Pernah tak makan kfc atau mcd, lepas tu tak angkat tray dan buang sampah sendiri? Mesti pernah kan? Sebab orang Malaysia biasanya pernah la... jarang tak pernah. Termasuk la aku sekali. Haha...
Aku ada terbaca satu tweet ni yang berbunyi macam kat bawah ni:
Situasi macam kat atas ni jarang la jumpa, Sebab macam lebih2 sangat je aku rasa.. Tapi..
Personally kadang2 aku rasa semacam je bila aku cuba untuk angkat tray dan buang sampah sendiri kat kfc atau mcd ni. Terasa macam seakan2 diperhatikan orang sekeliling. Rasa macam salah je apa aku nak buat tu. Padahal tu la benda yang betul.
Terasa macam di'alien'kan...
Sebab apa?
Kenapa orang Malaysia susah nak buang sampah sendiri lepas makan mcd atau kfc?
Kenapa susah kita nak terima culture buang sampah sendiri di fast food ni?
Sebab kita tak biasa dari kecik makan dalam tray macam kat bawah ni. Kalau kat luar negara, biasanya kantin2 atau cafeteria diorang akan sediakan makanan dalam tray. So bila dah dari kecik terbiasa guna tray dan buang sisa makanan sendiri lepas makan, so akan nampak normal la orang luar negara lepas makan kat fast food je diorang bersihkan meja terus. Dah jadi habit.
Jadi, memang susah sikit nak sedarkan orang kat Malaysia ni bahawa lepas makan kat fastfood patutnya kena buang sampah sendiri. Ada sebab kenapa diorang sediakan tray tu. Untuk kita kemas sendiri la lepas makan. Kena buat kempen kesedaran besar2 sikit baru la boleh ubah mentaliti orang2 kat sini.
Then, ada jugak yang cakap "Biasa la tu, diorang dah bayar service charge, mesti la expect ada orang kemaskan meja.."
Betul ke ada bayar service charge?
Seingat aku kat resit kfc atau mcd takde tulis service charge. Tapi service tax 6% ada la...
Service tax 6% ni memang pergi kat kerajaan terus. Takdenya dapat kat mcd atau kfc pun.
Biasanya kedai makan yang ada service charge ni kalau ada waiter yang melayan je. Kalau self service macam fast food ni biasanya takde service charge. Jadi, bila takde service charge ni kena la kemas sendiri meja tu lepas makan.
Kalau kat negara yang biasa bagi tips kepada waiter, biasanya restoran tu takde service charge. Sebab tips tu dah direct dapat kepada waiter tersebut. Tapi kalau negara Malaysia yang tak biasa dengan culture bagi tips ni... biasanya restoran akan kenakan service charge. Service charge ni restoran patutnya bahagikan kepada waiter-waiter yang melayan tu. Kalau restoran tu makan sorang duit ni tu aku tak tahu la... harap2 restoran kat Malaysia ni tak misuse term ni sudah la..
Tapi ada lagi satu situasi yang mana pekerja sendiri yang tak bagi kita angkat tray sebab takut bos dia marah. Contoh macam kat bawah ni:
So nak kena angkat tray ke tak ni? Angkat salah, tak angkat salah, orang Malaysia ni nak apa sebenarnya? Haha... Kalau dah sampai jadi macam ni korang tak payah la angkat. Cuma kalau kat tempat2 lain tu, sila la kemas dan angkat sendiri tray tu lepas makan. Tak susah mana pun.
Ok tu je la aku nak cite. Kfc dah mahal kan sekarang? Nama meal 'jimat box' tapi jual mahal.. Camne nak jimat oiii kfc? Explain jap. Haha..
Sekian.
Sumber :says.com, quora, khairulabdullah
Baca lagi:
- Kenapa nak publickan benda private kat instagram?
- Tutorial: Cara Install Windows 10 guna pendrive
- Apa nak buat bila air tumpah pada keyboard laptop?
- 6 Ciri-ciri seorang Extrovert
oh..follow Aiman ni on twitter juga eh..btw,sy tajuk entry ni ada dalam to-do-list sy juga..tapi awak dah post dulu so okay la..dah tgk video pasal bipolar disorder? yg dlm talk show Malaynials gn Haze.. buat entry pasal tu please..since sy dah tak byk masa nk menulis..more to reading..so sy nak tgk what would u say about that issue.pernah experience etc..
BalasPadamTak follow dia kat twitter pun. Tgk tweet ni org share kat fb je. Ohh dah ada dlm to do list gak ke? Lambat sgt... sy post dulu la ya. Haha..
PadamBelum tgk lagi video tu. Nanti kalau ada masa sy tgk la. Nak buat entry tu tak pasti lagi. Kalau ada idea boleh la...
And regarding dgn entry bro ley ni..for me personally..its a good practice kalau 2019 ni kita start dgn moral value yang lebih baik..tak kisah kedai tu ada tax atau tak,anggap je kita kemas meja lepas makan tu macam kita nak ringankan kerja orang lain,even if tak la sampai ambik kain lap meja pun..cukup dengan asingkan sisa makanan sendiri and kumpulkan pinggan pun would be enough.kalau kita mudahkan urusan orang lain..Allah pun akan mudahkan urusan kita..kan? :)
BalasPadamBetul2 setuju. Biasa memang sy dah biasa susun pinggan sikit2 gak lepas makan. Lagipun bila dah makan ramai2 ni tak kemas meja tu pulak nampk serabut...
PadamPernah juga sekali 2 nak angkat pinggan sendiri nak kasi kat tuan kedai sebab memang selalu makan situ,. Food court, tapi memang rasa lain macam kalau nak buat cam tu, rasa macam ada orang cakap nak tunjuk rajin . Huhuhu
BalasPadamHaha tula pasal bro. Benda baik skrg ni kalau kita nak buat terasa salah pulak. Buat b nda jahat pulak rasa betul. Terbalik pulak dunia skrg ni...
Padamaku so far kat dua tempat ni memang selalu angkat. terbiasa. pasal org kisah ke tak kisah tu aku dah tak kisah. the heck what people gonna say. hahahah
BalasPadamtulah pasai, sejak dia naik harga, dah masuk dua bulan aku tak makan kfc n mcd....so sad
Fuhh baeek la kau ni. Betul2 pedulikan apa org nak katakan.. asal kita buat benda betul abaikan je la org sekeliling yg pandang lain mcm tu...
PadamHaa kan? Aku pun dah malas nak makan kfc n mcd skrg ni. Dah la makin mahal. Makin muak pun ada kadang2 hahaha.. biasa kalau travel je la aku makan fastfood ni...
buat masa ni, sama ada pergi kfc/McD aku mmg akan kemas je tray lepas makan sbb dah terbiasa tiap kali lps makan mesti nak kemas2 meja. biarpun ada org tgk ke ape ke & blm pnh terjadi kat aku lg manager sound2 gitu. kalo ade pon aku rasa maybe aku akan buat tak tahu je kot & kemas je lah tray tu sbb bkn benda salah pun.
BalasPadamBgus betul kalau semua org perangai mcm kau ni. Bersih muka bumi malaysia ni
Padam