Kali ni aku cuma nak cite benda yang maybe tak relevan mana pun dengan korang haha. Aku dah lama gila sebelum ni tak aktif blogging. Apa jadi kat blog aku pun aku tak tahu sangat sebelum ni.
Kalau korang pernah baca entri aku, yup aku punya akaun google adsense dah lama approve. Tapi memang masih sendu je income. Haha... Lagi sendu sebab dah lama tak bukak blog sampai tak tahu iklan google adsense tu dah tak keluar rupanya.
Baru je hari tu aku perasan sebabnya aku tak masukkan pin yang google hantar kat rumah aku. Gila lama dah diorang hantar pin tu patutnya. Tapi aku memang tak peduli sangat sebelum ni. Sebabnya aku letak alamat yang salah. Dah setahun lebih aku rasa diorang try nak hantar. Tapi aku sombong. Bagi alamat salah pulak.. Memang padan muka aku la sampai bila2 tak boleh cashout. Haha..
So hari tu aku betulkan balik alamat aku supaya pin dapat dihantar dengan selamat. Alhamdulillah selamat jugak sampai pin google adsense aku. Kat bawah ni surat pin dari google tu:
Sekarang ni korang boleh nampak dah iklan adsense kat blog aku ni. Baru meriah kan? Hehe..
Antara bestnya guna google adsense ni korang boleh pilih jenis iklan macam mana yang korang nak letak. Nak text je ke, gambar je ke, link (link ads unit) je ke, nak kesemua sekali ke, nak block link advertiser supaya takde iklan yang mengarut keluar pun boleh.
So far income google adsense aku tak boleh dibanggakan lagi. Ye la.. aku pun dah lama tak menulis. Nak main google adsense ni kalau blog memang banyak trafik baru berbaloi. Kalau visitor lagi banyak datang dari search engine lagi google suka. Sekarang ni aku tak expect apa sangat dengan google adsense ni. Aku letak je dulu. Kalau income adsense aku boleh reach the first $100 barulah aku consider blog aku ni dah matang. Sekarang masih noob lagi.
Antara sebab lain aku maintain letak google adsense sebab aku malas nak cilok banyak gambar kat google haha.. so aku mengharapkan iklan google adsense ni yang bagi gambar visual kat content aku. Walaupun kadang2 tak relevan dengan content. Takpe la anggap je la tengok iklan kat blog aku ni dapat merehatkan minda korang selepas baca entri aku yang bosan dan panjang2 tu (panjang ke??..)
Apa2 pun, blog ni aku akan tetap terus maintain share apa2 yang aku rasa bermanfaat kepada orang ramai walaupun yang baca entri aku nanti cuma 10 orang je...
Ok tu je la benda yang aku nak cerita. Cuma nak bagitahu korang kenapa aku tak gelabah pun pasal google adsense ni tak keluar. Menarik kan cite ni?? Ye aku tahu hambar je sebenarnya.. Aku pun tak tahu la entri ni boleh manfaatkan korang macam mana. Harap2 ada la sikit...
Sekian.
Apa2 pun, blog ni aku akan tetap terus maintain share apa2 yang aku rasa bermanfaat kepada orang ramai walaupun yang baca entri aku nanti cuma 10 orang je...
Ok tu je la benda yang aku nak cerita. Cuma nak bagitahu korang kenapa aku tak gelabah pun pasal google adsense ni tak keluar. Menarik kan cite ni?? Ye aku tahu hambar je sebenarnya.. Aku pun tak tahu la entri ni boleh manfaatkan korang macam mana. Harap2 ada la sikit...
Sekian.
alah blog aku pun suam-suam kuku je. aku pon tenggelam timbul hapdet blog. ikut lapang aku je & aku rasa aku lagi lah tak gelabah iklan keluar ke tak kat blog aku tu.
BalasPadamHahaha tula pasal kan. Kalau dah jenis yg takde masa nak update blog memang tk kesah laa.. Tapi bagus jugak kalau kisah, ada income wehh..
Padamaku punya tak approve sampai sekarang, haha
BalasPadamHaha takpe bro. Pelan2.. benda mudah je nak approve asalkan blog tu kau rasa bermanfaat kat org lain insyallah boleh approve nanti. Tgk2 la guideline nak approve adsense camne.. aku pun dulu main apply je tapi ada la jugak buat research skit cara nak bg boleh approve tu sebelum apply...
PadamSalam Bro ley. apa ciri utama sebenarnyer nk dapat approve google ads. asik kene reject.
Padamerror dier : Valuable inventory: Under construction
ni blog saya... tergagah.blogspot.com
PadamWasalam. Ciri utama yang google suka adalah content dalam blog tu sendiri dan traffic/visitor paling banyak datang dari mana. Kalau visitor banyak datang daripada search engine(google) memang lebih mudah nak dapat approval adsense.
PadamUntuk case awak 'valuable inventory error' tu maybe ada some content yang tak betul2 valuable ataupun worth reading for public. Saya ada tengok blog awak, ada post lama-lama tu yang cuma ada dua tiga ayat je dalam satu post maybe boleh keluarkan dulu dari blog kalau nak apply adsense.
Try banyakkan blogwalking ke blog lain n komen di blog lain supaya orang lain komen blog awak jugak. So nampak blog tu ada engagement sikit.
Lepas tu before nak apply make sure kena ada benda ni semua: 1)Penulis
2)Contact
3)Privasi
Post-post pun kalau boleh try tulis 100% original dari idea awak sendiri. Lepas tu ping kan entri. Try 'babab.net' untuk ping entri.
Kalau boleh konsisten menulis secara aktif dalam 3-6 bulan dulu, baru apply google adsense semula. Majoriti blogger yang pandai buat duit dan senang approve google adsense diorang semua memang ada passion untuk menulis. Bukan kejar duit semata-mata.
Kena sabar, konsisten, dan cuba bagi value kepada reader, insyallah lepas tu lebih mudah nak apply adsense dan buat duit ni.
Nak lebih tahu, boleh baca tips2 kat blog lain yang memang lebih detail ajar macam mana nak apply adsense. Saya share sikit apa yg saya tahu je... Harap membantu...
^ Reply to @Razi
PadamNice...simple dan mudah difahami..
BalasPadamTerima kasih infonya... sebenarnya saya pun masih tak tahu sangat pasal andsense ni, tapi tengah mencuba godek cari ilmu-ilmu tentangnya....
BalasPadamblog saya pulak masih baru....
check blog saya jugak....
www.rashidsalim.com