Mungkin ini keadaan kewangan anda jika baru berkahwin

Salam.

Selalu bab kahwin ni orang cerita dan argue pasal duit hantaran.
Yang lelaki cakap perempuan demand hantaran tinggi2.
Yang perempuan pulak cakap duit hantaran tu nak test lelaki tu bersungguh atau tak.
Lepas tu lelaki balas balik dan mention banyak lagi cara lain untuk test lelaki.

Sampai ke sudah tak settle. Pastu sorang2 pergi confess dan bagi dia punya pendapat.
Kejadah dia....Hahaha...


Aku malas cerita bab hantaran.
Cuma aku ada la buat kira2 sikit macam mana keadaan kewangan bagi pasangan yang baru berkahwin.
Nampak jugak la bezanya...

Kalau sebelum kahwin lelaki rasa ok je sebab belanja untuk seorang. Tapi lepas kahwin kena tanggung untuk dua orang sebab dah ada isteri kan... So mesti rasa culture shock kejap sebab semua jadi double. Nak2 kalau hantaran pun dah tinggi sangat, memang struggle la nak survive dengan hari2 yang mendatang lepas kahwin tu.

So, aku ada buat kira2 secara average je la beza perbelanjaan bila lelaki tu bujang dengan selepas dah berkahwin. Korang boleh tengok sendiri.


Kalau seorang bujang bawa kereta:

Makan = RM450 (RM15 X 30 Hari)
Minyak = RM160 (RM40/seminggu x 4 minggu)
Tol = RM60 (RM2/ sehari x 30 hari)
Ibu Bapa = RM100
Topup/Internet = RM40
Bil = RM50
Parking = RM210 (RM7/hari x 30 hari)
Sewa Rumah/bulanan rumah = RM250
Takaful/Insurans = RM170
Kereta = RM250
Pinjaman Pelajaran = RM100
Lain-lain = RM100
Jumlah bulanan = RM 1,940


Kalau kedua2 suami isteri bawa kereta

Makan = RM900 (RM15 X 30 Hari) x 2 orang
Minyak = RM320 (RM40/seminggu x 4 minggu) x 2 orang
Tol = RM120 (RM2/ sehari x 30 hari) x 2 orang
Ibu Bapa = RM200
Topup/Internet = RM80
Bil = RM50
Parking = RM420 (RM7/hari x 30 hari) x 2 orang
Sewa Rumah/bulanan rumah = RM800
Takaful/Insurans = RM170
Kereta = RM500
Pinjaman Pelajaran = RM200
Lain-lain = RM200
Jumlah bulanan = RM 3,960
 Ni kalau kedua suami isteri bawa kereta (Kereta + Kereta)




























Kalau seorang bujang bawa motor:

Makan = RM450 (RM15 X 30 Hari)
Minyak = RM32 (RM8/seminggu x 4 minggu)
Tol = Tiada
Ibu Bapa = RM100
Topup/Internet = RM40
Bil = RM50
Parking = Tiada
Sewa Rumah/bulanan rumah = RM250
Takaful/Insurans = RM170
Kereta = Tiada
Pinjaman Pelajaran = RM100
Lain-lain = RM100
Jumlah bulanan = RM 1,292


Kalau suami bawa motor & isteri bawa kereta:

Makan = RM900 (RM15 X 30 Hari) x 2 orang
Minyak = RM192 (RM40/seminggu x 4 minggu) + (RM8/seminggu x 4 minggu)
Tol = RM60 (RM2/ sehari x 30 hari) + Tiada
Ibu Bapa = RM200
Topup/Internet = RM80
Bil = RM50
Parking = RM210 (RM7/hari x 30 hari) + Tiada
Sewa Rumah/bulanan rumah = RM800
Takaful/Insurans = RM170
Kereta = RM250 (seorang)
Pinjaman Pelajaran = RM200
Lain-lain = RM200
Jumlah bulanan = RM 3,312
Suami naik motor, isteri naik kereta (Kereta + Motor)


Kalau ikut yang aku kira2 ni nampak la lelaki masa bujang walaupun gaji biasa2 masih boleh nak survive dengan kehidupan seharian.

Tapi kalau dah kahwin?

Nampak kot perbelanjaan tu bertambah. Memang orang selalu cakap lepas kahwin lagi murah rezeki. Tapi tak semua orang mengalami nasib yang sama. Bukan aku nak nafikan quote "rezeki bertambah selepas berkahwin", cuma ada kalanya rezeki tu datang lambat sikit daripada orang lain.
So, awal2 tu kena la struggle sikit.

Jadi kalau awal2 masa nak kahwin dah terlalu fikirkan pasal duit hantaran, pada aku dah lari dari priority sebab keutamaan yang sepatutnya adalah kehidupan selepas berkahwin.

Buat saving dan manage kewangan pun tak boleh la terlalu fokuskan pada nak saving untuk duit hantaran semata-mata, tapi kena jugak start control dan manage duit tu untuk kehidupan selepas berkahwin. Korang boleh tengok sendiri kira2 yang aku buat tu.
Aku bagi contoh la....

Contoh kalau lelaki tu sebelum kahwin gaji dia rm1800 dan dia cuma bawa motor pergi kerja, still boleh jugak dia saving.
Tak kisah la saving untuk kahwin ke atau untuk benda lain.


Cuba bayangkan lelaki yang sama dengan gaji yang sama dah berkahwin dan ada tanggungan isteri pulak. Makin bertambah kan kos dia?? 


Boleh nampaklah kenapa ramai zaman sekarang ni suami isteri bekerja. 
Memang nafkah isteri tu tanggungjawab suami. Tapi kalau dalam situasi macam ni, isteri kena la tolong apa2 yang patut. Sebab suami tu pun dah tak boleh nak saving dah sebab tiap2 bulan dah guna duit gaji untuk bayar perbelanjaan tetap dan bagi nafkah isteri. So duit gaji tiap2 bulan silap2 negatif sebenarnya kalau dah semuanya lelaki yang tanggung. Untung kalau dia ada balance saving lagi dalam akaun dia.

Ni aku cerita kalau gaji lelaki tu rm1800 dengan perbelanjaan yang macam kat atas ni la.
Tapi kalau ikutkan, lelaki ni ada ego dia.

Tak mungkin dia nak maintain gaji yang sama jugak lepas dah kahwin. Dia nak jugak rasa berguna sebagai suami dan mampu serba-serbi. So, mungkin dia akan cuba jugak buat OT banyak2, cari side income dan buat part time sampai sanggup bekerja 18jam sehari.

Jadinya, kalau dah busy sangat buat kerja, mana ada sangat masa untuk family pulak kan?? Mungkin isteri pulak terabai nanti... Dah jadi konflik pulak. Nak lebih masa bersama atau nak nafkah completely provided?

Sumber gambar
Tapi sekarang ni aku rasa ramai je isteri yang sanggup bantu suami dan tolong bayarkan juga sebahagian komitmen bulanan diorang. Bagus perempuan macam ni. Tahniah aku ucapkan. Cuma jangan mengungkit dah la.... Sebab kalau dah start ungkit tu dia akan membawa pulak kepada perangai tak baik yang lain. Contohnya, bila dah start ungkit, mulalah tak hormat suami, compare life dengan orang yang senang, jadi tak bersyukur dan seterusnya derhaka pada suami.

Ok aku dah membebel apa entah ni. Aku sebenarnyan nak share pengiraan yang aku buat tu je. Jadi banyak cerita pulak. Haha..

Saja je aku nak tunjuk sikit keadaan dari segi kewangan selepas berkahwin ni.
Maybe ada yang tak ada masalah kewangan pun lepas berkahwin.
Tapi, aku percaya ada juga sebahagian pasangan yang ada problem dari segi kewangan ni.
Walaupun manageable tetapi aku percaya ada yang betul2 struggle untuk ke tahap 'manageable' tu kan?

So aku doakan semua yang ada masalah ini dipermudahkan urusan dan diberkati serta dilimpahi dengan rezeki yang bermanfaat.
Ok aku sudahi entri ini dengan 2 soalan.

Untuk lelaki:

Korang sebagai lelaki suka isteri korang bekerja atau duduk rumah settlekan kerja2 rumah?

Untuk perempuan:
Korang sebagai perempuan lepas kahwin lebih suka duduk rumah settlekan kerja2 rumah atau bekerja?


10 ulasan:

  1. dua2 kot...tp prefer ada kerja dululah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana boleh lebih suka dua2 weh.. Lebih suka mestilah salah satu je. Adoii haha..

      Maksudnya kau lebih suka kerja tapi bila dah ada anak maybe kau lebih nak duk rumah pulak. Kan? Kan?

      Padam
    2. hurm....entahlah! hahahah..maybelah kot..tapikan misalnya kalau aku dpt kerja yang memang aku cinta mati giler, aku akan kerja je kot...tapi tulah...susah pulak kan? sebabnya aku xnak anak aku orang lain jaga...tak best! hahahahah

      Padam
    3. Hmmm yelah yelah... Susah nak faham perempuan ni. Nak tapi tak nak. Kau tunggu je lah saat tu nanti baru jawab balik. Haha..

      Padam
  2. ekonomi skrg memang memerlukan suami siteri berkerja. plus dengan nafsu dan godaan brg2 online kahkahkah. aku pilih kerja. aku tak kahwin lagi so aku tak boleh nak bagi exact reasons tapi it's not actually about money, tapi lebih kepada aku tak boleh tak kerja. rasa bengong hahaha. plus ada duit sendiri lebih mudah nak shopping haha. nak bantu apa yg patut, if anything happens, ada backup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Disebabkan nafsu dgn barang online kau decide nak kerja. Bahaya kau ni.. Nafsu takkan pernah puas weh..

      Tu la ekonomi skrg nampak macam dua2 kena kerja. Tapi depends jugak dgn rezeki. Kalau ekonomi tak ok tapi gaji still masyuk, boleh je kalau suami sorg kerja.

      Basically kau tak boleh tak kerja sebab kalau duduk rumah nanti kau rasa kau tak produktif, tak berguna, member2 pulak semua kerja, tak boleh la kau nak upload gambar yg yg kau pun tengah kerja jugak kan? Haha...

      Skrg maybe kau fikir camni kot. Nanti bila kau dah ada anak, kena jentik sikit hati kau, maybe kau terus rasa nak jaga anak kat rumah je kot... Ramai gak yg macam tu...

      Btw, baiknya tak kerja kat office ni adalah stress tu tak la terbawak2 ke dalam rumah.

      Padam
  3. Kalau suami mampu tanggung isteri tak perlulah kerja.
    Kebanyakkan isteri pun memang suka tak payah kerja tapi kalau suami tak mampu setakat cakap kosong aje baik tak payah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 ada yg suami mampu pun isteri nak kerja jugak sebab rasa awkward tak kerja. Depends on perangai masing2 jugak.Tapi betul la sepatutnya kalau suami mampu tak perlu dahh isteri bekerja. Tapi Kalau tgk ekonomi skrg dah susah dah nak nampak suami kerja sorang.

      Btw, macam tak puas hati je komen Mrs A ni... Rilek2 huhu :)

      Padam
  4. walau umur jauh lagi nak kawin tapi nk jwb soalan tu hehe kalau Ainaa lah lebih suka kerja & kerja rumah plk molek lagi klau diuruskn laki bini. tapi kalau dah suami xnak isteri kerja duk rumah jela jwbnya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe2 jawab je. Bagus2 fikir camni. Nak sama2 uruskan kerja rumah dan dengar cakap suami kalau tak bagi kerja. Nampak ada masa depan yg cerah ni. Haha..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...