Pakej Unlimited Hotspot dan Unlimited Wifi mana paling berbaloi?

Salam guys.

Sebelum ni aku pernah pakai umobile U28 yang 3gb quota internet tu. Ni masa awal2 aku berblog la aku pakai. So kejap je dah habis kalau buat internet sharing. Nak update blog pun susah haha... Sekarang umobile pun dah start buat pakej unlimited internet. Tapi internet sharing pulak kena charge ikut quota. Ni semua sebab webe la mulakan dulu internet sharing ada quota. Kan dah semua terikut2...


Tapi kalau korang jenis tak pakai hotspot sangat, then berbaloi je pakai umobile gx30 atau gx50 unlimited internet tu..
Memang murah cuma coverage tu bergantung kat mana kawasan korang duduk la.. Nak tahu kat mana ada coverage, sebelum try sesuatu pakej tu download dulu aplikasi OpenSignal ni.
Pakai app ni boleh tahu telco mana yang ada line kat tempat korang. So boleh la agak telco mana yang sesuai dengan korang.

Alright... so sekarang aku nak cerita pasal pelan2 internet yang ada kat Malaysia. Korang maybe dah tahu kot... Tapi takpe aku nak cite gak. Haha...
Sebelum ni aku ada tercari2 pelan internet terbaik yang sesuai untuk aku. Pening jugak nak pilih...dengan masa tu unifi tengah full port pulak kat kawasan rumah aku...memang aku research pasal internet je memanjang... So kalau aku dah kumpulkan semua pelan unlimited internet kat blog ni, aku harap lebih senang la pembaca yang baca blog aku ni nak buat pilihan internet terbaik untuk korang nanti....

OK....
Biasanya plan internet yang unlimited ni akan pakai cable fibre macam Unifi, Maxis dan TIME. Tapi kalau tempat korang unifi tak masuk2 lagi, korang jangan risau. Still ada internet unlimited lain yang boleh pakai. Aku faham ada yang pakai streamyx tu masih tak dapat upgrade2 lagi ke unifi. Dah la streamyx lagi mahal daripada unifi, memang sedih la... OK..takpe nanti aku cerita alternatif lain dia apa..


Kat bawah ni antara Unlimited Internet Sharing/Hotspot dan Unlimted Wifi yang ada kat Malaysia ni:




Unifi ni memang popular la dengan unlimited internet. Aku pun sebelum ni pernah pakai unifi yang RM 129 tu. Dulu 30 mbps je, sekarang dah 100mbps unlimited quota. Memang berbaloi pakai sebab dapat Unifi TV sekali. Speed pun sedap bila pakai internet fibre ni. Dengan adanya unifi ni memang aku dah takde la nak subscribe astro lagi. 

Kalau nak tengok tv memang aku layan Unifi TV je, kalau nak layan movie aku tgk kat Youtube dan Netflix je..,dan kalau nak tengok bola pulak biasa aku masuk website ronaldo7.net. Kat situ memang banyak link nak tengok bola boleh pilih. So astro dah tak relevan sangat bagi aku.

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019




Kalau nak bandingkan TIME vs Unifi. Memang TIME jauh lebih murah. Tapi TIME ni dia racist hahah.. Dia pilih kawasan2 yang high end je dan kawasan2 yang tinggi macam condo atau apartment. Kalau landed house jarang dia masuk.

Tapi pakej TIME memang murah dan berbaloi. Untuk unlimited 100mbps baru RM99 sebulan. Kalau 500mbps baru RM 139 sebulan, dan kalau korang memang jenis nak tengok movie 4k je diorang siap ada speed 1gb lagi. Tu pun baru RM199 sebulan. Tapi kalau speed sampai 1gb ni korang nak buat apa sangat sebenarnya? haha.. Untuk normal usage,  speed 30 mbps yang stable pun dah sangat2 cukup untuk dipakai kebanyakan orang. Kalau dah speed 1gb tu memang download movie dua saat je dah siap. Tapi poket barai la sebab agak tinggi bulanan...

So kalau ada rezeki tempat korang ada TIME, better la pilih TIME sebab pada aku ni paling berbaloi dengan speed yang ditawarkan.

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019




Maxis Fibre so far pada aku yang paling murah. Unlimited quota pada speed 30 mbps dah boleh dapat dalam RM89 sahaja sebulan. Speed dia pun stable. Sebab aku sekarang pakai Maxis Fibre ni. Kalau buat speedtest memang nampak speed naik sehingga 100mbps then dia akan capped ke 30mbps sebab pakej aku hanya speed 30 mbps sahaja. So dari segi speed jangan risau takkan kurang dari 30 mbps.

Kalau korang rasa tak cukup speed 30 mbps, then Maxis pun ada tawarkan pakej RM 129 sebulan untuk speed 100 mbps sama macam unifi. Kalau untuk pakej 100mbps ni better la ambil pakej dari unifi sebab korang akan dapat pakej unifi TV sekali.  Lagipun kalau ambil direct ke TM Unifi terus, customer service dia lebih reliable. Kenapa aku cakap lebih reliable? Sebab Maxis fibre ni pun bergantung kepada TM gak. Kalau kat tempat korang takde Unifi, maka takkan ada la Maxis fibre ni kat situ. Kalau tempat korang dah full port unifi maka untuk Maxis fibre pun akan full port jugak. 

So Maxis ni berbaloi ambil pakej RM89 sebulan tu je. Kalau yang lain, tak cukup berbaloi pada aku. 

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019




Ok untuk Digi ni adalah penyelamat kepada pengguna Streamyx. Sebab Digi bukanlah pakej fibre internet, tapi ianya pakej postpaid unlimited internet. Pakej Digi Infinite 150 antara satu2nya pakej postpaid unlimited yang ada kat Malaysia sekarang ni. Macam mana dengan speed? Speed akan bergantung  kepada jenis modem apa korang pakai. 

Ada yang boleh cecah speed 200mbps
Ada yang boleh cecah speed 100mbps
Ada yang dapat 30 mbps sahaja
Ada jugak yang dapat bawah 10 mbps.

Semuanya bergantung kepada Modem apa korang pakai dan kawasan mana korang duduk. Pakai Digi ni senang je. Mula2 korang kena beli modem yang boleh support simcard dulu. Kat shopee banyak. Antara yang berbaloi dan murah aku pakai modem Tenda yang boleh masuk simcard.

Just masuk simcard Digi, bukak suis plug modem korang tu. Tadaa.. dah boleh guna internet wifi kat rumah korang. Kalau korang masih pakai streamyx tu aku rasa better la pakai Digi Infinite 150 ni. Harga dia RM150 sebulan. Pengalaman aku pakai speed terbaik pernah aku dapat dalam 18mbps sahaja. Mungkin modem aku bukan modem bangsawan. Kalau pakai modem/router bangsawan macam huawei B618 ni, aku tengok ada pengguna yang boleh dapat sampai 100mbps. Memang puas hati beb speed laju camtu...

Tapi sebab aku pakai modem/router Tenda 4G680 beli kat shopee je.. so memang tak boleh nak expect speed maximum la.. Tapi 18mb pun ok je aku boleh je streaming bola live. So takde masalah sangat. Kalau korang pakai Digi Infinite ni  korang kena join group facebook Digi Postpaid Infinite Community . Group tu sangat aktif dan semua sangat2 membantu. 


5) Celcom Home Fibre



Kalau korang duduk Sabah pulak ada lagi satu tambahan internet dari celcom home fibre ni. Harga cuma RM80 sebulan sahaja pada saat aku menulis ni. Speed pun boleh tahan 40mbps. Tapi khas untuk orang Sabah je la. Aku pun tak pasti kenapa Sabah je dia offer.

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019




Kalau korang still tak nak ada komitmen dengan postpaid atau home fibre, ni ada lagi satu pakej prepaid je tapi boleh jadi unlimited hotspot quota dari unifi mobile. Macam mana nak jadi unlimited hotspot tu? Korang just subscribe je dia punya pakej mingguan RM20 untuk unlimited data. So kalau subscribe sebulan terus, kira RM20 x 4 minggu. Jadi jumlah bulanan korang kena bayar adalah RM 80 sebulan untuk unlimited data.

Tapi berbaloi ke? Pada pendapat aku setelah menggunakan unifi mobile ni, speed kurang laju. Paling laju aku dapat buat hotspot dalam 3 mbps sahaja maximum. Itu pun dah masuk dalam modem. Kalau pakai hotspot phone je memang lagi slow rasanya..Pakej ni more on flexibility je..

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


7. Astro Broadband Bundle



Haaa... astro pun sekarang dah tawarkan internet fibre. Untuk astro ni dia bundlekan pakej channel Astro bersama2 dengan internet fibre dari TIME dan jugak dari Maxis Fibre. Harga pakej untuk speed 30mbps baru RM89 sebulan, manakala untuk speed 100mbps harganya RM 129 sebulan.
Tapi kalau subscribe dengan astro ni... untuk pakej channel tu ada additional harga kena tambah. Contohnya RM89 sebulan untuk fibre internet + RM39.95 untuk family pack astro. So total jadi RM 128.95 jugak la...

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


............................................

SPECIAL CASE

Sekarang ni TNB ada buat testing untuk infrastruktur internet TNB dia kat Jasin, Melaka. Jadi kat Jasin sekarang ni ada lebih banyak lagi pakej unlimited internet ataupun fibre internet. Kebanyakan telco dah join untuk menggunakan infrastruktur TNB bagi pakej2 yang ditawarkan kat Jasin. Syok gak la, dah la banyak yang murah2... Yang korang tak pernah dengar pun ada...


So ni pakej2 yang ada kat Jasin, Melaka:

1) City Broadband


Pakej City Broadband ni sangat murah... Pada harga RM 79 sebulan pun dah boleh dapat unlimited internet dengan speed 50mbps. Memang dah cukup2 berbaloi pada aku dengan harga dan speed dia. Untung betul orang Melaka ni...

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


2) Celcom Home Fibre



Celcom home fibre yang sebelum ni ada kat Sabah sahaja pun sekarang dah available kat Jasin Melaka. So orang2 sabah dan orang2 Melaka boleh la cuba internet dari celcom ni. Sekarang harga kira murah dah aku rasa. RM80 sebulan unlimited. Memang betul2 dah competitve sekarang pakej2 internet kat Malaysia ni.

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


3. Digi Home Fibre


Fuhh... Digi pun join sekali offer pakej unlimited internet fibre kat Jasin ni. First time aku dengar Digi offer home fibre ni. Kat tempat2 lain semua orang masih pakai Digi postpaid Infinite 150 lagi. Kat Melaka dah tak risau speed tak stable dah. Bila internet fibre ni biasanya speed stable. Memang tak aci betul asal orang Melaka je dapat ni .Huaarhh.. haha..

Digi Home Fibre ditawarkan pada harga RM95 sebulan dengan speed 50 mbps. Not bad.. Lebih laju daripada Maxis Home fibre yang aku pakai sekarang ni.

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


4. Astro Broadband Bundle


Kalau kat Jasin pulak Astro Broadband bundle dia lebih murah sikit. Family pack + Internet speed 50mbps baru RM 99 sebulan. Kira berbaloi jugak pada aku. Dah la dapat internet stable, pastu boleh pulak layan astro punya channel. Ulang2 pun takpe la haha... Yang lainnya kat Jasin ni pakej internet dia under City Broadband. Kalau kat website astro setakat aku tulis ni.... belum ada lagi ditawarkan untuk sebarang penyertaan untuk pakej ini. Mungkin sebab ianya hanya untuk penduduk Jasin sahaja maka tiada tawaran dibuat melalui website.

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


.................................

Fuhh banyak gak kan pakej internet unlimited kat Malaysia ni kan?  Sengaja aku tak masukkan streamyx sebab aku rasa streamyx tu dah outdated sangat la. Haha... Disebabkan aku tak duduk kat Jasin Melaka, buat masa sekarang ni pada aku pakej paling berbaloi dan paling ramai orang boleh pakai adalah Maxis Home Fibre.

Sebab murah je pakej dia RM89 sebulan... Speed pun ok setakat aku guna.. Nak tengok netflix takdehal. Modem yang Maxis bagi pun ok je rumah sewa aku dua tingkat sampai tingkat atas boleh dapat wifi. Banding dengan modem dari unifi dulu, rumah apartment aku sewa yang satu level je tu pun... duduk kat bilik dah tak dapat wifi.

Ok tu je la aku rasa internet unlimited yang ada kat Malaysia ni...

So korang pulak, setuju ke dengan aku yang Maxis paling power dan berbaloi? Kalau tak setuju, apa internet paling berbaloi yang korang pernah pakai setakat ni? Share sikit...



Baca lagi:



25 ulasan:

  1. aku skrg fokus guna maxis fibre n digi je.
    sblum guna maxis aku mmg suka giler guna digi unlimited tu. puas hati gilerr. xpernah ada isu..kerja pun sng je.
    dah biasa yg ni, da xpndg yg lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la. Aku dah pakai maxis fibre ni memang dah syok je guna internet sebab stable. Pakai digi dulu pun sebab unifi full port. Sekali baru pakai sehari dua maxis roger dah ada port lak. Haha.. RM 300 advance aku tu memang takleh nak buat apa la.. Nak mintak refund pun takleh... terpaksa la pakai je digi + maxis.

      Padam
  2. aku yang keje kat Pusat Internet Webe Digital(a TM Unifi Company) ni pun tak bedesup mana speed unifi kat kawasan rumah aku. dalam kawasan Pusat Internet aku keje memang 4G & bedesup pegi die tp kawasan rumah aku agak ke dalam & speed dia agak menyedihkan aku selaku subsriber.

    aku dah pernah jd pengguna Celcom, Digi, Maxis & Unifi Mobile. tp pada aku tetap Maxis & Digi yang paling sedap digunakan dalam kawasan kampung felda tempat aku tinggal ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke tmpat kau kampung sgt kot hahaha.. sorry2.. biasa la tu kalau dalam sgt memang payah la nak dpt line laju.

      Pada aku unifi n maxis lebih kurg je. Dua2 ok. Digi je kurg skit sebab area aku tak power kot line diaa..

      Padam
    2. tetiba masuk februari ni, Digi makin macam $H*! kat area aku tinggal ni. arghhhhhh~

      Padam
    3. Macam mana digi kau. Masih lembab lagi ke? Haha.. aku dah terminate dah line digi aku.

      Tapi biasa la tu bila dah ramai org pakai digi kat kawasan kau tu, mulalah dia buat hal.. try la yg rare2 pulak.. okyoo ke huhu..

      Padam
  3. tp link kuat x untuk tarik line?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut jenis router rasanya. Tgk orang pakai tplink m7450 diorang kata boleh dapat speed laju. Kalau yg murah2 sikit mungkin kurang la power dia utk tarik line. Maaf tak mahir sgt pasal router ni. Tahu sikit2 je.. :)

      Padam
  4. Bro nak tanya kalau modem tenda 4g680 masuk sim unifi mobile (mingguan rm20) tu mmg unlimited hotspot ke. Skrg pakai di phone utk tathering hotspot. Cuma speed mmg 3mbps 5mbps waktu malam. Kalau pasang di tenda modem tu pun lebih kurang speed tathering phone ke? Takde masalah kena blok sim dr tm ke kalau pakai utk hotspot unifi mobile pre paid tu? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat phone dah boleh tethering tu so maksudnya kat modem tenda tu pun sama boleh je unlimited hotspot. Amik yg rm20 unlimited tu memang hotspot pun unlimited. Masa aku buat hari tu takde kena blok dgn TM pun.

      Dari segi speed memang lebih kurg 3mbps gitu je la. Kurang syok sikit sbb agak slow utk aku kalau 3mbps ni...

      Padam
    2. Ok modem tenda 4g680 dah selamat mendarat.dah test pakai dekat sebulan.ok unlimited.cuma speed kurang 5mbps waktu malam.tapi siang boleh jejak ke 10 15mbps.yg maklumat kena block dr pihak tm tu kalau kita guna sim unifi postpaid.prepaid ok je.ingat kena cari jugak modem bangsawan b618 tu😆

      Padam
    3. Pehh baek bro. Terus beli je. Haha..

      Ok la tu dapat speed 10-15mbps. Kira boleh streaming youtube dah tu.

      Kalau bro ada bajet boleh la try modem bangsawan. Mana tahu speed boleh 2x atau 3x ganda ke...

      Padam
  5. Bro betulkah digi unlimited gila yg pakej RM15 sebulan tu memang internet tanpa had untuk sebulan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul unlimited tapi untuk beberapa apps je bro. Unlimited kalau buka youtube, facebook, netflix dan social apps(whatsapp, insta, etc) je. Kalau nak surf internet setiap hari dengan speed yg laju dia bagi quota 1gb je sehari. Lepas tu speed lembab macam siput.

      Tapi kalau jenis yg hardcore tgk youtube dan buka fb. Memang puas hati sebab dia unlimited. Aku pernah pakai dulu sebelum pakai digi i150 ni. Tapi sebab speed dia masih tak cukup laju utk aku untuk tgk website lain, tu yg tukar pakai digi infinite 150 ni...

      Padam
    2. sim ni boleh buat hotspot jgk ker bro?

      Padam
    3. @unknown yup bro sim digi rm15 sebulan tu pun boleh buat hotspot. Apa2 sim pun boleh buat hotspot asal pakai modem/router yg support sim card.

      Padam
  6. Assalamualaikum.. Thanks for the info..
    Saya pakai digi infinite 150 tu dah masuk 2 thn dah ni..

    Mula2 tu ada la terselit docomo charged dr game ke hape ntah.. Lepas complain kat digi, diorg bagi refund balik..

    Tahun ni ada lagi kes extra charged dr coda payment pulak.. Katanya dari game provider, then digi tak boleh bagi refund, kene contact sendiri dgn company tu..

    Kalau ikutkan speed memang bagus.. Tapi digi tak berapa friendly bab2 scammer charged ni.. Rasa2 macam nak tukar dah..

    Kalau maxis fibre ni terbaik, and takda problem dari segi scammer charged dr game provider, nak g tukar la gitu..😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula ada dengar cerita jugak digi hari tu tiba2 kena cas benda2 yg kita tak subscribe. Mungkin digi tak nak amik port pasal game provider tu sebab duit tak masuk kat diorang kot. So diorang nak game provider tu tanggungjawab la. Tapi... kesian customer la yg jadi mangsa...

      Maxis fibre ok sangat kalau kawasan rumah ada coverage. Dulu sy guna digi infinite 150 ni pun sebab masa tu unifi/maxis takde port je. Kalau ada port utk pasang maxis, better pasang je...

      Padam
  7. Mana yg takde had umur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya yg ada had umur ni postpaid dan wifi yg ada kontrak setahun atau 2 tahun. Kalau prepaid rasa macam umur berapa2 pun boleh pakai je. Contoh yang kat atas ni prepaid adalah unifi mobile prepaid la.

      Padam
  8. Bro.. kalau aku langgan unlimited internet YES yg harga rm30 tu.. pastu masuk kt modem wifi zte.. laju tak kalau hotspot utk 3@4 biji handset.. setakat nk layan wassap..fb..youtube @ bukak google(sekadar nk bukak berita).. TQ

    BalasPadam
    Balasan

    1. Bro.. kalau aku langgan unlimited internet YES yg harga rm30 tu.. pastu masuk kt modem wifi zte.. laju tak kalau hotspot utk 3@4 biji handset.. setakat nk layan wassap..fb..youtube @ bukak google(sekadar nk bukak berita).. TQ

      Padam
    2. Alamak kalau yes punya package ni aku tak pernah pakai bro. Dia punya speed tu aku tak tahu nak cakap camne. Tapi normally la pakej rm30 ni speed dia dalam 5mbps -10mbps je.

      So untuk 3-4 biji phone agak slow kalau YES capped speed internet tu maximum cuma 10mbps je bro. Bro try dulu kat phone buat speedtest. Kalau satu phone boleh dapat 20mbps ke atas. Ok la nak buat hotspot..

      Padam
  9. Nak tanya ..ada certain sim yg bg limited hotspot....mcm gx30 umobile 3gb je....
    Tp kalau masuk sim kat portawifi@modem....sama ke konsep dgn hotspot limited

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup sama je. Kalau telco dah mention limited hotspot. Memang pakai modem pun akan jadi limited jugak

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...