Google Adsense dah menyokong Blog Bahasa Melayu?

Sebelum ni aku dah pernah kongsikan serba sedikit pasal Nuffnang. Kali ni pulak, aku nak kongsikan pasal Google Adsense walaupun aku sendiri tak letak lagi Google Adsense kat blog ni. Kenapa tiba2 je aku nak cerita pasal Google Adsense ni? Nak tahu sebab apa? Sebabnya aku ada terbaca entri di Amanz.my mengatakan yang Google Adsense kini menyokong Bahasa Malaysia.


Aku rasa ramai blogger2 yang suka dengan berita ni sebab sebelum ni kalau nak letak Google Adsense, blog korang kena la berbahasa Inggeris. Jadi, kebanyakannya tak daftar pun dengan Google Adsense ni dan ada yang dah daftar tapi tak diluluskan kerana bahasa yang digunakan tak disokong oleh pihak Google Adsense. Oleh itu, kepada blogger yang hebat2 tu apa lagi, pergi la daftar Google Adsense ni. Boleh jana pendapatan lebih… 


Lagi satu yang menariknya pasal Google Adsense ni ialah ianya bukanlah pesaing Nuffnang. Jadi, tak ada masalah la kalau nak letak Google Adsense dan Nuffnang sekali kat dalam blog. Kat bahagian FAQ laman web nuffnang pun ada juga soalan dan jawapan berkaitan dengan Google Adsense ni.


Walaupun Google Adsense ni dah menyokong Bahasa Malaysia, aku masih belum rasa yang blog aku ni senang2 je Google nak approve kalau aku daftar pun. Ye la…blog pun baru lagi, entri pun berapa kerat je. Tu belum cerita lagi unique visitor(UV) yang tak berapa nak ada. Jadi, aku tak rasa patut untuk aku letakkan Google Adsense ni buat masa sekarang. Setakat ni letak Nuffnang dulu cukup la sebab menjana pendapatan ni bukan la tujuan utama aku menulis blog. Aku kongsikan ni pun saja nak suruh korang yang dah hebat dalam berblogging ni pergi daftar dengan Google Adsense. Mana tahu rezeki korang lebih murah lepas letak Google Adsense ni nanti… Harap2 Google akan approve blog korang dengan mudah je tanpa ada sebarang masalah.


Sekian sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Selamat hari Jumaat. FYI, sunat baca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ni.  ^_^


Sumber gambar: Google images

10 ulasan:

  1. entri yang bagus... Baru tahu tentang google adsense nie...

    BalasPadam
  2. dah register dah AdSense ni tapi takut pulak nak letak sebab international sangat >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok la tu dah boleh register. Letak je iklan tu, x payah takut sgt. Kalau google block pun appeal je. nak elakkan kena blok ni kena follow google guideline, contohnya mcm kena letak gambar sendiri x boleh rembat gambar org lain. Kalau follow xde ape nak dirisaukan la. :)

      Padam
  3. belek-belek balik Adsense , x diapprove sbb language .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh..ye ke... maybe guna byk perkataan english dalam blog kot sebab tu x approve. Hrmmm...entahlah. Cuba la tgk2 balik blog pastu register lagi. :)

      Padam
  4. Adsense dah approve. Tapi iklan tak keluar-keluar. Review stage x habih lg kut, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah, saya punya tak approve2 lg..kehkeh... :)

      Padam
  5. I'm still with Nuffnang.. hehe. Setia kan.. :D
    Thank you for the info, tu lah ada jugak terbaca googke adsense dah support blog berbahasa melayu.. :D
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saja je buat entri ni tp saya still pakai nuffnang je..x pakai lagi adsense ni.Banyak sgt rules dia...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...