Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Pengalaman Menggunakan Portal Cari Jodoh Online Atau Online Dating Website

Salam guys,

Punca aku terjebak dengan pencarian jodoh menggunakan portal online ni adalah disebabkan housemate aku lah. Dia dengan tiba-tiba je tanya aku pernah join tak portal ni.

Pinterest: zubbiii
Lepas tu dia ajak pulak housemate aku yang lain sekali. Semua pun pergi join. Haha.. aku je tak join lagi masa tu. Aku start join masa diorang semua dah slow down. Mula-mula aku cuma cuba-cuba isi borang je untuk register. Lepas tu aku biar borang aku kena 'suspend' sebab tak letak gambar. Sebab aku rasa aku tak ready.


So macam mana aku boleh ready join?

Haa.. sebab aku ready untuk join adalah semata-mata kerana aku ditawarkan diskaun untuk naiktaraf ke ahli premium. Tiba-tiba dapat email bagitahu offer RM 50 off. Aku pun terasa ini lah petanda untuk aku join. Cliche kan. haha..



Pada aku portal cari jodoh online ni orang akan tengok appearance gambar korang dulu sebab itulah yang pertama sekali pun orang nampak. So memang RUPA AGAK PENTING kat sini. First impression pun agak penting. Rupa dan first impression ni subjektif. Kalau korang hati tak kental jangan try lah benda ni. Takut self esteem atau kepercayaan diri sendiri korang akan menurun. Tapi ramai je yang jumpa jodoh kat website ni.

Cuma pada pendapat aku, korang kena ready mindset yang 'reject orang tu biasa, kena reject tu biasa, orang tak balas salam tu biasa, korang tak balas salam orang lain tu pun biasa, kalau jumpa orang tak serius pun ada kemungkinan'.


Pinterest:Emailgmailwemail

APA PERSEDIAAN PERLU ADA SEBELUM JOIN?

Jadi, sebelum join kena percaya pada diri sendiri dulu yang kita ada value. Niatkan dalam diri yang korang join portal online ni untuk cari jodoh yang baik-baik. Ni kira salah satu usaha korang untuk cari jodoh. Lepas tu tawakkal sahaja.

Kalau masih tak dapat jumpa juga jodoh dalam ni, berlapang dada lah dan yakin ada hikmah disebaliknya. Mungkin calon yang ada dalam tu memang bukan yang terbaik untuk korang. So kalau tak jumpa jodoh dalam tu pun kena yakin masih ramai orang kat luar sana yang akan appreciate value yang ada pada diri korang. Yang penting dah ada usaha.



Sebab macam aku mention tadi, cari jodoh secara online ni memang mementingkan rupa dan first impression. So, kalau korang nak try, make sure korang kenal diri sendiri dulu dan boleh describe korang jenis yang macam mana dan apa yang sebenarnya korang nak dari pasangan. Kalau boleh huraikan tentang diri lagi bagus.

Point-point dalam huraian tu semua kadang-kadang berguna kalau korang rasa korang ni biasa-biasa je. Sebab ada orang akan tengok point-point ni dan akan try match dengan diri korang. Kalau korang tak tulis apa-apa pasal diri, memang lagi susah lah orang nak start berkenalan dengan korang dalam portal cari jodoh ni.

Ok entri ni panjang jugak sebenarnya. Sebab aku akan jelaskan satu-satu 6 jenis portal cari jodoh kat bawah ni.


REVIEW MENGENAI 6 JENIS PORTAL CARI JODOH


1) Review Baitulmuslim.com
Facebook: 465k likes


Kalau guna baitulmuslim.com ni register sebagai ahli biasa je korang cuma boleh tengok pilihan calon sahaja. Lepas tu boleh sampaikan salam. Tapi korang nak reply mesej tak boleh. Korang nak tengok siapa yang dah sampaikan salam kat korang pun tak boleh. So korang akan termangu-mangu nak tahu siapa yang mesej aku ni? Entah-entah ni jodoh? Takkan tak nak balas salam pulak? Tapi tak bayar lagi macam mana nak reply?

Haa.. tulah persoalan yang korang akan ada kalau register tapi tak bayar.

Ok apa jadi once dah bayar?

Korang akan dapat tengok siapa yang sampaikan salam tadi. Lepas tu boleh reply mesej dia kalau korang berminat.

Kadang-kadang akan ada yang tak balas langsung salam atau mesej korang dalam ni. Lagi-lagi kalau calon tu seorang yang hot, cantik atau hensem. Sebabnya, bukan korang sorang je yang approach dia. Ramai juga calon lain yang approach.


Jadinya, orang macam ni selalunya akan pilih siapa yang dia nak layan sahaja. Kalau dia layan semua, dia akan jadi serabut dan melayan ala kadar. Kalau tak layan langsung orang akan kata dia sombong. So nak tak nak korang kena fikir positif sahaja lah yang diorang ni tengah berkenalan dengan seseorang.

Dari segi harga baitulmuslim.com:

1) Ahli biasa (percuma): cuma boleh tengok senarai calon, info basic dan sampaikan salam.
2) Ahli premium 2 bulan (RM80): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.
3) Ahli premium 1 tahun (RM120): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.
4) Ahli premium 2 tahun (RM180): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.

Biasanya pakej yang berbaloi adalah pakej yang setahun. Sebab sepanjang tahun tu jumlah calon akan bertambah dari semasa ke semasa. So kalau korang ada perasaan yakin boleh jumpa jodoh dalam ni, ambillah pakej yang setahun. Kalau awal-awal guna rasa tak boleh jumpa jodoh, boleh la slow down kejap dan lepas beberapa bulan cuba lagi. Mana tahu jodoh korang baru nak register...

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: Simple dan dapat notifikasi email setiap kali calon beri salam atau balas mesej.
Komen: Tak cukup maklumat calon seperti maklumat ujian personaliti.


2) Review TillJannah.my
Facebook: 55k likes
Instagram: 39.9k followers

Untuk tilljannah.my ni pulak yang aku perasan satu ciri berlainan dia adalah fungsi cari calon serta ada kategori 'calon popular'. Wahh macam ada anugerah kan? Haha.. Konsep platform ni lebih kurang sama dengan portal yang lain.

Lepas korang register secara percuma, korang kena lengkapkan dulu maklumat diri sendiri sebelum boleh lihat senarai calon. Bila dah lengkap, korang dah boleh usha-usha calon. Lepas tu boleh sampaikan salam dan terima salam. Tapi korang tak boleh nak reply. Korang boleh tengok wajah calon yang sampaikan salam walaupun belum upgrade ke akaun berbayar. Tak macam baitulmuslim.com yang korang takkan tahu langsung muka siapa yang hantarkan salam selagi tak upgrade.


Dari segi platform aku ada rasa agak kurang stabil sikit, tapi tak obvious. Masih boleh bertaaruf secara lancar. Untuk tilljannah ni diorang ada buat apps untuk android. Mungkin kalau guna app lebih user friendly dan lebih mudah digunakan. Aku tak pasti sebab aku tak boleh nak install kat iphone.

Harga untuk naik taraf akaun ada option setahun atau dua tahun sahaja. Tapi tilljannah.my ni mungkin antara yang murah pakej dia. RM 98 untuk setahun dan RM 159 untuk dua tahun. Dari segi jumlah senarai calon lebih banyak dari negeri pantai timur aku rasa. Sebabnya portal ni ada beberapa kali diiklankan dalam video lawak Syahmi Sazali dan Asif yang guna dialek kelantan tu. So agak tersebar luas kat diorang.

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: Dapat notifikasi email apabila calon hantar mesej, ada mobile app dan pakej yang murah.
Komen: Platform ada sikit kurang stabil tetapi tak obvious. Masih tidak begitu banyak calon.


3) Review Baituljannah
Facebook: 1.7 million likes
Instagram: 186k followers

Portal Baituljannah ni antara yang paling ramai user. Tengok lah berapa jumlah likes dan followers dia. Untuk baituljannah ni lain sikit. Once korang register tanpa mengisi maklumat yang lengkap pun dah boleh tengok senarai calon yang ada. Tapi, tak boleh nak mesej calon atau sampaikan salam.

Kalau korang dah isikan maklumat lengkap tentang diri barulah korang boleh mesej dan sampaikan salam kepada calon yang diminati. Masa aku register, dia tulis "Hanya boleh sampaikan 50 salam sahaja untuk hari ini". Bermaksud boleh beri salam kepada 50 orang calon lah.

Kalau untuk mesej pula, dia tulis "Boleh hantarkan mesej kepada 3 calon sahaja untuk hari ini". Bermaksud kalau korang ada calon yang korang suka, cuma boleh hantarkan mesej kepada 3 orang sahaja. Sedih kan? So, macam mana nak mesej lebih lagi?

Kena beli 'rubi'.
Apa itu 'rubi'?

'Rubi' tu macam credit korang lah dalam portal ni untuk berhubung. Setiap kali korang mesej berkurang satu 'rubi'. Harga jualan 'rubi' aku tak pasti sebab aku tak pernah beli lagi. Konsep dia memang menggunakan 'rubi' macam korang main game free kat mobile phone. Bila nak cepat naik level kena bayar, bila nak tambah resource kena bayar. Macam tu juga lah konsep 'rubi' ni sefaham aku.

Portal ni memang takde tawarkan pakej sebulan, 6 bulan atau setahun macam portal-portal lain buat. Semuanya add on purchase bila korang dah register secara percuma tadi. Tapi kalau korang nak try-try atau nak lihat calon-calon yang ada dulu, tak perlu beli 'rubi' lagi. Cuma perlu register meggunakan email sahaja. Boleh tengok terus calon kat dalam tu. Tapi tak dapat la nak mesej diorang.

Dari segi portal, pada aku agak banyak fungsi. Portal ni pun ada fungsi beri cadangan profil calon pada korang. Selain tu, korang boleh pilih nak paparkan maklumat apa pada umum. Kalau tak nak orang tahu apa pekerjaan korang, boleh set untuk tidak paparkan 'pekerjaan'. Gambar pun sama boleh pilih nak paparkan atau tidak. Dan ada lagi beberapa maklumat lain yang korang boleh decide nak orang tahu atau tak.

Bila banyak fungsi ni, kadang-kadang pada aku agak serabut sikit. Tapi masih boleh faham. Kat dalam portal tu sendiri nanti ada keluar artikel-artikel daripada baituljannah dan ada beberapa google ads kat dalam tu. Kalau korang bosan-bosan boleh la baca artikel atau tengok iklan tu.

Lagi satu, kalau nak tambah 'rubi', korang boleh jawab soalan-soalan dari wacana(macam forum). Bila dah jawab, korang akan terima 'rubi' extra dan boleh gunakan untuk mesej crush korang dalam tu nanti. Oh, portal ni membenarkan korang tambah beberapa gambar terbaru pada profil.

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: ramai calon dan banyak fungsi.
Komen: Konsep 'rubi' ni aku tak berapa gemar. Aku lagi suka beli pakej bulanan, atau setahun. 


4) Review Temanhidupku.com
Facebook: 5.6k likes

Untuk portal temanhidupku.com ni pada aku sangat menarik konsep dia. Ianya satu portal cari jodoh online juga, cuma bezanya sewaktu nak daftar nama tu akan ada beberapa soalan ujian personaliti untuk korang jawab. Agak banyak juga. Ada soalan mengenai kelebihan dan kelemahan korang. Dan ada soalan mengenai preference korang dan preference pasangan yang korang rasa sesuai untuk di match kan dengan diri sendiri.

Once dah jawab soalan, nanti sistem tu sendiri akan bagitahu apa personaliti korang. Sama ada Sanguine, Choleric, Melancholic atau Phlegmatic. Lepas tu bagi akaun yang berbayar, sistem akan tolong suggest kan personaliti calon mana yang sesuai dengan diri korang.

Untuk portal temanhidupku.com ni kalau tak bayar, memang korang tak boleh nak search langsung senarai calon. Boleh tengok calon pun yang baru login sahaja. Tu pun nasib. So untuk search senarai calon kena bayar juga sebulan RM30. Kalau bayar RM30 punya pakej ni dah boleh mesej, kenal personaliti diri dan search senarai calon. Tapi sistem tetap tak beri cadangan profile calon untuk korang. Kena ambil pakej RM60 atau RM90 baru sistem akan suggest calon untuk korang.

Pada aku yang menarik sebab sistem ni bermula dengan match kan personaliti. Maksudnya orang yang dicadangkan tu mesti akan ada beberapa titik persamaan personaliti antara diri korang berdua. So lebih mudah nak cari pasangan yang serasi.

Cumanya portal ni kurang diceritakan orang ramai. Jadi, pengguna masih tak terlalu ramai. So kurang lah senarai pilihan untuk dibuat jodoh.

Dan lagi satu portal ni memerlukan korang isi nombor ic, berapa jumlah hantaran yang mampu diberi dan range gaji sebenar. So agak banyak maklumat yang korang terpaksa dedahkan. Kebiasaanya portal cari jodoh yang lain tak mewajibkan korang isi maklumat ini.

Tapi pada aku takde masalah pun bagi maklumat ni. Sebab ini akan menunjukkan korang lebih serius mencari pasangan. Dan sistem ni sangat memerlukan banyak maklumat untuk proses 'matching' yang aku ceritakan tadi. Walaubagaimanapun, nama betul tak didedahkan. Hanya nombor ahli sahaja yang dipaparkan.

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: ujian personaliti memudahkan pilih calon.
Komen: Masih tak ramai guna, calon masih lagi sedikit.


5) Review MyJodoh.net

Myjodoh.net ni aku belum pernah daftar. Tetapi kalau tengok pada portal tu sendiri boleh tahu yang calon kena register menggunakan nama betul dan bukannya didaftarkan dengan nombor ahli. Selain itu, aktiviti calon juga sentiasa ada update kat portal myjodoh.net. Kiranya siapa-siapa yang belum register pun boleh tahu korang tengah kemaskini
profile, tengah lihat senarai calon, tengah lihat mesej atau baru login.

Aku kurang gemar part ni sebab senang sangat orang nak tahu kita tengah buat apa. Tapi diorang buat ni untuk menunjukkan portal tersebut sangat aktif dan sentiasa ada orang guna. Jadi, kalau korang rasa selesa guna portal ni, silakan.

Portal ni juga ada beri cadangan profile calon mana yang sesuai untuk korang. Harga aku tak pasti. Tapi portal ni kalau tengok user dia aku secara personal kurang yakin sikit. Mungkin sebab aku tak pernah register langsung, so tak tahu sangat macam mana ianya berfungsi. Kalau korang rasa jodoh ada kat portal ni, silakan guna. Aku menulis sekadar memberikan pendapat.


6) Review Tinder
Untuk aplikasi tinder ni aku cerita kan sikit macam mana ia berfungsi. Once korang register, korang boleh letak beberapa gambar diri sendiri. Ni berbeza dari aplikasi cari jodoh yang lain yang hanya membenarkan korang upload satu gambar sahaja dalam satu masa.

So register percuma sahaja dan korang dah boleh terus lihat senarai calon. Kalau korang rasa tertarik dengan seseorang korang 'swipe right', manakala kalau korang rasa tak menarik korang 'swipe left'. Kalau korang 'swipe right' dan calon yang korang tengah tengok tu juga 'swipe right', maka korang akan dapat 'match'. Dari situ lah korang boleh start berkenalan.

Sejujurnya aku tak pernah lagi menggunakan aplikasi tinder ni. Takut aku pula yang hanyut bila terjebak dengan perkara yang bukan-bukan walaupun aplikasi ini fungsi dia sama sahaja macam portal cari jodoh online yang lain. Jadinya, aku kongsi kat sini cerita dari pengalaman blogger cEro, bercerita mengenai tinder supaya korang lebih faham aplikasi ni macam mana jenisnya.

Mesti korang ingat aku desperate kan semua portal aku join? Haha.. Aku kira aku tak desperate, cumanya aku curious nak tahu macam mana sistem-sistem ni semua berfungsi. Dan pada aku ianya suatu usaha yang bagus untuk tolong orang-orang macam aku yang tak berapa reti nak start berkenalan. Tak rugi apa kot kalau join. Ini pun tak semua portal lagi aku review.




SOALAN BERKAITAN PORTAL CARI JODOH ONLINE

1) So, cari jodoh secara online ni dianggap desperate ke?
Tak, ini salah satu contoh usaha. Ramai je yang dah jumpa jodoh dengan cara ni. Percaya semua dalam aturan Allah SWT.

2) Macam mana kalau rasa malu nak tunjuk muka dalam portal online? Nanti kena bahan dengan member..
Boleh tengok youtube jinnyboy tajuk 'love at first swipe'. Maybe lepas tu korang boleh rasa yakin untuk join portal cari jodoh online ni. Kalau member tahu pun apa salahnya. Ni soal hidup korang. Korang yang nak cari jodoh dan nak cari kebahagian diri. Kalau nak fikirkan sangat apa orang lain cakap, nanti diri kita sendiri yang tak bahagia.


amazon
Oh kalau korang still malu jugak nak letak gambar atau tak confident, tapi ada rasa macam nak cuba join online dating website ni boleh join baituljannah. Kat platform tu korang boleh kaburkan gambar dan cuma calon yang korang rasa nak bagi dia tengok je baru korang approve request diorang untuk lihat gambar.

Kalau dah kaburkan gambar ni, kena lah tulis banyak-banyak sikit pasal huraian diri. Tulis secara jujur apa korang suka, personaliti korang, plan hidup korang dan prinsip. Kalau ada yang rasa korang menarik melalui huraian diri korang tu, insyallah ada lah yang akan approach.

3) Berbaloi ke bayar mahal-mahal untuk cari jodoh?
Pada aku harga yang kebanyakan portal tawarkan sekarang ni kira affordable. Apa salahnya bayar RM100 atau RM120 setahun untuk cari jodoh sepanjang hayat. Boleh jadi RM100 yang korang spend ni lah benda paling korang bersyukur nanti bila jodoh korang memang ada dalam portal ni.

State of the Industry

4) Boleh percaya ke?

Kenal jangan lama-lama. Cari keserasian paling lama dalam 3 bulan. Kalau tak ngam, boleh move on.
Dalam masa ni korang nilai lah sendiri sama ada calon korang tu boleh percaya atau tidak. Memang aku tak nafikan ada je yang menipu dalam ni. So kena hati-hati.

5) Apa kebarangkalian untuk berjumpa jodoh yang betul melalui portal ni?
Aku tak boleh bagi jawapan tepat untuk soalan ni. Segala-galanya adalah 50:50. Mungkin korang mula berkenalan dengan orang yang sangat ngam, tetapi akhirnya tak jadi juga disebabkan faktor tertentu.

Contoh lain, mungkin juga korang dah sampaikan salam kepada beberapa orang tetapi tetap tak berbalas. Sehingga lah bulan kesebelas penggunaan, korang cuba lagi dan ada yang balas. Tiba-tiba terasa serasi dengannya sehingga korang menikah. So segalanya 50:50. Ada orang yang banyak terima mesej dari calon-calon lain pun belum tentu dia akan jumpa jodoh dalam portal ni juga. Segalanya tentang usaha dan takdir Allah SWT. Allah yang akan menggerakkan kedua hati untuk bernikah.

Islamic Quote

6) Patut ke share facebook, instagram dan whatsapp dengan calon?
Terpulang. Kalau korang percaya pada calon tersebut, nak bertukar fb dan ig, silakan atas risiko sendiri. Tetapi kalau tanya pandangan aku, seeloknya korang taaruf secara professional dulu sebelum bertukar sosial media. Aku follow Aiman Azlan, dia kata semasa taaruf, tanya soalan-soalan professional. Boleh google '100 pre-marital question'. Tanya apa yang sepatutnya dan cari keserasian.

Kalau korang rasa boleh bayangkan hidup dalam 'perjalanan kehidupan' calon tersebut, then dia lah orangnya. Kalau korang bayangkan korang akan makin jatuh, sila move on. So tak perlu kenal lama-lama pun takpe, yang penting tujuan korang bertaaruf tu JELAS. Tapi adakalanya portal cari jodoh online ni sendiri yang tak mesra pengguna dan korang akan lagi selesa gunakan ig, fb atau whatsapp. So, terpulang. Korang nilai sendiri patut atau tidak bertukar media sosial.

Quotes of Islam
7) Kalau register sebagai wakil carikan calon pasangan untuk kawan atau ahli keluarga boleh ke?
Boleh. Kebanyakannya memang ada option untuk korang pilih isi borang sebagai wakil atau sebagai diri sendiri. Cuma aku tak pasti keberkesanan kalau isikan borang untuk ahli keluarga atau kawan ni. Maybe tak ramai yang selesa nak approach wakil tersebut. Ramai orang lagi selesa approach direct kepada calon.

8) Kenapa ada calon yang tiba-tiba senyap?
Kadang-kadang memang akan ada calon yang bila dah kenal, dah dapat facebook atau ig korang dia terus diam atau pun ghosting. Lelaki dan perempuan dua-dua ada jenis yang macam ni. Tapi aku rasa banyak lagi lelaki.

Sebabnya lelaki lebih suka minta media sosial calon perempuan untuk tengok penampilan sama tak dengan gambar kat portal online. Perempuan pulak ada yang letak gambar selfie dah filter sampai lain terus dengan wajah sebenar. So itulah antara salah satu sebab kenapa lelaki ghosting kepada perempuan yang tak jadi diri sendiri. Haha..

GoodGuySwag
9) Antara salam tak dibalas, kena reject atau ghosting, mana lagi sakit hati?
Yang paling kurang rasa sakit hati adalah apabila salam korang tak berbalas. Tak banyak sangat benda negatif yang korang akan fikir. Paling2 pun fikir calon tu sombong. Tu je..

Selepas itu barulah kena reject. Yang ni agak sakit. Sebabnya kalau kena reject tak kena cara boleh menjatuhkan self-esteem seseorang. Boleh rasa diri tak cukup sempurna.

Tapi better lagi kena reject daripada kena ghosting. Kalau calon tiba-tiba menghilang ni paling sakit hati. Sebabnya korang tak tahu apa sebab tiba-tiba diabaikan. Nasihat aku, tak perlu tiba-tiba menghilangkan diri. Reject je direct. Senang. Haha...

imgflip
10) Macam mana nak handle kalau kena reject?
Prinsip yang korang kena pegang dalam cari jodoh ni ada dalam doa istikharah yang aku tulis dalam entri sebelum ni. Jangan letak harapan pada manusia.

Letak pada Allah. "Kalau ianya baik untukku, kau takdirkannya untukku, baikkannya untukku dan berkati aku dengannya". "Kalau ianya buruk untukku, kau jauhkan aku darinya, jauhkan dia dariku, kau gantikan keburukan tersebut dengan kebaikan, dan kau redhakan aku dengannya".

Kalau korang faham dan yakin dengan doa ni, korang akan lebih senang nak terima sesuatu perkara. Jangan lupa juga solat istikharah. Orang yang istikharah ni insyallah takkan menyesal.

11) Apa tips nak cari jodoh secara online?
Sejujurnya aku takde tips. Aku sendiri pun masih belum benar-benar berjaya mana dalam misi mencari jodoh secara online ni. Tapi korang boleh baca tips dari sis ni kat sini. atau kat sini. Dia bagi tips untuk lelaki tapi aku rasa perempuan pun boleh gunapakai. Boleh praktikkan.

Nasihat aku cuba kenal diri sendiri dan karakter calon pasangan. Communication style nya macam mana. Ada orang lebih suka call, ada orang lebih suka mesej, dan ada orang lebih suka jumpa depan2. Tak semua orang sama. Even cara mesej yang selesa bagi setiap orang pun berlainan. Ada yang suka bila cepat2 balas, dan ada pulak yang pressure bila kena balas terlalu cepat.

submitinfographics

12) Buang masa tak join portal cari jodoh online ni?
Tak. ianya satu usaha. Selain itu, banyak benda yang korang boleh belajar. Contohnya korang secara tak langsung akan dapat belajar personaliti orang lain dan personaliti sendiri. Korang boleh belajar komunikasi dengan berlainan jantina. Dan korang boleh belajar yang ada berbagai jenis perangai manusia dalam dunia ni yang adakalanya korang perlu ada sifat sabar yang tinggi.

13) Cari jodoh online ni sesuai untuk semua orang ke?
TAK. Kalau korang cepat down atau cepat hilang kepercayaan pada diri sendiri, SILA JANGAN JOIN. Macam aku bagitahu sebelum ni, kena percaya korang ada value walau pun seakan-akan takde orang lain suka korang. Kena sayang diri sendiri dan jadi orang yang happy dulu. Kalau tak mampu buat ni, sila cuba cari jodoh dengan cara lain.



KESIMPULAN

Statistik menunjukkan untuk suku tahun pertama 2019 jumlah lelaki adalah 16.86 juta dan jumlah perempuan adalah 15.8 juta orang di Malaysia (BERNAMA). Secara nisbahnya 107 lelaki untuk 100 orang perempuan. Jadinya perempuan masih lagi mempunyai kelebihan untuk memilih jodoh kalau ikut statistik ini. Insyallah korang semua akan bertemu jodoh juga suatu hari nanti.

Seeloknya sebelum korang usaha cari jodoh, korang kena mampu untuk menggemberikan hati sendiri dulu. Cari perkara atau aktiviti yang mampu menggemberikan korang. Tak perlu terlalu bergantung harap pada bakal pasangan untuk jadi happy. 

Sepatutnya kita cari pasangan untuk kita berkongsi kegembiraan kita yang sedia ada, bukan kita cari pasangan semata-mata untuk gembirakan kita yang masih negatif. Kalau masih berfirikan dan bertindak negatif, cuba positif dan gembirakan diri sendiri dulu. Dengan cara ni korang akan lebih menghargai diri sendiri dan tak mudah rasa tak berguna sekiranya orang lain tak menghargai value yang ada pada diri korang. Yang penting, yakin dan percaya korang ada VALUE.

Fuhh... panjang sangat dah ni aku tulis. Entah korang baca habis ke tak... So korang ada pengalaman ke join online dating website atau online dating app ni? Ada pengalaman kena reject ke, reject orang ke? Cuba share sikit....Hehe...^_^


Baca lagi:



Kenapa ada orang jenis yang attention seeker?

Kenapa ada orang jenis yang attention seeker?
Biasanya benda ni dari kecik atau dari persekitaran kehidupan dia sendiri. Kalaulah dengan menjadi seorang attention seeker dia dapat apa yang nak dia nak sejak kecil lagi, maka tak peliklah kalau sekarang pun masih jenis yang attention seeker jugak.



Actually aku tak ada banyak nak cerita pasal ni. Tapi aku just nak share video Aiman Azlan pasal attention seeker ni. Best jugak video2 dia. Aku biasa tengok video dia kat fb je sebab senang lalu newsfeed. Yang menarik dalam video ni pada aku pasal tantrum seorang budak.

Kenapa bila budak tantrum(mood frust, maybe menangis) baru parents nak bagi apa yang bayi tu nak? Bila buat macam ni selalu, budak tu mungkin dah letak dalam mindset yang  itulah cara dia nak dapatkan sesuatu.


REVERSE THE SITUATION

So...
Kenapa tak reverse the situation?
Contohnya tak begitu melayan dan bagi apa yang budak tu nak semasa dia tantrum. Tapi bagi dia apa dia nak bila dia berkelakuan baik kat rumah orang dan sebagainya. Mungkin bila buat macam ni, cara sesorang itu seek attention akan jadi lebih positif, bukan dengan cara yang 'annoying'.
Which is make sense jugak pada aku apa yang Aiman Azlan sampaikan ni...

Ok la disebabkan aku tengah takde content sendiri sekarang ni, so aku share video orang lain je la ya. Haha....

Ok, korang layan je la video ni:




Selamat Hari Raya guys!
Salam.



Baca lagi:

Kenapa perempuan sibuk nak ada income sendiri? Perlu ke?

Korang rasa perempuan sekarang perlu ke ada income sendiri?
Kalau aku cakap statement "Perempuan sekarang kena ada income sendiri, untuk menjamin hidup kalau dapat lelaki tak berguna" ni statement yang salah, mesti korang yang perempuan tak puas hati kan?




Pada aku idea untuk perempuan ada income sendiri tu tak salah. 
Tapi aku tak setuju dengan ayat seterusnya.
Kenapa dah letak dalam mindset sesuatu perkara buruk yang belum tentu jadi lagi?
Kenapa nak kena ada pemikiran negatif juga dalam ayat tersebut?




KENAPA PERLU ADA MINDSET NEGATIF?

Takde masalah pun kalau perempuan nak bekerja untuk cari income sendiri.
Tapi bila dalam kepala dah ada mindset yang "Aku bekerja ni sebagai backup, takut-takut aku kena tinggal nanti..", membuatkan kepercayaan korang terhadap pasangan tu makin rendah.
Menunjukkan juga korang tak percaya sepenuhnya pada rezeki.

Eh, kenapa tak percaya pada rezeki pulak kan?
Ye la.. ayat tersebut menampakkan seolah-olah korang terlalu percaya dengan asbab korang bekerjalah korang boleh survive di kemudian hari nanti. Padahal rezeki Allah yang beri. 

Rezeki kesihatan Allah bagi. 
Rezeki kebahagiaan Allah bagi.
Rezeki cukup makan dan pakaian Allah bagi.
Rezeki pekerjaan Allah bagi.

Percayalah... rezeki korang, pasangan, anak2, dan keluarga korang semua Allah dah tentukan. Tinggal kita usaha dan doa yang baik2 sahaja.

Pada aku tak adil untuk ada fikiran negatif terhadap pasangan yang dia akan tinggalkan korang suatu hari nanti padahal dia tak pernah lagi buat masalah sepanjang korang kenal dia.


YANG PENTING NIAT...

Tak salah untuk perempuan bekerja atau ada income sendiri. Tapi niatkan lah cari income tu atas perkara2 macam ni:

1. Niat nak bantu keluarga
2. Niat nak berkhidmat kepada orang lain
3. Niat nak kongsi pengetahuan dan kemahiran
4. Niat mengelakkan masa lapang terbuang dengan sia2 kalau tak bekerja.
5. Niat mencari ilmu dan pengalaman
6. Niat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari

*kalau korang isteri still kena minta izin suami dulu kalau nak bekerja. Kalau suami tak izinkan, tapi korang nak jana pendapatan sendiri jugak, silalah buat bisnes online.

Apa-apapun, macam mana sibuknya korang menjana pendapatan dan mengumpul harta sekalipun, janganlah  sampai jadi terlalu berdikari bila dah bersuami macam ayat kat bawah ni:




KENAPA PEREMPUAN TAK BOLEH INDEPENDENT SANGAT BILA DAH BERKAHWIN?

Bila korang rasa korang boleh buat semua benda, korang akan mula rasa tak perlukan siapa2. Korang akan mula pandang rendah pada pasangan. Korang akan mula lupa Tuhan yang selama ni bagi rezeki kat korang. Korang rasa apa yang korang ada ni adalah usaha korang semata-mata. Kena ingat apa yang korang ada sekarang ni Allah boleh tarik bila2 masa je dia nak.

Kalau korang dah ada rumah sendiri, Allah boleh tarik je dengan berlakunya kebakaran rumah.
Kalau korang sedang ada income yang masyuk, Allah boleh tarik je dengan ujian kesakitan sehingga tak mampu bekerja. So elakkan dari jadi terlalu independent sampai ke tahap ini.

Akhir sekali, cuba banyakkan berfikir positif terhadap sesuatu berbanding terpengaruh dengan fikiran negatif ramai orang zaman sekarang ni. Bila kita berfikir positif, kita akan menarik benda2 positif je dalam hidup kita. Hidup pun akan lebih tenang. Serius.

Ok ada perempuan yang triggered ke dengan post aku ni?  @_@
Salam Ramadhan guys!

Susah jugak nak move on ni rupanya...

Sebelum ni aku pernah post entri cara aku move on bila ditinggalkan. Tapi yang tu lebih kepada hiburan kat blog ni. Tapi kali ni real story yang aku nak cite. Cerita tentang susahnya nak move on.

Psych2Go
Kalau korang ada baca entri tentang kenapa aku tak suka tengok cerita hantu dari barat dan entri kenapa aku rasa aku seorang ‘auditory digital’, korang mungkin dah tahu perangai aku macam mana. So, cerita yang aku nak cite ni ada kena mengena dengan dua entri tu.

THE STORY

Aku ada berkenalan dengan seorang perempuan sebelum ni. Kira pengalaman aku yang pertama la. Dalam perkenalan ni aku cuba untuk jaga perhubungan mengikut apa yang islam anjurkan semampu mungkin.

Pada awalnya semuanya nampak ok je. Sampai ke tahap aku dah kenal dengan parents dan adik beradik dia dah lah... Dan aku dah cuba ambil hati parents dia sehinggakan aku rasa aku dah mula boleh diterima. Dan yang paling penting aku dah makin yakin yang aku suka kat dia.

REJECTION

Tapi, hati dan perasaan manusia tak boleh nak paksa. Kalau aku je yang suka tapi dia tak betul2 suka kat aku pun tak guna. Keadaan sekeliling yang terjadi dan apa yang dia dah lakukan selama ni membuatkan aku rasa dia dah suka kat aku. Tetapi aku silap. Dia tak betul2 suka kat aku pun. Semuanya tu pada dia kategori ‘proses berkenalan’ sahaja.

Disebabkan aku dominan ‘auditory digital’ dan berperangai ‘introvert/ambivert’, komunikasi jadi isu. Ditambah lagi dengan aku yang sentiasa cuba limitkan communication supaya tak melampaui batas pergaulan. So dia nampak ini sebagai satu isu dan tanda ketidak serasian.

RedBubble

TAK SEFAHAMAN


Pada dia isu komunikasi ni susah nak settle even after dah kahwin.
Tapi pada aku isu komunikasi ni boleh develop selepas kahwin sebab aku percaya bila dah duduk serumah barulah betul2 boleh saling kenal-mengenali dan faham-memahami.

So, akhirnya putus gak lepas aku dan dia dah buat istikharah. Aku ada cite sebelum ni apa bagusnya buat istikharah ni. Kita akan lebih bergantung pada Allah berbanding mengharap pada manusia. Boleh baca kat sini.

Tapi dah nama pun manusia tetap lemah. Lepas aku dan dia decide untuk stop contact, malam tu susah jugak aku nak tidur. Asyik fikirkan betul ke keputusan yang aku dah buat. Fikirkan macam mana nak lupakan dia terus. Fikirkan kenapa hanya disebabkan isu ini je semuanya terus tak menjadi. Macam2 lagi la aku fikir...

SUSAH JUGAK NAK MOVE ON..

Baru aku tahu susah jugak nak move on ni rupanya... mungkin dengan hanya berkenalan dengan orang lain baru boleh betul2 move on sepenuhnya. Korang yang dah ada pengalaman macam aku mesti faham kot. Kan??? Kadang2 rasa macam tak dihargai pun ada. Kadang2 tengah duduk sorang2, teringat lak.. aaisssh..

Quote Ambition

Aku tak tahu kenapa tapi masa tu aku selalu layan lagu Akim- Rampas ni. Boleh la layan perasaan jap.. Tapi Akim lagi sedih sebab lagu ni Stacy buat untuk motivate Akim balik lepas dia kehilangan ibu dia...



Tapi feeling macam ni bila kita layan, lagi susah kita nak move on. Memang kena banyakkan buat aktiviti yang boleh lupakan dia dan banyak dengar motivational talk.

So cara aku untuk pastikan aku boleh move on:

  • Aku start dengar ceramah2 agama kat youtube yang berkaitan dengan move on
  • Aku dengar youtube, speaker bagi motivational talk cara2 nak bagi hidup produktif
  • Aku banyak study cara2 berkomunikasi
  • Aku rajin dengar ceramah agama kat surau supaya tak banyak masa terluang. Bila banyak masa terluang ni yang buat kita asik teringat2 dan susah nak move on
  • Aku start buat something yang jarang aku buat sebelum ni.

Dan aku ada dengar satu ceramah yang aku rasa sangat best dengar hari tu. Kat bawah ni ceramah dia:


Point utama dalam video atas ni:

Hikmah ditinggalkan:

  • Allah nak kita rasa lagi nikmatnya bertaaruf (berkenalan).
  • Allah nak bagi kita yang lebih baik walaupun kita dah rasa yang sekarang ni terbaik.
  • Allah bagi kita peluang untuk belajar lagi cara untuk mencari yang lebih baik.
  • Allah nak bagi yang terbaik untuk kita tu sesuai dengan waktunya.
  • Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita inginkan tapi Allah bagi apa yang kita perlukan sebab Allah kabulkan apa yang kita perlukan , bukan apa yang kita inginkan.

Cara doa dikabulkan:

  1. Jika apa yang kita inginkan sesuai dengan apa yang kita perlukan. Maka segera dikabulkan
  2. Jika ada yang kita inginkan tapi kita belum sanggup untuk menerimanya. Maka, akan dikabulkan waktu kita sanggup untuk terimanya nanti

Boleh la tengok video ni. Best gak cara penyampaian dia.

Aku tulis entri ni pun menandakan aku tak move on sepenuhnya lagi. Tapi sebab aku rasa benda ni kena luahkan jugak. So, aku luahkan kat sini. Dan aku rasa cerita ni kena jugak aku simpan sebagai kenangan supaya aku dapat reflect diri aku sendriri apa yang aku dah buat selama ni. Harap2 lepas publish entri ni hidup aku semakin produktif la..

Korang pernah ke rasa kena tinggal? Atau pun ada pengalaman meninggalkan orang lain? Cer cite sikit best tak perasaan tu.. huhu..




Baca lagi:


Cara berkenalan antara lelaki dan perempuan dalam Islam

Hari tu aku ada tengok video soal jawab antara Mufti Ismail Menk dengan seorang youtuber Ali Dawah. Video tu ada bagitahu cara terbaik untuk berkenalan dengan calon yang berlainan jantina. So korang boleh tengok video dia kat bawah ni.


Video ni ada empat bahagian kesemuanya. Tapi aku cuma share part 3 je dengan korang. Yang lain2 korang boleh tengok sendiri kat youtube.
Kalau korang malas nak tengok video dulu, aku ada tekankan balik point2 penting dalam video ni.


Antara point-point penting dalam video:
1) Jangan sisihkan parents dalam urusan macam ni. Diorang ada hak untuk tahu dan bagi pendapat.
Part ni aku setuju lagi2 kalau perempuan. Ayah dia sendiri yang akan jadi wali masa nikah nanti. So sebelum hubungan tu makin serius elok la inform parents dulu. Kalau parents suka dengan calon, then insyallah boleh teruskan. Tapi kalau parents macam tak berkenan tu, kan dah tak berapa susah kalau terpaksa berpisah sebab semuanya belum betul2 serius lagi. Macam orang cakap la kita kalau kahwin ni bukan hanya akan terjalin hubungan dengan suami/isteri sahaja, tapi hubungan dengan keluarga2 diorg sekali. Kalau dah parents/bakal mertua tak suka, korang sanggup ke hidup bertahun2 dalam keadaan parents/bakal mertua awal2 dah bagi hint yang diorang tak suka korang?

2) Mufti menk interested kat 2 perkara kalau seseorang datang pinang anak dia. 
Dua perkara tu adalah: 1) Deen ; 2) Akhlak 
Kalau kedua2 perkara ni elok pada seseorang dan kedua pasangan pun interested then proceed je untuk berkahwin.
Yang ni aku setuju. Sebab nak tengok seseorang tu sesuai dan sama ada dia seorang yang baik atau tak boleh tengok dari akhlak dia. Kalau baik akhlak dia dengan orang lain insyallah dia akan baik akhlak dengan kita. Lepas tu agama. Kalau dia utamakan agama dulu dalam sesuatu perkara, then takde apa yang kita nak risaukan. Sebab agama islam la panduan hidup kita. Kalau kita rujuk kepada panduan yang betul (agama islam), insyallah hidup kita dalam landasan yg betul jugak.

3) Halal dating takde, tapi ada meeting. 
Boleh jumpa dengan calon (benda ni sunnah) tapi kena ada orang lain yg awasi so tak terjadi perkara yang bukan2. Orang ketiga tak perlu duduk sekali pun takpe tapi cukup dia boleh awasi tingkah laku kita semasa berjumpa. Ni the best way of doing it la... Boleh berjumpa banyak kali kalau masih tak puas hati. Tapi under the same condition.
In a way aku setuju part yang ni. Ni kira cara terbaik untuk berkenalan mengikut cadangan Mufti Ismail Menk la. Sebab dia kata perlu orang ketiga tu hanya untuk awasi tingkah laku kita sahaja. Orang ketiga tak perlu dengar conversation pun takpe. So takde la rasa awkward dan rasa tak selesa kalau berbual tu nanti. Tapi kalau orang ketiga kena sentiasa ada kat sebelah masa tengah berbual tu aku tak setuju la. Rasa tak selesa dan mungkin tak terkeluar apa yang nak dikata nanti. Lainlah kalau orang ketiga tu dua2 dah kenal, so yang tu takde problem.

4) Kalau dah ada calon tapi parents paksa kahwin dengan pilihan diorang macam mana?
Just jujur je dan cakap dengan calon pilihan parents tu bahawa perkenalan dengan dia akan jadi buang masa sebab dah ada calon lain. Inform kat dia yang parents tu just being funny. Dan jujur je cakap tak nak teruskan.
Yang ni takkan aku tak setuju pulak kan. Takkan nak cakap teruskan jugak supaya lebih banyak calon, lebih banyak pilihan boleh buat kan..

5) Ada parents yang tak bagi jumpa calon pilihan kita. Padahal dalam hidup ni dah berapa banyak lelaki atau perempuan kita jumpa takde apa2 pulak. Lecturer, peniaga dan sebagainya pun berlainan jantina boleh je jumpa. Then kenapa tak boleh jumpa calon yang dalam pengawasan orang ketiga?? Sememangnya boleh asalkan ada orang ketiga yg memerhati supaya tak bergaul berlebihan.
Ni kalau ada parents berperangai macam tu kira strict sangat la pada aku. Sebab lihat calon pasangan sebelum berkahwin pun kira dianjurkan dalam islam. Kalau ada orang ketiga ketika berjumpa tu then why not kan?

6) Proper way kalau chat dlm phone yang Mufti Ismail Menk suggest adalah dengan buat group chatting masukkan sekali orang ketiga. Orang ketiga ni dormant je, Dia diam2 je tak cakap apa. Just pemerhati.. ni untuk protection hati dan fikiran kita. Hati dan fikiran ni sangat powerful. Jangan sampai kena control oleh orang lain supaya kita tak terluka dengan teruk walau apa pun berlaku.. 
Yang part ni aku kurang setuju walaupun sebelum ni aku setuju macam dalam entri aku sebelum ni. Sebab pada aku agak susah la nak chat dalam group yang ada org ketiga. Jadi tak selesa. Susah nak jadi diri sendiri sebab kita still akan rasa nak berahsia dengan orang yg kita takde niat pun nak share rahsia dengan dia (orang ketiga). Tapi kita nak share rahsia tu dengan calon kita je supaya dia tahu everything pasal kita. So pada aku as long as conversation chat tu tak menimbulkan fitnah, so kira ok la. Macam mana nak tahu conversation tu ok tak? Kalau kita rasa chat conversation kita tu kita bagi orang lain baca dan dia tak nampak apa2 yang membawa kepada maksiat dan perkara yang melalaikan, insyallah conversation kita tu masih tak lari dari landasan islam. Part ni kena jujur dengan diri sendiri la..



...........................................................................

Apa2 pun nak berkenalan dengan someone ni first sekali kena ada niat nak kahwin dulu. Kalau takde niat nak kahwin atau saje nak test2 market dulu elok jangan start berkenalan la.. Tunggu dah ready betul nak kahwin baru la start berkenalan dengan someone. Kalau tak, berkemungkinan kita akan lebih terdedah dengan perkara2 yang dilarang dalam islam sewaktu tempoh perkenalan. Yela.. sebab dalam kepala bukan nak laksanakan apa yang Allah suruh (kahwin) tetapi saje nak cari pengalaman berkenalan dengan berlainan jantina je... Just make sure niat kita betul dalam buat apa perkara sekalipun.

Sekian saje. Aku nak share video dengan korang je dalam post ni. Moga bermanfaat.

*Ni hanyalah pandangan aku sahaja. Boleh jadi aku betul dan boleh jadi pandangan korang pun betul. Kalau korang rasa pandangan aku ni salah dan korang rasa patut tegur aku, silakan..aku pun bukanlah ustaz yang lebih 'arif dalam hal ni. Sebarang pandangan dan teguran amat dialu-alukan..


Baca lagi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...