Aku nak straw itu...

Salam guys,

First time tadi aku makan lunch kat kedai tapi minum air sejuk tak pakai straw. Haha.. Memang berdisiplin betul la kedai yang aku makan tadi. Baru je hari kedua tahun 2019 dah terus serta merta tak bagi straw plastik kepada pelanggan. Padahal tadi masa aku order air tu, dia dah nak letak straw kat gelas aku, pastu tak jadi pulak. Hebat jugak penangan kerajaan baru ni kan? Hehe..


Cuma yang aku pelik kenapa dia tak nak bagi aku straw jugak padahal stok straw dia banyak lagi. Nak buat apa je kan simpan straw tu banyak2. Stok straw ada lagi tu bagi je la pelanggan pakai. Aku rasa peniaga ni ada yang terlalu takut jugak tak tentu pasal.

Sebenarnya undang2 tak boleh menyediakan straw plastik kepada pelanggan ni akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 2020 nanti. Tahun 2019 ni kira tahun kesedaran  kepada peniaga2 la. Itu yang sebenarnya patutnya. Tak percaya? Baca la kat sebenarnya.my ni...

Untuk tahun 2019 ni lebih kepada nak bagi kesedaran kepada peniaga dan bagi masa kepada peniaga untuk beralih ke alternatif straw lain yang tak mencemarkan alam. Contohnya, straw kertas, straw besi dan straw silicon. Sebab untuk tahun 2019 ni, kerajaan akan mensyaratkan peniaga kedai makan untuk tidak menggunakan straw plastik kalau nak apply lesen premis/perniagaan.

So, bagi aku kalau kedai makan tu masih ada lagi stok straw plastik tu, bagi je la pelanggan pakai sampai stok tu habis. Nanti dah nak dekat renew lesen nanti ready je la buang semua straw plastik tu. Aku rasa macam membazir pulak diorang ada straw tapi tak pakai. Kan? Kan?

Btw, undang2 tak boleh pakai straw plastik ni hanya terpakai kepada peniaga sahaja. Untuk kita2 pelanggan ni boleh je pakai tapi kena bawak dari rumah la haha.. Mungkin lepas ni peminta sedekah pun start jual straw pulak la, dah tak main dah jual2 tisu ni. Baru la masyuk kan....

So, macam mana hari korang pada tahun 2019 ni? Apa perubahan ketara yang dah berlaku? Share la sikit..



Baca lagi:




9 ulasan:

  1. Haah kan...takkan sampai macam tu sekali kot? take it slow la...
    plastik punya rule pun main selam timbul je undang2 dia...huhuhu

    2019?
    so far so good. alhamdulillah. cuma final exam masih tak settle sampailah 18 jan ni...doakan aku lulus bro hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good luck for final exam sofia..study mana tu?

      Padam
    2. thank you husna! ^_^ really needed that for this life. hahah
      study kat USA. (sila baca uitm shah alam)

      Padam
    3. Good luck moga kau dapat score dgn cemerlang dalam final exam sofie. Nasib tak terlambat wish...

      Padam
  2. Tapi untuk saya pulak..i don't mind kalau kedai tu tak bagi straw kalau pakai cawan..kalau beli barang pn sy tak mintak plastik..even org tu ckp plastik tu free..melainkan beli terlalu byk brg then terpaksa la..back to ur story,mungkin org kedai tu simpan straw tu untuk org yg take away..beli air bungkus ke kn..same concept mcm mcd..tapi tu mmg permulaan yg bagus untuk kedai tu to save the earth..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Make sense jugak la dia simpan utk yg bungkus. Tapi kedai tu biasanya org makan situ terus byk.. jarang2 la org bungkus.

      Kalau yg plastik tu sama sy biasa tak mintak plastik. Sbb kena bayar 20sen plastik, jadi dh malas nak mintak plastik dah..

      Padam
  3. salam tahun baru Bro Ley! moga belum terlambat wish hahaha.
    aku pun heran gak jenis yg tak dan-dan nak stop semua benda ni.
    rilek-rilek sudahlah. ataupun maybe peniaga2 ni takutlah nti kena
    saman ke ape ke bila diorang bagi guna jugak stock yg ada tu.
    mcm kat company aku keje ni (TM Unifi) ada kena download apps & collect point pastu nti blh redeem metal straw siap ada logo company. cool kan? hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh ana dtg lagi! Haha.. Kau dh tukar keje ke skrg. Ingat main2 internet lagi..

      Selamat tahun baru gak! Diorg takut la kot sbb tiba2 je semua benda tak boleh. Tapi rule 2020 baru effective tu yg diorg tak perasan..

      Pehh nice gila dapat metal straw. Org luar macam aku boleh dapat gak tak kalau kumpul point TM ni? Tak dpt keje TM dapat straw pun jadi la. Haha..

      Padam
    2. weyhh ape kau ingat ak Tora datang lagi ke ape? hahaha. aku tak tukar keje lah masih keje lama je.


      metal straw tu hanya staff yg ade staff id je blh dpt sbb kena download apps & collect point ikut arahan kat situ. sory weyhh hahaha

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...