Pengalaman Menggunakan Portal Cari Jodoh Online Atau Online Dating Website

Salam guys,

Punca aku terjebak dengan pencarian jodoh menggunakan portal online ni adalah disebabkan housemate aku lah. Dia dengan tiba-tiba je tanya aku pernah join tak portal ni.

Pinterest: zubbiii
Lepas tu dia ajak pulak housemate aku yang lain sekali. Semua pun pergi join. Haha.. aku je tak join lagi masa tu. Aku start join masa diorang semua dah slow down. Mula-mula aku cuma cuba-cuba isi borang je untuk register. Lepas tu aku biar borang aku kena 'suspend' sebab tak letak gambar. Sebab aku rasa aku tak ready.


So macam mana aku boleh ready join?

Haa.. sebab aku ready untuk join adalah semata-mata kerana aku ditawarkan diskaun untuk naiktaraf ke ahli premium. Tiba-tiba dapat email bagitahu offer RM 50 off. Aku pun terasa ini lah petanda untuk aku join. Cliche kan. haha..



Pada aku portal cari jodoh online ni orang akan tengok appearance gambar korang dulu sebab itulah yang pertama sekali pun orang nampak. So memang RUPA AGAK PENTING kat sini. First impression pun agak penting. Rupa dan first impression ni subjektif. Kalau korang hati tak kental jangan try lah benda ni. Takut self esteem atau kepercayaan diri sendiri korang akan menurun. Tapi ramai je yang jumpa jodoh kat website ni.

Cuma pada pendapat aku, korang kena ready mindset yang 'reject orang tu biasa, kena reject tu biasa, orang tak balas salam tu biasa, korang tak balas salam orang lain tu pun biasa, kalau jumpa orang tak serius pun ada kemungkinan'.


Pinterest:Emailgmailwemail

APA PERSEDIAAN PERLU ADA SEBELUM JOIN?

Jadi, sebelum join kena percaya pada diri sendiri dulu yang kita ada value. Niatkan dalam diri yang korang join portal online ni untuk cari jodoh yang baik-baik. Ni kira salah satu usaha korang untuk cari jodoh. Lepas tu tawakkal sahaja.

Kalau masih tak dapat jumpa juga jodoh dalam ni, berlapang dada lah dan yakin ada hikmah disebaliknya. Mungkin calon yang ada dalam tu memang bukan yang terbaik untuk korang. So kalau tak jumpa jodoh dalam tu pun kena yakin masih ramai orang kat luar sana yang akan appreciate value yang ada pada diri korang. Yang penting dah ada usaha.



Sebab macam aku mention tadi, cari jodoh secara online ni memang mementingkan rupa dan first impression. So, kalau korang nak try, make sure korang kenal diri sendiri dulu dan boleh describe korang jenis yang macam mana dan apa yang sebenarnya korang nak dari pasangan. Kalau boleh huraikan tentang diri lagi bagus.

Point-point dalam huraian tu semua kadang-kadang berguna kalau korang rasa korang ni biasa-biasa je. Sebab ada orang akan tengok point-point ni dan akan try match dengan diri korang. Kalau korang tak tulis apa-apa pasal diri, memang lagi susah lah orang nak start berkenalan dengan korang dalam portal cari jodoh ni.

Ok entri ni panjang jugak sebenarnya. Sebab aku akan jelaskan satu-satu 6 jenis portal cari jodoh kat bawah ni.


REVIEW MENGENAI 6 JENIS PORTAL CARI JODOH


1) Review Baitulmuslim.com
Facebook: 465k likes


Kalau guna baitulmuslim.com ni register sebagai ahli biasa je korang cuma boleh tengok pilihan calon sahaja. Lepas tu boleh sampaikan salam. Tapi korang nak reply mesej tak boleh. Korang nak tengok siapa yang dah sampaikan salam kat korang pun tak boleh. So korang akan termangu-mangu nak tahu siapa yang mesej aku ni? Entah-entah ni jodoh? Takkan tak nak balas salam pulak? Tapi tak bayar lagi macam mana nak reply?

Haa.. tulah persoalan yang korang akan ada kalau register tapi tak bayar.

Ok apa jadi once dah bayar?

Korang akan dapat tengok siapa yang sampaikan salam tadi. Lepas tu boleh reply mesej dia kalau korang berminat.

Kadang-kadang akan ada yang tak balas langsung salam atau mesej korang dalam ni. Lagi-lagi kalau calon tu seorang yang hot, cantik atau hensem. Sebabnya, bukan korang sorang je yang approach dia. Ramai juga calon lain yang approach.


Jadinya, orang macam ni selalunya akan pilih siapa yang dia nak layan sahaja. Kalau dia layan semua, dia akan jadi serabut dan melayan ala kadar. Kalau tak layan langsung orang akan kata dia sombong. So nak tak nak korang kena fikir positif sahaja lah yang diorang ni tengah berkenalan dengan seseorang.

Dari segi harga baitulmuslim.com:

1) Ahli biasa (percuma): cuma boleh tengok senarai calon, info basic dan sampaikan salam.
2) Ahli premium 2 bulan (RM80): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.
3) Ahli premium 1 tahun (RM120): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.
4) Ahli premium 2 tahun (RM180): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.

Biasanya pakej yang berbaloi adalah pakej yang setahun. Sebab sepanjang tahun tu jumlah calon akan bertambah dari semasa ke semasa. So kalau korang ada perasaan yakin boleh jumpa jodoh dalam ni, ambillah pakej yang setahun. Kalau awal-awal guna rasa tak boleh jumpa jodoh, boleh la slow down kejap dan lepas beberapa bulan cuba lagi. Mana tahu jodoh korang baru nak register...

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: Simple dan dapat notifikasi email setiap kali calon beri salam atau balas mesej.
Komen: Tak cukup maklumat calon seperti maklumat ujian personaliti.


2) Review TillJannah.my
Facebook: 55k likes
Instagram: 39.9k followers

Untuk tilljannah.my ni pulak yang aku perasan satu ciri berlainan dia adalah fungsi cari calon serta ada kategori 'calon popular'. Wahh macam ada anugerah kan? Haha.. Konsep platform ni lebih kurang sama dengan portal yang lain.

Lepas korang register secara percuma, korang kena lengkapkan dulu maklumat diri sendiri sebelum boleh lihat senarai calon. Bila dah lengkap, korang dah boleh usha-usha calon. Lepas tu boleh sampaikan salam dan terima salam. Tapi korang tak boleh nak reply. Korang boleh tengok wajah calon yang sampaikan salam walaupun belum upgrade ke akaun berbayar. Tak macam baitulmuslim.com yang korang takkan tahu langsung muka siapa yang hantarkan salam selagi tak upgrade.


Dari segi platform aku ada rasa agak kurang stabil sikit, tapi tak obvious. Masih boleh bertaaruf secara lancar. Untuk tilljannah ni diorang ada buat apps untuk android. Mungkin kalau guna app lebih user friendly dan lebih mudah digunakan. Aku tak pasti sebab aku tak boleh nak install kat iphone.

Harga untuk naik taraf akaun ada option setahun atau dua tahun sahaja. Tapi tilljannah.my ni mungkin antara yang murah pakej dia. RM 98 untuk setahun dan RM 159 untuk dua tahun. Dari segi jumlah senarai calon lebih banyak dari negeri pantai timur aku rasa. Sebabnya portal ni ada beberapa kali diiklankan dalam video lawak Syahmi Sazali dan Asif yang guna dialek kelantan tu. So agak tersebar luas kat diorang.

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: Dapat notifikasi email apabila calon hantar mesej, ada mobile app dan pakej yang murah.
Komen: Platform ada sikit kurang stabil tetapi tak obvious. Masih tidak begitu banyak calon.


3) Review Baituljannah
Facebook: 1.7 million likes
Instagram: 186k followers

Portal Baituljannah ni antara yang paling ramai user. Tengok lah berapa jumlah likes dan followers dia. Untuk baituljannah ni lain sikit. Once korang register tanpa mengisi maklumat yang lengkap pun dah boleh tengok senarai calon yang ada. Tapi, tak boleh nak mesej calon atau sampaikan salam.

Kalau korang dah isikan maklumat lengkap tentang diri barulah korang boleh mesej dan sampaikan salam kepada calon yang diminati. Masa aku register, dia tulis "Hanya boleh sampaikan 50 salam sahaja untuk hari ini". Bermaksud boleh beri salam kepada 50 orang calon lah.

Kalau untuk mesej pula, dia tulis "Boleh hantarkan mesej kepada 3 calon sahaja untuk hari ini". Bermaksud kalau korang ada calon yang korang suka, cuma boleh hantarkan mesej kepada 3 orang sahaja. Sedih kan? So, macam mana nak mesej lebih lagi?

Kena beli 'rubi'.
Apa itu 'rubi'?

'Rubi' tu macam credit korang lah dalam portal ni untuk berhubung. Setiap kali korang mesej berkurang satu 'rubi'. Harga jualan 'rubi' aku tak pasti sebab aku tak pernah beli lagi. Konsep dia memang menggunakan 'rubi' macam korang main game free kat mobile phone. Bila nak cepat naik level kena bayar, bila nak tambah resource kena bayar. Macam tu juga lah konsep 'rubi' ni sefaham aku.

Portal ni memang takde tawarkan pakej sebulan, 6 bulan atau setahun macam portal-portal lain buat. Semuanya add on purchase bila korang dah register secara percuma tadi. Tapi kalau korang nak try-try atau nak lihat calon-calon yang ada dulu, tak perlu beli 'rubi' lagi. Cuma perlu register meggunakan email sahaja. Boleh tengok terus calon kat dalam tu. Tapi tak dapat la nak mesej diorang.

Dari segi portal, pada aku agak banyak fungsi. Portal ni pun ada fungsi beri cadangan profil calon pada korang. Selain tu, korang boleh pilih nak paparkan maklumat apa pada umum. Kalau tak nak orang tahu apa pekerjaan korang, boleh set untuk tidak paparkan 'pekerjaan'. Gambar pun sama boleh pilih nak paparkan atau tidak. Dan ada lagi beberapa maklumat lain yang korang boleh decide nak orang tahu atau tak.

Bila banyak fungsi ni, kadang-kadang pada aku agak serabut sikit. Tapi masih boleh faham. Kat dalam portal tu sendiri nanti ada keluar artikel-artikel daripada baituljannah dan ada beberapa google ads kat dalam tu. Kalau korang bosan-bosan boleh la baca artikel atau tengok iklan tu.

Lagi satu, kalau nak tambah 'rubi', korang boleh jawab soalan-soalan dari wacana(macam forum). Bila dah jawab, korang akan terima 'rubi' extra dan boleh gunakan untuk mesej crush korang dalam tu nanti. Oh, portal ni membenarkan korang tambah beberapa gambar terbaru pada profil.

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: ramai calon dan banyak fungsi.
Komen: Konsep 'rubi' ni aku tak berapa gemar. Aku lagi suka beli pakej bulanan, atau setahun. 


4) Review Temanhidupku.com
Facebook: 5.6k likes

Untuk portal temanhidupku.com ni pada aku sangat menarik konsep dia. Ianya satu portal cari jodoh online juga, cuma bezanya sewaktu nak daftar nama tu akan ada beberapa soalan ujian personaliti untuk korang jawab. Agak banyak juga. Ada soalan mengenai kelebihan dan kelemahan korang. Dan ada soalan mengenai preference korang dan preference pasangan yang korang rasa sesuai untuk di match kan dengan diri sendiri.

Once dah jawab soalan, nanti sistem tu sendiri akan bagitahu apa personaliti korang. Sama ada Sanguine, Choleric, Melancholic atau Phlegmatic. Lepas tu bagi akaun yang berbayar, sistem akan tolong suggest kan personaliti calon mana yang sesuai dengan diri korang.

Untuk portal temanhidupku.com ni kalau tak bayar, memang korang tak boleh nak search langsung senarai calon. Boleh tengok calon pun yang baru login sahaja. Tu pun nasib. So untuk search senarai calon kena bayar juga sebulan RM30. Kalau bayar RM30 punya pakej ni dah boleh mesej, kenal personaliti diri dan search senarai calon. Tapi sistem tetap tak beri cadangan profile calon untuk korang. Kena ambil pakej RM60 atau RM90 baru sistem akan suggest calon untuk korang.

Pada aku yang menarik sebab sistem ni bermula dengan match kan personaliti. Maksudnya orang yang dicadangkan tu mesti akan ada beberapa titik persamaan personaliti antara diri korang berdua. So lebih mudah nak cari pasangan yang serasi.

Cumanya portal ni kurang diceritakan orang ramai. Jadi, pengguna masih tak terlalu ramai. So kurang lah senarai pilihan untuk dibuat jodoh.

Dan lagi satu portal ni memerlukan korang isi nombor ic, berapa jumlah hantaran yang mampu diberi dan range gaji sebenar. So agak banyak maklumat yang korang terpaksa dedahkan. Kebiasaanya portal cari jodoh yang lain tak mewajibkan korang isi maklumat ini.

Tapi pada aku takde masalah pun bagi maklumat ni. Sebab ini akan menunjukkan korang lebih serius mencari pasangan. Dan sistem ni sangat memerlukan banyak maklumat untuk proses 'matching' yang aku ceritakan tadi. Walaubagaimanapun, nama betul tak didedahkan. Hanya nombor ahli sahaja yang dipaparkan.

Pendapat peribadi
Kelebihan portal: ujian personaliti memudahkan pilih calon.
Komen: Masih tak ramai guna, calon masih lagi sedikit.


5) Review MyJodoh.net

Myjodoh.net ni aku belum pernah daftar. Tetapi kalau tengok pada portal tu sendiri boleh tahu yang calon kena register menggunakan nama betul dan bukannya didaftarkan dengan nombor ahli. Selain itu, aktiviti calon juga sentiasa ada update kat portal myjodoh.net. Kiranya siapa-siapa yang belum register pun boleh tahu korang tengah kemaskini
profile, tengah lihat senarai calon, tengah lihat mesej atau baru login.

Aku kurang gemar part ni sebab senang sangat orang nak tahu kita tengah buat apa. Tapi diorang buat ni untuk menunjukkan portal tersebut sangat aktif dan sentiasa ada orang guna. Jadi, kalau korang rasa selesa guna portal ni, silakan.

Portal ni juga ada beri cadangan profile calon mana yang sesuai untuk korang. Harga aku tak pasti. Tapi portal ni kalau tengok user dia aku secara personal kurang yakin sikit. Mungkin sebab aku tak pernah register langsung, so tak tahu sangat macam mana ianya berfungsi. Kalau korang rasa jodoh ada kat portal ni, silakan guna. Aku menulis sekadar memberikan pendapat.


6) Review Tinder
Untuk aplikasi tinder ni aku cerita kan sikit macam mana ia berfungsi. Once korang register, korang boleh letak beberapa gambar diri sendiri. Ni berbeza dari aplikasi cari jodoh yang lain yang hanya membenarkan korang upload satu gambar sahaja dalam satu masa.

So register percuma sahaja dan korang dah boleh terus lihat senarai calon. Kalau korang rasa tertarik dengan seseorang korang 'swipe right', manakala kalau korang rasa tak menarik korang 'swipe left'. Kalau korang 'swipe right' dan calon yang korang tengah tengok tu juga 'swipe right', maka korang akan dapat 'match'. Dari situ lah korang boleh start berkenalan.

Sejujurnya aku tak pernah lagi menggunakan aplikasi tinder ni. Takut aku pula yang hanyut bila terjebak dengan perkara yang bukan-bukan walaupun aplikasi ini fungsi dia sama sahaja macam portal cari jodoh online yang lain. Jadinya, aku kongsi kat sini cerita dari pengalaman blogger cEro, bercerita mengenai tinder supaya korang lebih faham aplikasi ni macam mana jenisnya.

Mesti korang ingat aku desperate kan semua portal aku join? Haha.. Aku kira aku tak desperate, cumanya aku curious nak tahu macam mana sistem-sistem ni semua berfungsi. Dan pada aku ianya suatu usaha yang bagus untuk tolong orang-orang macam aku yang tak berapa reti nak start berkenalan. Tak rugi apa kot kalau join. Ini pun tak semua portal lagi aku review.




SOALAN BERKAITAN PORTAL CARI JODOH ONLINE

1) So, cari jodoh secara online ni dianggap desperate ke?
Tak, ini salah satu contoh usaha. Ramai je yang dah jumpa jodoh dengan cara ni. Percaya semua dalam aturan Allah SWT.

2) Macam mana kalau rasa malu nak tunjuk muka dalam portal online? Nanti kena bahan dengan member..
Boleh tengok youtube jinnyboy tajuk 'love at first swipe'. Maybe lepas tu korang boleh rasa yakin untuk join portal cari jodoh online ni. Kalau member tahu pun apa salahnya. Ni soal hidup korang. Korang yang nak cari jodoh dan nak cari kebahagian diri. Kalau nak fikirkan sangat apa orang lain cakap, nanti diri kita sendiri yang tak bahagia.


amazon
Oh kalau korang still malu jugak nak letak gambar atau tak confident, tapi ada rasa macam nak cuba join online dating website ni boleh join baituljannah. Kat platform tu korang boleh kaburkan gambar dan cuma calon yang korang rasa nak bagi dia tengok je baru korang approve request diorang untuk lihat gambar.

Kalau dah kaburkan gambar ni, kena lah tulis banyak-banyak sikit pasal huraian diri. Tulis secara jujur apa korang suka, personaliti korang, plan hidup korang dan prinsip. Kalau ada yang rasa korang menarik melalui huraian diri korang tu, insyallah ada lah yang akan approach.

3) Berbaloi ke bayar mahal-mahal untuk cari jodoh?
Pada aku harga yang kebanyakan portal tawarkan sekarang ni kira affordable. Apa salahnya bayar RM100 atau RM120 setahun untuk cari jodoh sepanjang hayat. Boleh jadi RM100 yang korang spend ni lah benda paling korang bersyukur nanti bila jodoh korang memang ada dalam portal ni.

State of the Industry

4) Boleh percaya ke?

Kenal jangan lama-lama. Cari keserasian paling lama dalam 3 bulan. Kalau tak ngam, boleh move on.
Dalam masa ni korang nilai lah sendiri sama ada calon korang tu boleh percaya atau tidak. Memang aku tak nafikan ada je yang menipu dalam ni. So kena hati-hati.

5) Apa kebarangkalian untuk berjumpa jodoh yang betul melalui portal ni?
Aku tak boleh bagi jawapan tepat untuk soalan ni. Segala-galanya adalah 50:50. Mungkin korang mula berkenalan dengan orang yang sangat ngam, tetapi akhirnya tak jadi juga disebabkan faktor tertentu.

Contoh lain, mungkin juga korang dah sampaikan salam kepada beberapa orang tetapi tetap tak berbalas. Sehingga lah bulan kesebelas penggunaan, korang cuba lagi dan ada yang balas. Tiba-tiba terasa serasi dengannya sehingga korang menikah. So segalanya 50:50. Ada orang yang banyak terima mesej dari calon-calon lain pun belum tentu dia akan jumpa jodoh dalam portal ni juga. Segalanya tentang usaha dan takdir Allah SWT. Allah yang akan menggerakkan kedua hati untuk bernikah.

Islamic Quote

6) Patut ke share facebook, instagram dan whatsapp dengan calon?
Terpulang. Kalau korang percaya pada calon tersebut, nak bertukar fb dan ig, silakan atas risiko sendiri. Tetapi kalau tanya pandangan aku, seeloknya korang taaruf secara professional dulu sebelum bertukar sosial media. Aku follow Aiman Azlan, dia kata semasa taaruf, tanya soalan-soalan professional. Boleh google '100 pre-marital question'. Tanya apa yang sepatutnya dan cari keserasian.

Kalau korang rasa boleh bayangkan hidup dalam 'perjalanan kehidupan' calon tersebut, then dia lah orangnya. Kalau korang bayangkan korang akan makin jatuh, sila move on. So tak perlu kenal lama-lama pun takpe, yang penting tujuan korang bertaaruf tu JELAS. Tapi adakalanya portal cari jodoh online ni sendiri yang tak mesra pengguna dan korang akan lagi selesa gunakan ig, fb atau whatsapp. So, terpulang. Korang nilai sendiri patut atau tidak bertukar media sosial.

Quotes of Islam
7) Kalau register sebagai wakil carikan calon pasangan untuk kawan atau ahli keluarga boleh ke?
Boleh. Kebanyakannya memang ada option untuk korang pilih isi borang sebagai wakil atau sebagai diri sendiri. Cuma aku tak pasti keberkesanan kalau isikan borang untuk ahli keluarga atau kawan ni. Maybe tak ramai yang selesa nak approach wakil tersebut. Ramai orang lagi selesa approach direct kepada calon.

8) Kenapa ada calon yang tiba-tiba senyap?
Kadang-kadang memang akan ada calon yang bila dah kenal, dah dapat facebook atau ig korang dia terus diam atau pun ghosting. Lelaki dan perempuan dua-dua ada jenis yang macam ni. Tapi aku rasa banyak lagi lelaki.

Sebabnya lelaki lebih suka minta media sosial calon perempuan untuk tengok penampilan sama tak dengan gambar kat portal online. Perempuan pulak ada yang letak gambar selfie dah filter sampai lain terus dengan wajah sebenar. So itulah antara salah satu sebab kenapa lelaki ghosting kepada perempuan yang tak jadi diri sendiri. Haha..

GoodGuySwag
9) Antara salam tak dibalas, kena reject atau ghosting, mana lagi sakit hati?
Yang paling kurang rasa sakit hati adalah apabila salam korang tak berbalas. Tak banyak sangat benda negatif yang korang akan fikir. Paling2 pun fikir calon tu sombong. Tu je..

Selepas itu barulah kena reject. Yang ni agak sakit. Sebabnya kalau kena reject tak kena cara boleh menjatuhkan self-esteem seseorang. Boleh rasa diri tak cukup sempurna.

Tapi better lagi kena reject daripada kena ghosting. Kalau calon tiba-tiba menghilang ni paling sakit hati. Sebabnya korang tak tahu apa sebab tiba-tiba diabaikan. Nasihat aku, tak perlu tiba-tiba menghilangkan diri. Reject je direct. Senang. Haha...

imgflip
10) Macam mana nak handle kalau kena reject?
Prinsip yang korang kena pegang dalam cari jodoh ni ada dalam doa istikharah yang aku tulis dalam entri sebelum ni. Jangan letak harapan pada manusia.

Letak pada Allah. "Kalau ianya baik untukku, kau takdirkannya untukku, baikkannya untukku dan berkati aku dengannya". "Kalau ianya buruk untukku, kau jauhkan aku darinya, jauhkan dia dariku, kau gantikan keburukan tersebut dengan kebaikan, dan kau redhakan aku dengannya".

Kalau korang faham dan yakin dengan doa ni, korang akan lebih senang nak terima sesuatu perkara. Jangan lupa juga solat istikharah. Orang yang istikharah ni insyallah takkan menyesal.

11) Apa tips nak cari jodoh secara online?
Sejujurnya aku takde tips. Aku sendiri pun masih belum benar-benar berjaya mana dalam misi mencari jodoh secara online ni. Tapi korang boleh baca tips dari sis ni kat sini. atau kat sini. Dia bagi tips untuk lelaki tapi aku rasa perempuan pun boleh gunapakai. Boleh praktikkan.

Nasihat aku cuba kenal diri sendiri dan karakter calon pasangan. Communication style nya macam mana. Ada orang lebih suka call, ada orang lebih suka mesej, dan ada orang lebih suka jumpa depan2. Tak semua orang sama. Even cara mesej yang selesa bagi setiap orang pun berlainan. Ada yang suka bila cepat2 balas, dan ada pulak yang pressure bila kena balas terlalu cepat.

submitinfographics

12) Buang masa tak join portal cari jodoh online ni?
Tak. ianya satu usaha. Selain itu, banyak benda yang korang boleh belajar. Contohnya korang secara tak langsung akan dapat belajar personaliti orang lain dan personaliti sendiri. Korang boleh belajar komunikasi dengan berlainan jantina. Dan korang boleh belajar yang ada berbagai jenis perangai manusia dalam dunia ni yang adakalanya korang perlu ada sifat sabar yang tinggi.

13) Cari jodoh online ni sesuai untuk semua orang ke?
TAK. Kalau korang cepat down atau cepat hilang kepercayaan pada diri sendiri, SILA JANGAN JOIN. Macam aku bagitahu sebelum ni, kena percaya korang ada value walau pun seakan-akan takde orang lain suka korang. Kena sayang diri sendiri dan jadi orang yang happy dulu. Kalau tak mampu buat ni, sila cuba cari jodoh dengan cara lain.



KESIMPULAN

Statistik menunjukkan untuk suku tahun pertama 2019 jumlah lelaki adalah 16.86 juta dan jumlah perempuan adalah 15.8 juta orang di Malaysia (BERNAMA). Secara nisbahnya 107 lelaki untuk 100 orang perempuan. Jadinya perempuan masih lagi mempunyai kelebihan untuk memilih jodoh kalau ikut statistik ini. Insyallah korang semua akan bertemu jodoh juga suatu hari nanti.

Seeloknya sebelum korang usaha cari jodoh, korang kena mampu untuk menggemberikan hati sendiri dulu. Cari perkara atau aktiviti yang mampu menggemberikan korang. Tak perlu terlalu bergantung harap pada bakal pasangan untuk jadi happy. 

Sepatutnya kita cari pasangan untuk kita berkongsi kegembiraan kita yang sedia ada, bukan kita cari pasangan semata-mata untuk gembirakan kita yang masih negatif. Kalau masih berfirikan dan bertindak negatif, cuba positif dan gembirakan diri sendiri dulu. Dengan cara ni korang akan lebih menghargai diri sendiri dan tak mudah rasa tak berguna sekiranya orang lain tak menghargai value yang ada pada diri korang. Yang penting, yakin dan percaya korang ada VALUE.

Fuhh... panjang sangat dah ni aku tulis. Entah korang baca habis ke tak... So korang ada pengalaman ke join online dating website atau online dating app ni? Ada pengalaman kena reject ke, reject orang ke? Cuba share sikit....Hehe...^_^


Baca lagi:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...