Orang tak tahu niat kita

Salam

Niat.

Baru2 ni aku ada tengok video ceramah Syamsul Debat. Video tu dirakamkan semasa ceramah dia di Perhimpunan Umno. Haaa.. aku tengok video perhimpunan UMNO kot...40 minit pulak tu. Gila ahh.. Haha...

Kat dalam ceramah tu banyak la input yang Syamsul Debat ni cuba sampaikan. Ada orang panggil dia ustaz tapi dia pernah nafikan yang dia bukan ustaz. Dia penceramah motivasi. Ikut dia lah kan nak orang selesa panggil dia apa....

Ok, perkara yang aku nak sampaikan kat sini ialah tentang niat seseorang. Tak ada siapa tahu niat seseorang kecuali Allah SWT. Mengenai Syamsul Debat ni pulak, aku pun baru tahu yang dia ahli UMNO. Tapi, takde masalah pun pada aku dia ahli apa, yang penting dia buat apa yang dia patut buat.

Video tu kira first time Syamsul Debat ni dapat berucap dalam perhimpunan tu. Selepas aku tengok video tu, aku rasa ada bagusnya dia ni ada kat dalam UMNO. Boleh sampaikan dan berdakwah kepada ahli2 UMNO yang ada kat situ. Dalam ceramah tu ada sikit sindiran dia cuba selitkan dengan harapan ada orang yang akan terkesan dengan apa yang disampaikan.

Pada aku, ceramah tu agak ok. Tak terlalu membuatkan orang yang ada kat situ terus tersentap tetapi sedikit sindiran yang disampaikan tu bagi aku mampu untuk buat seseorang tersedar akan kesilapan dia.

Tapi...
Tulah..
Ada jugak yang rasa sindir2 dan buat lawak dalam ceramah beliau tu tak cukup berkesan.
Kalau boleh hentam, hentam.
Bagi rasa terus tersentap.

Sebab kalau korang tengok video tu ada part yang kadang2 tu aku tak tahu yang dia puji atau cuba menyindir. Lain orang dengar, lain dia punya perception.
Yang penting niat dia semasa menyampaikan ceramah tu.

Ada orang cakap dia sepatutnya tegur direct je pemimpin. Tak perlu nak berlawak sangat.  
Pandangan aku: Kalau pada dia buat lawak beserta sindiran adalah first step untuk menarik minat audience untuk dengar ceramah dia lagi selepas2 tu, then pada aku ok je ceramah dia. Itu kalau niat dia macam tu la.

Then, ada pulak yang hilang respect bila dapat tahu Syamsul Debat ni ahli UMNO.
Ada masalah sangat ke sebenarnya kalau mana2 parti pun dia join? Kalau niat dia join tu untuk memperbaikkan UMNO kan bagus.
Bukan kita tahu niat sebenar dia apa pun...


Lagi satu ada satu part dalam video tu dia mention tentang rasuah. Dia mention benda yang penting adalah tangkap pemberi rasuah jangan tangkap penerima rasuah. Yang part ni pun pada mulanya aku tak setuju jugak. Dua2 salah kot, kenapa pemberi je kena tangkap.

Tapi bila aku ada terbaca komen kat post video tu ada orang yang faham lain.
Ada yang kata maksudnya tu dia suruh tangkap pemberi rasuah, bukan penerima rasuah sahaja yang ditangkap.
Ada pulak yang kata maksudnya tu perlu beri keutamaan untuk tangkap pemberi rasuah dulu. Kalau tak ada pemberi, maka tak adalah penerima.
Hmm..ok...
Macam aku bagitahu tadi, lain orang lain dia punya pemahaman.
Lagipun kita tak tahu apa niat Syamsul Debat ni masa dia sampaikan part tu.



Harap2 niat dalam setiap ceramah dia tu untuk bagi kesedaran kepada yang berbuat kesilapan la... Bukan menyokong dan memuji segala apa yang parti dia buat sekalipun ianya salah.
Kat bawah ni aku embedkan video ceramah tu kalau korang nak tengok.
Ok. Enjoy watching the video guys.



Kredit video: Barisan Rakyat

8 ulasan:

  1. aku pun tengok video tu tapi bahagian syamsul tu je la, 2 minit je kot haha. ha kau aku panggil nama je dah mcm kawan2 aku haha.

    betul, x kisah la dia ahli apa janji apa yg dia cuba nak ubah or sampaikan tu betul.

    ramai yg tertarik dengan dia sebab dia kelakar, mmg itu cara pendekatan paling sesuai utk zaman skrg.

    sebab tu orang kata dont judge, sebab kita mmg x tahu niat org.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau tgk yg dah potong2 ni. Tu yg 2 minit tu.. Yang aku share ni memang bahagian syamsul debat je pun tapi 40 Minit.. Aduh tgk la yg penuh weii. Baru best gelak2.

      Kan.. Peduli la dia ahli apa. Content tu yg penting. Ramai org skrg tak tgk isi yg nak disampaikan. Kalau dh start tak suka, buat benda baik pun nak dinafikan jugak..

      Betul la jangan cepat judge. Bagi study, hadam, research apa yg disampaikan, then baru hentam cukup2. Lol..

      Padam
  2. petang tadi baru lect. aku suruh tengok pastu bagi ulasan...thanks bro share video ni...aku terus tgok ulang2...terhibur pulak rasa..^_^

    baca komen2 tu lagilah buat hari aku ceria...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius la lecturer kau suruh tgk dan komen. Ini pelik ni. Haha.. Haiihh asyik terbuat entri utk kau je. Haha..

      Bagus la kau trhibur. Rasa bangga pulak bila jadi macam ni. Macam ada sixth sense rasanya..Hehe..

      Padam
  3. Ramai sangat dah orang zaman sekarang menilai orang hanya kerana parti pilihan. Istilah ni dipanggil polarisasi komuniti menerusi politik. Bayangkan keluarga yang berdarah sama pun boleh bergaduh putus talian semata-mata kerana politik.

    Pada aku, politik ini umpama tandas. Kalau pandai ahlinya guna, maka bersihlah tandas itu. Tapi kalau melepas tak reti nak pam lepas tu passing harta dekat orang seterusnya dan orang seterusnya pun melepas tak pam, maka busuklah nama tandas itu hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha ayat kau power cEro. Polarisasi komuniti menerusi politik. Macam spek pulak.. Ada polarize la haha..

      Betul tu. Tak kisah la ahli apa. Yg penting orang dlm organisasi tu kalau betul, betul la organisasi tu.

      Padam
  4. haha., stuju bro.,
    lain orang lain pnilaian dia.,
    hati klu busuk akan jumpa yg busuk2 je la.,

    bila ada orang mcm smsul debat ni dalm tu., skurang2 nya ada la check & balnce.,
    tp tu la., mudahan2 suara yg dia bawak kat dlm prhimpunan tu akn trus dibawa keatas.,
    dn tidak sekadar selingan dan bahan hiburan jer., keluar dewan terus dilupakan.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kalau jenis yg nampak negatif dan cari kesalahan orang je, memang salah org je lah yg dia jumpa..

      Aku pun berfikiran camtu. Ada bagusnya syamsul debat ni dalam umno. So ada someone yg sentiasa mengingatkan utk terus buat baik dan jauhi kemungkaran

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...