Masihkah relevan aku tulis blog?

Salam guys

Lama dah tak update kat sini. Rasa dah dekat setahun lebih kot. Nak taip entri pun dah lupa haha.
So far aku masih keje yang sama. Dah dekat tiga tahun dah. Dan aku dah mula rasa tak banyak improvement dalam diri aku. So aku rasa kena cari kerja lain.


Tapi masalah jugak bila kerja position level biasa2 tapi nak kena bagi notis 3 bulan. Susah nak cari majikan yang sanggup tunggu kita sampai 3 bulan unless kita punya skills ni sangat2 susah dijumpai la. Selalu aku rasa point ni je dah buatkan aku fail kalau aku pergi interview mana2. Tapi sebenarnya skill interview aku pun tak power gak haha. Sebab dah pergi beberapa interveiw tak dapat2..

Aku boleh cerita something melalui penulisan macam dalam blog ni tapi aku sendiri rasa bila aku bercerita secara lisan, cerita aku bosan haha. Dan aku tak suka cerita benda yang sama berulang kali walaupun kepada orang yang berlainan. So bila aku pergi interview, aku rasa cara aku explain experience aku pun tak cukup details sebab aku rasa nak cepat habiskan cerita. So sampai sekarang la aku masih stay kerja yang sama. Macam mana pun alhamdulillah la masih lagi ada keje.

Sebenarnya ok je keje aku cuma bila terlalu sikit improvement dalam diri,  aku rasa benda ni tak bagus. Plus ceo aku ni pun tak tahu direction dia nak pergi mana. Muda lagi , kurang  pengalaman. So semua staff  pun jadi lost. In a normal situation, ceo macam ni patutnya dah kena kick awal dah, tapi situasi kat tempat keje aku ni tak normal sikit haha.


Ok la sampai situ je la aku update pasal life aku..
Apa lagi entri best yang aku boleh ceritakan eh??

Aku tengah nak beli rumah. Tapi tak settle lagi.
Aku belum kahwin lagi. Tapi tu pun dah malas sikit nak update blog. Camne ni? Haha
Aku sekarang sewa rumah dua tingkat dgn adik beradik aku. Besar woo
Aku dah kurang buat bisnes online. Tapi masa puasa lepas hari tu aku ada tolong adik aku layan customer dia, Gila 24/7 tak berhenti weh whatsapp masuk. Tu baru main paid review tu, belum main iklan tv lagi haha.
Aku baru tahu ada router yang boleh masuk simcard. Alangkah mudahnya untuk orang2 yang takde cable fiber(macam unifi) kat rumah dia.
Aku baru je experience naik flight yang agak seram, bila landing semua orang tepuk tangan kepda pilot.

Haa mana satu yang korang nak aku cerita lebih lanjut lagi? Ke dah takde orang nak komen kat entri aku ni dan tak kisah pasal aku dah?? Haha.  Terima kasih la kepada sesiapa yang masih baca blog aku dan masih menunggu kehadiran aku. You are the best.

Sekian.

*Kalau  korang tuan rumah buat sewa bilik khas utk lelaki atau khas utk perempuan sahaja,  korang akan accept tak couple nak sewa salah satu bilik atas alasan diorang urgent n terdesak?



17 ulasan:

  1. first of all, welcome back bro ley!!!! lama giler nak tunggu ko buat comeback, kalahkan band BSB.
    ko buatlah cerita apa2 pun, insyaAllah aku baca. Lagi2 pasal isu nak beli rumah dan makan nasi minyak. haaaa...soalan hangat utk hr ni. bosan gak, semua org dah berkerut dahi tnya isu kawen...

    mesti adik ko influencer pemes kan? kalau aku kerja dkt tempat ko yg tak dpt membantu mengimprovekan diri sendiri, silap hari bulan boleh mati impian...

    as tuan rumah ek, opkos aku tak kasi...apa pahala aku dah banyak utk cover dosa dorg? no no no. inipun aku dok cari penyewa perempuan saja pun dah macam org interview kerja. hahahah...

    apa2 pun all the best bro!!! keep updating ur blog. sebab aku dah tak nampak blogger yg tulisan dia tadak unsur promoting...honest review still okay...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah band bsb tu band apa la pulak..Thanks weh siap tunggu aku buat comeback lg. Terharu.. huhu

      Pasal rumah tu nanti dulu la, sebab tak settle lagi. Pasal nasi minyak tu pun sama macam tak ready lagi je nak cite haha.

      Biasa la tu semua org nak harapkan kau dpt life yg sempurna dgn life partner kau. Diorg pun akan tumpang happy jugak nanti. Kalau diorang tanya je nak senang kau jawab je insyallah.. settle tak payah explain panjang2 lagi pun takpe haha.

      Adik aku bukan instafemes pun. Cuma dia buat bisnes. N salah satu marketing strategy dia guna paid review tu la.

      Sama. Aku pun tak bagi kalau penyewa masuk campur2 ni. Dah la kita dapat dosa, penyewa lain pun nanti bukan selesa pun bila dah campur laki perempuan ni. Tapi trend skrg aku tgk mcm dah biasa je. Aku pun tak tahu mcm mana diorg boleh rasa takde apa..

      Yeke dah takde blogger mcm tu. Aku rasa ada lagi ni. Harap2 aku boleh konsisten tak menghilang la haha

      Padam
  2. masih relevan. sama la kita. baru buat comeback

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula bila tgk balik blog ni rasa macam aku sendiri boleh lupa dgn apa yg aku pernah tulis. So aku rasa blog ni akan buatkan aku ingat balik life aku camne bila dh tua nanti.

      Btw tahniah dapat buat comeback!!
      Susah juga nak tulis bila dah lama tak menulis ni..

      Padam
  3. update je semua slow2. insyaAllah aku baca semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq bro. Tak sangka ada jugak yg nak baca lagi blog ni. Huhu..

      Padam
  4. cite la pasal naik flight tu.. hello.. selamat berblog semulaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok raz. Nanti aku ceritakan. Tu pun kalau aku masih rajin berblog la haha. Aku rasa agak lembab skit pulak nak mengupdate blog skrg ni..

      Padam
  5. Welcome back Bro 😊
    Cerita aje semua bukankah blog juga sejenis diary

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Mrs A. Betul la tu blog jadi macam diari jugak la. Tapi untuk blog ni sy memang tak share terlalu personal. Just nak tgk balik cara sy berfikir dan apa je achievement sy sepanjang hidup ni.. kadang2 menukis pun boleh happy kan..

      Padam
  6. ada je yg menantikan kau update Bro hahaha. alah kau baru tiga tahun keje situ. aku ni dah masuk tahun ke sembilan keja tempat yg sama dgn gaji yg sama. haaaa kau rase? hahaha

    woahhh byk gak yg menarik kat enrty kau ni.
    jap. aku nak komen part yg last tu.

    kalau aku jd tuan rumah mmg no compromy.
    terdesak ke urgent ke mintak maaflah ye takmau subahat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh kau belum tukar keje lagi, aku ingat dah tukar. Kau memang keras na.. 9 tahun stay gaji sama eh.. Boleh la 2019 ni azam keje tempat baru dengan gaji yg baru. Haha..

      Wah.. kat mana la yg menarik sgt entri aku ni? Aku rasa entri tahun 2018 paling tak perform..

      Kira ramai lagi gak la yg memang tak kompromi bagi sewa campur lelaki perempuan ni. Alhamdulillah..

      Padam
    2. iye aku masih di sini. 9 tahun keje sama, gaji sama. mungkin tahun ni mudahan ada perubahan inshaAllah fuuhhhhh~ fuhhhh~

      Padam
  7. eh kenapa belum kawen Bro? cepat kawen weyhh hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... nak pergi mana cepat2? Biar lambat asal selamat...

      Padam
    2. elehhhhh kemain suruh aku cepat. kena tang dia pandai pulak biar lambat asal selamat. chisss~ hahaha

      lagi lambat lagi mahal nanti weyhh :P

      Padam
  8. Aikk boleh pulak makin lambat makin mahal. Pelik2 la zaman skrg. Benda ni pun ada inflasi ke haha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...