Kalau suami cuma reti baca 3 Qul, jangan perlekehkan

Salam, guys.

Angin tak ada, ribut tak ada tiba2 aku nak cerita pasal hal rumahtangga. Apehal?Haha..
Tapi, takpe kan. Bukan salah pun nak kongsi something kan...



Hari tu aku ada dengar ceramah. Ustaz tu cerita pasal surah2 yang afdal dibaca dalam kehidupan seharian. Actually, surah2 yang dia bagitahu tu semua surah2 biasa yang kita familiar.

First dia cerita pasal Al-fatihah. Ni surah yang paling afdal di antara semua surah walaupun sangat2 lah biasa kita baca. Lepas tu dia cerita pasal surah Al-ikhlas. Al- ikhlas ni kalau baca seumpama baca 1/3 al-quran kata ustaz tu. Dia ada refer satu hadis sohih. Aku tak ingat hadis tu dan buku hadis yang dia refer tu.

Dalam hadis tu ada cerita, masa zaman nabi Muhammad SAW ada dua pemuda. Untuk pendekkan cerita, yang sorang ni selalu dengar seorang pemuda lagi baca surah al-Ikhlas berulang kali. Lalu, pemuda yang dengar ni pergi jumpa nabi Muhammad SAW dan cerita mengenai perkara tersebut. Mengikut hadis, masa dia menceritakan peristiwa tu, j dia seolah2 memperlekehkan amalan pemuda yang duk ulang baca surah Al-ikhlas (Qulhuwallahuahad.....) tu.

Macam kalau kita dalam seminggu asyik dengar imam baru baca surah yang sama tiap2 hari. Mesti akan ada yang cakap2 dan pertikai kenapa imam baru ni baca surah Al-ikhlas je? Macam mana boleh dilantik jadi imam? Tak pun, kalau isteri cakap dalam hati kenapa suami aku asyik baca surah Al-Ikhlas je tiap kali solat? Takkan tak ada surah lain? Haaa.. macam tu la lebih kurang...

Nak tahu apa jawapan nabi Muhammad SAW?
Nabi Muhammad agak marah bila pemuda yang bercerita tadi tu seolah2 memperlekehkan amal ibadah orang tu dan terus bagitahu bahawa sesungguhnya setiap kali dibaca surah Al-ikhlas, seolah2 dia telah membaca 1/3 daripada Al-quran. So, kalau kita nampak seseorang beribadah walaupun dia hanya amalkan something yang terlalu basic, please jangan perlekehkan apa dia buat. Kita tak tahu entah2 dah dicatat berulang kali dia khatam al-quran sebab baca surah Al-Ikhlas berulang kali tu...

Lepas tu ustaz tu ada cerita lagi pasal surah Al-falaq dan suran An-Nas. Dia cerita kalau sebelum turun surah ni Nabi Muhammad SAW amalkan banyak doa2 untuk lindungi diri dari jin dan 'ain manusia. Tapi lepas turun dua surah ni, nabi terus amalkan dua surah ni dan bukan lagi doa yang biasa dia amalkan tu. So, kalau nak elak dari kena kacau malam2 tu boleh la cuba amalkan surah ni.

Ok la tu je kot untuk entri ni. Yang ustaz ni cerita based on hadis sohih. Tapi aku tak ingat buku hadis mana dia refer sebab aku dengar je tak catat apa2. Haha... So, aku catat kat blog ni je tapi sorry la sumber takde. Semoga bermanfaat entri ni.
Salam guys.

8 ulasan:

  1. Surah al Ikhlas kalau sehari baca tiga kali, dapat pahala berganda ganda ganda ganda. Senangnya lahai nk dpt pahala, tggl buat dgn tak je :')

    Thanks bro. At least entri ko ni menyedarkn aku dr lena, huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah kadang2 benda2 simple macam ni pun kita susah nak buat. Lagi byk masa habis dengar lagu dan cakap benda2 tak faedah je selalunya..

      Eh sorry2. Tido ke selama ni? Tak tahu pulak tengah lena. Dah2 pergi sambung tido balik. Haha...

      Padam
  2. thnakyou for this nice sharing Bro. :) Allah bagi surah yang mudah utk kita mudah amalkann

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, surah dah mudah dah. Tinggal nak buat dgn tak nak je... Sama2 la kita amalkan. Mana tahu amalan yg macam ni la yg bawak kita masuk syurga.

      Padam
  3. Itulah walaupun surah Al-Ikhlas itu pendek aje tapi hikmahnya besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Pendek dan senang nak hafal. kebaikan dia pun banyak. Bila2 masa je pun boleh baca surah ni.

      Padam
  4. Thank you for this positive charge. hahaha.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...