Harga minyak naik lagi?

Sekarang ni kecoh pasal harga minyak naik balik. Rakyat Malaysia macam biasa la…berperang komen jadi keyboard warrior. ‘Harga minyak naik salah kerajaan!’ ‘Masa turun senyap je, masa naik semua nak bising!’ ‘Nak turun bukan main lama, nak naik cepat je! ’. Itulah antara komen2 yang ada di media sosial. Persoalannya, adakah harga minyak naik sekarang ni salah kerajaan?


Sumber: Google images




Seperti yang aku ceritakan dalam entri aku sebelum ni, kerajaan menggunakan mekanisma baru untuk tentukan harga petrol sekarang ni. Jadi, harga petrol akan bergantung dengan harga pasaran dunia. Kalau harga pasaran dunia naik harga petrol kat Malaysia pun naik la. Adakah kenaikan harga minyak ni salah kerajaan?

Kebanyakan komen semua nak salahkan kerajaan padahal kerajaan dah umumkan yang harga petrol kat Malaysia akan menggunakan sistem ‘apungan kawalan’. Harga petrol ni pulak akan dikaji semula setiap bulan. Jadi, tak pelik pun kalau harga minyak nak naik baru lepas sebulan turun. Bukannya kerajaan sengaja nak cepat2 naikkan harga petrol tapi dah memang tiap2 bulan akan dikaji semula harganya, jadi tak pelik la kalau harga minyak nak naik ke turun ke pada awal bulan.



Aku sebagai rakyat biasa pun tak ada la suka bila harga minyak naik tapi tak ada la aku tiba2 je nak salahkan kerajaan. Faham dulu macam mana kerajaan tentukan harga minyak baru la berilmiah sikit nanti komen tu. Ini asyik nak cari kesalahan orang je. Orang Malaysia ni nampak kesalahan orang je, tapi bila nak selidik, study, cari fakta… semua malas. Percaya je bulat2 orang kata apa.

Ohh..lagi satu, aku rasa memang tak patut kalau peniaga naikkan harga barang sebab harga minyak naik. Sebab harga minyak sekarang akan berubah setiap bulan. Peniaga tak boleh suka2 je nak naikkan harga barang sebab tak adil. Kalau peniaga nak naikkan harga barang, kena jugak turunkan harga barang bila harga minyak turun. Jadi, setiap bulan pun kena naikkan dan turunkan harga barang baru la adil. Aku harap peniaga yang ambil kesempatan sempena harga minyak naik ni KPDNKK akan ambil tindakan yang sewajarnya.

Pengguna pun boleh main peranan sebenarnya. Faham macam mana mekanisma nak tentukan harga minyak ni biar ada point. Kalau ada peniaga yang ambil kesempatan ni, tanya dia kenapa harga barang asyik naik je…tak turun2 walaupun harga minyak turun. Komplen biar berilmu baru la diorang susah nak justify reason diorang naikkan harga.

Walaubagaimanapun, kita hadap je la harga minyak naik ni. Buat apa yang termampu. Kalau dah rezeki rakyat nanti turun la balik harga minyak tu….Bersyukur la selagi kita mampu menikmati rezeki Allah. Ada betulnya jugak komen2 yang suruh bersyukur ni kadang2. Kadang2 kita lupa nak bersyukur bila Allah uji kita dengan kesenangan, jadi Allah uji balik dengan kesusahan. Apapun aku harap agar rakyat Malaysia semuanya mampu untuk menyara diri serta keluarga dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi kehiupan yang semakin tinggi kos sara hidup ni. May Allah bless us. Sekian.



5 ulasan:

  1. SALAM KENAL SEMUA,…!!!
    DEMI ALLAH ! CERITA INI BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!

    Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual AKI…Angka KI JAYA Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu NomoR KI JAYA..Saya coba beli Paket 4D ternyata Tembus…dan Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib KI JAYA…Yang SaYa Minta Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer KI JAYA 085- 321- 606- 847.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

    …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA KI JAYA…

    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.PESUGIHAN
    2.UANG GAIB
    3.JUAL TUYUL MEMEK
    4.JUAL KERIS PUSAKA
    5.JUAL PERMATA REJEKI

    …=>KI JAYA<=…
    NOMOR TLPN : 085- 321- 606- 847

    BalasPadam
  2. sakit gigi....cerita pasal harga minyak. Itu belum GST lagi

    BalasPadam
  3. harga minyak pasti naik.. turun pun sekejap dan beberapa sen saja.. naiknya cepat dan bersen-sen..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi dah tukar meknanisma baru la bro. Minyak ikut harga pasaran dunia sekarang. So, tiap2 bulan akan berubah harga minyak.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...