Video ni ada empat bahagian kesemuanya. Tapi aku cuma share part 3 je dengan korang. Yang lain2 korang boleh tengok sendiri kat youtube.
Kalau korang malas nak tengok video dulu, aku ada tekankan balik point2 penting dalam video ni.
Antara point-point penting dalam video:
1) Jangan sisihkan parents dalam urusan macam ni. Diorang ada hak untuk tahu dan bagi pendapat.Part ni aku setuju lagi2 kalau perempuan. Ayah dia sendiri yang akan jadi wali masa nikah nanti. So sebelum hubungan tu makin serius elok la inform parents dulu. Kalau parents suka dengan calon, then insyallah boleh teruskan. Tapi kalau parents macam tak berkenan tu, kan dah tak berapa susah kalau terpaksa berpisah sebab semuanya belum betul2 serius lagi. Macam orang cakap la kita kalau kahwin ni bukan hanya akan terjalin hubungan dengan suami/isteri sahaja, tapi hubungan dengan keluarga2 diorg sekali. Kalau dah parents/bakal mertua tak suka, korang sanggup ke hidup bertahun2 dalam keadaan parents/bakal mertua awal2 dah bagi hint yang diorang tak suka korang?
2) Mufti menk interested kat 2 perkara kalau seseorang datang pinang anak dia.
Dua perkara tu adalah: 1) Deen ; 2) Akhlak
Kalau kedua2 perkara ni elok pada seseorang dan kedua pasangan pun interested then proceed je untuk berkahwin.Yang ni aku setuju. Sebab nak tengok seseorang tu sesuai dan sama ada dia seorang yang baik atau tak boleh tengok dari akhlak dia. Kalau baik akhlak dia dengan orang lain insyallah dia akan baik akhlak dengan kita. Lepas tu agama. Kalau dia utamakan agama dulu dalam sesuatu perkara, then takde apa yang kita nak risaukan. Sebab agama islam la panduan hidup kita. Kalau kita rujuk kepada panduan yang betul (agama islam), insyallah hidup kita dalam landasan yg betul jugak.
3) Halal dating takde, tapi ada meeting.
Boleh jumpa dengan calon (benda ni sunnah) tapi kena ada orang lain yg awasi so tak terjadi perkara yang bukan2. Orang ketiga tak perlu duduk sekali pun takpe tapi cukup dia boleh awasi tingkah laku kita semasa berjumpa. Ni the best way of doing it la... Boleh berjumpa banyak kali kalau masih tak puas hati. Tapi under the same condition.In a way aku setuju part yang ni. Ni kira cara terbaik untuk berkenalan mengikut cadangan Mufti Ismail Menk la. Sebab dia kata perlu orang ketiga tu hanya untuk awasi tingkah laku kita sahaja. Orang ketiga tak perlu dengar conversation pun takpe. So takde la rasa awkward dan rasa tak selesa kalau berbual tu nanti. Tapi kalau orang ketiga kena sentiasa ada kat sebelah masa tengah berbual tu aku tak setuju la. Rasa tak selesa dan mungkin tak terkeluar apa yang nak dikata nanti. Lainlah kalau orang ketiga tu dua2 dah kenal, so yang tu takde problem.
4) Kalau dah ada calon tapi parents paksa kahwin dengan pilihan diorang macam mana?
Just jujur je dan cakap dengan calon pilihan parents tu bahawa perkenalan dengan dia akan jadi buang masa sebab dah ada calon lain. Inform kat dia yang parents tu just being funny. Dan jujur je cakap tak nak teruskan.Yang ni takkan aku tak setuju pulak kan. Takkan nak cakap teruskan jugak supaya lebih banyak calon, lebih banyak pilihan boleh buat kan..
5) Ada parents yang tak bagi jumpa calon pilihan kita. Padahal dalam hidup ni dah berapa banyak lelaki atau perempuan kita jumpa takde apa2 pulak. Lecturer, peniaga dan sebagainya pun berlainan jantina boleh je jumpa. Then kenapa tak boleh jumpa calon yang dalam pengawasan orang ketiga?? Sememangnya boleh asalkan ada orang ketiga yg memerhati supaya tak bergaul berlebihan.Ni kalau ada parents berperangai macam tu kira strict sangat la pada aku. Sebab lihat calon pasangan sebelum berkahwin pun kira dianjurkan dalam islam. Kalau ada orang ketiga ketika berjumpa tu then why not kan?
6) Proper way kalau chat dlm phone yang Mufti Ismail Menk suggest adalah dengan buat group chatting masukkan sekali orang ketiga. Orang ketiga ni dormant je, Dia diam2 je tak cakap apa. Just pemerhati.. ni untuk protection hati dan fikiran kita. Hati dan fikiran ni sangat powerful. Jangan sampai kena control oleh orang lain supaya kita tak terluka dengan teruk walau apa pun berlaku..Yang part ni aku kurang setuju walaupun sebelum ni aku setuju macam dalam entri aku sebelum ni. Sebab pada aku agak susah la nak chat dalam group yang ada org ketiga. Jadi tak selesa. Susah nak jadi diri sendiri sebab kita still akan rasa nak berahsia dengan orang yg kita takde niat pun nak share rahsia dengan dia (orang ketiga). Tapi kita nak share rahsia tu dengan calon kita je supaya dia tahu everything pasal kita. So pada aku as long as conversation chat tu tak menimbulkan fitnah, so kira ok la. Macam mana nak tahu conversation tu ok tak? Kalau kita rasa chat conversation kita tu kita bagi orang lain baca dan dia tak nampak apa2 yang membawa kepada maksiat dan perkara yang melalaikan, insyallah conversation kita tu masih tak lari dari landasan islam. Part ni kena jujur dengan diri sendiri la..
...........................................................................
Apa2 pun nak berkenalan dengan someone ni first sekali kena ada niat nak kahwin dulu. Kalau takde niat nak kahwin atau saje nak test2 market dulu elok jangan start berkenalan la.. Tunggu dah ready betul nak kahwin baru la start berkenalan dengan someone. Kalau tak, berkemungkinan kita akan lebih terdedah dengan perkara2 yang dilarang dalam islam sewaktu tempoh perkenalan. Yela.. sebab dalam kepala bukan nak laksanakan apa yang Allah suruh (kahwin) tetapi saje nak cari pengalaman berkenalan dengan berlainan jantina je... Just make sure niat kita betul dalam buat apa perkara sekalipun.
Sekian saje. Aku nak share video dengan korang je dalam post ni. Moga bermanfaat.
*Ni hanyalah pandangan aku sahaja. Boleh jadi aku betul dan boleh jadi pandangan korang pun betul. Kalau korang rasa pandangan aku ni salah dan korang rasa patut tegur aku, silakan..aku pun bukanlah ustaz yang lebih 'arif dalam hal ni. Sebarang pandangan dan teguran amat dialu-alukan..
Baca lagi:
- Istikharah Cinta
- Ikhtilat
- Kalau suami cuma reti baca 3 Qul, jangan perlekehkan
- Apa nak buat kalau terjatuh cinta dengan bos sendiri?
- Cara-cara kembali positif walaupun anda seorang 'loser'
- Pakej Unlimited Hotspot dan Unlimited Wifi mana paling berbaloi?