Kenapa aku buat blog?

Salam.

Aku tak pernah cerita lagi sebab asal aku buat blog Cas Positif ni. Pada mulanya, aku tak terfikir pun nak buat blog. Ada orang start buat blog semata2 nak share personal life, ada orang nak kongsi pendapat mereka, ada orang nak jana income. Aku pula? Semuanya bermula saat aku baru habis practical training pada tahun 2014.

Sumber gambar
Waktu tu aku dah habis praktikal, maka memang rasa gembira teramat sangat la time tu…. Rasa macam baru dimerdekakan daripada menjadi seorang hamba. Ye la…. life aku kat office je memanjang. So, aku memang decide nak enjoy je cuti 3 bulan yang aku ada lepas habis praktikal tu. 

Waktu tu memang malas gila aku nak kerja, motivation tu tak ada… practical training hanya demotivate aku untuk kerja je…

Then, disebabkan tak kerja, banyak pulak masa terluang sampai aku tak tahu nak buat apa. So, ayah aku tanya “Bro Ley, awak tak nak cari kerja ke cuti ni?” Aku memang confident je jawab “Tak nak la, baru je lepas kerja, nak kerja lagi….penat la…”

Then, ayah aku maybe risau kot aku macam tak tahu nak buat apa je… So, dia bagi cadangan “Habis tu awak nak buat apa cuti ni? Buat la blog ke….” dengan muka selambanya dia berkata.


Sumber gambar

Aku diam dan senyum je time tu. Kenapa la dalam banyak2 benda, dia boleh terfikirkan idea nak suruh aku buat blog. Tapi, waktu tu memang aku ada rasa betul jugak apa yang ayah aku cakapkan tu. Bagus jugak kalau boleh share something yang aku rasa benefit kepada orang lain. Daripada buang masa je memanjang...

So, aku pun buat la blog ni senyap2. Serius senyap gila aku buat. Aku buat tanpa beritahu sesiapa pun tentang blog aku termasuk la strangers, anonymous dan bloggers. Dengan google pun aku tak beritahu. (ping entri)

Then, aku publish ada la dalam 2-3 post dengan harapan ada orang baca entri aku. Hasilnya…

Komen 0
Followers 0
Pageviews: 30 (tu pun aku sendiri yang view..haha.)


Dan untuk sedapkan hati, aku berkata kepada diri sendiri “Biasa la tu…nanti lama2 ada la orang search entri tu dan terbaca".

Hahahaha…

Naif.
Kau publish entri lepas tu tak marketkan blog.
Follow orang pun tak, komen blog orang pun tak…
Siapa je nak tahu blog kau ni Bro Ley? Duhhh…

Aku terus naif sampai la habis cuti. Habis cuti, aku sambung balik lagi satu sem belajar. So, blog ni aku buat bodoh je dan masih lagi berharap ada orang baca entri aku tu. Jiwa kental kan aku waktu tu. Haha…
Sumber gambar
Lepas habis last sem tu, cari kerja pulak. Disebabkan susah dapat kerja, lagi sekali aku ada banyak masa lapang. So, aku check la balik stats blog ni. Ternyata blog statistics sama je macam awal2 aku create blog ni. So, maknanya ada something wrong dengan cara aku berblogging.

Then, aku start la cari tutorial dan blogging tips untuk marketkan blog ni. Improve sikit2... Hasilnya jadilah seperti sekarang. Tak begitu menakjubkan, tetapi cukup untuk buat aku rasa happy dengan kewujudan blog ni. 

Tak sangka, blog ni wujud hasil daripada idea ayah aku jugak sebenarnya.

Thanks ayah!

Walaupun ayah aku masih lagi tak tahu akan kewujudan blog ini, aku tetap nak sampaikan rasa terima kasih kepada ayah aku. Hehe... Disebabkan idea yang dia bagi tu jugak, maka terhasil la blog Cas Positif ini. Thanks a lot!

So, kesimpulannya…aku buat blog ni sebab ayah aku suruh. Wow, anak mithalinya aku. KahKah!





Baca lagi:




Kereta overheat? Tak check air ke bro??

Salam.

Kali ni aku nak share pasal tips penjagaan kereta sebab aku sendiri pun selalu failed bab kereta ni. Haha... Ni aku nak bagitahu cara nak check air untuk kereta dan apa patut buat kalau suhu kereta panas sangat.

Kalau nak ikutkan masa kat U dulu aku ada je ambil kos automotif untuk subjek koko yang kelasnya seminggu sekali. Tapi entah apa entah yang aku ingat, aku rasa aku cuma ingat sampai sekarang cara nak tukar tayar je, yang lain semua tak ingat dah. Haha.. Kesian betul..

Ok. Ni aku share ni pun lepas tengok video. Kalau tak, aku pun buat2 tahu je masa check air tu. Agak2 penuh air dalam radiator ok la kan...

So, nak check air dalam kereta, first sekali ada dua tempat nak check dan isi air atau seeloknya isi radiator coolant. Kat mana? Radiator coolant ni biasa isi kat:

1. Radiator la..mana lagi?? Nama pun radiator coolant...
2. Coolant reservoir (Tangki cecair penyejuk)

Nak tahu radiator macam mana, tengok yang ada 'radiator cap' macam ni:


Lepas tu bukak 'radiator cap' dan isi 'radiator coolant' dalam tu.
Kalau bukak 'radiator cap' dan level 'coolant' nampak penuh sampai kat atas je, tak perlu topup coolant, kira ok dah...

Coolant reservoir(tangki cecair penyejuk) pulak macam ni:


Mungkin kereta korang tangki bentuk lain sikit ke aku tak tahu la... tapi kalau tangki tu dia ada hos yang akan bersambung dengan radiator, kat situ la tangki yang korang patut isi radiator coolant tu.

Tengok video kat bawah ni lagi senang, tapi kalau malas, baca je la apa yang aku taip ni....





Kalau masa pagi2 sebelum start kereta, takde hal kalau korang nak buka 'radiator cap' tak pakai sarung tangan atau apa2 alas sebab radiator tak panas lagi....

Tapi kalau korang dah drive kereta, tetiba2 korang tengok kat meter kereta tu suhu naik semacam je, sila berhentikan kereta bagi cool kejap radiator tu. Lepas tu dah sejuk sikit, nak buka 'radiator cap' tu sila pakai alas, tuala dan sebagainya supaya tangan tak melecur sebab air yang keluar tu panas. Boleh tengok video cara nak buka 'radiator cap'.

Aku pernah drive kat highway, lepas tu terperasan yang suhu kereta naik secara tiba2. Then, aku pun berhentikan la kereta kat tepi. Masa tu aku noob habis pasal kereta ni. haha..tapi aku tahu la kalau temperature naik kena berhentikan kereta  baru selamat sikit.

Masa tu cuma ada satu botol air besar yang airnya separuh je kat dalam kereta aku. Masa radiator tengah panas ni aku tak bukak la 'radiator cap' tu, nanti kang memancut2 pulak air. So, aku tuang air kat dalam tangki coolant tu.

Aku tunggu dalam 5-7 minit je masa tu sebelum isi air dalam tangki dan drive semula. Sepatutnya, untuk lebih selamat, tunggu sampai rasa enjin dan radiator tu dah cukup sejuk baru teruskan perjalanan. Ini tak, aku dengan yakinnya drive terus kereta tu....

So, padan muka aku la tak lama lepas tu kereta tetiba slow dan kali ni aku tak berhentikan kereta, tapi kereta tu berhentikan aku. Haha...tak guna betul, aku terpaksa ke tepi dan kereta aku innalillah terus tak boleh start. Cerita lepas tu aku tak payah cerita. Tapi kalau jadi macam aku ni, kos nak repair kereta boleh cecah RM1000++. Benda simple je, tak check air betul2, RM1000 boleh melayang macam tu je....

Kereta Overheat
Sumber gambar
So, jangan jadi macam aku dan sila layan video tu sebab kalau aku taip nanti panjang sangat, korang tak nak baca. Baik tengok video yang berdurasi 5 minit tu, senang faham.

Kalau boleh jangan isi air paip, tapi isi radiator coolant + air suling  macam dalam video tu suruh, Sebabnya, kereta aku jadi panas tu pun sebab terlalu banyak sangat kotoran dalam car cooling system dek kerana isi air paip je selalu. So, air yang flow kat dalam tu tak berapa bersih, senang jadi panas.

So, tengok je la video tu. Kalau korang prefer membaca dari tengok video baru la aku tulis lagi pasal tips jaga kereta ni kalau aku tahu la..hahaha...

Sekian.


Baca lagi:


Semut yang smooth

Salam.

Aku baru je pindah rumah. Atas sebab2 tertentu aku terpaksa keluar dari rumah lama dan pindah ke rumah lain yang aku duduk sekarang. Rumah baru semuanya ok, fully furnished. Tak payah aku bawak banyak barang. Aku happy.


Sampai la satu hari tu, bukan main banyak lagi semut kat bilik aku. Tak tahu la dia bau apa kat bilik aku, bukan ada apa pun. Bau aku sweet sangat ke? Hmmm…

Bukan main banyak diorang bawak tentera semut datang sampai aku nak lepak layan movie pun tak senang. Ada je yang datang bermanja2 kat tangan aku la…kaki aku la..leher aku la…semua tempat la.. Attention seeker betul la..haha..


Disebabkan aku rasa tak tenang. Aku solat taubat dan solat hajat supaya semut tak masuk lagi bilik aku. OK. Aku tipu… Aku cuma terfikirkan satu idea yang kejam saat itu. Hmmm…

....................................................

....................................................

...................................................

...................................................

....................................................

....................................................


Siapa la yang cipta benda alah ni… 



Kalau benda ni tak wujud, mesti fikiran aku masih lagi suci sehingga sekarang. Memang tak la…aku tengok tv je pun fikiran aku dah rosak.. haha..

Aku ambil ridsect tu, aku pun spray. Tapi aku spray kat lubang2 semut keluar/masuk dan area2 bawah pintu je sebenarnya supaya diorang tak nak masuk bilik aku lagi. Tapi apakan daya, antibodi semut terlalu lemah. Semut yang jaraknya 500kaki dari tempat kejadian pun boleh mati. Ikut ukuran kaki semut la….



Sekejap je diorang bau ridsect tu dah mati. Tak sampai seminit pun. Tak sempat aku nak belai2 sebelum mati tu. Huhu… Tapi takpe, yang penting objektif aku tercapai iaitu mengecapi ketenangan. Hehe…


Semut2 yang dah mati tu aku biarkan dulu sebab aku tengah rajin buat benda lain masa tu. Aku skip la dulu menyapu semut2 tu dan ingat nak sapu esok je. Masa tu memang satu benda je yang aku rajin nak buat iaitu aku rajin nak tido je masa tu. Haha… So, aku pun tido je la.


Esoknya aku tengok semut yang mati tu semua dah clear. Dah bersih je bilik aku dari bangkai2 semut tu. 


Persoalannya sekarang, siapa yang tolong bersihkan semut2 tu????


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...