Pengadil yang tak adil

Salam.

Tengok bola selangor vs kedah? Tengok macam mana pengadil punya keputusan masa perlawanan tu? Btw, tahniah Selangor sebab menang 2-0 dan menjadi juara Piala Malaysia.


Pada aku la... pengadil tu adil je masa match Selangor vs Kedah malam tu. So, entri ni takde kena mengena pun dengan pengadil tu. Saje je aku nak wish tahniah kat Selangor. Huuu...
Yang sebenarnya entri ni aku tujukan pada aku dan kita semua.

Kita selalu kata orang lain tak adil. Tapi kadang2 kita sendiri pun tak adil dlm kehidupan seharian kita. Ok sebelum tu, korang fahamkan dulu kartun bawah ni.


















Dah faham? Kalau tak faham jugak takpe, aku explain....

Kadang2 akan ada situasi macam ni. Kita baik dengan someone. Takde masalah pun dengan dia. Tapi tiba2 orang sekeliling cakap buruk pasal orang yang kita kenal tu. Tup..tup..tiba2 kita pun sekali declare war terhadap orang yang kita kenal tu walaupun dia selama ni baik je dengan kita. Gara2 terpengaruh dengan kata2 orang sekeliling, kita pun lupa semua benda baik yang dia dah buat kat kita.

Yup. Kadang2 cerita tentang perangai buruk someone yang kita kenal terhadap orang lain tu memang betul. Cuma dia tak pernah buat perangai buruk tu kat kita selama ni. So, adil ke kalau kita tiba2 bermusuh dengan orang yang tak pernah buat jahat kat kita tapi hanya buat jahat kat orang sekeliling(kawan2 rapat lain)? Kalau nak bela nasib member yang teraniaya oleh someone yang kita kenal tu pun, tak perlu la sampai nak tarik muka dan berdendam secara tiba2.. Ni aku cerita general, takde maksudkan siapa2 pun....


........................................................................


Ok...yang ni relate dengan aku.
Sekarang aku baru tukar kerja. Dan staff2 lain semua cerita pasal perangai bos. Boleh kata majoriti tak berapa suka la dengan bos tu. Tapi, selama ni bos tu dengan aku baik je. Mungkin sebab aku baru dan masih tak tahu apa yang staff2 lain pernah rasa.

So, aku rasa tak patut pulak tiba2 aku nak anti dengan bos tu padahal dia baik je dengan aku. Tapi ada la something yang aku rasa memang bos tu tak patut buat sebagai seorang leader kat dalam company tu. Jadi, walaupun aku tak anti dia, tapi aku rasa aku patut buat dia sedar yang ada something wrong tentang perangai dia yang menyebabkan staff2 bercerita pasal dia. Cuma aku masih tak sure jenis nasihat macam mana yang dia boleh terima.

Aku bukanlah baik mana pun nak nasihat orang atau nak ubah orang. Tapi aku rasa better kalau berusaha untuk ubah seseorang menjadi lebih baik daripada aku join staff lain anti dia. Lagipun aku rasa macam pernah je aku buat seperti situasi kat kartun atas tu, dan aku rasa aku pun pernah kena balik macam tu. So, tak kemana pun kalau bermusuhan ni.

So, better spread the kindness rather than spread the hatred. Doakan sahaja yang baik2 untuk orang yang kita rasa perlu tegur tu seperti doakan dia jadi muslim yang lebih baik dan lebih faham Islam camtu. Lagi ramai orang baik, lebih aman dunia ini. Tapi kalau kita sendiri pun tak boleh nak kawal perasaan dan nak orang yang aniaya kita tu suffer. Then, there's no kindness spreaded. Buat masa sekarang ni, aku hanya mampu berdoa segalanya menjadi lebih baik dan berharap agar takde siapa pun yang akan suffer lebih daripada derita yang dialaminya pada masa sekarang.


...................................................


Mungkin satu hari nanti aku berpeluang menyedarkan individu yang aku patut sedarkan ini. Atau mungkin orang lain yang akan bantu sedarkan dia. Banyak cara nak sedarkan orang.
  1. Tunjuk perangai baik kita dengan harapan dia tersedar dan dapat reflect diri sendiri.
  2. Cakap direct(slow talk) tanpa perlu menggunakan kata2 sentap.
  3. Beri nasihat kepada orang lain, pada masa yang sama secara indirect message tu sampai kat dia.
  4. Tegur dengan ikhlas, kalau mampu, menangis kerana sayangkan saudara Islam sendiri dan ingin lihat kesemua umat Islam masuk Syurga(Yang ni aku pun tak mampu nak buat lagi...).
  5. Dan banyak lagi jenis teguran yang tak menyakitkan hati.

Walaubagaimanapun, cara2 di atas tetap lagi boleh menyebabkan seseorang tersentap dan salah anggap dengan kita. Jadi, kena ikhlaskan hati ketika menegur dan bukannya berbangga kerana dapat menyentap orang.

Sekian.


Baca lagi:



22 ulasan:

  1. Balasan
    1. Yup. Betul...kena berlapang dada la dgn semua org. Try assume yg baik2 dulu pasal org walaupun Sekeliling cerita buruk.

      Padam
  2. ko suka buat tajuk gempak en.haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gempak ke tajuk aku? Haha..nak wat camne tajuk kena catchy dulu baru org nak klik dn baca. Kalau tajuk aku direct sgt, message aku x sampai kt ramai org nanti sbb xde spe minat nk klik entri aku. Huhu...

      Padam
  3. aku dah beberapa kali ni terkena macam situasi kat atas. after beberapa pengalaman baru aku belajar, jangan percaya cerita selagi tak dengar dari dua2 pihak. kadang2 misunderstanding je dengan miscommunication. tapi sebab dua-dua pihak cakap belakang, tu la jadinya.

    last sekali aku kawan baik dengan orang yang aku menyampah sbb dengar cerita dari org lain tu. huehuehue

    doakan dia pun salah satu cara untuk dia berubah. kadang-kadang kita ni susah betul nk tegur orang esp kwn baik or someone elder kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la kan..kita senang sgt percaya something yg buruk pasal org lain. Padahal kdg2 bila dgr cerita dr kedua2 side baru faham siapa betul siapa salah. Kadang2 misunderstanding je mcm kau ckp la...

      Bagus2 kau dh berbaik. Memang doakan antara benda yg lebih baik utk buat la. Xde spe sakit hati n kalau doa tu makbul, dunia pun akan lebih happy dgn makin ramainya org baik.

      Aku setuju yg nk tegur kawan baik n someone elder ni agak susah. Lain org lain caranya. Kena pandai2 la...

      Padam
  4. bencik lah Bro, selalu letak tajuk misleading. aku dtg ni berkobar-kobar nk luahkan ketidakpuasan hati fasal bolasepak tahu?

    hmm aku tak enah jd situasi di atas. kawan aku semua osem. boss aku cina tak suka mengumpat. hmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ade aku letak tajuk misleading. Tajuk tu terpakai utk byk content. So, memang tu tajuk dia. Pengadil tu adalah kita semua yg suka judge org tanpa usul periksa dan x adil.

      Laaa..minat ke nk sembang pasal bola. Kalau minat aku boleh je buat entri pasal game bola, match bola, semua la pasal bola...tp kau sorg je nt yg minat, susah gak. Haha...

      Bagus la x pernah jd mcm situasi atas ni. Dia yg penting kt co. ni org atas ok. Kalau atas ok, org2 bawahan pun semua ok. Sbb pressure dtg dr atas biasanya...

      Padam
  5. Setuju Bro!
    Tapi zaman laa ni mana da orang nak tegur baik2 dah...
    Semua jenis nak sarkastik nak sentap je.
    Sampaikan dakwah pun kekonon nak sentap sampai menusuk kalbu.
    Kalau berkesan tak jugak, tapi rasanya jadi kesan buruk lagi adalah.

    Lets spread the kindness. Jom!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Dh byk sgt org yg nak tegur secara sarkastik. Lepas tu ramai jugak yg kalau boleh nk tegur in public yg mana mampu/boleh malukan seseorang, padahal boleh tegur secara private.

      Kalau menusuk qalbu dan menyedarkan tu ok je. Tapi jgn sampai teguran tu menyakitkan hati la..

      Yeaahh! lets spread the kindness

      Padam
  6. yep. Tahniah untuk Red Giant.
    lama dah tak pergi stadium

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2... Tahniah Selangor sbb bermain dgn baik dan menjadi juara piala malaysia

      Padam
  7. sebab tu lah kita dilarang mengumpat kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, antara salah satu sebab dilarang mengumpat. Kita akan tend to assume benda2 buruk je pasal seseorang dan boleh terlibat dgn fitnah tanpa sengaja.

      Padam
  8. tukar kerja baru ea? tahniah & semoga terus bertabah dgn surrounding baru.
    and yup aku pon sokong gak entry ni. kalo x mampu nk ubah org lain, cukuplah
    dgn menjaga diri kita (mulut & perbuatan) jgn sakitkan (sentapkan) org lain ;)

    pstt~aku nak bagi 'wau' & huruf wau utk entry kali ni kehkehkeh

    [img]http://4.bp.blogspot.com/-_RrSBsWfzkM/UUsJLbBZ09I/AAAAAAAAAKQ/y5LSm3j8j5E/s320/Wau-Bulan-2.png[/img]
    [img]http://2.bp.blogspot.com/-j6lVlmQFboM/VPgZJJDPjWI/AAAAAAAAEyM/qMAGC-twLcQ/s1600/wau.PNG[/img]

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks. Tengah nak famiiarkan lagi dgn suasana baru. Harap dpt survive lama.

      Benda paling senang ialah buat je benda2 baik, still ada possibility utk someone berubah bila nampak kita buat benda baik tersebut.

      Just kena ingat, yg beri hidayah tu Allah. Kita ni just tools je yg perlu ada kat mana Allah rasa kita patut ada dan secara x langsung someone tu dpat hidayah apabila terlihat perbuatan kita. So, x payah berbangga dan riak dpt ubah orang, tapi boleh kalau nk happy bila nampak someone berubah ke arah lebih baik.

      Walaweii...full pakej wau kau bagi. Thanks.

      Padam
    2. Bro Ley,

      Aku pon terpaksa terima 'surrounding baru' gak pasni sbbnya partner kerja aku yg cuti bersalin tu decide utk resign. Aku harap pasni aku boleh survive jugak dgn 'partner baru'.


      Jiwa Sebak,
      Anamizu :"(

      Padam
    3. Insyallah kau boleh Ana. Selama ni ok je kau kerja sendirian, Nanti dah ada partner baru kau ok la tu... Kadang2 kena ada perubahan dlm hidup kita ni, baru kita belajar something.

      Chill je.

      Padam
  9. Selalu jugak been in that situation.. And true.. Kita pon akan mudah terpengaruh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la...lagi mudah terpengaruh bila yg sampaikan berita tu adalah kawan baik kita sendiri. Kadang2 benda tu betul je. Tapi, yang x eloknya kita pun sama bermusuh jugak padahal seblum ni ok je org tu layan dgn baik.

      Padam
  10. assalamualaikum..boleh untuk nasihat org kearah kebaikan..in fact, kita jugak akan dapat tempias pahala kalau die amalkan..cume caranye perlu berhikmah..mgkn dah tiba masanya Allah temukan dia dengan bro ley supaya bro ley dpt tolong bg impact positive dlm life dia..sy ada baca satu quote ni..." untuk kenal seseorang,pergi berkawan sendiri dengan dia,bukan kenal melalui cakap orang lain"..semoga kehadiran blo ley dlm life die beri manfaat utk die dunia dan akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumussalam. Betul, memang boleh utk bagi nasihat utk ke arah kebaikan. Tapi, utk bg nasihat kat someone elder ni nak kena ada caranya jugak. Still figue which is the best way.

      Buat masa skrg, masih x boleh nak direct nasihat. Maybe dgn perbuatan sy mampu utk someone tu berubah n ada impact positif. Harap2 mcm tu la. Insyallah kalau Allah nk someone tu berubah, dgn something yg kecik pun mampu utk ubah dia.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...