Harga topup tetap sama selepas GST?

Bermula 1 April ni, gst akan dilaksanakan. Macam2 barang yang sebelum ni tak pernah dikenakan cukai akan dikenakan cukai melalui gst ni seperti gajet2/ barang2 komputer, topup dan lain2. Apa yang paling aku kisahkan ialah bagaimana harga topup selepas gst dilaksanakan? Sebab topup ni tiap2 bulan aku akan topup dan akan memberi kesan dalam perbelanjaan aku. 




Berikut antara persoalan aku:

1. Adakah jika aku bayar RM 10 aku perlu tambah 60 sen sebagai cukai gst?
2. Atau aku akan bayar RM 10 dan kredit sebanyak 60 sen akan ditolak sebagai cukai gst?
3. Atau aku akan bayar RM 10 dan dapat kredit berharga RM10 jugak?

Aku pasti semua rakyat suka kalau persoalan ketiga menjadi realiti. Jadi, bolehkah sebenarnya syarikat telco ni nak jual harga topup RM10  dan beri kredit RM 10 ringgit kepada pengguna sedangkan topup dikenakan gst? Jawapannya boleh kalau syarikat telco ni bertimbang rasa dengan pengguna dan tak ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih. Nak tau kenapa aku kata boleh? Aku ada terbaca di satu blog/website english tetapi aku dah lupa nama blog/website dia. Kat blog/website tu la aku dapat tahu persoalan ketiga tu mungkin menjadi realiti.

Ok, sekarang aku beritahu macam mana ia mungkin menjadi realiti. Aku rasa ramai yang dah dengar atau baca di blog2/website  yang sebenarnya cukai dah memang sedia ada pada topup yang kita beli. Cuma sekarang ni tak dikenakan kepada pengguna tetapi syarikat telco yang bayar terus kepada kerajaan. Jadi, selepas gst dikenakan,cukai akan dikenakan terus kepada pengguna bukan lagi kepada syarikat telco.

Oleh itu, syarikat telco tidak lagi akan membayar cukai kepada kerajaan. Ini bermaksud tiada lagi kos yang ditanggung oleh syarikat telco bagi membayar cukai tersebut. Jadi, syarikat telco ni sebenarnya mampu meletakkan diskaun pada harga topup dan jika ditambah pula dengan gst menjadikan harga topup kekal seperti sekarang. 

Contohnya, harga topup boleh diletakkan pada harga RM 9.40 ditambah dengan 60 sen menjadikan harga topup RM10  dan kredit tetap dapat RM 10 jugak. Ini kerana syarikat telco mungkin ingin memberi harga yang kompetitif kepada pengguna untuk tarik pelanggan. Kiranya syarikat telco ni macam bayarkan la gst tu untuk pengguna dengan memberi diskaun sebab diorang dah tak tanggung kos cukai lagi selepas ini.  Macam tu la caranya.

Macam mana? Korang rasa logik tak? Aku cuma mampu berdoa je la yang gst ni tak akan membebankan rakyat nanti. Jadi, korang percaya tak syarikat telco ni akan bertimbang rasa kepada pengguna nanti? 


Baca lagi:

3 ulasan:

  1. top up pun dah ada gst... nanti tak lama lagi gi tandas awam pun ada gst..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.....tandas awam masuk 30 sen ada gst darab dengan 6%. Hmmm....x tahu la camne la susahnya nanti yg jaga tandas nak bg balance duit kat org.

      Padam
  2. GST punya pasal, yang miskin semakin miskin.. Yang kaya semakin kaya. Mungkinkah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...