Review: Iphone 5c Refurbished Set (Pre Order)

Salam, guys.

Hari tu aku ada cerita kat blog pasal Iphone pre order murah yang viral kat Instagram. Entri tu agak kontroversi jugak la. Disebabkan entri tu jugak, ada sesuatu yang aku tak expect telah berlaku. Kalau korang nak tahu, korang boleh baca sendiri apa perkara yang aku tak expect tu kat sini, aku tak nak bagitahu biar surprise sikit. Haha..


Untuk entri kali ni aku rasa korang dah tahu dah apa aku nak cerita kan?? Tengok tajuk pun dah boleh agak. Disebabkan hari tu ada yang nak suruh aku buat satu entri sama ada iphone yang aku pre order tu sampai ke tak, makanya aku pun buat la entri ini.

So, untuk soalan yang bermain2 di fikiran korang tu sama ada aku kena tipu atau tak, maka jawapannya adalah tidak. Alhamdulillah, Iphone yang aku pre order hari tu dah sampai dan aku dah guna dalam beberapa hari ni. Memang happy la bila phone tu dah sampai walaupun aku tak hantar kat alamat sendiri. Bila dapat tahu phone dah sampai dah kat alamat yang aku bagi tu je, memang happy sangat2 walaupun tak dapat pegang lagi phone tu. Iphone kot… Murah pulak tu… Takkan tak happy lagi…


Proses Pre Order

Aku cerita sikit la macam mana flow aku pre order iphone 5c refurbished set ni. Harga memang murah dalam RM200 je.

Mula2 sekali mesti la kena tahu instashop yang jual iphone pre order ni.
Then, baca apa yang dia jual dan pilihlah apa yang kita nak order. Masa aku pre order hari tu expected phone sampai dalam 8-12 minggu.
Lepas tu, tanya la apa yang patut kat admin instashop tu. Then, kalau dah decide nak order, follow je la instruction dia cara2 nak order.

Biasanya, lepas bank in duit admin akan minta bank in slip & details (nama, alamat, berapa unit, jenis phone) dan kena whatsapp kat dia.
Lepas dia check ok, dia masukkan dalam group whatsapp untuk batch sales pada waktu tu. So, any updates boleh tahu dari group whatsapp tu la.
Lepas tu, fasa yang paling struggle iaitu fasa bersabar. Serius, kena betul2 sabar kalau pre order ni.
Kalau ada stock delay lagi la menguji kesabaran. Nak tunggu 8-12 minggu tu lama sebenarnya.

So, lepas admin dah terima stok, dia akan check elok ke tak phone tu dan bermula la proses poslaju ke customer. Nanti dia akan update tracking number kepada semua customer. So, boleh la check phone tu dah sampai mana.
Akhir sekali, fasa menunggu van poslaju hantar iphone tu kat rumah dan melonjak kegembiraan.






Review

Aku order hari tu lebih dari satu unit iphone 5c refurbished set, tapi yang lain tu bukan aku punya la…orang lain punya. Aku punya satu je… So, aku berani cakap phone yang sampai tu memang confirm bukan klon dan berfungsi sepertimana iphone2 lain di luar sana. Aku pakai pun sedap je la.

Tapi, ada satu unit tu dia agak slow 0.02 saat berbanding yang lain. Rupa-rupanya dah update ke ios 9.1. Unit yang lain2 tu dah update jugak tapi update ke ios 9.2 dan berjalan sangat lancar. Kalau ikutkan iphone 5c sepatutnya datang dengan ios 7. So, disebabkan ini adalah refurbished set (2nd hand phone yang dibarukan semula), maka tak pelik la kalau dah diinstallkan dengan update yang latest.

Problem cuma kat iphone yang guna ios 9.1 tu la… slow sikit performance dia. Ni bukan aku punya, tapi adik aku punya. Aku tolong la settlekan apa yang aku tahu. Lepas buat research sikit, aku update terus iphone tu ke ios 9.3 guna itunes. Ok la sikit performance dia. Tapi, ada satu lagi problem dia iaitu screen tiba2 jadi over sensitive. Buka apps sendiri sedangkan tak touch lagi screen. Ni adik aku yang cerita benda ni sebab dia yang pakai phone tu. So, aku tak dapat nak pastikan macam mana keadaan tu.

Kalau dah tak dapat nak pastikan keadaan tu macam mana, kalau nak claim warranty pun susah jugak aku nak explain nanti. Warranty supplier 2 bulan je. So, sebab dia kadang2 je jadi, kira acceptable la. Buat masa sekarang dah ok dah la phone tu, harap2 ok je lepas ni.

Btw, iphone yang lain semua ok. Memang laju je la guna iphone tu. Yang aku punya memang ok je tak ada masalah. Nak install apa2 kat App Store semua boleh. Smooth je buka tutup apps. Berbaloi jugak la dengan harga RM200 dapat iphone yang sama laju macam iphone harga RM1000-RM2000 tu.

Satu je bila dah guna phone baru ni. Backup whatsapp chat aku kat phone lama tak boleh nak restore kat iphone baru yang aku pakai ni. Sebelum ni aku pakai windows phone. So, memang aku dah research habis dah, tak ada cara dah nak bagi chat history tu ada balik kat phone baru. Macam tak syok jugak la tak dapat nak tengok history chat2 aku sebelum ni. Sebab ada chat2 penting dalam tu. Kalau nak jugak tengok kena email chat history la. Tapi tak best sebab dia kena buka guna email, bukan kat whatsapp. Hmmm…

So, overall kira best jugak la pakai iphone ni sebab dia laju. Tukar2 apps semua nampak laju je. Cuma sangat2 limited nak ubah homescreen. Kalau dulu aku boleh susun icon kat windows phone ikut suka aku, kat iphone ni memang tak boleh buat apa. Icon 4 baris tu je la boleh buat. Yang lain2 semua ok. Aku bagi 4.5/5 la…







Patut ke pre order iphone?

Kalau tanya pendapat aku, aku tak galakkan beli smartphone secara online. Better beli smartphone kat kedai2 fizikal sebab warranty senang sikit nak claim. Kedai pun dah memang wujud. Kalau beli online, nak pulang balik phone kepada supplier untuk claim warranty je dah leceh dan makan masa. Belum lagi nak tunggu phone tu dipos semula pada kita.

Pre order ni pada aku sesuai untuk orang yang memang ada peruntukan duit lebih, tak tergesa2 nak pakai phone, seorang yang sangat sabar dan willingly to take high risk.

Masa aku order dulu memang aku takde pun nak cepat2 dapat iphone ni. Kira 12 minggu tu aku takde la menggelabah sangat nak cepat dapat iphone. Cuma time ada stok delay dan terpaksa tunggu lebih dari 12 minggu tu yang rasa risau dan tak sabar tu. Btw, aku order model yang paling murah je iaitu iphone 5c refurbished set sebab aku rasa pre order macam ni sangat berisiko. So, kalau ada jadi apa2 pun aku tak rugi banyak. Niat pun nak cuba2 je pre order ni.

Kalau korang perlukan phone segera, pre order tak sesuai. Kalau korang tak betul2 ada peruntukan duit lebih untuk invest, pre order tak sesuai. Kalau korang jenis yang tak boleh sabar pre order ni pun tak sesuai untuk korang. Pre order sesuai untuk ciri2 orang yang aku bagitahu tadi je.



OK.

Bukti iphone pre order sampai dengan jayanya aku dah bagi. So, korang decide la sendiri sama ada nak percaya pada instashop atau tidak. Kalau rasa nak pre order iphone dengan admin tersebut atau masih tak nak order lagi sebab masih kurang percaya tu semua terpulang pada korang la. Nasihat aku, untuk investment yang korang rasa “too good to be true” ni, kalau korang nak invest jugak, cari la yang bayarannya paling murah. Biar sikit, asalkan ada untung daripada invest banyak tetapi hanya dapat kerugian.

Tu je la aku nak share pengalaman aku dan pendapat aku tentang iphone pre order ni.

Rezeki masing2. Ada rezeki korang, korang pre order nanti sampai la iphone tu. Tapi, kalau ditakdirkan bukan rezeki korang, korang pre order ……………………………….(sila sambung sendiri). Haha….

All the best guys.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...