurahkan rezeki selalu" . sllunye gitu je lah aku wish kat member2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. kadang2 terfikir yg umur panjang pun boleh jdi tak elok. Tu yg dah start play safe nak doakan org tu. Takpe lepas ni kau boleh doa mcm yg aku suggest dalam entri ni. Insyallah penuh kebaikan nanti..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...