Betul ke kerajaan tak ada duit?

Hari tu, aku ada terbaca satu artikel tajuk dia lebih kurang macam ni la... "Bajet 2017 bukti kerajaan tak ada duit".


KUALA LUMPUR: Satu-satunya alasan kerajaan masih mampu meramalkan defisit bajet “sederhana” 3% untuk 2017 ialah kerana ramalan optimistik dalam hasil cukai, kata Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata Bajet 2017 membuktikan kerajaan kehabisan wang tunai dan situasinya akan menjadi lebih teruk dalam jangka panjang, menjadikan 2017 tahun terburuk untuk rakyat.
Sumber: Free Malaysia Today


 
Kalau based on artikel ni, nampak kerajaan bergantung banyak pada cukai untuk menjana pendapatan negara.

Hari tu ayah aku cerita gaji dia kena potong dalam amaun yang agak banyak juga oleh lhdn secara automatik. Disebabkan ayah aku kerja kerajaan, so lhdn arahkan majikan ayah aku (yang juga salah satu badan kerajaan) untuk buat potongan cukai pada gaji ayah aku secara automatik. Siapa je tak geram kalau tiba2 gaji kena potong. Dia cakap sebab kerajaan tak banyak duit. So cara camni diorang buat untuk jana pendapatan negara.

Hari tu aku ada pergi briefing pasal tax untuk company. Company ni masa bulan 6 biasanya kena buat anggaran cukai yang perlu dibayar untuk tahun tersebut. Masa bulan 9 tu nanti boleh revise balik kalau terlalu banyak atau terlalu sikit sangat anggaran tu.

Diorang bagitahu jangan buat anggaran tu terlalu tinggi. Kalau terlalu tinggi maksudnya kita akan bayar lebih ke lhdn. Tapi still boleh claim balik dari lhdn. Cuma diorang tak galakkan sebabnya ada possibility tinggi yang kerajaan akan bayar balik amaun lebihan tu lambat. So mungkin akan jadi sangat leceh untuk dapat balik amaun cukai terlbih bayar tu semula.

Bila benda2 ni jadi aku terfikir kerajaan ni betul2 tak ada duit ke? Macam mana nak gerakkan negara kalau duit terhad?

Aku pernah rasa macam mana kerja kat company yang ada masalah financial. Bila fund limited ni, biasa la mesti kena cut cost mana yang boleh. Kalau boleh hold payment kepada pembekal, hold dulu sampai boleh dapat income yang selesa. Possibility untuk tak bayar gaji staff pun ada. So, banyak problem boleh jadi kalau fund limited ni.

Hopefully malaysia masih boleh mengekalkan ekonomi yang stabil dan meningkat dari tahun ke tahun seterusnya. Diharapkan juga semua yang diamanahkan untuk bertanggungjawab ke atas pengurusan negara dapat buat kerja mereka dengan amanah sebaik mungkin. Semoga kita semua terus dilindungi, dipermudahkan urusan dan dijauhkan daripada segala perkara buruk yang tidak diingini.

4 ulasan:

  1. amin amin ya rabbal a'lamin...

    itu saja yang mampu nyatakan...semoga kestabilan kewangan kerajaan dapat dipulihkan dalam kadar segera...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...

      Tu la.. Kita hanya mampu berdoa sahaja supaya segalanya dlm keadaan baik negara ni. Harap2 lebih ramai manusia jujur boleh diharapkan utk membangunkan negara.

      * Macam mana pulak boleh aku tak ingat buat autopublish entri ni...

      Padam
  2. Selagi orang atasan berbelanja duit rakyat macam duit sendiri, selagi itu rakyat akan terbeban.
    Tak kisah tukar tampuk ke, tukar kerajaan ke, kalau orang atas masih bersifat melahap, maka tak ada yang akan berubah pun :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah kalau orang yg bertanggungjawab uruskan kewangan kerajaan ni jalankan kerja dengan jujur dan amanah, maybe tak ada la masalah tak ada duit dan hutnag yg melampau.

      Hopefully, akan ada perubahan yg baik ke arah kerajaan malaysia tak lama lagi...insyaallah..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...