Bawah ini adalah 4 jenis personaliti plus tersebut:
1) Sanguine (extrovert)
123rf.com |
Sekiranya punyai minat atau hobi terhadap sesuatu, mereka akan cepat bosan dan meninggalkan hobi tersebut apabila pada mereka rasakan ianya tidak lagi menarik. Kelebihan mereka adalah senang bergaul dengan orang lain. Suka bersembang dan tidak malu. Mereka sangat yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Secara keseluruhan, mereka ini adalah seorang yang periang, barhati baik, mudah didekati dan optimistik dalam kehidupan.
2) Choleric (extrovert)
dreamstime.com |
Mereka sangat efisyen dalam melakukan sesuatu tugas. Tidak suka bertangguh dan selalunya mengamalkan konsep 'Do Now'. Mereka mampu mempengaruhi dan membantu personaliti lain seperti 'phlegmatic' untuk jadi lebih bersungguh. Tetapi sekiranya mereka terlalu bangga dengan sifat dalam diri, boleh menjadikan mereka seorang yang zalim dan sangat 'bossy'.
Mereka suka mempunyai kuasa atau autoriti dan sangat bijak dalam merancang kerana perancangan mereka seringkali dapat menyelesaikan masalah. Kelemahan adalah mereka cepat murung atau 'down' saat mereka gagal dalam melakukan sesuatu perkara.
3) Melancholic (introvert)
lovethelittlethings |
Mereka juga seorang yang sensitif. Sering sahaja memikirkan masalah yang kadangkala tidak terlalu berkait rapat dengan diri. Maka, mereka mudah berasa resah apabila terlalu memikirkan akan sesuatu. Mereka juga seorang yang 'perfectionist'. Sangat pentingkan kesempurnaan dalam menyelesaikan sesuatu.
Melankolic juga merupakan seorang introvert dan mampu untuk bekerja sendiri. Sangat inginkan untuk cemerlang dalam bidang yang diceburi. Antara perkara negatif adalah apabila mereka terlalu banyak dan fokus memikirkan sesuatu, mereka senang lupa perkara yang lain. Sifat mereka yang berhati-hati membantu mengelakkan mereka dari terlibat dalam banyak masalah tetapi sifat ini juga yang menyebabkan mereka bertangguh untuk bertindak kerana sentiasa dalam fasa merancang.
Mereka tidak sukakan perhatian dan lebih gembira sekiranya kerja mereka dihargai walaupun hanya duduk di belakang tabir.
4) Phlegmatic (introvert)
123rf.com |
Sentiasa rasa cukup, konsisten dan baik hati. Yang paling penting pada mereka adalah ketenangan dan keamanan. Dan sebolehnya mereka akan cuba menyelesaikan sebarang konflik dan cuba mengelak dari berlaku sebarang perbalahan. Sikap bertoleransi menjadikan mereka seorang yang mudah menerima dan bersikap penyayang serta mudah mendapat kawan.
Mereka sangat berkebolehan menjadi pendamai kerana objektif dalam hidup mereka adalah mencapai ketenangan dan keamanan serta jarang menghakimi perangai seseorang. Mereka lebih suka memerhati keadaan. Disebabkan mereka seorang introvert, mereka juga mungkin seorang yang pemalu dan lebih gemar kestabilan hidup daripada melakukan sesuatu yang terlalu berisiko. Sikap ini juga boleh jadi negatif apabila mereka tidak mahukan perubahan yang lebih baik dalam hidup.
Mereka mampu menjadi pentadbir atau pendamai yang baik disebabkan perangai mereka yang konsisten, tenang, rasional, memerhati dan perasaan ingin tahu yang tinggi. Mereka lebih banyak bersifat pasif berbanding agresit. Tetapi masih mampu menjadi agresif sekiranya mempunyai matlamat yang jelas dan dikelilingi orang yang agresif.
.
.
.
.
.
Aku dah pernah juga tulis pasal ni sebelum ni kat entri ni. Cuma kali ni aku tulis lebih detail lagi mengenai keempat-empat jenis personaliti ini.
So korang boleh relate dengan yang mana?
Rujukan website:
1. Psychologia.co,
2. Learningmind.com
Rujukan buku: Personality Plus by Florence Littauer
Quiz personality plus: gotoquiz.com