Bawah ini adalah 4 jenis personaliti plus tersebut:
1) Sanguine (extrovert)
123rf.com |
Sekiranya punyai minat atau hobi terhadap sesuatu, mereka akan cepat bosan dan meninggalkan hobi tersebut apabila pada mereka rasakan ianya tidak lagi menarik. Kelebihan mereka adalah senang bergaul dengan orang lain. Suka bersembang dan tidak malu. Mereka sangat yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Secara keseluruhan, mereka ini adalah seorang yang periang, barhati baik, mudah didekati dan optimistik dalam kehidupan.
2) Choleric (extrovert)
dreamstime.com |
Mereka sangat efisyen dalam melakukan sesuatu tugas. Tidak suka bertangguh dan selalunya mengamalkan konsep 'Do Now'. Mereka mampu mempengaruhi dan membantu personaliti lain seperti 'phlegmatic' untuk jadi lebih bersungguh. Tetapi sekiranya mereka terlalu bangga dengan sifat dalam diri, boleh menjadikan mereka seorang yang zalim dan sangat 'bossy'.
Mereka suka mempunyai kuasa atau autoriti dan sangat bijak dalam merancang kerana perancangan mereka seringkali dapat menyelesaikan masalah. Kelemahan adalah mereka cepat murung atau 'down' saat mereka gagal dalam melakukan sesuatu perkara.
3) Melancholic (introvert)
lovethelittlethings |
Mereka juga seorang yang sensitif. Sering sahaja memikirkan masalah yang kadangkala tidak terlalu berkait rapat dengan diri. Maka, mereka mudah berasa resah apabila terlalu memikirkan akan sesuatu. Mereka juga seorang yang 'perfectionist'. Sangat pentingkan kesempurnaan dalam menyelesaikan sesuatu.
Melankolic juga merupakan seorang introvert dan mampu untuk bekerja sendiri. Sangat inginkan untuk cemerlang dalam bidang yang diceburi. Antara perkara negatif adalah apabila mereka terlalu banyak dan fokus memikirkan sesuatu, mereka senang lupa perkara yang lain. Sifat mereka yang berhati-hati membantu mengelakkan mereka dari terlibat dalam banyak masalah tetapi sifat ini juga yang menyebabkan mereka bertangguh untuk bertindak kerana sentiasa dalam fasa merancang.
Mereka tidak sukakan perhatian dan lebih gembira sekiranya kerja mereka dihargai walaupun hanya duduk di belakang tabir.
4) Phlegmatic (introvert)
123rf.com |
Sentiasa rasa cukup, konsisten dan baik hati. Yang paling penting pada mereka adalah ketenangan dan keamanan. Dan sebolehnya mereka akan cuba menyelesaikan sebarang konflik dan cuba mengelak dari berlaku sebarang perbalahan. Sikap bertoleransi menjadikan mereka seorang yang mudah menerima dan bersikap penyayang serta mudah mendapat kawan.
Mereka sangat berkebolehan menjadi pendamai kerana objektif dalam hidup mereka adalah mencapai ketenangan dan keamanan serta jarang menghakimi perangai seseorang. Mereka lebih suka memerhati keadaan. Disebabkan mereka seorang introvert, mereka juga mungkin seorang yang pemalu dan lebih gemar kestabilan hidup daripada melakukan sesuatu yang terlalu berisiko. Sikap ini juga boleh jadi negatif apabila mereka tidak mahukan perubahan yang lebih baik dalam hidup.
Mereka mampu menjadi pentadbir atau pendamai yang baik disebabkan perangai mereka yang konsisten, tenang, rasional, memerhati dan perasaan ingin tahu yang tinggi. Mereka lebih banyak bersifat pasif berbanding agresit. Tetapi masih mampu menjadi agresif sekiranya mempunyai matlamat yang jelas dan dikelilingi orang yang agresif.
.
.
.
.
.
Aku dah pernah juga tulis pasal ni sebelum ni kat entri ni. Cuma kali ni aku tulis lebih detail lagi mengenai keempat-empat jenis personaliti ini.
So korang boleh relate dengan yang mana?
Rujukan website:
1. Psychologia.co,
2. Learningmind.com
Rujukan buku: Personality Plus by Florence Littauer
Quiz personality plus: gotoquiz.com
yg selalu dgr introvert & extrovert je. yg lain2 tu baru ni tawu hehe
BalasPadambetul orang dah biasa sangat dan ramai dah tahu introvert & extrovert ni. Yg tak ramai tahu ada penjelasan lebih dalam lagi dalam kedua-kedua personaliti tu..
PadamSeptember dah weyh. Entry baru mana? =P
Padam@anamizu
PadamHaha... entry baru lambat sikit sebab kena buat research dulu...
detail explanation. bagus r kau ni kasi terang sikit dunia personaliti. rasanya ada lagi kan yang lain2? nnti ko share pulak yang tu. selain dari mbti, yg ni pun aku dah buat. cuma ada lagi yang nombor apa benda tah, yg tu aku blom buat lagi. tunggu ko explain baru aku buat. hahahaha
BalasPadamseronok rasa bila dapat kenal pasti personaliti sendiri, pastu kita dpt faham jugak personaliti orang. dan buat kita lebih bersikap terbuka dalam bermasyarakat. ^_^
Betul ada banyak lagi. Yang mbti tu lagi details. Cuma mbti tu kadang2 kena baca jugak explanation dia. Ada yang kena dan ada yang tak kena pulak masa aku buat test hari tu. So, aku tulis personality test yang paling accurate untuk diri aku dulu. Maybe mbti test atau test2 yang lain tu lebih sesuai untuk orang lain.
PadamKeputusan mbti bro ley apa? Apa yang bro ley rasa tak sama? Saya ada terbaca kena tengok laman web yang kita buat test. Ada pendapat cakap sesetengah website tidak tepat ujian, contoh website 16 personalities.
Padamintrovert je :D
BalasPadamHaha gitu je eh senang. Introvert ni dah terlalu ramai orang mengaku. So aku bagi yg details sikit supaya lebih kenal kita ni introvert yang macam mana.... Btw test atas ni boleh jadi combination of personality result dia. Cumanya kita akan ada satu karakter dominan berdasarkan apa yg aku tulis kat atas ni.
PadamBro ley yg mana satu? Sy rase sy 1 tp rasa mcm no. 4 jugak... Ntah la...
BalasPadamSy dominan no 4(phlegmatic) Kedua score tertinggi no 3(melancholic).
PadamMemang semua org boleh ada empat2 ni semua. Cumanya akan ada satu yg dominan. Maksudnya kalau buat test ada satu yg dpt skor tertinggi. Itulah biasanya karakter kita..
yg no 3 tu mcm aku je., keke😁
BalasPadamMemang betul lah kot tu. Tak salah pun kita masuk kategori yang mana. Yang penting reti polish kekuatan kita dan cuba perbaiki kelemahan kita.
PadamLimaza ya akhi?
BalasPadamMaaf bertanye...bole Saya dapatkan emel awak?utk bertanye sesuatu
BalasPadamHi adiba.
PadamEmel sy ada di bahagian contact. Atau boleh email kat sini: broley000@gmail.com
Ok saya melankolik
BalasPadamTerima kasih berkongsi😊
PadamSaya pernah kursus pasal ni. Ada borang soal selidik khusus utk tentukan kita ni ciri² yg mana 1
BalasPadamYup memang cara nak tahu kita yg mana akan ada soalan2 nya. Dalam buku yg saya baca tu pun ada soalan. Kita boleh jawab n kira sndiri markah utk tahu kita ni perangai mana satu..
PadamSaya melankolik (introvert)
BalasPadamThanks for sharing😊
Padamintrovert tp sanguine ada sikit cne tu
BalasPadam