Kenapa seorang Peaceful Phlegmatic susah nak ngam dengan seorang Powerful Choleric?

Semenjak aku terpaksa move on tempoh hari, aku buat something yang dah lama sangat aku tak buat.
Nak tahu apa? Pergi library. Serius lama dah kot aku tak pergi library dan baca buku sebelum ni.
Aku pergi library yang dekat dengan rumah aku je. Memang hambar teruk. Aku masuk library tengok siapa yang ada. Yang ada cuma family bawak anak2 diorang baca buku. Yang sebaya aku macam takde je. Kalau ada pun sorang je kot, aku tak ingat.... Segan kot awal2 nak masuk. Rasa macam masuk library budak2 pulak. Tapi nak ilmu punya pasal kan. Aku redahkan aje. Huhu.. bajet betul..

Then aku pergi la mencari buku apa nak dibaca. Aku belek2 semua rak, rasa macam semua buku tak menarik. Haha.. Sampai la aku ternampak satu buku tajuk 'Personality Plus'. Aku tertarik sebab dia punya tagline "How to understand others by understand yourself" Memang kena sangat la dengan feeling aku time tu..

Aku belek2 cari ayat2 menarik dalam buku tu dulu. Bila aku ternampak perkataan 'introvert', dan 'extrovert' terus aku triggered untuk baca buku tu. Haha.. Sebab memang aku suka baca benda2 pasal personaliti orang kot.. Maklumlah kadang2 aku nak explain kat orang aku jenis yang macam mana pun payah. So buku2 macam ni banyak membantu aku kenal diri aku lagi..


So ada 4 jenis perangai yang diceritakan dalam buku ni. Semuanya menarik. Tapi of course la yang paling menarik sekali perangai yang ada relate dengan diri aku. Haha.. Saat itu baru aku tahu tentang 4 jenis perangai seseoarang iaitu :

1) Popular Sanguine
[peramah, friendly, happy go lucky, extrovert, bercakap dulu tanpa berfikir masak2, spontan dan pandai meriahkan suasana]

2) Powerful Choleric
[leader semulajadi, kurang sabar, nak cepat, bijak buat keputusan, sentiasa rasa diri betul, extrovert]

3) Perfect Melancholic
[suka analisis, perlu byk input sebelum buat keputusan, introvert, perfectionist]

4) Peaceful Phlegmatic
[tenang, sabar, senang terima pendapat orang lain, bersikap 'boleh la..' pada banyak benda, kurang inisiatif, selalu selesa di comfort zone, sentiasa elak konflik, introvert]


Kat internet pun ada orang sediakan test nak tahu kita jenis yang mana. Contohnya macam kat website openphyschometrics.org ni. Dalam buku Personality Plus yang aku baca tu pun ada jugak test dia. Tapi kena conteng buku tu la.. Kalau library punya buku tak dapat la nak buat.


TAK PERLU BUAT TEST PUN UNTUK AKU..

So aku tanpa buat test pun aku dah tahu aku yang mana bila aku baca buku ni. Akan ada part2 yang akan menarik minat korang untuk terus baca sebab ia menceritakan tentang diri korang siapa sebenarnya. Walaupun ada 4 jenis perangai ni, dia boleh jadi mix based on percentage. Kalau aku ni orangnya jenis yang dominan Peaceful Phlegmatic dan ada sikit Perfect Melancholic.

Yang aku tahu kalau orang yang dominan Peaceful Phlegmatic ni memang susah nak ngam dengan orang Powerful Choleric. 

Jadi siapa dia Peaceful Phlegmatic? Dan siapa dia Powerful Choleric? 
Kenapa diorang susah nak ngam ?


Peaceful Phlegmatic
- Introvert
- Mungkin seorang yang pemalu
- Kadang dianggap 'submissive' atau selalu menurut perintah
- Sering mengelak daripada berlaku sebarang konflik
- Suka kalau orang lain happy sentiasa
- Sukakan kedamaian dan seorang yang tenang/penyabar
- Tak perlukan populariti asalkan ada balance life dan peaceful life.
- Tak suka melanggar perintah/break the rules
- Selalu ambil pandangan orang lain sebelum buat keputusan. 
- Selalu dianggap sebagai seorang follower.
- Lambat buat keputusan kerana sentiasa ambil kira semua benda
- Selalu rasa selesa dengan keadaan sedia ada (always in a comfort zone)
- Dianggap pemalas kerana kurang effort untuk majukan diri
- Susah nak initiate untuk volunteer lakukan sesuatu
- Kurang keinginan untuk 'menang' tapi lebih pentingkan keamanan

Powerful Choleric
- Extrovert
- Kurang sabar dan cepat marah
- Inginkan sesuatu disempurnakan dengan cepat
- Sangat berdikari
- Tinggi keyakinan diri
- Bijak dan pantas buat keputusan
- Banyak idea dan bijak merancang
- Goal- oriented
- Seorang leader semulajadi dan sering mahu in charge berbanding menjadi subordinate.
- Tak mudah putus asa
- Jarang panik dalam keadaan kecemasan
- Kadang terlepas pandang small details kerana terlalu pantas buat keputusan
- Sentiasa rasa diri betul


Aku memang jarang nak argue atau bergaduh dengan orang. Apa2 pandangan orang lain memang selalu aku ambil kira. Aku tak kisah kalau aku tak menang dalam argument asalkan kedua2 pihak dapat cari kebenaran dan ketenangan di akhir perbalahan tersebut. Tapi disebabkan terlalu tenang jugak lah membuatkan aku sentiasa dalam keadaan rileks dan tak mencari cabaran. So korang boleh relate kan perangai aku ni dengan peaceful phlegmatic tu....

Kalau aku balik kampung ramai2, aku jarang volunteer untuk drive sebab aku tahu dah ada adik beradik aku lain yang boleh drive. Kalau terpaksa baru aku drive. So bila perangai aku macam ni, akan nampak seolah-olah aku ni memang jenis follower, bukan leader yang mana ada kurang bagus kat sini sebab aku lelaki.

quizony


PEACEFUL PHLEGMATIC VS POWERFUL CHOLERIC

Cuba kau bayangkan aku yang berperangai rileks2 dan tenang ni terpaksa berpasangan dengan seorang dominan Powerful Choleric yang tak sabar dan nak cepat. Pantang tengok orang bermalas-malasan (rileks2..) Memang powerful choleric akan jadi cepat marah la kat seorang Peaceful Phlegmatic macam aku ni. Lagi2 kalau dia tak pernah tahu pun pasal personality plus ni. Memang dia akan rasa aku ni seorang yg malas dan tak produktif la...

Tapi kadang2 Powerful Choleric ni penting jugak wujud di samping seorang Peaceful Phlegmatic. Sebab dia lah yg akan motivate dan push orang Peaceful Phlegmatic untuk keluar dari comfort zone. Sebab dia jenis yang goal oriented. Tapi tu kalau dia dah tahu pasal personality plus ni la.... kalau dia tak tahu...., makin down seorang Peaceful Phlegmatic jadinya bila asik kena kritik je dengan Powerful Choleric nanti....


BILA FAHAM PERSONALITI MASING-MASING SEMUANYA LEBIH MUDAH..

So pokok pangkalnya, kalau kita tak faham personatiti dominan masing2, memang susah kita nak adapt dengan cara orang lain berfikir. Kita takkan boleh buat semua orang lain berfikir sama macam kita fikir. Di tempat kerja ke, dalam keluarga ke, suami isteri ke... kalau faham pasal personaliti masing2, mesti akan jadi lebih mudah untuk communicate dan boleh kurangkan konflik. Memahami personaltiti orang lain juga adalah salah satu cara untuk mengetahui keserasian kita dengan seseorang.

Jadi kesimpulannya kalau korang nak kenal dengan seseorang tu, boleh la tanya dulu personaliti dia jenis yang mana. Kalau korang rasa tak boleh ngam dengan personaliti tu boleh la stop kenal awal2 untuk elakkan dari membuang masa.

So korang rasa personaliti korang yang mana?

pinterest


Baca lagi:




8 ulasan:

  1. Aku phlegmatic dengan apa entah yg second. ujian ni aku buat time training ptd dulu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa kau phlegmatic dan ada sikit sanguine tu kot. Sebab kau kan happy2 orangnya haha.. Tak tahu pulak aku ptd ada buat ujian ni. Ptd buat ujian ni utk cari position yg sesuai utk kau ke??

      Padam
    2. Katanya ada kena mengena. Tapi tengok kat mana aku ditempatkan, macam takde kene mengena je hahaha

      Padam
  2. melancholic...
    oh..no wonder...aku selama ni buat test mbti...yg ni tak pernah pulak...aku dpt melancholic...skrg boleh kaji identiti sendiri lebih mendalam...hurm...nice sharing bro!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp.. betul lepas baca buku ni baru aku tahu aku lg mendalam pasal personaliti seseorang. Lebih senang nak tahu kita ni jenis yg macam mana.

      Ohh kau melancholic ke. Patut la blog cantik je. Perfectionist rupanya huhu..

      Padam
  3. aku rasa aku mungkin melancholic. tapi aku takdela suke buat analisis manaa pon hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana boleh mungkin2. Try la buat test tu. Tapi kau tak macam melancholic sangat la. Melancholic jenis perfectionist sikit. Kau kan jenis tak kisah kan? Haha..

      Padam
  4. Ohh. Ada blog bahasa melayu yang tulis camni rupanya. Keep on writing. Ku ada anak sanguine, choleric dan melancholic. Dan ku sendiri melancholic/phlegmatic. Mencabar betul nak deal dengan sanguine dan choleric tu 😅

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...