CARA MUDAH BUAT WEBSITE SENDIRI

Hi, 

Dah banyak artikel cara buat website sendiri. Tetapi kadang-kadang terlalu panjang untuk dihadam. Jadi, untuk artikel pertama saya di sini, saya akan kongsikan cara buat website sendiri yang lebih mudah dan ringkas. Supaya lebih mudah faham.


2 CARA BUAT WEBSITE SENDIRI

1) 100% FREE

2) Buat Website Berbayar


Kita mulakan dengan cara pertama iaitu buat website sendiri secara percuma sepenuhnya. 

1) Pertama sekali anda taipkan 000webhost di google.

2) Sign up gunakan email anda

3) Selepas itu verify email anda dan log in ke 000webhost

4) Akan ada 3 pilihan untuk anda buat website iaitu: Wordpress; Upload file (Coding); Website Builder

5) Pilih install wordpress

6) Tadaa... wordpress website anda dah siap. Sekarang anda hanya tinggal cari template wordpress yang anda berkenan. Dan tambahkan konten anda sahaja.

7) Senang je kan? Di bawah ni saya kongsikan juga satu website demo yang saya dah buat secara percuma sepenuhnya. Bezanya saya menggunakan pilihan kedua iaitu ‘upload file(coding):

https://muhafdemo.000webhostapp.com/software/

Kalau anda nak belajar sikit-sikit coding boleh juga ke facebook ini: 

https://m.facebook.com/codingmalaysia/




CARA KEDUA: BUAT WEBSITE BERBAYAR

Maksud buat website sendiri berbayar adalah apabila anda menggunakan hosting dan domain berbayar. Perkara normal bagi website yang professional akan pastinya ada dua perkara ini yang berbayar:

1) Hosting

2) Domain


Hosting berbayar biasanya lebih dipercayai berbanding hosting percuma dari segi support. Manakala domain berbayar akan memastikan alamat website anda senang dibaca. Contohnya www.senang.com bukannya www.senang.000webhostapp.com


Untuk buat website sendiri menggunakan domain sendiri dan hosting berbayar, ini step yang perlu anda buat:

1) Taip ‘jimathosting’ di google

2) Beli salah satu pakej. Untuk jimat mungkin boleh pilih pakej ‘shared hosting’

3) Selepas dah beli, log in menggunakan ID dan Password yang diberikan.

4) Pilih di bahagian bawah ada tertera simbol ‘wordpress’. Klik wordpress tersebut dan install.

5) Tadaa.. wordpress anda dah siap di install. Anda hanya perlu pilih template yang sesuai dan update konten sendiri.

6) Anda juga ada pilihan yang sama jika tidak ingin menggunakan wordpress. Iaitu pilihan buat website dengan upload file(coding) atau menggunakan website builder.


Baiklah itu sahaja perkongsian ringkas saya buat masa ini. Saya biarkan ringkas supaya anda boleh buat terus. Cuba kongsikan di komen jika anda dah berjaya buat website sendiri secara percuma atau berbayar.


Moga berjumpa lagi.


-Muhaf-



Emas Lelong Murah Sangat? Scam ke?

Sekarang ni aku perasan dalam facebook ada beberapa kedai emas lelong . Kalau sekali imbas memang murah. Tapi bila murah ni of course kita akan terfikir yang adakah ianya benar atau scam. Jadinya adakah emas lelong atau emas pajak gadai ni adalah scam?

Sumber Gambar

Senang je nak agak2 kalau emas lelong tu scam atau tidak. Mula-mula kena ambil tahu dulu harga emas 1g dekat market berapa harganya. Contohnya kalau harga emas di pasaran bernilai RM250 untuk 1 gram. So kalau gelang atau rantai emas di kedai yang berat 4 gram mestilah dalam lingkungan RM1,000 kan..

Tapi kalau kita tengok kedai lelong di FB ni pula, rantai atau gelang emas ni boleh pulak beratnya berbelas gram tapi jual cuma dalam harga RM600 lebih macam tu je... so mcm tak logik lah kan..

Yang sedihnya post di FB tersebut ada banyak juga komen. Si scammer ni pun pandai. Dia ambil gambar satu kedai sebenar, lepas tu dia boleh pulak edit dan photoshop letak no whatsapp dan facebook dia pada gambar papan tanda kedai sebenar tersebut. 

Owner kedai sebenar tu memang tak tahu apa2 lah, tahu2 je orang ramai dah terpecaya kedai si scammer tadi tu memang wujud sebab ada gambar fizikal kedai.

Sumber gambar

Di sini lah penting nya ilmu sebelum kita nak melabur atau spend pada sesuatu benda yang mahal. Kalau kita dah tahu harga pasaran emas untuk 1 gram tu berapa, mungkin kurang risiko kita untuk ditipu. Sedih lah belanja ribu2 tapi kena tipu je akhirnya..

Lagi satu bab jual beli emas ni kena juga ambil kira cara muamalat nya. Sama ada hukum nya harus atau haram. Ada hadis yang menyatakan jual beli emas ni mestilah kena dibuat on the spot. Maksudnya bila beli tu mesti kena dapat terus emas nya, jangan ditangguh-tangguh. Kalau tak dapat terus dan delay boleh jatuh haram.

......................

So kalau macam sistem online bank-bank yang provide platform jual beli emas macam mana pula?

Sumber gambar

Bab ni korang boleh buat research sendiri. Hasil dari research aku, kalau menggunakan platform macam public gold atau pun Maybank gold(MIGA) tu di haruskan.. sebabnya bila kita beli je emas 1 gram, memang kita tahu dalam akaun kita terus ada 1 gram emas. Dan kita boleh tebus emas fizikal juga di bank tersebut..

Tapi kalau korang beli emas, tapi emas tak dapat terus, dan ada delay, korang kena hati2. Satunya mungkin ia tidak patuh syariah, dan keduanya mungkin ianya adalah scam. 

Jadinya paling selamat adalah pergi kedai fizikal kalau nak beli emas ni. Nampak depan mata, barang dapat dan puas hati. 

Jangan percaya sangat kalau ada emas jual terlalu murah kemudian kita fikir kita boleh buat duit cepat. Pelaburan emas ni mengambil jangka masa lama. Buat lah simpanan emas ni sebagai back up untuk wang ringgit kita. Simpan sikit-sikit pun tak apa. 

Jangan lah sengaja jadi kurang pandai bila dah rambang mata dengan emas lelong murah tu dan buta-buta je percaya pada si scammer. 

Sumber gambar

Kalau korang nak buat simpanan emas patuh syariah yang paling senang buka melalui maybank2u je kat sini. Beli lah satu gram ke dua gram emas sewaktu korang ada bajet. Lepas tu biarkan dia, dan tambah lagi bila ada bajet lagi. Nanti beberapa tahun nanti baru lah nampak ada hasilnya.. 

Ni kalau korang ada bajet lah ya. Kalau duit yang ada cukup2 untuk keperluan seharian je usahlah fokus pada melabur lagi. Insyallah nanti ekonomi pulih semula korang boleh start melabur..

Harap2 korang semua dikurniakan rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan urusan harian.. insyallah amin..

Salam guys:)


Baca lagi:


Semua nak cari pelaburan selamat dan menguntungkan. IPO CTOS Digital Berhad ni macam mana potensi nya?

Buat masa sekarang ni, kalau boleh kita nak cari pelaburan yang lebih selamat tetapi membawa pulangan yang lumayan. So pada aku pelaburan ke atas saham IPO ni biasa nya untung tetapi kena tengok jenis syarikat juga. Masih ada possibility untuk rugi kalau salah pilih sector dan syarikat.

Sumber gambar

Memang jual beli saham ni kategori risiko tinggi, tapi untuk IPO CTOS Digital Berhad tebaru ni nampak macam ada potensi tinggi untuk maju lagi ke hadapan.

P/S: Ini bukan buycall, tapi ini proses kita belajar sama-sama serba sedikit tentang syarikat ini.


Apa business CTOS?

Company yang provide report untuk credit rating individu. Biasa sebelum kita nak apply loan kan, bank akan semak credit rating/prestasi pinjaman kita? So, CTOS ni boleh supply information tu.


Berapa saham sedia ada?

Saham sedia ada: 2 billion
Major Shareholder sekarang: Creador (1.6 billion or 80%)

Siapa Creador?

Company yang invest kat BIGPharmacy, Mr DIY, Bake With Yen, Tealive, CTOS dan syarikat2 berpotensi lain. Mr DIY pun baru je buat IPO hari tu dan 'boom' juga sahamnya. Boleh tengok kat sini.


Apa itu Initial Public Offering (IPO)?
Bahasa mudahnya, First time syarikat nak listkan saham di Bursa dan orang ramai dah start boleh beli saham mereka.

Nilai IPO untuk dijual: RM1.2 billion
Jumlah saham IPO untuk dijual: 900 saham + 200 saham
Seunit saham IPO: RM1.10


Penjualan
900 saham: saham sedia ada
200 saham: Terbitan saham baru

Creador akan jual 720 saham dari 900 saham sedia ada, baki yang lain akan dijual oleh pemegang saham sedia ada yang lain.


Market Cap : RM 2.4 billion
Formula:
2 billion(saham sekarang) + 200k (saham baru) x RM 1.10(nilai IPO)
2.2 billion  x RM 1.10 = RM 2.4 billion

Price Earning (PE) ratio : 64
Formula:
Market value per share/ Earning per share
RM1.10/ RM 0.017

Earning per share formula:
Net profit 2020 / jumlah saham
(RM 37.98 million or RM0.037 bil) / (2 billion saham + 200k saham baru)

*Kalau ada tersilap kiraan formula tu, boleh inform ya*


So maksudnya company CTOS Digital Berhad dinilaikan 64 kali ganda lebih tinggi untuk IPO ini berbanding nilai saham sedia ada sekarang.

Biasa kalau PE terlalu tinggi pun tak bagus juga sebab nampak saham tu dah overvalue atau terlebih nilai. Tapi untuk syarikat CTOS ni, seandainya dijangkakan in the future jualan dan untung dia akan naik berlipat kali ganda, maka orang ramai still akan sanggup bayar harga nilai saham IPO yang sekarang 64 kali ganda ini.

Sumber gambar


Jom tengok prestasi kewangan syarikat pula:


LATEST FINANCIAL PERFORMANCE

Sales 1st Quarter 2021 = RM42.3 mil
Sales 1st Quarter 2020 = RM34.1 mil

So sales naik 24.1%

Net profit 1st Quarter 2021 = RM16.4 mil
Net profit 1st Quarter 2020 = RM 9.5 mi

So net profit naik 73%


Kemudian kita tengok pula, hasil penjualan saham IPO ini nanti bertujuan untuk apa?

1)RM990 juta untuk dibayar kepada pemegang saham sedia ada (900 unit saham)
2)RM155 juta untuk bayar hutang syarikat/borrowing bank
3)RM59 juta peruntukan untuk pembelian syarikat2 strategik
4)RM6.1 juta untuk cover cost & fee listingkan IPO di Bursa


Maksudnya, daripada terbitan 200k saham baru, hasil jualan nanti mostly akan digunakan untuk bayar hutang syarikat. Kalau tengok seimbas lalu macam tak berapa menarik lah sebab hasil tu kebanyakannya untuk bayar hutang dan bukan untuk kembangkan syarikat..

Tapi, berdasarkan pengambil alihan ke atas syarikat lain sebelum ni oleh CTOS, hutang yang ada tu boleh di justify kan dengan sebab ini. 

1) Julai 2019: CTOS ambil alih Enfo dan CTOS Insights
Kesannya: CTOS ada pegangan ke atas Experian sebanyak 26%

2) Oktober 2020: CTOS mendapatakn pegangan 20% ke atas BOL (Thailand)

3) Januari 2021: CTOS mendapatkan pegangan ke atas Basis

*Boleh juga rujuk sini

Jadinya, pembelian ke atas syarikat2 besar macam ni biasanya akan memerlukan dana yang besar. Pembelian ini pun berikan potensi kepada CTOS untuk ada lebih banyak database untuk syarikat dan mengembangkan perniagaan. 

So, masih nampak positif untuk IPO CTOS Digital Berhad ini.

Untuk yang nak apply IPO CTOS ni masih boleh apply melalui maybank2u pun boleh. Caranya kena link kan CDS akaun dengan akaun maybank dulu, lepas tu dah boleh beli.

Tarikh tutup IPO: 6/7/2021
Adviser for IPO exercise: Maybank Investment + RHB Investment


Btw, untuk apply IPO ni adalah berdasarkan undian. Ada rezeki kita dapat saham tu. Takde rezeki duit tu akan return sendiri ke akaun kita. Dan perlu diingatkan juga, untung atau rugi dari pembelian saham ini tetap adalah dari keputusan kita sendiri. "Trade at Your Own Risk"

Semoga bermanfaat dan semoga berjaya.
Salam guys :)


Nota:
Boleh juga rujuk lebih lanjut mengenai IPO CTOS kat sini:

Post FB isaham on CTOS IPO
https://www.facebook.com/118850045130967/posts/1455511161464842/?d=n

Sumber The Edge:

https://www.theedgemarkets.com/article/ctos-digital-ipo-raise-rm12b


Baca lagi:

Bendera Putih Bukan Tanda Mengalah? Bukan Buka Aib?

Isu angkat bendera putih ni sejak semalam dah start. Ada pula yang kata angkat bendera putih ni seolah-olah macam membuka aib. Dan ada juga yang kata lebih baik angkat tangan berdoa dari angkat bendera putih sebab kita orang islam.

Sumber Gambar

Aku personally setuju dengan kempen ini. Memang lah kita orang Islam tapi ni salah satu usaha juga. Lagi2 buat masa sekarang ni yang selalu sangat kita asyik dengar berita menyedihkan mengenai mereka2 yg hilang pekerjaan, sampai ke tahap bunuh diri T_T. 

Pada aku, kempen angkat bendera putih ni bagus je. Kempen ni mengajak orang ramai yang tengah dalam kesusahan atau kelaparan untuk kibarkan bendera putih di rumah masing2 supaya ada orang sekililing yang dapat membantu ringankan beban bersama. Zaman pandemic ni memang kita tahu ramai rakyat tertekan dengan Lockdown dan PKP yang tak berkesudahan. Harapnya dengan kempen ini dapat jugak lah bantuan disampaikan tanpa perlu lalui birokrasi yang mungkin ambil masa lama. 


Berbalik kepada isu tadi, Adakah mengangkat bendera putih tanda mengalah? Atau membuka aib? 

Kalau sampai insan tu dah terdesak sangat dan boleh membawa kepada depression, lepas tu terasa nak bunuh diri pula, aku rasa dengan angkat bendera putih macam ni dah tak consider kita sengaja nak buka aib sendiri, tapi sebaliknya ini antara usaha juga iaitu usaha memberi signal minta bantuan pada orang lain supaya dapat merasakan sedikit kelapangan dalam urusan harian. 

TAPI tak bermaksud kita lupakan pencipta dan pemberi rezeki. Doa tetap juga perlu agar berkat hidup kita. Cumanya kempen ni sebenarnya diharapkan dapat meringankan beban2 mereka di luar sana supaya tak terasa menanggung seorang diri. 

Sumber gambar

Sebenarnya di Guatemala, rakyat kat sana dah pernah pun buat macam ni. Diorang pun kibarkan bendera putih bagi memberi signal yang diorang sedang kelaparan sewaktu Lockdown 2020. Boleh baca kat sini. Diorang ada beberapa warna bendera lagi.

Bendera putih tanda ingin mendapatkan bantuan makanan.
Bendera merah tanda ingin dapatkan bantuan perubatan.
Bendera Hitam, Kuning dan Biru tanda menunjukkan wanita, anak kecil atau orang tua sedang berhadapan bahaya keganasan.

Jadinya, kempen ini ada baiknya juga disambut warga Malaysia. Moga2 kita sesama kita dapat berkongsi rezeki agar hidup kita semua penuh berkat. 

Kalau korang ada terperasan bendera putih atau plastik putih dikibarkan kat mana2 rumah tu boleh lah alert dan kongsi rezeki bersama. Kalau tak ada nampak pun, boleh juga korang salurkan bantuan secara online kat website Kitafund yang dah memang dipercayai ni. Ramai yang memang perlukan bantuan. Tak dapat bantu banyak, sikit pun tak apa.

Harap2 korang semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan urusan dalam situasi yang mencabar ni. Amin insyallah..

Assalam.

Kebolehan ke Luar Negara tanpa menukar Mata Wang

Salam guys,

Korang teringin tak lepas covid ni berkakhir insyallah... korang dah tak perlu lagi nak tukar duit sebelum melancong ke luar negara? Mesti teringin kan? Sebab mudah.. Bayangkan kita ke luar negara cuma bawa phone sahaja utk bayar segala macam benda. Fuhhh senangnya hidup.. takde lah masalah duit terlebih tukar lepas ni..

Sumber gambar


Baru-baru ni Bank Negara ada umumkan untuk beri 5 lesen digital banking kepada pembida yang berjaya. Kalau kita tengok syarikat-syarikat yang nak apply lesen ni semua bukan calang-calang. 

Salah satunya adalah gabungan syarikat SEA Ltd dan Petronas. Syarikat SEA tu bawah dia ada Shopee, dan Garena(syarikat yang buat game Call of Duty). Boleh nampak kan potential syarikat yang besar macam ni bila diorang dah start masuk bisnes digital banking bersaing dengan bank2 sedia ada...

Selain itu, gabungan RHB dan Axiata pun sama berminat untuk apply lesen ni. Lagi syarikat yang berminat seperti YTL Group, Genting Berhad, kerajaan Sarawak, Grab dan Sunway Berhad. Semua syarikat besar2 yang kita tahu potential mereka dalam dunia digital. 

Akhir tahun 2022 baru kita tahu siapa yang akan dapat lesen ni. Harap2 siapa yang dapat tu akan membuatkan urusan perbankan kita nanti semakin mudah di mana sahaja kita berada sama ada dalam atau luar negara.




Lama dah tak menulis rasanya. 

Harap perkongsian serba sedikit ini ada manfaat kepada kalian semua. Insyallah..

Unlimited Hotspot Internet Versi Bajet

Aku baru je discover ada satu pelan unlimited hotspot yang affordable dan mampu milik. Nama dia Prabayar Hotlink Tanpa Had Internet & Panggilan. Yang menariknya ada tawaran hotspot tanpa quota sekiranya beli pass hotspot. Setelah buat kajian dan berfikir selama beberapa minit, aku pun buat keputusan untuk beli je terus simkad hotlink ni kat 7-eleven berdekatan. Kejap je kan aku fikir, terus beli? Ye lah harga simkad RM10, so takde lah nak risau rugi besar pun.

Aku akan cerita pasal hotlink prabayar ni je dulu. Perbandingan nanti aku buat cerita kat bawah.

Sumber: Maxis


1. Prabayar Hotlink Unlimited Internet

Ada dua jenis tawaran dalam pelan ini:

a) RM35 sebulan unlimited internet(speed 3 mbps) + RM5 (pass unlimited hotpsot)

b) RM45 sebulan unlimited internet(speed 6 mbps) + RM 5 (pass unlimited hotspot)


Jadi , aku pun cuba yang RM35 tu dulu. Sebabnya masa awal2 beli simkad aku cuba buka internet slow semacam je. Tak sampai 1mbps pun. Lepas aku dah beli pelan RM35 dan tambah dengan hotspot RM5, barulah boleh buka youtube, tengok netflix dan sebagainya. Speed aku test paling laju pun dalam 2mbps lebih je. Tapi masih boleh tengok youtube 480p dengan lancar. Netflix pun masih boleh berjalan lancar dengan quality lebih kurang 480p-720p. 

So, untuk light user, kelajuan 3mbps ni masih boleh diterima pakai lagi. Aku pun bukan lah ada kerja kena edit video atau upload video, jadinya pelan ni sudah mencukupi untuk aku gunakan bulanan.

TAPI... nampak macam positif je kan tadi? Setelah aku semak laman web maxis berkaitan FUP (Fair Usage Policy), ada tertulis FUP limit untuk internet 30 hari ni adalah 50gb. 

Maksudnya apa FUP tu?

Maksudnya, kalau kita dah gunakan unlimited hotspot tadi tu sehingga 50gb, kelajuan akan diturunkan kepada 512kbps sahaja. Kira tak betul- betul unlimited jugak lah. Walaupun sebenarnya 50gb untuk hotspot dah kira tinggi juga quota yang diberi dengan harga macam ni.

Rujukan: Maxis FUP

Aku baru je pakai pelan ni. Nak kata puas hati betul pun belum boleh lagi. Setakat ni aku cuba ada masa speed ok ada masa speed kurang sikit. Mungkin disebabkan kawasan aku sendiri yang tak berapa bagus. Sebelum ni aku pun guna umobile gx30 tu untuk jadikan hotspot tapi 6gb je quotanya dan kadang-kadang line pun boleh tahan tak stable kat tempat aku ni. So maxis ni kira dalam fasa testing lagi lah..

Ohh.. untuk hotlink ni korang kena daftar sendiri lepas beli kat 7-eleven tu. Kena download app daftar-hotlink. Nanti kena scan QR code pada simcard, scan Ic dan kena scan muka korang jugak. Pada aku agak kurang user friendly app tu sebab banyak kali aku kena scan asyik unsuccesful je.. 10 kali jugak kot aku try lagi sampai lah successful boleh daftar.


2. Unlimited Unifi Air

Kalau siapa-siapa yang tak pernah tahu lagi, unifi ada sediakan satu simcard 'Unifi Air 4g/Lte' dengan pelan RM79 sebulan internet tanpa had dan hotspot tanpa had. Yang ini betul-betul unlimted dan tak ada diberitahu mengenai adanya FUP. Dari review-review di youtube juga ada yang berjaya dapatkan speed sehingga 40-50mbps walaupun unifi nyatakan secara average hanya 20mbps sahaja untuk pelan ini.

Review Unifi Air- Youtube

Pelan ini terbahagi dua:

a) RM79 sebulan -kontrak 24 bulan (simcard unifi air + free wireless router)

b) RM79 sebulan- tiada kontrak (simcard unifi air sahaja)


Cadangan aku, kalau korang baru nak cuba unifi air ni cuba ambil yang tiada kontrak dulu. Sebabnya korang kena test dulu coverage tempat korang ok ke tak. Kalau ambil yang kontrak, penalti untuk terminate awal pelan ini adalah baki bulan di dalam kontrak kali dengan RM79. Kalau baki ada lagi 23 bulan, masak lah korang. 

23 bulan x RM79 = RM1,817

Kalau korang ada bajet sikit, aku cadangkan ambil unifi air ni je lah terus. So far tengok tak ramai lagi yang complain.


3. Umobile Unlimited Internet (Limited Hotspot)

Aku cerita juga umobile ni sebab ianya dalah price range yang sama. Umobile tawarkan dua pelan:

a) GX30 RM30 sebulan(speed 6mbps) - (limited hotspot 6gb)

b) GX38 RM35 sebulan(speed 6mbps) - (limited hotspot 6gb) + unlimited call

Aku pakai yang GX30 sahaja sebelum ini. Setakat yang aku pakai speed dia kalau normal memang ok je untuk light user, tengok youtube, netflix dan light browsing. Cuma tempat aku ni kawasan tak stable line dia. So aku decide untuk cuba hotlink pulak.


4. Yodoo Unlimited Internet (Limited Hotspot)

Yodoo ni adalah plan internet yang kita boleh custom sendiri nak ada quota berapa banyak. Baru-baru ni Yodoo ada tawarkan pelan unlimited internet:

a) RM 35 sebulan(3mbps) - Limited hotspot 2gb

b) RM 43 sebulan (6mbps) - Limited hotspot 2gb


Harga lebih kurang macam umobile dan maxis, tapi kuota hotspot terlalu sikit. Kurang sesuai kalau nak gunakan sim ini untuk jadikan wifi.


5. Celcom Unlimited Internet (Limited Hotspot)

Celcom pun ada pelan unlimited internet yang bajet ni. Harga dan tawaran yang diberi pun lebih kurang juga dengan telco-telco lain.

a) RM 35 sebulan (speed 3mbps) - (Limited hotspot 3gb)

Haa ada satu tu je pakej celcom ni pada aku monthly plan yang bajet. Yang atas ni je lah.


Kalau ikutkan kesemua yang aku dah senaraikan dari tadi, nampak macam maxis dan unifi air lagi menarik. Yang lain-lain masih lagi ada quota hotspot yang sangat sedikit.

Aku rasa itu je kot internet unlimited yang bajet dan boleh buat hotspot. Saja aku nak kongsikan pengalaman baru dan maklumat berkenaan pelan-pelan internet yang ada ni semua.

Sekian saja. Salam guys..


Baca lagi:

Bila Kau Yang Bagi Duit Kepada Pengguna Isharefans

Salam guys,

Sana-sini kecoh pasal isharefans ni. Ada yang cakap benda ni scam lah. Ada yang kata benda ni legit lah. Jadi, isharefans ni scam atau tak? Sebenarnya lah kan... benda ni belum terjawab secara jelas lagi pun. 

keygames.com

Ikutkan kalau cuma nak sembang benda ni scam atau tak macam dah cliche je. Kalau nak cuba-cuba jadi pengguna dan buat task dalam isharefans pun macam dah cliche.. So hari ni aku nak cerita macam mana aku cuba-cuba nak bagi duit kat pengguna isharefans ni sebab aku dah kaya sangat kot. Bila lagi nak memberi.. hahaha..

Konsep Bisnes Isharefans

Konsep dia senang je. Ada dua pihak. Satu 'content creator' dan satu lagi 'workers'. 

1) Content creator (youtuber, tiktokers, instafamous, igshop, & facebook influencers) akan provide satu task kat korang. 

2) Kemudian diorang akan letak step-step macam mana cara nak complete kan task tu. Kebiasaannya, Like, Subscribe dan Share.

3) Lepas tu diorang letak lah rate setiap sorang yang buat sampai complete tu akan dapat income sebanyak RM1.00 (minimum rate).

4)  Untuk 'workers' pula, once diorang dah register kat isharefans secara percuma diorang dah boleh buat 3 task dalam sehari. So 3 x RM1.00 jumlahnya RM3.00 sehari.

5) Nak buat lebih kena upgrade silver, diamond, platinum dan bermacam lagi.

6) Diorang juga ada konsep MLM (downline tu semua)

*Term 'content creator' dan 'workers' tu aku panggil ikut suka aku je asal korang boleh faham lah..

Berbaloi ke 'Content Creator' spend kat Isharefans?

Ok yang ni yang aku nak cerita ni. Sebenarnya kalau korang fikir-fikir lah kan berbaloi ke kalau content creator spend RM1.00 seorang untuk dapatkan seorang liker/ subscriber/ sharer ni? 

Jom kita kira matematik simple:

RM 1.00 seorang x 100 orang = RM100

*Dengan bermodalkan RM100 korang cuma dapat 100 likers/subscribers/shares. Pada aku sangat sikit untuk expose korang punya ig, youtube channel dan sebagainya. Macam tak berbaloi. Lebih berbaloi spend untuk paid review kat insta/youtube/fb yang dah berpuluh/beratus K follower. Lagi ramai orang yang akan dapat tengok post korang. Dan hasilnya pun lebih lumayan.

Jadi timbul lah satu persoalan kat sini.

Adakah task di dalam isharefans benar-benar disediakan oleh 'Content Creator' yang legit?

Daripada percubaan aku nak provide task dalam isharefans, aku boleh katakan sesiapa sahaja boleh letak link dari mana-mana post instagram/facebook/youtube/tiktok yang public. Kalau korang takde kerja, korang pun boleh je create task dan suruh orang like, subscribe dan share post orang lain tersebut. Tapi korang yang kena bayar lah. Haha..

Ni dua contoh task yang aku cuba nak buat:



Task tersebut cuma perlu like post ni dan follow insta ni. Kemudian screenshot bukti korang dah completekan task tu. 

Korang rasa owner instagram ni betul-betul tahu ke post dia ada tersenarai dalam task di Isharefans? Bagi pemilik instagram aku rasa kesan dia kurang lah kalau-kalau sebenarnya dia takde pun create task tu.

Tapi bagi pemilik youtube, berkemungkinan besar akan ada masalah jika viewer/subscriber dari isharefans dianggap sebagai spammer. Sekiranya youtube detect yang view tu adalah spammer, income pemilik youtube tersebut pun boleh terkesan seperti yang diutarakan seorang penggunga ireddit kat sini (dalam link ini berkenaan dengan like share app)

Jadinya, macam ada keraguan kat sini. Sama ada betul-betul ke duit yang diberi kepada pengguna yang menyiapkan task tu adalah datangnya dari Content Creator sebenar? Atau sebenarnya dari sumber yang lain?

So kalau ada timbul keraguan macam ni dan kita tak tahu sumber sebenar dana dari mana, lebih baik jauhkan diri. Dalam Islam pun suruh jauhkan perkara syubhah.

Aku cerita tentang bab sumber nak bayar pengguna datang dari mana sahaja. Kalau korang nak research lagi Isharefans ni dari sudut IT, korang boleh baca kat laman web ni.

Yang aku boleh cakap, developer IT dia agak mahir juga. Sebab sistem yang diorang buat tu pada aku kira susah jugak lah nak buat sebab aku pun bukan dari bidang IT. Haha.. tapi rasa smooth website dia dan database nampak macam tersusun pada pandangan aku...

Cuma dari segi boleh percaya ke tak Isharefans, korang kena tanya diri sendiri lah. Website yang buat app like share lagi nampak lebih dipercayai sebab belakang dia company nama Revorits IT Solutions Sdn Bhd. Tapi bila aku try nak dapatkan financial history dari MySSM Data, tak available lah pulak. Kalau tak boleh aku tengok untung/rugi, aset dan sebagainya..

Sekian sahaja untuk entri kali ni. Diharapkan anda semua berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan.

Semoga anda semua sihat walafiat daripada penyakit covid, dimurahkan rezeki dan diberikan jalan keluar atas apa pun masalah yang dihadapi.

Aldouss..^_^


Baca lagi;

Perlu ke masuk kelas untuk labur saham?

Salam guys,

Dah setahun rasanya aku tak update blog ni. Rasa rindu pulak. Jadinya di saat orang tengah banyak cari cara untuk tambahkan income ni, aku just nak kongsikan pengalaman aku terlibat dalam dunia saham yang juga salah satu cara untuk tambah pendapatan. So at least ada lah juga entri untuk tahun ni. 
 
Sumber:wikipedia


Labur Saham Boleh Buat Duit Ke?

Memang boleh buat duit kalau reti dengan selok belok saham. Tapi kesemua pasal saham ni adalah theory of probability atau teori kebarangkalian. So secara amnya takde siapa boleh confirm 100% saham yang dibeli tu untung. Cumanya bila dah belajar, kita akan tahu peratus kebarangkalian saham tu akan naik. Kalau kita sangkakan 90% akan naik maka kita beli. Kalau kita rasa 50:50 mungkin lebih baik cari yang lain je.

Yang aku tahu, labur saham ni sentiasa ada risiko. Jangan tengok potential untung dulu. Kira berapa banyak kita sanggup rugi dulu. Kalau kita rasa boleh tenang dengan kerugian tu then boleh lah beli saham tersebut. So cara nak tahu kita boleh relaks ke tak memang kena rasa sendiri. Beli saham betul2 baru tahu apa rasa dia tengok kaunter warna merah. Haha..

Tapi chill je. Kalau ada ilmu, kaunter tengah merah pun still akan ada confident harga saham tu akan naik balik. So penting nya ilmu tu. Kalau korang nak belajar, boleh je belajar dengan siapa2. Ilmu saham ni kebanyakannya lebih kurang sama dan basic. Yang membezakan biasanya adalah pengalaman dan kawalan emosi masing2. 

Warren Buffett once said that it is wise for investors to be “fearful when others are greedy, and greedy when others are fearful.”

 

Tengok apa Warren Buffett cakap tu..
Jadi takut bila ramai orang sedang tamak,
Jadi tamak bila ramai orang sedang takut.



Nak praktikkan apa yang dia cakap ni bukan senang.
Bila tengok orang lain untung, kita pun nak jugak tapi sebenarnya dah terlambat.

Bila tengok saham tengah jatuh walaupun sebenarnya syarikat tu bagus, time tu takut pulak nak beli saham yang tengah undervalue tu. Haha.. So sampai bila2 lah tak dapat nak praktikkan kata2 Warren Buffet tu.

Patut ke semua orang melabur saham?

TAK. Melabur ni bila ada duit lebihan je iaitu duit simpanan yang kita tahu takkan digunakan untuk perbelanjaan seharian. So bila guna duit lebihan ni kawalan emosi kita akan lebih stabil. Rugi pun masih boleh tenang lagi. Sebab selagi kita tak jual saham, selagi tu rugi hanya atas kertas sahaja. Bukan rugi betul2 lagi. Dah jual baru confirm rugi.

Perlu ke masuk kelas saham yang caj mahal?


Pada pandangan aku, kalau korang jenis takde masa untuk jadi trader dan hadap skrin sentiasa (9am-5pm berjual beli saham), lebih baik masuk kelas yang murah2 je dulu atau dengar lah yang percuma. Ambil tahu pasal basic. Belajar jadi investor dulu.

Tapi kalau korang memang ada masa nak trade setiap hari 9am -5pm, mungkin boleh lah consider nak masuk kelas2 yang caj lebih sikit tu.

Setiap penganjur kelas akan letak harga mengikut nilai yang dia rasa patut untuk kelas dia. Kalau kita rasa dia caj overprice, then cari je kelas lain yang lebih affordable. Nak kecam2 pun bukan dapat apa, sebab yang dah masuk kelas tu rileks je tengah usaha jana pendapatan, tapi kita yang duk kecam je tak improve apa2 pun untuk diri sendiri. Buang masa je.

Cuma nasihat aku, elakkan masuk kelas/group yang suka kecam kelas/group lain. Sebab ni akan buatkan hidup korang penuh dengan benda2 negatif bila content yang korang dapat lebih banyak kecaman daripada ilmu.

Prestasi aku dalam saham?


Aku tak banyak pun sebenarnya jual beli saham ni. Haha.. sebab aku tak banyak masa nak tengok skrin waktu kerja. Setakat bawah 10 kali jual beli saham yang aku dah buat, dapat lah jugak net profit bawah RM500 je. Haha..tapi tu pun sebab beli IPO yang banyak untung tu.

So begitu lah kisahnya. Saje aku nak share dengan korang. Entri ni bukan nak recommend korang untuk masuk kelas apa atau beli saham apa ya. Sekadar perkongsian. Lagi2 time pandemic ni, ada family yang tengah susah dan duit cukup2 je untuk seharian. So mereka2 ni aku tak sarankan lah nak cuba2 saham. Moga2 wabak covid ni cepat berakhir dan keadaan dunia pulih seperti sedia kala.

Btw kalau korang nak cuba2 ilmu trade saham ni, boleh jugak paper trade dulu kat Bursa Marketplace.

Ke dah ada yang dah mula labur saham sejak PKP hari tu? Banyak ke untung korang? Share sikit. Hehe… 

Baca lagi:

Apa pembeli dapat kalau owner cancel jual rumah?

Dah sign SNP (Sales & Purchase Agreement), tiba-tiba tuan rumah tak jadi jual?
Ataupun dah sign SNP, tiba-tiba pembeli tak jadi beli?
Jadi, boleh ke owner atau pembeli sesuka hati je cancel?
Sebenarnya boleh je nak batalkan. Tapi ada syarat. 

Benda ni jadi kat aku sendiri. Aku dah sign SNP. Penjual pun dah. Tetapi atas faktor sedikit masalah untuk dapatkan consent, penjual decide untuk cancel.

So takkan cancel gitu je kan? Mesti lah ada ganti rugi nya. 

Kat sini lah penting nya baca agreement SNP tu. Agreement punya ayat tu memang nak bagi korang pening, tapi still kita kena baca.

Dalam perjanjian, kalau salah satu pihak batalkan perjanjian ni akan jadi: 
1) Penjual yang batalkan.- Perlu pulang deposit pembeli yang sudah dibayar + amaun ganti rugi sejumlah deposit yang telah dibayar. 
2) Pembeli yang batalkan- Deposit akan hangus + perlu bayar amaun ganti rugi sejumlah deposit yang telah dibayar. 

Dalam kes aku, penjual yang batalkan.

Jadi, sebagai contoh cuba bayangkan aku beli rumah harga RM 200k.
Deposit 3% + 7%. Aku dah bayar deposit 3% masa sign SNP tapi baki lagi 7% tak bayar lagi sebab kena tunggu dapat consent dulu.

Rumah ni rumah leasehold. Maksudnya pajakan 99 tahun. So rumah leasehold perlu minta consent dulu sebelum boleh pindah milik.

Jadinya aku dah bayar dalam RM 6k (3%). Tiba-tiba owner cakap nak cancel. Jadinya secara mudah, kalau owner nak cancel aku akan dapat balik:

RM 6k + RM 6k = RM 12k

Tanpa beli rumah aku dah boleh buat untung RM6k. Betul? Nampak macam untung dan syok je kan? 

Tapi benda kat dunia ni kita suka tunjuk benda happy dulu. Yang sedih-sedih, yang rugi-rugi kita simpan tak nak kasi tau orang. Haha...

Ok cerita di sebalik RM 12k tadi. Memang aku dapat double dari apa yang aku dah bayar. Tapi berbaloi ke? Masa pun banyak dah pakai nak uruskan benda ni.

Jawapannya TIDAK.
Rupa-rupanya batalkan perjanjian ni merugikan aku dan juga owner tu sendiri.
Kenapa pulak? Jadi, siapa yang untung?

Yang untung lawyer. Sebab perjanjian valid ke tak valid, diorang dah buat kerja. Diorang dah boleh caj kita. Jadinya sebelum sign apa-apa agreement dari lawyer, make sure korang dah agree dulu dengan kos fee lawyer tu. Kalau tak tengok betul-betul part ni. Korang akan rugi.

Tak percaya. Ni cerita aku.
Kos nak beli rumah: 
1) Deposit 3% (RM6k) + 7% (RM14k)
2) Kos lawyer S&P
3) Kos lawyer loan (ni biasanya dari bank yang kita apply)
4) Valuation fee (untuk nilai value rumah) 
Anggaran kos aku kena bayar (sekalipun dah cancel jualbeli) : 
1) RM 6 k
2) RM 3.5k
3) RM 5k
4) RM 0.75k 
Jumlah keseluruhan = RM 15.25k
Ganti rugi yang diterima = RM 12 k

Jadinya ada kerugian dalam RM 3k kat sini. Nampak tak kos lawyer tu sebenarnya mahal juga? Kalau korang nak beli rumah kena make sure dapatkan kos lawyer yang sesuai. Jangan sampai mahal sangat. 

Pada aku, kos lawyer loan aku tu yang mahal. Lawyer loan ni pulak bukan aku appoint. Aku apply pinjaman rumah kat bank. Bank yang akan appoint sendiri lawyer dia untuk sediakan dokumen perjanjian pinjaman perumahan.

So dari cerita aku ni. Aku cuma boleh cakap tak payah rushing-rushing sangat beli rumah ni.
Beli rumah ni komitmen jangka panjang. Kalau bayaran bulanan korang tak mampu nak tanggung, better menyewa je dulu.

Lagi satu pastikan sebelum sign apa-apa, baca dulu semua agreement. Bagi faham. Kalau tak faham minta tolong kawan atau sesiapa je untuk kurangkan risiko kita buat keputusan bodoh.

Secara kasarnya:
Pinjaman RM100k, bayar bulan-bulan dalam RM 450 - RM550 ++
Pinjaman RM 200k, bayar bulan-bulan dalam RM 950 - RM 1,050 ++
Pinjaman RM 300k, bayar bulan-bulan dalam RM 1,450 - RM 1,550++
Pinjaman RM 400k, bayar bulan-bulan dalam RM 1,950 - RM 2,050++

Kalau korang rasa mampu nak bayar bulan-bulan tu, boleh lah proceed beli rumah. Kalau korang kira-kira balik dan rasa-rasa hidup akan dibebani hutang rumah, baik jangan teruskan dulu. 
Tunggu korang betul-betul mampu dulu baru beli.

Beli rumah ni kena belajar ilmu dia betul-betul. Buat research. Tanya pendapat orang sekeliling. Tanya pakar. Kalau dah confident baru beli.

Jangan orang beli rumah, korang pun nak beli. Tapi hidup serba kemiskinan.
Korang ada pengalaman buruk dalam urusan jual beli rumah juga tak?

Salam.

Pengalaman Menggunakan Portal Cari Jodoh Online Atau Online Dating Website

Salam guys,

Punca aku terjebak dengan pencarian jodoh menggunakan portal online ni adalah disebabkan housemate aku lah. Dia dengan tiba-tiba je tanya aku pernah join tak portal ni.

Pinterest: zubbiii
Lepas tu dia ajak pulak housemate aku yang lain sekali. Semua pun pergi join. Haha.. aku je tak join lagi masa tu. Aku start join masa diorang semua dah slow down. Mula-mula aku cuma cuba-cuba isi borang je untuk register. Lepas tu aku biar borang aku kena 'suspend' sebab tak letak gambar. Sebab aku rasa aku tak ready.


So macam mana aku boleh ready join?

Haa.. sebab aku ready untuk join adalah semata-mata kerana aku ditawarkan diskaun untuk naiktaraf ke ahli premium. Tiba-tiba dapat email bagitahu offer RM 50 off. Aku pun terasa ini lah petanda untuk aku join. Cliche kan. haha..



Pada aku portal cari jodoh online ni orang akan tengok appearance gambar korang dulu sebab itulah yang pertama sekali pun orang nampak. So memang RUPA AGAK PENTING kat sini. First impression pun agak penting. Rupa dan first impression ni subjektif. Kalau korang hati tak kental jangan try lah benda ni. Takut self esteem atau kepercayaan diri sendiri korang akan menurun. Tapi ramai je yang jumpa jodoh kat website ni.

Cuma pada pendapat aku, korang kena ready mindset yang 'reject orang tu biasa, kena reject tu biasa, orang tak balas salam tu biasa, korang tak balas salam orang lain tu pun biasa, kalau jumpa orang tak serius pun ada kemungkinan'.


Pinterest:Emailgmailwemail

APA PERSEDIAAN PERLU ADA SEBELUM JOIN?

Jadi, sebelum join kena percaya pada diri sendiri dulu yang kita ada value. Niatkan dalam diri yang korang join portal online ni untuk cari jodoh yang baik-baik. Ni kira salah satu usaha korang untuk cari jodoh. Lepas tu tawakkal sahaja.

Kalau masih tak dapat jumpa juga jodoh dalam ni, berlapang dada lah dan yakin ada hikmah disebaliknya. Mungkin calon yang ada dalam tu memang bukan yang terbaik untuk korang. So kalau tak jumpa jodoh dalam tu pun kena yakin masih ramai orang kat luar sana yang akan appreciate value yang ada pada diri korang. Yang penting dah ada usaha.



Sebab macam aku mention tadi, cari jodoh secara online ni memang mementingkan rupa dan first impression. So, kalau korang nak try, make sure korang kenal diri sendiri dulu dan boleh describe korang jenis yang macam mana dan apa yang sebenarnya korang nak dari pasangan. Kalau boleh huraikan tentang diri lagi bagus.

Point-point dalam huraian tu semua kadang-kadang berguna kalau korang rasa korang ni biasa-biasa je. Sebab ada orang akan tengok point-point ni dan akan try match dengan diri korang. Kalau korang tak tulis apa-apa pasal diri, memang lagi susah lah orang nak start berkenalan dengan korang dalam portal cari jodoh ni.

Ok entri ni panjang jugak sebenarnya. Sebab aku akan jelaskan satu-satu 6 jenis portal cari jodoh kat bawah ni.


REVIEW MENGENAI 6 JENIS PORTAL CARI JODOH


1) Review Baitulmuslim.com
Facebook: 465k likes


Kalau guna baitulmuslim.com ni register sebagai ahli biasa je korang cuma boleh tengok pilihan calon sahaja. Lepas tu boleh sampaikan salam. Tapi korang nak reply mesej tak boleh. Korang nak tengok siapa yang dah sampaikan salam kat korang pun tak boleh. So korang akan termangu-mangu nak tahu siapa yang mesej aku ni? Entah-entah ni jodoh? Takkan tak nak balas salam pulak? Tapi tak bayar lagi macam mana nak reply?

Haa.. tulah persoalan yang korang akan ada kalau register tapi tak bayar.

Ok apa jadi once dah bayar?

Korang akan dapat tengok siapa yang sampaikan salam tadi. Lepas tu boleh reply mesej dia kalau korang berminat.

Kadang-kadang akan ada yang tak balas langsung salam atau mesej korang dalam ni. Lagi-lagi kalau calon tu seorang yang hot, cantik atau hensem. Sebabnya, bukan korang sorang je yang approach dia. Ramai juga calon lain yang approach.


Jadinya, orang macam ni selalunya akan pilih siapa yang dia nak layan sahaja. Kalau dia layan semua, dia akan jadi serabut dan melayan ala kadar. Kalau tak layan langsung orang akan kata dia sombong. So nak tak nak korang kena fikir positif sahaja lah yang diorang ni tengah berkenalan dengan seseorang.

Dari segi harga baitulmuslim.com:

1) Ahli biasa (percuma): cuma boleh tengok senarai calon, info basic dan sampaikan salam.
2) Ahli premium 2 bulan (RM80): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.
3) Ahli premium 1 tahun (RM120): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.
4) Ahli premium 2 tahun (RM180): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.

Biasanya pakej yang berbaloi adalah pakej yang setahun. Sebab sepanjang tahun tu jumlah calon akan bertambah dari semasa ke semasa. So kalau korang ada perasaan yakin boleh jumpa jodoh dalam ni, ambillah pakej yang setahun. Kalau awal-awal guna rasa tak boleh jumpa jodoh, boleh la slow down kejap dan lepas beberapa bulan cuba lagi. Mana tahu jodoh korang baru nak register...

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: Simple dan dapat notifikasi email setiap kali calon beri salam atau balas mesej.
Komen: Tak cukup maklumat calon seperti maklumat ujian personaliti.


2) Review TillJannah.my
Facebook: 55k likes
Instagram: 39.9k followers

Untuk tilljannah.my ni pulak yang aku perasan satu ciri berlainan dia adalah fungsi cari calon serta ada kategori 'calon popular'. Wahh macam ada anugerah kan? Haha.. Konsep platform ni lebih kurang sama dengan portal yang lain.

Lepas korang register secara percuma, korang kena lengkapkan dulu maklumat diri sendiri sebelum boleh lihat senarai calon. Bila dah lengkap, korang dah boleh usha-usha calon. Lepas tu boleh sampaikan salam dan terima salam. Tapi korang tak boleh nak reply. Korang boleh tengok wajah calon yang sampaikan salam walaupun belum upgrade ke akaun berbayar. Tak macam baitulmuslim.com yang korang takkan tahu langsung muka siapa yang hantarkan salam selagi tak upgrade.


Dari segi platform aku ada rasa agak kurang stabil sikit, tapi tak obvious. Masih boleh bertaaruf secara lancar. Untuk tilljannah ni diorang ada buat apps untuk android. Mungkin kalau guna app lebih user friendly dan lebih mudah digunakan. Aku tak pasti sebab aku tak boleh nak install kat iphone.

Harga untuk naik taraf akaun ada option setahun atau dua tahun sahaja. Tapi tilljannah.my ni mungkin antara yang murah pakej dia. RM 98 untuk setahun dan RM 159 untuk dua tahun. Dari segi jumlah senarai calon lebih banyak dari negeri pantai timur aku rasa. Sebabnya portal ni ada beberapa kali diiklankan dalam video lawak Syahmi Sazali dan Asif yang guna dialek kelantan tu. So agak tersebar luas kat diorang.

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: Dapat notifikasi email apabila calon hantar mesej, ada mobile app dan pakej yang murah.
Komen: Platform ada sikit kurang stabil tetapi tak obvious. Masih tidak begitu banyak calon.


3) Review Baituljannah
Facebook: 1.7 million likes
Instagram: 186k followers

Portal Baituljannah ni antara yang paling ramai user. Tengok lah berapa jumlah likes dan followers dia. Untuk baituljannah ni lain sikit. Once korang register tanpa mengisi maklumat yang lengkap pun dah boleh tengok senarai calon yang ada. Tapi, tak boleh nak mesej calon atau sampaikan salam.

Kalau korang dah isikan maklumat lengkap tentang diri barulah korang boleh mesej dan sampaikan salam kepada calon yang diminati. Masa aku register, dia tulis "Hanya boleh sampaikan 50 salam sahaja untuk hari ini". Bermaksud boleh beri salam kepada 50 orang calon lah.

Kalau untuk mesej pula, dia tulis "Boleh hantarkan mesej kepada 3 calon sahaja untuk hari ini". Bermaksud kalau korang ada calon yang korang suka, cuma boleh hantarkan mesej kepada 3 orang sahaja. Sedih kan? So, macam mana nak mesej lebih lagi?

Kena beli 'rubi'.
Apa itu 'rubi'?

'Rubi' tu macam credit korang lah dalam portal ni untuk berhubung. Setiap kali korang mesej berkurang satu 'rubi'. Harga jualan 'rubi' aku tak pasti sebab aku tak pernah beli lagi. Konsep dia memang menggunakan 'rubi' macam korang main game free kat mobile phone. Bila nak cepat naik level kena bayar, bila nak tambah resource kena bayar. Macam tu juga lah konsep 'rubi' ni sefaham aku.

Portal ni memang takde tawarkan pakej sebulan, 6 bulan atau setahun macam portal-portal lain buat. Semuanya add on purchase bila korang dah register secara percuma tadi. Tapi kalau korang nak try-try atau nak lihat calon-calon yang ada dulu, tak perlu beli 'rubi' lagi. Cuma perlu register meggunakan email sahaja. Boleh tengok terus calon kat dalam tu. Tapi tak dapat la nak mesej diorang.

Dari segi portal, pada aku agak banyak fungsi. Portal ni pun ada fungsi beri cadangan profil calon pada korang. Selain tu, korang boleh pilih nak paparkan maklumat apa pada umum. Kalau tak nak orang tahu apa pekerjaan korang, boleh set untuk tidak paparkan 'pekerjaan'. Gambar pun sama boleh pilih nak paparkan atau tidak. Dan ada lagi beberapa maklumat lain yang korang boleh decide nak orang tahu atau tak.

Bila banyak fungsi ni, kadang-kadang pada aku agak serabut sikit. Tapi masih boleh faham. Kat dalam portal tu sendiri nanti ada keluar artikel-artikel daripada baituljannah dan ada beberapa google ads kat dalam tu. Kalau korang bosan-bosan boleh la baca artikel atau tengok iklan tu.

Lagi satu, kalau nak tambah 'rubi', korang boleh jawab soalan-soalan dari wacana(macam forum). Bila dah jawab, korang akan terima 'rubi' extra dan boleh gunakan untuk mesej crush korang dalam tu nanti. Oh, portal ni membenarkan korang tambah beberapa gambar terbaru pada profil.

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: ramai calon dan banyak fungsi.
Komen: Konsep 'rubi' ni aku tak berapa gemar. Aku lagi suka beli pakej bulanan, atau setahun. 


4) Review Temanhidupku.com
Facebook: 5.6k likes

Untuk portal temanhidupku.com ni pada aku sangat menarik konsep dia. Ianya satu portal cari jodoh online juga, cuma bezanya sewaktu nak daftar nama tu akan ada beberapa soalan ujian personaliti untuk korang jawab. Agak banyak juga. Ada soalan mengenai kelebihan dan kelemahan korang. Dan ada soalan mengenai preference korang dan preference pasangan yang korang rasa sesuai untuk di match kan dengan diri sendiri.

Once dah jawab soalan, nanti sistem tu sendiri akan bagitahu apa personaliti korang. Sama ada Sanguine, Choleric, Melancholic atau Phlegmatic. Lepas tu bagi akaun yang berbayar, sistem akan tolong suggest kan personaliti calon mana yang sesuai dengan diri korang.

Untuk portal temanhidupku.com ni kalau tak bayar, memang korang tak boleh nak search langsung senarai calon. Boleh tengok calon pun yang baru login sahaja. Tu pun nasib. So untuk search senarai calon kena bayar juga sebulan RM30. Kalau bayar RM30 punya pakej ni dah boleh mesej, kenal personaliti diri dan search senarai calon. Tapi sistem tetap tak beri cadangan profile calon untuk korang. Kena ambil pakej RM60 atau RM90 baru sistem akan suggest calon untuk korang.

Pada aku yang menarik sebab sistem ni bermula dengan match kan personaliti. Maksudnya orang yang dicadangkan tu mesti akan ada beberapa titik persamaan personaliti antara diri korang berdua. So lebih mudah nak cari pasangan yang serasi.

Cumanya portal ni kurang diceritakan orang ramai. Jadi, pengguna masih tak terlalu ramai. So kurang lah senarai pilihan untuk dibuat jodoh.

Dan lagi satu portal ni memerlukan korang isi nombor ic, berapa jumlah hantaran yang mampu diberi dan range gaji sebenar. So agak banyak maklumat yang korang terpaksa dedahkan. Kebiasaanya portal cari jodoh yang lain tak mewajibkan korang isi maklumat ini.

Tapi pada aku takde masalah pun bagi maklumat ni. Sebab ini akan menunjukkan korang lebih serius mencari pasangan. Dan sistem ni sangat memerlukan banyak maklumat untuk proses 'matching' yang aku ceritakan tadi. Walaubagaimanapun, nama betul tak didedahkan. Hanya nombor ahli sahaja yang dipaparkan.

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: ujian personaliti memudahkan pilih calon.
Komen: Masih tak ramai guna, calon masih lagi sedikit.


5) Review MyJodoh.net

Myjodoh.net ni aku belum pernah daftar. Tetapi kalau tengok pada portal tu sendiri boleh tahu yang calon kena register menggunakan nama betul dan bukannya didaftarkan dengan nombor ahli. Selain itu, aktiviti calon juga sentiasa ada update kat portal myjodoh.net. Kiranya siapa-siapa yang belum register pun boleh tahu korang tengah kemaskini
profile, tengah lihat senarai calon, tengah lihat mesej atau baru login.

Aku kurang gemar part ni sebab senang sangat orang nak tahu kita tengah buat apa. Tapi diorang buat ni untuk menunjukkan portal tersebut sangat aktif dan sentiasa ada orang guna. Jadi, kalau korang rasa selesa guna portal ni, silakan.

Portal ni juga ada beri cadangan profile calon mana yang sesuai untuk korang. Harga aku tak pasti. Tapi portal ni kalau tengok user dia aku secara personal kurang yakin sikit. Mungkin sebab aku tak pernah register langsung, so tak tahu sangat macam mana ianya berfungsi. Kalau korang rasa jodoh ada kat portal ni, silakan guna. Aku menulis sekadar memberikan pendapat.


6) Review Tinder
Untuk aplikasi tinder ni aku cerita kan sikit macam mana ia berfungsi. Once korang register, korang boleh letak beberapa gambar diri sendiri. Ni berbeza dari aplikasi cari jodoh yang lain yang hanya membenarkan korang upload satu gambar sahaja dalam satu masa.

So register percuma sahaja dan korang dah boleh terus lihat senarai calon. Kalau korang rasa tertarik dengan seseorang korang 'swipe right', manakala kalau korang rasa tak menarik korang 'swipe left'. Kalau korang 'swipe right' dan calon yang korang tengah tengok tu juga 'swipe right', maka korang akan dapat 'match'. Dari situ lah korang boleh start berkenalan.

Sejujurnya aku tak pernah lagi menggunakan aplikasi tinder ni. Takut aku pula yang hanyut bila terjebak dengan perkara yang bukan-bukan walaupun aplikasi ini fungsi dia sama sahaja macam portal cari jodoh online yang lain. Jadinya, aku kongsi kat sini cerita dari pengalaman blogger cEro, bercerita mengenai tinder supaya korang lebih faham aplikasi ni macam mana jenisnya.

Mesti korang ingat aku desperate kan semua portal aku join? Haha.. Aku kira aku tak desperate, cumanya aku curious nak tahu macam mana sistem-sistem ni semua berfungsi. Dan pada aku ianya suatu usaha yang bagus untuk tolong orang-orang macam aku yang tak berapa reti nak start berkenalan. Tak rugi apa kot kalau join. Ini pun tak semua portal lagi aku review.




SOALAN BERKAITAN PORTAL CARI JODOH ONLINE

1) So, cari jodoh secara online ni dianggap desperate ke?
Tak, ini salah satu contoh usaha. Ramai je yang dah jumpa jodoh dengan cara ni. Percaya semua dalam aturan Allah SWT.

2) Macam mana kalau rasa malu nak tunjuk muka dalam portal online? Nanti kena bahan dengan member..
Boleh tengok youtube jinnyboy tajuk 'love at first swipe'. Maybe lepas tu korang boleh rasa yakin untuk join portal cari jodoh online ni. Kalau member tahu pun apa salahnya. Ni soal hidup korang. Korang yang nak cari jodoh dan nak cari kebahagian diri. Kalau nak fikirkan sangat apa orang lain cakap, nanti diri kita sendiri yang tak bahagia.


amazon
Oh kalau korang still malu jugak nak letak gambar atau tak confident, tapi ada rasa macam nak cuba join online dating website ni boleh join baituljannah. Kat platform tu korang boleh kaburkan gambar dan cuma calon yang korang rasa nak bagi dia tengok je baru korang approve request diorang untuk lihat gambar.

Kalau dah kaburkan gambar ni, kena lah tulis banyak-banyak sikit pasal huraian diri. Tulis secara jujur apa korang suka, personaliti korang, plan hidup korang dan prinsip. Kalau ada yang rasa korang menarik melalui huraian diri korang tu, insyallah ada lah yang akan approach.

3) Berbaloi ke bayar mahal-mahal untuk cari jodoh?
Pada aku harga yang kebanyakan portal tawarkan sekarang ni kira affordable. Apa salahnya bayar RM100 atau RM120 setahun untuk cari jodoh sepanjang hayat. Boleh jadi RM100 yang korang spend ni lah benda paling korang bersyukur nanti bila jodoh korang memang ada dalam portal ni.

State of the Industry

4) Boleh percaya ke?

Kenal jangan lama-lama. Cari keserasian paling lama dalam 3 bulan. Kalau tak ngam, boleh move on.
Dalam masa ni korang nilai lah sendiri sama ada calon korang tu boleh percaya atau tidak. Memang aku tak nafikan ada je yang menipu dalam ni. So kena hati-hati.

5) Apa kebarangkalian untuk berjumpa jodoh yang betul melalui portal ni?
Aku tak boleh bagi jawapan tepat untuk soalan ni. Segala-galanya adalah 50:50. Mungkin korang mula berkenalan dengan orang yang sangat ngam, tetapi akhirnya tak jadi juga disebabkan faktor tertentu.

Contoh lain, mungkin juga korang dah sampaikan salam kepada beberapa orang tetapi tetap tak berbalas. Sehingga lah bulan kesebelas penggunaan, korang cuba lagi dan ada yang balas. Tiba-tiba terasa serasi dengannya sehingga korang menikah. So segalanya 50:50. Ada orang yang banyak terima mesej dari calon-calon lain pun belum tentu dia akan jumpa jodoh dalam portal ni juga. Segalanya tentang usaha dan takdir Allah SWT. Allah yang akan menggerakkan kedua hati untuk bernikah.

Islamic Quote

6) Patut ke share facebook, instagram dan whatsapp dengan calon?
Terpulang. Kalau korang percaya pada calon tersebut, nak bertukar fb dan ig, silakan atas risiko sendiri. Tetapi kalau tanya pandangan aku, seeloknya korang taaruf secara professional dulu sebelum bertukar sosial media. Aku follow Aiman Azlan, dia kata semasa taaruf, tanya soalan-soalan professional. Boleh google '100 pre-marital question'. Tanya apa yang sepatutnya dan cari keserasian.

Kalau korang rasa boleh bayangkan hidup dalam 'perjalanan kehidupan' calon tersebut, then dia lah orangnya. Kalau korang bayangkan korang akan makin jatuh, sila move on. So tak perlu kenal lama-lama pun takpe, yang penting tujuan korang bertaaruf tu JELAS. Tapi adakalanya portal cari jodoh online ni sendiri yang tak mesra pengguna dan korang akan lagi selesa gunakan ig, fb atau whatsapp. So, terpulang. Korang nilai sendiri patut atau tidak bertukar media sosial.

Quotes of Islam
7) Kalau register sebagai wakil carikan calon pasangan untuk kawan atau ahli keluarga boleh ke?
Boleh. Kebanyakannya memang ada option untuk korang pilih isi borang sebagai wakil atau sebagai diri sendiri. Cuma aku tak pasti keberkesanan kalau isikan borang untuk ahli keluarga atau kawan ni. Maybe tak ramai yang selesa nak approach wakil tersebut. Ramai orang lagi selesa approach direct kepada calon.

8) Kenapa ada calon yang tiba-tiba senyap?
Kadang-kadang memang akan ada calon yang bila dah kenal, dah dapat facebook atau ig korang dia terus diam atau pun ghosting. Lelaki dan perempuan dua-dua ada jenis yang macam ni. Tapi aku rasa banyak lagi lelaki.

Sebabnya lelaki lebih suka minta media sosial calon perempuan untuk tengok penampilan sama tak dengan gambar kat portal online. Perempuan pulak ada yang letak gambar selfie dah filter sampai lain terus dengan wajah sebenar. So itulah antara salah satu sebab kenapa lelaki ghosting kepada perempuan yang tak jadi diri sendiri. Haha..

GoodGuySwag
9) Antara salam tak dibalas, kena reject atau ghosting, mana lagi sakit hati?
Yang paling kurang rasa sakit hati adalah apabila salam korang tak berbalas. Tak banyak sangat benda negatif yang korang akan fikir. Paling2 pun fikir calon tu sombong. Tu je..

Selepas itu barulah kena reject. Yang ni agak sakit. Sebabnya kalau kena reject tak kena cara boleh menjatuhkan self-esteem seseorang. Boleh rasa diri tak cukup sempurna.

Tapi better lagi kena reject daripada kena ghosting. Kalau calon tiba-tiba menghilang ni paling sakit hati. Sebabnya korang tak tahu apa sebab tiba-tiba diabaikan. Nasihat aku, tak perlu tiba-tiba menghilangkan diri. Reject je direct. Senang. Haha...

imgflip
10) Macam mana nak handle kalau kena reject?
Prinsip yang korang kena pegang dalam cari jodoh ni ada dalam doa istikharah yang aku tulis dalam entri sebelum ni. Jangan letak harapan pada manusia.

Letak pada Allah. "Kalau ianya baik untukku, kau takdirkannya untukku, baikkannya untukku dan berkati aku dengannya". "Kalau ianya buruk untukku, kau jauhkan aku darinya, jauhkan dia dariku, kau gantikan keburukan tersebut dengan kebaikan, dan kau redhakan aku dengannya".

Kalau korang faham dan yakin dengan doa ni, korang akan lebih senang nak terima sesuatu perkara. Jangan lupa juga solat istikharah. Orang yang istikharah ni insyallah takkan menyesal.

11) Apa tips nak cari jodoh secara online?
Sejujurnya aku takde tips. Aku sendiri pun masih belum benar-benar berjaya mana dalam misi mencari jodoh secara online ni. Tapi korang boleh baca tips dari sis ni kat sini. atau kat sini. Dia bagi tips untuk lelaki tapi aku rasa perempuan pun boleh gunapakai. Boleh praktikkan.

Nasihat aku cuba kenal diri sendiri dan karakter calon pasangan. Communication style nya macam mana. Ada orang lebih suka call, ada orang lebih suka mesej, dan ada orang lebih suka jumpa depan2. Tak semua orang sama. Even cara mesej yang selesa bagi setiap orang pun berlainan. Ada yang suka bila cepat2 balas, dan ada pulak yang pressure bila kena balas terlalu cepat.

submitinfographics

12) Buang masa tak join portal cari jodoh online ni?
Tak. ianya satu usaha. Selain itu, banyak benda yang korang boleh belajar. Contohnya korang secara tak langsung akan dapat belajar personaliti orang lain dan personaliti sendiri. Korang boleh belajar komunikasi dengan berlainan jantina. Dan korang boleh belajar yang ada berbagai jenis perangai manusia dalam dunia ni yang adakalanya korang perlu ada sifat sabar yang tinggi.

13) Cari jodoh online ni sesuai untuk semua orang ke?
TAK. Kalau korang cepat down atau cepat hilang kepercayaan pada diri sendiri, SILA JANGAN JOIN. Macam aku bagitahu sebelum ni, kena percaya korang ada value walau pun seakan-akan takde orang lain suka korang. Kena sayang diri sendiri dan jadi orang yang happy dulu. Kalau tak mampu buat ni, sila cuba cari jodoh dengan cara lain.



KESIMPULAN

Statistik menunjukkan untuk suku tahun pertama 2019 jumlah lelaki adalah 16.86 juta dan jumlah perempuan adalah 15.8 juta orang di Malaysia (BERNAMA). Secara nisbahnya 107 lelaki untuk 100 orang perempuan. Jadinya perempuan masih lagi mempunyai kelebihan untuk memilih jodoh kalau ikut statistik ini. Insyallah korang semua akan bertemu jodoh juga suatu hari nanti.

Seeloknya sebelum korang usaha cari jodoh, korang kena mampu untuk menggemberikan hati sendiri dulu. Cari perkara atau aktiviti yang mampu menggemberikan korang. Tak perlu terlalu bergantung harap pada bakal pasangan untuk jadi happy. 

Sepatutnya kita cari pasangan untuk kita berkongsi kegembiraan kita yang sedia ada, bukan kita cari pasangan semata-mata untuk gembirakan kita yang masih negatif. Kalau masih berfirikan dan bertindak negatif, cuba positif dan gembirakan diri sendiri dulu. Dengan cara ni korang akan lebih menghargai diri sendiri dan tak mudah rasa tak berguna sekiranya orang lain tak menghargai value yang ada pada diri korang. Yang penting, yakin dan percaya korang ada VALUE.

Fuhh... panjang sangat dah ni aku tulis. Entah korang baca habis ke tak... So korang ada pengalaman ke join online dating website atau online dating app ni? Ada pengalaman kena reject ke, reject orang ke? Cuba share sikit....Hehe...^_^


Baca lagi:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...